CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2016 05:46 PM | Show all posts
Cuppy replied at 27-7-2016 05:40 PM
O my god. Aunty sape tu kat bulan.

Haruslah lari lintang pukang....

persoalannya ialah:

Aunty sape atau aunty ape?

tinggal tanda tanya sampai la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 05:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-7-2016 04:49 PM
oh dah habis citer ain?
kiranya ain ni masih dalam proses berubat la ya?
senang benor si botak t ...

ha ah still berubat dan kena monitor lagi dari jauh.
minggu lepas dia tetiba tak sedap badan dan muntah kat ofis time dia duty sorang
benda pelik yang keluar katanya, kaler hitam
ummi dia cakap saki baki ilmu yang nak keluar dari tubuh dia
tapi tak clear pulak apakah angkara dari benda dihantar botak ataupun
bunga-bunga warisan pusaka si Ain tu sendiri

yang part botak tuh pulak, macam tak logik kan tetiba pulak cakap dah ada makwe
hahaah tapi suka hatilah janji kau bahagia tak kacau orang dan aman-aman sudah hidupnya
walaupun nampak takut-takut lagi dengan aku nih haih
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:52 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 27-7-2016 05:46 PM
persoalannya ialah:

Aunty sape atau aunty ape?

Good point. Aunty sapelah kat situ and Aunty ni sebenarnye ape? Sorry TT...

Sian uols tgk aunty tu. Kalau I pon, I terkejut and lari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 05:55 PM | Show all posts
Cuppy replied at 27-7-2016 05:52 PM
Good point. Aunty sapelah kat situ and Aunty ni sebenarnye ape? Sorry TT...

Sian uols t ...

hitam je uols, tak nampak muka batang hidung apa tuh semua
nak kata bayang, tapi bayang hitam kelam pekat lah

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sempat lari masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 27-7-2016 06:02 PM
Mujur sempat lari masuk...

Kalo tak duduk kat bulan dah kot? Hehehe ok tak kelakar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku macam teringatlah time kecik ada ternampak bulan besar & dekat sangat. Saiznya macam berpuluh Kali ganda dari yang biasa kita tengok. Tapi tak pasti betul atau khayalan, maklumlah dah banyak tahun kejadiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi takde nampak auntylah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Keep op updating TT!

Singgah bergentayangan dekat sini sekejap
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:16 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 27-7-2016 05:32 PM
Hellu.

Memandangkan ada request jugak untuk TT cerita pengalaman sendiri yea. Jadi marilah kita m ...

Nenek kebayan kot...yang terbang pakai penyapu tu. Kan dalam cerita kartun omputih dia selalu terbang sampai ke bulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 09:09 AM | Show all posts
Yeay..tq TT sudi throwback cerita2 TT sendiri.. will follow
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 11:54 AM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 27-7-2016 09:02 PM
Aku macam teringatlah time kecik ada ternampak bulan besar & dekat sangat. Saiznya macam berpuluh Ka ...

aik macam sama la dengan pengalaman aku masa kecik (sekolah rendah)dulu & aku pasti ia betul bukan khayalan sebab ada 2 orang kakak aku & 2 orang jiran aku sama-sama tengok benda yang sama. Kejadian berlaku masa beberapa hari lagi nak raya masa tu kitorang tgh sibuk main bunga api & mercun roket. Sedap-sedap tengok mercun roket tu pergi mana tiba-tiba2 muncul "bulan" yang sangat besar kt atas pokok ..yang bestnyer bulan tu kejap naik kejap turun xtau la kenapa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:09 PM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 27-7-2016 09:03 PM
Tapi takde nampak auntylah...

jangan dimintak pulak penampakan aunty hewheww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:10 PM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 09:48 PM
Keep op updating TT!

Singgah bergentayangan dekat sini sekejap

Thank you dek!
nanti kita berbalas kunjungan pulok yea
hmmm apakah shark itu induknya? jeng jeng jengggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:11 PM | Show all posts
amirezu replied at 28-7-2016 01:16 AM
Nenek kebayan kot...yang terbang pakai penyapu tu. Kan dalam cerita kartun omputih dia selalu terb ...

tapi penyapu takde pong. mungkin makcik dah siap menyapu rumah barangkali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:12 PM | Show all posts
F8_girl replied at 28-7-2016 09:09 AM
Yeay..tq TT sudi throwback cerita2 TT sendiri.. will follow

thank you follow cerita trobek zaman lampau nih
kalo tak bizi kita update daily basis yea nak hehehembuii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 12:35 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 27-7-2016 05:55 PM
hitam je uols, tak nampak muka batang hidung apa tuh semua
nak kata bayang, tapi bayang hitam kel ...

Ntah sape2 lah yg kacau uols tu. Kat bulan plak tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:40 PM | Show all posts
Cuppy replied at 28-7-2016 12:35 PM
Ntah sape2 lah yg kacau uols tu. Kat bulan plak tu....

dia buat iols seperti pungguk gituh! seb baik lari kalo tak?

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:43 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 12:40 PM
dia buat iols seperti pungguk gituh! seb baik lari kalo tak?

Kalau x, sempat la die bagi kasih sayang kat u....O_o
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 01:26 PM | Show all posts
Cerita 2

Rumah kediaman kitorang ni dulu dalam kawasan sendirian je. Tanah pusaka nenek moyang bangsawan kakak2 aku; meaning side bekas laki mummy dulu. Dulu diorang duk kat rumah besar datuk diorang, besar sungguh katanya sampai ada badminton court dalam rumah. Lepas tu rumah tu dirobohkan setelah kematian si datuk dan berbahagilah harta dan tanah semua tuh. Area sekeliling rumah tu dapat kat pak sedara diorang nih, dan sebahagian kayu kayan dari rumah besar tuh digunakan dalam pembinaan rumah baru ni (iaitu rumah aku sekarang).

Korang tetau jelah, orang dulu kala kan semua rumah kayu. kayu pulak bukan sebarang kayu. mesti pakai kayu yang terbaik punya, nak pulak rumah pembesar negeri. kalau tak silap pakai kayu merbau berdarah namanya. and it is said ada 'semangat' nya jugak. tapi rumah ni design moden, bawah batu atas je kayu. nak jugak kekalkan elemen kekayuan gitu.

Aku tak tau banyak cerita rumah lama, sebab belum lahir. rumah nih pun siap dalam late 70's gitu, taupun sebab pernah tengok gambar birthday party abang aku when he was still a baby. tapi pernah dengar jugak la sosek-sosek that there's something happening. alah aku budak lagi kot, jadi antara paham tak paham jah orang duk bercerita. bukan amik port sangat.

Memandangkan aku ni anak bongsu, gap satu sama lain jauh sangat. Time aku membesar tu memang sorang-sorang je tinggal sebab abang  yang atas aku dah masuk asrama. Kakak-kakak dan abang lain semua dah start kerja dan duk final year study. Tiap-tiap petang paling awal kul 5 barulah aku dilepaskan bermain-main dengan anak-anak jiran ataupun main jelah sorang-sorang kat laman rumah.

Rumah aku time tuh dikelilingi oleh perumahan teres terbengkalai, projek oleh pak sedara diorang ni. Nasib tak baik dapat kontraktor pentipu jadi memang lama la tak jalan dengan rumah projek diorang pun dah jadi hutan belantara. Boleh bayang area tengah bandar tetiba macam ada hutan simpan dan eh tetiba menyelit ada rumah orang kat dalam tu. Memang rumah aku ni terlindung dari jalan besar dan daripada orang lain lalu lalang. Sebabkan projek perumahan tu dulu, memang diorang bina tembok dengan sign no trespassing sekali. Ada banyak pokok besar kat sekeliling tuh, pokok yang merimbun kira siang hari teduh jugak la rumah aku nih.

Lepas tu the other side kat luar kawasan rumah aku yang berjiran dengan kejiranan kat belakang tu, terselit pulak rumah orang tua mana pun aku tatau la. nak kata homeless pon yea tapi dia buat sendiri pondok dia kat bawah pokok besar satu nih. aku tak rau nama pakcik tuh tapi orang panggil dia Janggut. kawasan tuh pun berpaya jugak. kejiranan tu pulak semua kaum kerabat istana, lagi lah diorang tak amik port bergaul sangat. Aku tak pulak pergi bermain dengan anak-anak diorang sebab macam sombong je.  Aku selalu pergi main dengan anak-anak orang hospital, kena sneak out pagar kawat tepi rumah aku. tu dia punya adventure kau nak berkawan sangat kan.

Tak lama kemudian, pondok si Janggut tuh dirobohkan jugak. Tak silap dia meninggal sorang diri, entah la dah berapa lama. the whole area tu kena dibersihkan secara besar-besaran, paya kecil situ pun dikambus tanah. seingat ingat lupa aku, macam ada tokong besar jugak la yang dikeluarkan dari kawasan Janggut. Aku tak ingat ada kejadian aneh ke apa yang berlaku bila Janggut ada ke bila dah takde ke apa. Cuma aku  teringat ada satu kejadian dekat rumah aku, depan mata aku sendiri jugak.

Petang tu aku tak keluar bermain macam biasa. nak main sorang diri kat laman rumah je. Duk main bum basketball sorang kot, sesekali bola terlepas tergolek merata-rata kan. sape lagi nak kena kutip, aku jugak. Sekali bola bergolek laju je ke arah pohon pandan yang mummy tanam kat tepi pagar belakang, dekat area dapur rumah aku.

Jadi aku pergilah kutip bola tuh dan bila aku bangun berdiri balik, aku terpandang ke arah pintu dapur. Entah kenapa aku macam terpaku jah nak je berdiri kat situ. Yang aku tau aku sorang je yang ada kat area rumah time tu, mummy pergi borak ngan jiran mana tah. Abang besar pegi main bola. Abah pun takde. So aku tahu memang takde orang kat dalam rumah. Tapi mata aku nih tetap jugak nak pandang ke arah pintu dapur tuh.

Aku terdengar bunyi 'klik' macam bunyi kunci pintu dibuka. Dan slowly aku dengar bunyi selak pintu pulak terbuka. lagilah mata aku merenung ke arah pintu tu kan dengan fokus tinggi. dan kemudian aku nampak handle pintu bergerak turun perlahan-lahan macam ada orang nak buka dari dalam. bila handle tu berpusing cukup berapa darjah pintu pulak terbukak, memang cara terbukak tu sangat perlahan dan handle kekal dalam keadaan membuka pintu tak terlepas pun. kot aku nak sangka pintu terbukak sebab angin kuat kan. memang cara pintu terbuka as if ada orang yang bukakan dari dalam.

Tapi pintu terbuka separuh je dan berhenti seketika. Aku terdiam je dan duk perhati ke arah pintu.

"Mummy?" aku panggil perlahan je dan DUMM! pintu dihempas!


Aku tak berlari blah dari situ tapi aku rilek je tunggu kat tepi pagar rumah. Tunggu sampai la mak aku balik dari berborak dan terus bagi repot kat dia apa yang aku nampak tadi. Dia tak cakap banyak pun, kitorang sama-sama masuk rumah. dah Maghrib.

Yang aku ingat, malam tu mummy duk berdiri di setiap penjuru dinding rumah. duk pagar la kot tapi aku tak berani nak tegur sebab dia dalam telekung. Saspen jugak tu memang betul mak aku ke sape. So aku berdiam diri jelah tak berani nak tanya ke nak bercakap apa dah since then. Yang aku ingat lepas kejadian tu memang aku tak berkeliaran time senja lagi dah.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.085979 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list