CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
Post time 4-7-2005 01:47 PM | Show all posts
Mereka menganggap Tuhan tidak ada peranan dalam hidup mereka

cisss sadis nnya bahasa ni, macam tuhan pula boleh dibuat main
mana bahasa abuya pakai ni
lain kali katalah: MEREKA MENGGANGGAP TUHAN TIDAK MENGETAHUI
APA YANG DIKERJAKAN OLEH TANGAN MEREKA
barulah ikut KALAMNYA
ni mai pukul sedap mulut aje

Alangkah hebat dan bijaknya orang yang memburu taqwa
fuyyooo caya lah abuya, hebat betul ayat hang
apa hang ingat berburu tu boleh dapatka???
hang tu TUHAN ka boleh kata macam tu????
hang boleh belajar sampai bintang Pluto utk cari ilmu
tapi hang ka yang bagi PETUNJUK hang ka yg bagi HIDAYAT????
hang karang cerita mohong ade le......
tapi hang tu tak terrer lagi, baru masuk Kemunting 3/4 bulan
dah meleleh air liur basi......keh keh keh
(sorry ye saja-saja lepas geram kat si sesat sekor ni)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2005 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-7-2005 01:47 PM:
Mereka menganggap Tuhan tidak ada peranan dalam hidup mereka

cisss sadis nnya bahasa ni, macam tuhan pula boleh dibuat main
mana bahasa abuya pakai ni
lain kali katalah: MEREKA MENGGANGGAP TUH ...


laaa....ironman...tatie perati dah lama dah...kesian kat ironman ni...apasal tak terus jumpa dengan empunya diri yg disebut-sebut tu...kalau setakat tulis kat sini, mana sampai hajat nak luahkan perasaan yg membara dan berasap-asap itu...nf:......

jadik...dik tatie nasihatkan pergi ler jumpa terus...nanti kalau lama-lama tak pasal-pasal ironman kena sawan....sebb hajat tak kesampaian, kecundang dalam perasaan.....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 5-7-2005 11:23 AM | Show all posts


Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan ilmu yang tinggi yang diagung-agungkan tadi? Mampukah ia menyelesaikan segala masalah ini? Lihat di Barat! Kemodenan hidup telah menghantar manusia ke kancah kehidupan yang derita, sengsara dan bergelora. Keinsanan dan kemanusiaan rosak. Manusia sudah hilang moral, keperibadian dan tatasusila. Kasih sayang tidak ada dan jenayah berleluasa. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat yang lebih rela hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam daripada hidup dengan manusia lain. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tidak ada. Kalau begitu, apalah erti segala pembangunan dan kemodenan yang dikejar itu?

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Se-baliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun, kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat, tetap tidak akan hidup bahagia.

Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan
.



Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.


Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini, barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan akan menjadi sumber keselesaan hidup yang ber-makna.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 5-7-2005 11:26 AM | Show all posts
PERANAN NAFSU

Hari ini semua perkara yang disebutkan di atas belum berlaku. Kerana hanya memikirkan supaya negara maju, maka yang terus maju ialah negara bukan rakyatnya. Yang membangun ialah negara bukan orangnya. Masyarakat manusianya dibiarkan bermain dan berlalai dengan nafsu. Hati mereka tidak dihiasi dengan iman dan taqwa. Maka nafsulah yang menjadi raja dan yang menjadi Tuhan. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Kehendak nafsulah yang diturutkan. Sebab itu masyarakat menjadi huru-hara dan kacau-bilau.

Negara dibangunkan, dimajukan dan dimodenkan. Ilmu dicari, ekonomi dibina, jawatan dikejar. Dalam masayang sama, kehendak nafsu diikuti dan dituruti. Nafsu dilayan semahu-mahunya. Akhirnya nafsu menjadi subur. Bila nafsu subur maka ia berputik. Putik itu menjadi bunga. Bunga nafsu menjadi buah. Apakah buah nafsu? Buah nafsu ialah mazmumah. Buah nafsu ialah sombong, hasad, dengki, bakhil, pemarah, pendendam, panas baran, ujub, sum'ah, riyak, gila dunia, gila puji dan macam-macam lagi.

Nafsu sangat mendorong kepada kejahatan. Nafsu suka pada apa yang Tuhan larang dan benci pada apa yang Tuhan suruh. Nafsu benci kepada sembahyang, puasa, zakat, menolong orang dan bersedekah. Nafsu suka kepada berfoya-foya, membazir harta dan wang ringgit, arak, judi, zina dan lain-lainnya. Bila nafsu berperanan, susah hendak taat dengan Tuhan. Susah hendak tegakkan suruhan dan syariat Tuhan. Nafsulah peng-halang utama kepada iman dan taqwa.

Buah-buah nafsu pula iaitu segala sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, merosakkan hubungan sesama manusia. Sifat-sifat mazmumah seperti sombong, hasad, dengki, bakhil, pemarah, panas baran itulah yang menyebabkan berlakunya berbagai jenayah dan menjadi punca manusia bergaduh, berkelahi, berkrisis dan akhirnya membunuh dan berperang sesama sendiri. Hidup manusia rosak binasa. Manusia hidup penuh cemas, bimbang dan dalam ketakutan. Hilang keda-maian, keamanan, keharmonian, perpaduan dan kasih sayang. Musnahlah kebahagiaan.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 8-7-2005 09:12 AM | Show all posts
IMAN DAN TAQWA SANGAT-SANGAT DITUNTUT

Iman dan taqwa adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. la sangat penting untuk kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Hanya ibadah dan amalan orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Tuhan. Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat di sisi Allah.

Akan tetapi, oleh kerana taqwa itu telah disalahertikan, telah diambil ringan dan telah tidak lagi dititik beratkan, maka ia telah terpinggir dan dipandang sepi. la jarang sekali diperkatakan, tidak diajar dan orang tidak faham lagi tentang taqwa dan tuntutan-tuntutan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Orang tidak lagi bercita-cita untuk menjadi orang yang bertaqwa. Orang tidak mahu lagi berkorban dan bersusah payah untuk mendapat taqwa. Taqwa sudah tidak lagi menjadi pakaian umat Islam. Taqwa sudah tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan umat Islam dan tidak lagi menjadi matlamat dalam beragama.

NILAI TAQWA YANG SEBENAR

Taqwa terlalu mahal harganya. la aset bagi orang mukmin dunia dan Akhirat. Kalau umat Islam tahu akan nilai sebenar taqwa, mereka akan bergolok-bergadai untuk memperolehinya. Tetapi oleh kerana mereka tidak tahu, mereka menganggap taqwa itu tidak ada nilai apa-apa dan tidak berharga. Mereka tidak sang-gup berusaha untuk mendapatkannya. Namun kalau kerana duit, harta, kuasa, nama, glamour dan perempuan, mereka sanggup bersusah payah dan berkorban apa sahaja.

Kalau kita setakat hendak menjadi Islam, itu mudah. Setakat hendak digelar sebagai orang Islam, itu senang. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah, kita sudah Islam. Kalau sudah bersyahadah, orang tidak boleh kata seseorang itu kafir. Kalau orang itu mati, ditanam di kubur orang Islam. Tetapi setakat Islam sahaja tidak memadai. la belum selamat dan menyela-matkan. Kalau kita baca Quran dan Hadis, tidak ada satu ayat pun yang mengatakan bahawa orang Islam itu selamat. Allah dan Rasul tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada orang yang hanya semata-mata Islam.

Taqwa adalah keselamatan bagi orang mukmin di dunia dan Akhirat. Kita kena bersungguh-sungguh mendapatkannya. Kita kena berhempas pulas. Kalau boleh guna duit untuk mendapat-kan taqwa, gunalah duit. Kalau boleh guna tenaga, gunakanlah tenaga. Kalau boleh guna fikiran, gunalah fikiran. Kalau boleh guna ilmu, gunalah ilmu. Kalau perlu berkorban dan bersusah payah, kenalah berkorban dan bersusah payah. Kerana taqwa itu terlalu mahal dan sangat berharga.

Kalau kita sanggup berkorban dan bersusah payah untuk mendapat dunia, kekayaan, jawatan yang tinggi dan gaji yang besar, kenapa kita tidak sanggup berkorban dan bersusah payah untuk mendapat taqwa? Kalau kita sanggup mati, sanggup sakit, sanggup menempuh segala macam halangan, sanggup tinggal-kan anak isteri, sanggup bertungkus-lumus mencari ilmu hingga sampai ke Eropah, England dan Mesir yang nilainya separas bumi, kenapa kita tidak sanggup bersusah payah untuk men-dapatkan taqwa yang nilainya setinggi langit malahan lebih tinggi dari itu.



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 12:10 PM | Show all posts
ermm..ada satu artikel dalam jurnal yg membincangkan mengenai takwa ni..tatie pastekan infonya di bawah ni...

THE TAQWA VERSUS QUWWAH DICHOTOMY: AN ISLAMIC CRITIQUE OF DEVELOPMENT VIA THE MALAYSIAN BUMIPUTERA POLICY  



An article published in the journal

Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies (Penang)

Special issue 慣he Bumiputera Policy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2005 05:22 PM | Show all posts
salam buat semua
sebenarnya saya dah lama kenal abuya tu
nyaris-nyaris terikut si mamat sekor tu
tapi syukur TUHAN masih mau saya `berjalan dijalan yg lurus'
yg saya buat-buat HOT tu bukan apa
saja aje nak bagi peringatan kepada
`yang buta mata, telinga pekak dan hati tertutup' dek fanatik sangat
dgn abuya tu
pasal beri peringatan slow slow buat pekak aja
pasang bom masih juga buat pekak
tapi ie lah TUHAN BERKATA: KAMU HANYA MENYAMPAIKAN AJA
AKU YANG MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YG KUKEHENDAKI
AKU SESATKAN SESIAPA YANG KU KEHENDAKI
jadi kusampaikan juga walaupun kaum MUNAFIK TIDAK MENYUKAINYA

TAK MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA MELAINKAN ORANG YANG BERAKAL
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 10-7-2005 12:30 PM | Show all posts
              BAB 2

                                        Kategori Umat Islam
                                    Orang yang Abai
                                    Orang yang Cuai
                                    Orang yang Lalai
                                  Orang yang Bertaqwa
                                         Sajak 1


[ Last edited by hafizi on 10-7-2005 at 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 10-7-2005 12:34 PM | Show all posts


Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum. Kategori-kategori tersebut ialah:


1.        Orang yang abai
2.        Orang yang cuai
3.        Orang yang lalai
4.        Orang yang bertaqwa



ORANG YANG ABAI

Ertinya orang yang mengabaikan Tuhan dan syariat Tuhan. Dia itu Islam mungkin kerana datuk neneknya Islam dan emak ayahnya Islam. Maka secara automatik, dia pun Islam. Namun dia tidak fikir tentang Tuhan dan tidak fikir tentang syariat Tuhan. Dia tidak fikir tentang ibadah dan dia tidak fikir tentang halal dan haram. Tuhan ada atau tidak, tidak penting baginya. Tuhan ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. Begitulah rasa hati orang yang mengabaikan Tuhan.

Dia hidup mengikut gaya dan corak yang disukainya. Tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Lebih tepat lagi, dia mengikut hawa nafsunya. Kalau kita tanya apa agamanya, dia kata dia Islam. Tetapi Islam itu tidak nampak pada dirinya, peribadi dan tingkah lakunya. Islamnya hanya berdasarkan keturunan dan warisan.


ORANG YANG CUAI

Ini baik sedikit dari orang yang abai. Orang cuai ini, dia rasa bertuhan tetapi di waktu-waktu yang tertentu sahaja terutama di waktu dia susah, di waktu dia sakit dan di waktu dia diuji. Di waktu-waktu itu dia mengeluh," Wahai TuhanirWaktu senang, dia langsung tidak ingat Tuhan.

Ibadahnya mengikut keadaan. Apabila dia tidak sibuk dia beribadah ala kadar. Apabila dia sibuk atau dia tidak ada mood, dia tidak sembahyang dan tidak puasa. Begitu juga dengan perkara halal haram. Ada masa dan dalam sesetengah hal, dia tidak buat yang haram. Pada masa dan dalam sesetengah hal yang lain pula, dia selamba sahaja buat yang haram. Dengan kata-kata yang lain, orang yang cuai ini, dia buat sedikit tetapi banyak yang dia tidak buat. Sebahagian kecil dia buat, sebaha-gian besar dia tinggalkan. Atau dia buat suruhan agama ber-musim-musim. Dia tidak rasa menyesal dan tidak rasa bersalah atau berdosa di atas semua itu.


ORANG YANG LALAI


Orang ini, soal lahiriahnya termasuk ibadahnya sangat baik dan tidak boleh dipertikaikan. Semuanya selesai, semuanya beres. Kalau dipandang secara lahir, orang akan kata dia orang agama, orang baik, ahli ibadah. Segala rukun Islam dibuatnya, ditambah pula dengan yang sunat-sunat. Dia buat umrah, baca Quran, wirid dan zikir. Tasbih sentiasa di tangan. Orang ramai sekam-pung memujinya. Mereka kata, "Baik orang itu."


Amalan agamanya yang lahir beres. Syariat lahirnya selesai. Yang tidak selesai dan yang tidak beres ialah hatinya. Semakin banyak beribadah, dia semakin tamak, semakin bakhil, semakin hilang rasa takut dengan Tuhan, semakin tidak ada rasa hamba dan dia rasa selamat dengan ibadahnya yang banyak itu. Dia tertipu dengan sembahyang dan ibadah-ibadahnya yang lain. Orang melihat dia seperti beragama tetapi hakikatnya dia adalah orang yang lalai. Manusia kata dia baik tetapi Tuhan kata dia tidak baik sebab hatinya tidak takut dan tidak cinta dengan Tuhan. Dia masih megah, angkuh, cinta dunia dan gila puji walaupun sembahyangnya banyak, puasanya banyak, baca Quran, wirid dan zikirnya banyak. Tuhan kata dia orang yang lalai.

Walaupun dia tidak lalai dengan ibadah lahiriah tetapi hatinya lalai dengan Tuhan.Hakikat ini membuatkan kita cemas. Orang yang dianggap beragama pun tidak selamat kerana faktor lalai. Dan lalai itu bukan perkara lahir tetapi perkara hati. Tidak takut Tuhan, tidak takut dengan dosa, itu termasuk lalai walaupun sembahyang banyak, puasa banyak, wirid, zikir dan baca Quran banyak.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 10-7-2005 at 04:35 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 12-7-2005 08:15 AM | Show all posts
ORANG YANG BERTAQWA


Orang yang bertaqwa pula dia sempat buat ibadah yang wajib sahaja. Ibadah-ibadah sunat kurang. Itupun ibadah sunat yang dibuat hanya yang besar-besar sahaja. Yang kecil-kecil tidak dibuat. Kalau dibandingkan ibadahnya dengan ibadah orang yang lalai atau ahli abid, sangat jauh bezanya. Banyak kurang-nya. Tetapi dia takut dan cinta dengan Tuhan. Rasa bertuhannya tebal. Hatinya sentiasa rasa tidak selesai dengan Tuhan. Dia tidak rasa dirinya baik malahan dia rasa dirinya orang yang paling jahat, hina dan tidak berguna. Inilah orang yang bertaqwa.

Walaupun dia buat ibadah yang wajib sahaja dan yang sunat kurang, namun dengan Tuhan hatinya sentiasa bergelombang dan bergelora macam air laut yang tidak pernah tenang. Dia kurang buat ibadah-ibadah sunat yang kecil-kecil sebab terlalu sibuk, terlalu letih dan tidak ada masa kerana terlalu banyak membantu dan menolong manusia serta membuat kerja-kerja masyarakat. Masanya banyak dimanfaatkan untuk orang ramai. Ibadah hablumminallahnya kurang tetapi yang hoblumminan-nasnya banyak. Ibadah ini lebih besar pahalanya dari ibadah-ibadah sunat. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain."


Memberi manfaat kepada manusia lain dengan tenaga, ilmu, minda, kuasa, wang ringgit dan lain-lain itu adalah lebih besar. Buktinya orang yang banyak ibadah pun tidak sanggup hendak berbakti, berkhidmat atau berkorban apa yang ada padanya untuk manfaat orang lain.

Orang bertaqwa tidak membuat dosa. Kalau dia sedar dia terbuat dosa, sehari suntuk jiwanya akan terseksa. Dia rasa menyesal, menderita dan dukacita. Dia akan buat ibadah-ibadah tambahan yang lain untuk menutup dan menebus dosa-nya itu.

Begitulah kategori orang-orang Islam berdasarkan apa yang disebut dalam Quran dan Hadis sebagai zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Mengikut kategori-kategori ini, barulah kita tahu dan sedar tentang letak duduk orang bertaqwa berbanding orang yang abai, cuai dan lalai. Umat Islam sekarang ini hina-dina di mana-mana, tidak dibantu, tidak dilindung dan tidak dibela oleh tuhan kerana orang Islam yang bertaqwa terlalu sedikit jumlah-nya. la masih kumpulan minoriti. Yang terbanyak ialah orang Islam yang abai, diikuti orang Islam yang cuai dan lalai. Tuhan tidak membantu dan tidak membela orang Islam yang abai, cuai dan lalai ini. Tuhan hanya akan membantu orang Islam yang bertaqwa sahaja. Di Akhirat nanti, hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 15-7-2005 03:14 PM | Show all posts
SAJAK

Abai, Cuai dan Lalai

Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah
dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman,
Tidak faham rukun Islam,
Tidak faham apakah itu ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak
mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama



Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat,
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan
dan sebahagian lagi ditinggalkan Itulah dia erti cuai beragama


Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
tidak terasa lagi berdosa



Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Ada kalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai

Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Ada kalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah

Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya
Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 15-7-2005 03:27 PM | Show all posts


Kupasan Tentang Islam, Mukmin dan Taqwa

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-7-2005 10:37 AM | Show all posts


TAMSILAN


Di antara orang mukmin dengan orang Islam sangat jauh bezanya. Kalau kita hendak buat misalan, bolehlah kita kata Islam itu ibarat sebuah taman yang indah, yang di dalam taman itu ada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sa-yuran. Orang masuk Islam itu sebenarnya baru masuk dan berada di pintu taman itu. Dia baru ambil tiket untuk membolehkan dia jelajah taman. Syahadah itu ibarat tiket semata-mata. Dia masih belum tahu lagi apa yang ada di dalam taman itu. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Ada keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain lagi.

Orang mukmin itu, dia sudah menjelajah taman. Sudah round taman itu. Dia sudah melihat keindahan taman. Orang bertaqwa pula, dia sudah makan dan merasa semua buah-buahan dan sayur-sayuran dalam taman itu. Maka orang ber-taqwalah yang paling tinggi.

Sebagai contoh lagi, katalah kita hendak ziarah sebuah zoo. Kita ambil tiket lalu duduk di pintu. Lepas itu kita balik. Atau di sebuah taman bunga yang indah, kita ambil tiket dan duduk di kerusi. Lepas itu kita balik. Kemudian kita cakap kita sudah masuk zoo dan sudah masuk taman. Betullah kita sudah masuk. Tetapi kita belum tengok dan belum rasa hebat dan cantiknya zoo dan taman itu. Soal sudah masuk itu satu perkara. Itulah Islam. Soal sudah tengok dan sudah rasa keindahan dan kenikmatan zoo dan taman, itu satu perkara yang lain pula. Itulah mukmin dan taqwa.

Contoh lain, macamlah orang yang hendak masuk ke universiti. Dia baru daftar nama, belum belajar dan belum pusing-Pusing di kawasan universiti lagi. Bila diterima masuk, dia baru ada nama sebagai pelajar universiti. Itulah Islam. Dia belum boleh dikatakan seorang intelek atau seorang graduan. Intelek dan graduan itu ibarat mukmin dan taqwa. Cuma selesai pendaftaran, automatik dia menjadi student. Dia belum dapat ilmu. Jelajah kawasan universiti pun belum.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-7-2005 10:48 AM | Show all posts


Atau kalau hendak dicontohkan lagi, Islam adalah ibarat kulit buah iaitu benda luar, benda lahir atau benda yang nam-pak. Iman adalah isinya manakala rasa isi itu adalah taqwa. Soal isi dan rasa, itu soal batin atau soal rohaniah. Kulit buah itu ibarat Islam, seperti syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mungkin tambah lagi dengan sedekah, belajar dan lain-lain. Itu kulit. Itu Islam.


Kalau kita hendak beli buah, adakah kita hendak makan kulit atau isi? Tentulah isi. Tetapi perlu diingat, kalau kulit cacat kita tidak akan beli buah itu walaupun bukan kulit yang hendak dimakan. Kalau kulit tidak elok, kita tidak beli. Tetapi ada juga buah yang kulitnya cantik dan elok tetapi di dalamnya ada ulat. Kalau kulit baik, belum tentu isinya baik, tetapi kalau kulit rosak sudah tentu, confirm yang di dalamnya rosak. Tidak semestinya kulit yang elok menggambarkan isi yang elok. Begitu juga tidak semestinya kulit yang elok menggambarkan rasa isi yang sedap. Katalah isi elok, namun belum tentu rasanya sedap. Kalau isi elok, boleh dimakan tetapi belum tentu rasanya sedap. Isi elok, itu tamsilan orang mukmin. Rasa sedap, itu tamsilan orang bertaqwa.



Beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik ciri Islam itu wujud. Namun, kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Iman itulah taqwa. Tidak cukup jadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin (bertaqwa).


Iman adalah hakikat dan Islam adalah syariat. Iman bersifat rohaniah dan Islam bersifat lahiriah. Yang Tuhan akan nilai di Akhirat nanti ialah iman. Yang Tuhan akan nilai adalah hakikat-nya. Hakikat bertapak pada roh atau hati. Hatilah yang Tuhan akan nilai, bukan soal-soal lahir. Namun, kedua-duanya mesti dibuat. Tetapi keutamaannya adalah pada hati. Orang mukmin dijamin masuk Syurga sedangkan orang Islam tidak dijamin sedemikian.

Ada satu cerita di zaman Rasulullah. Seorang Arab Badwi masuk Islam. Apabila bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda, "Wahai Rasulullah, saya sudah beriman. Terus Rasulullah menegur, "Jangan katakan kamu sudah beriman. Katakanlah sahaja kamu sudah Islam."

Ertinya untuk dapat iman adalah susah. Untuk menjadi Islam, itu mudah. Syahadah sahaja, sudah Islam. Di sinilah kita lihat mengapa umat Islam masih jahat walaupun ibadah banyak. Ibadah yang banyak hanya menggambarkan kulit atau syariat atau Islam. Ibadah tidak semestinya menggambarkan iman dan taqwa. Katalah seorang itu sembahyangnya banyak, puasa sunat banyak, rajin mengaji dan berjuang tetapi dalam masa yang sama dia berbohong, rasuah, hasad dengki, tidak ada kasih sayang dan tidak pedulikan orang. Islamnya hebat. Syariatnya pun hebat. Tetapi cacatnya terlalu banyak. Itu petanda hatinya belum benar-benar beriman dan bertaqwa.



BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 21-7-2005 at 10:39 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 21-7-2005 10:40 AM | Show all posts
KAITAN IMAN DENGAN TAQWA

Taqwa sering dikaitkan oleh Allah dengan iman. Bahkan taqwa bermula dari iman. Taqwa tumbuh dari iman. Iman adalah perkara asas yang perlu ditanam ke dalam hati seseorang terlebih dahulu. Apabila iman yang ditanam itu sudah sejati baru-lah akan lahir taqwa dalam diri seseorang. Orang yang beriman belum tentu bertaqwa. Tetapi orang yang bertaqwa sudah tentu dia beriman. Kerana iman itu berperingkat-peringkat. Tidak semua peringkat iman boleh menghasilkan taqwa.

PERINGKAT-PERINGKAT IMAN

1. Iman taqlid

2.. Iman ilmu

3. Iman 'ayyan

4. Iman haq

5. Iman haqiqat


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 21-7-2005 at 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 21-7-2005 10:47 AM | Show all posts


Iman Taqlid Dan Iman Ilmu

Iman orang yang bertaqlid atau iman turut-turutan atau iman ikut-ikutan, imannya adalah tepat iaitu dia percaya kepada Allah dan Rasul tetapi kepercayaannya tanpa dalil, tanpa keterangan dan tanpa ilmu pengetahuan. Orang begini tidak kuat dan tidak teguh imannya. Imannya mudah goyang dan goncang.


Begitu juga iman ahli ilmu. Imannya tepat. Tetapi walaupun keyakinannya kepada Allah dan Rasul dapat disokong dengan dalil-dalil, keterangan dan hujah-hujah namun iman peringkat ini baru sekadar sah. Jiwanya belum kuat sedangkan kekuatan seseorang itu adalah pada jiwanya. Iman seperti ini belum sanggup melawan syaitan dan hawa nafsu. Kerana itu orang yang peringkat imannya di tahap ilmu akan melanggar perintah Allah dalam sedar. Orang yang mempunyai iman ilmu hanya pandai berkata-kata kerana dia ada ilmu tetapi tidak dapat mengotakan kata-katanya. Mereka dalam golongan ini akan menjadi mukmin 'asi (derhaka) atau mukmin yang fasik atau mukmin yang berpura-pura.

Orang mukmin seperti ini setakat boleh mengucap dua kalimah syahadah dengan lidahnya dan akalnya percaya adanya Allah Taala dengan segala sifat-sifat yang wajib bagi-Nya. Tetapi dia belum dapat menanam kekuatan iman di dalam hatinya. Hatinya belum merasai yang Allah sentiasa melihat dan memerhatikan tingkah laku dan gerak-gerinya. Mukmin seperti ini, walaupun ilmunya tinggi melangit dan di dadanya penuhAI Quran dan Hadis, namun nafsunya masih besar. Sifat-sifat mazmumah seperti riyak, ujub, hasad, sombong, pendendam, bakhil, gila puji, gila pangkat dan lain-lain masih banyak bersarang di dalam hatinya dan syaitan pula sentiasa meng-godanya.


Orang-orang mukmin seperti ini tidak sanggup menghadapi ujian-ujian hidup sama ada yang berbentuk kesenangan mahu-pun yang berbentuk kesusahan. Ertinya, kalau dia berhadapan dengan kesenangan, dia akan lupa dirinya dan akan terus terjebak ke dalam perangkap nafsu dan syaitan. Manakala kalau dia berhadapan dengan kesusahan pula, dia akan cemas dan akan hilang daya pertimbangan. Dia akan bertindak di luar kehendak dan batas syariat.


Iman yang sejati itu, dari mana akan lahir taqwa, setidak-tidaknya adalah peringkat iman 'ayyan iaitu iman orang yang cukup yakin dengan Allah dan Rasul, lengkap dengan pengertian dan fahamannya serta diikuti dengan tindak-tanduk dan per-buatan.

Orang yang beriman taqlid perlu meningkatkan imannya ke peringkat iman ilmu dengan cara belajar dan menambah ilmu. Orang yang beriman ilmu pula perlu meningkatkan imannya ke peringkat iman 'ayyan dengan cara mengamalkan ilmu-ilmu yang diketahuinya dengan faham dan khusyuk.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 22-7-2005 02:15 PM | Show all posts
Penjelasan Tentang Iman 'Ayyan

Ini iman orang yang soleh atau iman ashabul yamin atau iman golongan abrar iaitu orang yang sentiasa sedar bahawa Allah Taala sentiasa mengawasi dirinya. Dengan kata-kata lain, orang yang memiliki iman 'ayyan hatinya sentiasa dapat merasakan kehebatan Allah. Dia ada hubungan hati dengan Allah. Kalau pun ada lupa dan lalainya kepada Allah, ianya terlalu kecil dan sedikit. Kerana itu, orang yang memiliki iman 'ayyan ini adalah orang yang sentiasa takut kepada Allah dan kuat sekali penye-rahan dirinya kepada Allah. Kalau iman ilmu, keyakinan cuma bertempat di fikiran, tetapi iman 'ayyan, keyakinan bertempat di hati. Ini digambarkan dalam sepotong ayat Al Quran:

Maksudnya: "Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, waktu duduk dan di masa berbaring dan mereka sentiasa memikir tentang kejadian langit dan bumi lantas mereka berkata, "Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia'." (Ali Imran: 191)


Iman 'ayyan mampu memacu umat ini menjadi umat yang gigih dalam memikul beban perintah Allah SWT. Iman 'ayyan juga merupakan benteng yang kukuh yang melindungi umat dari terjebak dan terjerumus kepada berbagai anasir negatif, kemungkaran dan kemaksiatan. Iman 'ayyan menjadikan seseorang itu memiliki kekuatan jiwa, gigih, kuat cita-cita, tahan diuji dan sanggup berkorban.


Oleh kerana orang mukmin yang sejati itu, perasaan ber-tauhid menghayati jiwanya, maka dia sentiasa takut dengan Allah malah rasa takutkan Allah itu bergelora di hatinya. Orang seperti ini sahajalah yang boleh tunduk kepada syariat Allah Taala. Firman Allah SWT:


Maksudnya: "Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghukum di antara mereka, mereka ucapkan, "Kami dengar dan kami patuh". (An Nur: 51)

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2005 08:17 AM | Show all posts


Berbeza dengan orang yang tidak takut dengan Allah, dia akan memilih-milih hukum Allah di dalam perlaksanaannya. Dia akan mengamalkan sesetengahnya dan meninggalkan sesetengahnya pula. Inilah sikap orang yang bukan mukmin sejati. Dia Allah golongkan ke dalam golongan orang yang sesat akibat dari sikapnya yang memilih-milih itu.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Hanyasanya, orang mukmin yang sebenar itu, apabila disebut sahaja nama Allah, gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, ber-tambahlah mereka beriman dan mereka terus menyerah diri kepada Allah." (Al Anfal:2)

Sikap orang mukmin yang sejati itu, apabila Allah Taala mendatangkan hukum-hakam dan peraturan hidup, dia tidak akan memilih-milih mana yang sesuai mengikut kehendak nafsunya dan menolak mana yang bertentangan dengan kehendak nafsunya. Orang mukmin yang sejati tidak menyoal dan tidak mempertikai hukum Allah dan bersikap lurus dalam melaksanakan hukum Allah atau dalam meninggalkan la-rangan-Nya walau apa pun yang terjadi. Dia akan terus melaksanakan perintah Allah tanpa ragu oleh kerana jiwa tauhidnya berakar umbi di dalam hati. Dia patuh dan akan memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap segala perintah Allah.


Firman Allah Taala:

Maksudnya: "Tidak dianggap orang mukmin yang sebenar sama ada lelaki mahupun perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya mendatangkan sesuatu perintah, bahawa mereka mahu memilih pada urusan mereka dan siapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka telah sesatlah dia dengan amat nyata." (Al Ahzab: 36}


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 26-7-2005 06:23 PM | Show all posts
IMAN HAQ DAN IMAN HAQIQAT

Iman yang paling baik ialah iman haq dan iman haqiqat. Ini adalah merupakan kemuncak iman iaitu iman bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau apa yang dinamakan sebagai golongan muqarrabin. la bukan lagi setakat iman sejati tetapi adalah iman yang sebenar dan iman yang sempurna. Orang yang memiliki iman haq dan iman haqiqat adalah orang yang sangat bertaqwa dan kuat penyerahan dirinya kepada Allah.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 26-7-2005 06:25 PM | Show all posts



BAB 4


Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak ber-taqwa. Disebut Ittaqullah, 'bertaqwalah kamu kepada Allah', namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. la tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauh-kan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata.


Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat ke-selamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauh-kan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067004 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list