Edited by fynnkakiblock at 15-5-2017 05:28 PM
ini kene tanya calon2 setazah #donedakwah anugerah put put @de_ikea ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
copy paste
Apakah hukumnya seorang wanita mengambil wuduk, kemudian memakai mekap ke wajah sebelum menunaikan solat?
Hukum berwuduk adalah wajib ketika hendak melakukan solat dan beberapa ibadat lain seperti tawaf dan memegang al-Quran. Ia disunatkan untuk dijaga pada bila-bila masa, kecuali uzur. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, cucilah wajah kalian dan tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala kalian dan (cucilah) kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.” (Surah al-Maidah, ayat 6) Hukum mekap wajah adalah harus selagi mengikut batas syarak dan tidak terlampau berlebihan. Justeru mekap yang dikenakan selepas berwuduk ketika hendak menunaikan solat adalah diharuskan dan sah wuduk berserta sah solatnya selagi mekap berkenaan tiada unsur najis yang boleh membatalkan solat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab saudari mencari mekap yang boleh digunakan untuk solat.
|