CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adib di bunuh di IJN ? UPDATE akta "assault" di spin AG ..dari post #

  [Copy link]
 Author| Post time 28-3-2019 09:17 AM | Show all posts
Tengok pengakuan dr. suneta pakar bius yg jaga adib 20 hari tuh yg aku boh font merah tuuuu , hadam yg tu hokayy kerana terdapat bukti salahlaku doktor dah tuuu .......

dia sundrik kata tanpa ECMO adib boleh mati awal, itu pengakuan dia sundrik, lepas cabut instantly adib tunjuk tanda penat dan bernafas laju2 nonstop berhari2 hingga dia mati.....

err adakah org yg ok paru2 akan tunjukkan tanda penat serta nafas laju2 camtu ? Korang yg ok paru2 jadi camtu kaaa ? Dah tu depa tak boh balik pasai apa dah sedar dia boleh mati awal tanpa ECMO diketika dia tak ok lagi paru2 tu ?

Tanda dah wujud elok lepas cabut je yg tunjukkan dia payah nak survive dah tuuu ....patutnya boh balik lala tu gakkk.

Kalau paru2 tak ok di suruh gak buat kerja keras berhari2 camtu , tak bentan kaa bruising dlm paru2 tu jadinyaaa ? Aiyaya, payah sgt ka nak faham atau buat2 tak faham mahacai2 sekelian woi  ?


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

    Adib minta telefon bimbitit
   Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, ada meminta telefon bimbit miliknya selepas dia sedar ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Saksi ke-15, Ketua ICU IJN, Datuk Dr Suneta Sulaiman berkata, Muhammad Adib membuat permintaan itu melalui bahasa isyarat tangan selain ditulis di papan putih disebabkan arwah tidak boleh bercakap ketika itu.
“Kami berkomunikasi melalui papan putih dan Muhammad Adib boleh menulis menggunakan tangan kiri,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzan pada hari ke-10 inkues bagi menentukan penyebab kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.
ZHAFRAN : Bagaimanapun keadaan pesakit (Muhammad Adib) ?
DR SUNETA : Adib boleh berkomunikasi menerusi bahasa isyarat dan papan putih saja.
ZHAFRAN : Apa yang dikatakan?
DR SUNETA : Adib menulis di papan putih yang dia mahukan telefon serta membuat bahasa isyarat.
ZHAFRAN : Kemudian?
DR SUNETA : Saya kemudian bertanya kepadanya semula, ‘Adib nak phone?’ dan dia mengangguk.
Menurut Dr Suneta, beliau kemudiannya membincangkan permintaan Muhammad Adib dengan pasukan doktor di IJN yang merawatnya.
“Selepas perbincangan dengan doktor lain, kami kemudian bersetuju dengan permintaan Muhammad Adib, namun dikenakan dengan beberapa syarat.
“Saya memberitahunya bahawa tidak disarankan melihat Internet berikutan ada banyak laporan berhubung insiden kekecohan yang menyebabkan dia berada di hospital,” katanya.
Saksi sama berkata, selain itu, Muhammad Adib hanya dibenarkan menggunakan telefonnya itu untuk bercakap dengan ibu bapa, adik-beradik dan tunangnya selain ada tempoh tertentu bagi menggunakan telefon bimbit itu.
ZHAFRAN : Kemudian?
DR SUNETA : Untuk memberikan telefon bimbit kepadanya, saya beritahu Adib supaya memberikan kerjasama sepanjang tempoh rawatan dengan mengikuti arahan doktor dan jururawat.
ZHAFRAN : Kemudian?
DR SUNETA : Adib bersetuju dengan syarat diberikan dan dia menganggukkan kepalanya tanda faham.
Dalam prosiding itu, Dr Suneta turut memaklumkan bahawa beliau pernah menyoal Muhammad Adib sama ada mengingati apa yang berlaku terhadap dirinya, namun anggota bomba itu menggelengkan kepalanya.
“Antara lain komunikasi saya bersama Muhammad Adib adalah dia tahu dia berada di hospital dan tahu saya adalah doktor yang merawatnya,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya sama ada Muhammad Adib sedar dengan apa yang berlaku atau pun ketika itu mangsa masih berhalusinasi disebabkan ubat sedatif, Dr Suneta menjawab bahawa Muhammad Adib sedar kerana boleh menjawab soalannya dan mengikut arahan yang diberikan.
Dalam perkembangan sama, Dr Suneta ketika disoal Zhafran mengenai keadaan anggota bomba itu ketika kali pertama berjumpa, beliau menjawab pesakit adalah ‘kritikal’.
“Sekiranya dia (Muhammad Adib) tidak membuat rawatan menerusi Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), sudah tentu dia meninggal dunia lebih awal,” katanya yang kelihatan sebak.
Bercerita lanjut keadaan anggota bomba sepanjang 20 hari menerima rawatan di IJN, beliau memberitahu, keadaan Muhammad Adib semakin tenat tiga hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
“Ketika dia dirawat pada hari ke-16 di IJN, Muhammad Adib menunjukkan tanda penat dan pernafasannya semakin laju.
“Selain itu, terdapat karbon dioksida yang sangat tinggi dalam darahnya manakala tekanan darahnya terus rendah,” katanya.
Menurutnya, sejurus ECMO dihentikan, Muhammad Adib mula menunjukkan tanda penat dan pernafasannya laju dan keadaannya itu berlarutan sehingga dia meninggal dunia pada jam 9.41 malam, 17 Disember 2018.
Dr Suneta yang juga pakar bius adalah doktor yang bertanggungjawab menjaga Muhammad Adib selama 20 hari di ICU IJN.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/427432/adib-minta-telefon-bimbit








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2019 09:20 AM | Show all posts
aku dok bagi nih bukti salahlaku jelas dari pengakuan doktor2 sundrik hokayyy ...... memang la depa tak kata kami buat salahlaku ....errr sapa nak admit camtu , depa bagi penerangan dan dlm penerangan depa tu boleh lihat lah clue jelas wujud yg point out pada salahlaku doktor . Itu cara bukti salahlaku di kenalpasti .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 09:26 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 28-3-2019 09:31 AM
NURMIMIE replied at 26-3-2019 08:12 PM
macam yang ai cakap sebelum2 ini.. ai juga mengiyakan apa yang tt cakap.. sesetengah tu make sense ...
arwah ada wakil peguam dia di sana.. menteri perumahan tempatan tuh pun ada hantar peguam pemerhati dan ada tempat untuk bertanya macam2 sekiranya ada keraguan keterangan pada pihak saksi2..

nape dorang tak tanya pula?.. dorang tuh dibayar kan?.. atau belum tanya? atau belum masanya tanya?..

kenapa peguam bela tak tanya lebih2 dlm inquest tu ?
Sebab inquest bukan utk bela atau sabitkan ......
dia tanya apa yg anak guam dia nak tahu je...
kalau peguam mewakili keluarga adib so dia tanya apa yg keluarga adib nak tahu je laa sebab dia mewaliki interest depa...
org yg dalam kesedihan amat sgt selalunya akan elak dari fikir dlm2 pepe yg menyebabkan anaknya tu sengsara , so understandable lah tiada banyak persoalan di kemukakan peguam .
Kalau dalam mahkamah sebenar, peguam tu yg akan fikirkan sundrik soalan2 yg nak di tanya utk tujuan pembelaan dan penyabitan sebab tu lebih mendalam yg di tanya.
Kalau kes tak masuk mahkamah , setakat inquest je, bermakna banyak persoalan dan salahlaku yg berlaku takkan di rungkai lalu takkan di hakimi lah .


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:30 AM | Show all posts
blastoff replied at 28-3-2019 09:20 AM
aku dok bagi nih bukti salahlaku jelas dari pengakuan doktor2 sundrik hokayyy ...... memang la depa  ...

so,
bukti2 tu nak menerangkan
pihak hospital bunuh adib ke tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 09:37 AM | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2019 09:30 AM
so,
bukti2 tu nak menerangkan
pihak hospital bunuh adib ke tidak?

doktor sedar ECMO menyebabkan adib tak mati awal lalu doktor pi tarik awal2 buat pe  ? kena tanya doktor tu laaa kenapa tarik awal diketika tanda2 jelas tunjukkan dia masih perlukan mende tu .....errr inquest bukan utk sabit atau hukum sesiapa, so kau tak leh harap lah dlm inquest akan di selidik lebih lanjut bab nih, so kalau kes ni tak masuk mahkamah akan terlepas lah sesiapa saja lah yg bunuh adib.

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:43 AM | Show all posts
dlm kita bersungguh nak cari penjenayah yg pukul adib.
ada jugak yg gigih tuduh hospital yg bunuh.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2019 09:43 AM
dlm kita bersungguh nak cari penjenayah yg pukul adib.
ada jugak yg gigih tuduh hospital yg bunuh. ...

Pukul satu hal y lain
Salah decision dlm treatment pun satu hal

Eventhou dia kene pukul smpai parah..tp still bole diselamatkn sbb dia bukan meninggal di tmpat kejadian
Dia masih hidup dibawak ke spital

Dorg ni mmg tahap dewa ke? Buat salah pn xpe xbole disalahkan malah ade forumer y still sembah noproblem la cabut ecmo sbb silap tekaan
Kalu jawatan kritikal, bermain dgn nyawa hidup mati manusia..kesilapan dlm kerja tu perkara serius

Dorg bg rawatan berdasarkan diagnosis. Dari diagnosis tu la dorg TEKA ape punca sakit dan main TEKA je rawatan atau ubat. Bile pesakit bertambah teruk, dorang akan TEKA lagi

Kalu TEKAAN tepat, ok jackpot
Change my mind. Betul ke x ape aku ckp ni

Sape cakap google xpower? Dlm google tu smua fakta dan ilmu ada. Even website medical pn ade kt google
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:48 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 28-3-2019 10:24 AM
Pukul satu hal y lain
Salah decision dlm treatment pun satu hal

tolong baca tajuk.

kalu dlm tred nih kita bincang sama ada tindakan hospital tu
silap atau betul, boleh ke tt buat tuduhan sbg "bunuh" ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tt  dipanggil pi mahkamah bagi membantu sesi inkues macam Cik Meira..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:51 AM | Show all posts
xy_daen replied at 28-3-2019 10:49 AM
Harap tt  dipanggil pi mahkamah bagi membantu sesi inkues macam Cik Meira..

Share link nih kat pihak berwajib...nnt dorg akan usung TT dgn laptop pegi inkues
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2019 10:48 AM
tolong baca tajuk.

kalu dlm tred nih kita bincang sama ada tindakan hospital tu

Tolong baca tajuk

Ade tanda ? kat tajuk
Tajuk adalah soalan

Kalau mati akibat kecuaian org lain sama ada sengaja atau x, ye mmg bunuh
Kalu mati akibat kecuaian diri sndiri, itu terbunuh

Again, tajuk tu soalan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement miera ckp scrotum pesakit bengkak mcm belon
Meaning, cedera

Pakar ckp kecederaan xmcm dipukul
Kalau kene lnggar, bole cedera scrotum ye..mangsa kangkang bawah tayar ke hape?

Setau i kalau nak pukul..memang pemukul aim nk sepak kangkang kuat2 sbb situ weak point seorang lelaki bagi senak

Inb4 dia sndiri y bg statement y memalukan dia sbg pakar. Even netozen y bukan pakar pn tau logik kecederaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 12:00 PM | Show all posts

kenapa lah kes ni makin rumit sangat.  nak sorok apa? kalau dah dapat suspek bicara je la ni main2 kejap tak dipukul kejap kena langgar. geram pulak aku




Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 12:52 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 28-3-2019 11:05 AM
Tolong baca tajuk

Ade tanda ? kat tajuk

org mati kat spital pon tak kira kesilapan sendiri atau kesilapan doktor.
org tak sebut pon
"owhh, bapak saya terbunuh di hospital"
atau
"owhh, bapak saya dibunuh pihak hospital".

i lebih paham tred nih membincangkan
kematian adib adalah kesilapan hospital atau tidak
(kematian bukan kesilapan hospital)

...takde isu bunuh.

tapi kalu tt berkeras nak sampaikan pada kita
yg dia ada bukti pembunuhan terancang,
i sarankan dia cepat2 sampaikan maklumat pada pihak berkuasa.  

kalu tt masih berdegil (sembunyi maklumat pembunuhan)
semua porumer yg terlibat dlm tred nih termasuk u dan i layak
dituduh bersubahat menyembunyi maklumat pembunuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2019 12:52 PM
org mati kat spital pon tak kira kesilapan sendiri atau kesilapan doktor.
org tak sebut pon
"o ...

Faham bangcak..

Tp mcm iols ckp, tajuk dia adalah PERTANYAAN
Sbb ade question mark
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 01:20 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 28-3-2019 11:10 AM
Statement miera ckp scrotum pesakit bengkak mcm belon
Meaning, cedera

Scrotum bengkak tu most probably sbb massive internal bleeding aku rasa, not because of direct trauma kena pukul or sepak....kena sepak xder nak bengkak macam belon...biasa ke high impact trauma yg sebabkan kecederaan dan pendarahan organ dalaman yg sebabkan bengkak melampau di skrotum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2019 07:02 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 29-3-2019 07:18 AM
bangcak replied at 28-3-2019 09:43 AM
dlm kita bersungguh nak cari penjenayah yg pukul adib.
ada jugak yg gigih tuduh hospital yg bunuh. ...

hospital hanyalah bangunan...... camna bangunan nak bunuh org dlm keadaan tak mampu bergerak tercatuk je tu ?

Don't simply put words in my mouth. Nampak bebenor desperate hingga hospital pun dikata kau mampu bunuh org.
"Adib di bunuh di IJN ?"  adalah soalan aku

tapi kau sundrik kata "adib di bunuh oleh IJN" .....dan kau kata aku yg katanya....
nampak kau cuba spin berpusing2 tuh utk tunjukkan aku tak betoi padahal kau yg tak tahu beza antara soalan , di , oleh ......
language pun kantoi




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:16 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 29-3-2019 07:17 AM
Victorioussss replied at 28-3-2019 10:24 AM
Pukul satu hal y lain
Salah decision dlm treatment pun satu hal

yg peliknya pakar bius dr. suneta di panggil kali kedua just utk cakap nurse tu tarak kepakaran so tak layak bagi kesaksian , still dr. suneta tak di tanya kenapa cabut ECMO awal walau sedar problem pernafasan masih wujud instantly lepas cabut tetapi masih enggan boh semula ECMO

In other word dr. suneta nih nak agar simply di tolak apa saja kata2 nurse tu , dan dia nak di terima apa saja kata2nya sendiri based on aku pakar dan kau idak .....itu sama mcm soh org percaya buta tuli pada "pakar" lah tu yg pakar je betoi 24/7 .





\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\


   
                     

'Cik Miera' mohon maaf kepada pakar forensik   
                        Oleh Norrasyidah Arshad        


© Provided by Media Prima JURURAWAT Institut Jantung Negara (IJN), Siti Syafika Amira Mohd Rasani hadir untuk inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - NSTP/Sairien Nafisnorrasyidah@nstp.com.mySHAH ALAM: Pemilik akaun Facebook Cik Miera yang menghentam kenyataan doktor forensik berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di laman sosial Jumaat lalu, memohon maaf kepada doktor berkenaan di Mahkamah Koroner hari ini.
Pemilik akaun Facebook berkenaan, Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, yang bertugas sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN), turut membuat permohonan maaf kepada semua pihak kerana kritikannya itu menyebabkan berlakunya kekecohan.
“Saya mintak maaf kepada doktor (Dr Ahmad Hafizam Hasmi) kerana bertindak atas emosi tanpa memikirkan fakta sebenar kejadian. Semasa memuat naik paparan itu, saya percaya Adib dipukul tetapi tidak tahu kejadian sebenar.
“Selepas melihat bukti dan fakta sebenar, saya yakin doktor beri keterangan berdasarkan kepakarannya,” katanya ketika menjadi saksi ke-25 prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Dalam prosiding sama, Siti Syafika Amira mengaku di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bahawa hantaran kritikan itu dibuat kerana mengikut emosi.
Katanya, dia berasa sedih dengan laporan berita berkenaan keterangan Dr Ahmad Hafizam itu kerana melihat kesedihan yang ditanggung keluarga serta tunang Muhammad Adib sepanjang anggota bomba itu dirawat di IJN.


“Sepanjang Adib di sana, saya lihat keluarganya, tunangnya dalam keadaan menangis.
“Saya lihat anggota bomba tidur di kerusi menunggu setiap hari. Saya dapat rasakan hubungan kekeluargaan yang kuat,” katanya.
Semalam, saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi, ketika memberikan keterangan, melahirkan rasa sedih sejurus membaca status Facebook yang didakwa daripada seorang individu berhubung kecederaan yang dialami Muhammad Adib.
Dr Ahmad Hafizam dalam keterangannya di mahkamah, berkata status dalam akaun Facebook yang dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau berdepan dengan cacian dan dianggap berbohong sewaktu memberi keterangan Jumaat lalu berkenaan pandangannya bahawa corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.
Terdahulu, Siti Syafika Amira, yang sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat, turut memberitahu beliau diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib pada 28 November tahun lalu.
ZHAFRAN: Kamu ada lihat Adib, bagaimana keadaan dia?
SITI SYAFIKA: Seluruh badan dia bengkak, dada kanan dia ada bruises (lebam), ada salur tiub pada belah kanan.
ZHAFRAN: Selain itu, ada apa-apa lagi?
SITI SYAFIKA: Bengkak dan lebam pada pangkal peha. Tetapi, saya tidak pasti belah mana.
ZHAFRAN: Selain itu, apa kecederaan lain?
SITI SYAFIKA: Scrotum ( kantung buah zakar) dia membesar macam belon.
ZHAFRAN: Keadaan muka dia?
SITI SYAFIKA: Keadaan dia pada masa itu, saya tak pasti, yang saya lihat muka dia bengkak dan dada dia ada lebam.
ZHAFRAN: Dia sedar masa itu?
SITI SYAFIKA: Tak sedarkan diri.
Sementara itu, Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN, Datuk Dr Suneta Sulaiman ketika dipanggil kali kedua, berkata Siti Syafika tidak layak memberikan kenyataan berhubung kecederaan anggota bomba itu kerana tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.
"Saya rasa sebagai jururawat di bilik pembedahan, dia tidak mempunyai kepakaran.
"Ini bukan bidang kepakaran dia untuk beri kenyataan kepada kecederaan pesakit," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah.

https://www.msn.com/en-my/news/n ... -BBVh6Uh?li=BBr8Mk9


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:22 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 29-3-2019 07:31 AM
axl_bach replied at 28-3-2019 01:20 PM
Scrotum bengkak tu most probably sbb massive internal bleeding aku rasa, not because of direct tra ...

hampa dok bincang apa yg nurse tu kata .... dr. tu kata tolak je jgn bincang jgn pikior pun  .... end of the story dr tu guna jln pintas nak tutup mulut org dari pertikai tindakan pakar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:25 AM | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2019 12:52 PM
org mati kat spital pon tak kira kesilapan sendiri atau kesilapan doktor.
org tak sebut pon
"o ...

why not kau jawab je kenapa ECMO dicabut tak di boh semula walau adib nampak letih dan pernafasan jadi laju immediately lepas cabut ......nyatakan pendapat kau kenapa kau rasa wajar utk depa tak boh semula tu



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 182236 Replies : 4110
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11027 Replies : 155
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 26248 Replies : 164
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2137 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5904 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22720 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73572 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103368 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40184 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7781 Replies : 82

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.084826 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list