CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

PETUA & TIPS UTK KESIHATAN, MASAKAN & PENJAGAAN BARANGAN DAPUR

  [Copy link]
Post time 17-10-2005 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by EMMA78 at 13-10-2005 02:02 PM

emma nak sumbangkan satu petua. untuk pesakit gout, boleh la amalkan mengambil beberapa potong nenas(ranum & mentah ...


tapi emma...org pompuan tak digalakkan makan nenas ni....ni memang diketahui ramai...penah baca satu artikel.....nenas ni actually ada mengandungi sejenis enzim yg boleh memberi kesan kepada sistem peranakan wanita......makan sekali sekala oklah kot...tp kalu makan selalu tak digalakkan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by EMMA78 at 13-10-2005 02:02 PM

emma nak sumbangkan satu petua. untuk pesakit gout, boleh la amalkan mengambil beberapa potong nenas(ranum & mentah ...

arwah ayah maklang dulu pun pengidap gout. Maklang pernah baca dr. satu email, perubatan yg diamalkan oleh Iman Mazlan dari Melaka kalo tak silapl, ubat untuk matikan sumpahan gout ni ialah dengan melayor betik muda atas api dan digosok ke tempat sakit..akhir sekali pesakit hendaklah memijak betik muda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 02:51 PM | Show all posts

petua kempis perut n awet muda

elakkan minum minuman ber ais... penah buat dulu n menjadi... perut flat je. tapi tu dulu la psl skrg asyik dok minum ais je... hehe, tpaksa la buat 'sit up' plak.. mcm ne nk renti kan tabiat minum ais ni ek....:stp:
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:13 PM | Show all posts

menghilangkan kembung perut

ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.kemudian layurkan dia atas api selama 2 minit.kemudian daun yang masih panas ditekapkan pada perut
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:15 PM | Show all posts

memutihkan gigi

campurkan sedikit garam pada ubat gigi yang digunakan setiap kali ingin mengosok gigi.gigi akan kelihatan lebih putih berseri dan juga dapat menghindari dari sakit gigi dan mulut
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:19 PM | Show all posts

merawat gastrik

campurkan buah kurma dengan susu kambing atau susu lembu asli segar.minum 2 kali sehari...insyallah gastrik dapat dielakkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:25 PM | Show all posts

megatasi bayi demam selepas di suntik

caranya dengan meletakkan potongan bawan kecil di tempat suntikan.seeloknya bawa bawang tersebut setiap kali anak ada temujanji suntikan.

atau pun cara kedua :-

bagi ibu yang masih menyusukan badan, selepas anak disuntik ada baiknya anak diberikan susu badan secepat mungkin.ini dapat mengelakkan suhu badan anak naik dan anak menjadi demam
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:27 PM | Show all posts

melancarkan hidung tersumbat

ambil air suam-suam kuku dan dititiskan sedikit minyak kapak. selepas itu air itu di hidu seperti menghidu bau bunga..insyallah aliran hidung yang tersumbat itu akan lebih lancar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:33 PM | Show all posts

Sembuhkan luka selepas bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:35 PM | Show all posts

Hilangkan Lemak

Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:36 PM | Show all posts

Kulit perut berkedut

Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 20-10-2005 07:37 PM | Show all posts

Hilangkan bau mulut

Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih.
Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
Reply

Use magic Report

phoinix This user has been deleted
Post time 22-10-2005 02:01 AM | Show all posts

Apakah Khasiat bunga telang?

hello semua...

Saya ni memang peminat dlm hal petua-petua ni... Terima kasih kpd semua yg menyumbang petua-petua ... dptlah saya cuba..

Saya terbaca dlm sebuah buku mengenai pengamalan bunga telang utk menghitamkan rambut secara semulajadi oleh orang Thai... Jadi bila saya dpt chance melawat kawan di Thailand,  saya sempat cari di Supermarket kat sana menjual produk yg menggunakan bunga telang ni...dlm bahasa Thai ia dikenali sbg anchan. Setahu saya byk kawasan rumah di Malaysia menanam bunga telang yg ditanam sbg pemanjat di pagar... atau di rumah-rumah kaum Peranakan - utk buat kuih-muih shj.

Di Thailand ada sebuah syarikat yg mengeluarkan shampoo ni hanya dgn perahan bunga, minyak zaitun dan sejenis buah yg boleh emngeluarkan buih (terlupa pula nama buah tu).

http://www.abhaiherb.com/welcomeE/index.asp
http://www.abhaiherb.com/herbE/index.asp?HID=27

Jadi, kalau boleh saya nak tahu cara-cara utk mengguna bunga telang ni selain sbg pewarna biru...


PS. Baru-baru ni, ada ternampak shampoo jenama FEATHER mengeluarkan produk Bunga Telang ni... tapi kalaulah dilihat bahan-bahan kandungan - amat keliru dgn nama saintifiknya.
Reply

Use magic Report

phoinix This user has been deleted
Post time 22-10-2005 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by honeydew_78 at 15-8-2005 05:06 PM
Ini ada beberapa info berguna yang member saya post dalam friendster, saya share dengan forumers semua:-

. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama k ...

Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat.
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas
kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat
berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of
Singapore".

==============

Originally posted by RaDiO@cTiVe at 8/18/05 06:33 AM
yg ni opismate chinese aku ade bt mmg kuar ulat pon :puke:



Hmmmm...ni nak tanya sikit... daging khinzir yg kawan ofis you test tu yg sudah masak ke atau belum masak ??? Kalau dah masak... macam mana ulat-ulat tu masih hidup??? Hide & seek ke?? Wahhhh..kebal betul ulat jenis ni!

Macam mana dgn CHI KUT TEH?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 06:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Sudah masuk ari ke 22 berposer.

Berat teman sudah jadi 49kg ari ini. :cak:

Wsalam
pssttttt ghaser nyer, Kak Liza semakin berisi
:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 12:50 PM | Show all posts

PETUA IMAM SYAFIE :: 4 PERKARA ::

Empat perkara menguatkan badan :-
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan :-
1. Banyak berkelamin [bersetubuh]
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata :-
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata :-
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran :-
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi [gosok gigi]
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama




:: EMPAT CARA TIDUR ::

1.Tidur para nabi :-
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2.Tidur para ulama dan ahli ibadah :-
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3.Tidur para raja yang haloba :-
Tidur ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4.Tidur Syaitan :-
Tidur menelengkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka!




sumber : surat khabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2005 11:36 PM | Show all posts
kuku itu berbisa:

arwah emak kak hannah bagi satu petua untuk dapatkan kulit perut yang licin tanpa stretch marks:
jgn sesekali garu kulit perut dgn kuku, sebaliknya kalau gatal, garu dgn sikat.  


petua kak hannah kepada anak2 yang berjerawat:
jgn sesekali sentuh muka tu dgn kuku, kalau jerawat or black heads keluar ke, biarkan saja, ia pasti berlalu.  tapi anak2 ni kdg2 susah juga nak faham...
Reply

Use magic Report

Pilax This user has been deleted
Post time 23-12-2005 09:03 AM | Show all posts

Petua2 Kesihatan

Pesakit Kencing Manis:hmm:

Ambil daun rajah kayu 3 helai rendam air panas dan minum 3 kali sehari.....saya sudah cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 09:31 AM | Show all posts
dah ada tajuk topik ni ..
sila lihat :dia: RAHSIA PETUA DAN TIPS KESIHATAN
Reply

Use magic Report

Pilax This user has been deleted
Post time 25-12-2005 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 23-12-2005 09:31 AM
dah ada tajuk topik ni ..
sila lihat :dia: [url=http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125309&extra=page%3D1]RAHSIA PETUA DAN TIPS KESIHATAN[/c ...



Tak kan akak seorang saja boleh cita..........:gila:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.440830 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list