CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

Dato' Sudirman Hj. Arshad D.I.M.P., A.M.N., J.M.N., A.M.P.

[Copy link]
Post time 9-4-2007 10:52 AM | Show all posts
menangis baca thread ni. sukar nak cari seorg penghibur yg bnr2 komited dgn kerja mcm allahyarham sudirman. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. alFatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 03:29 PM | Show all posts
sapa2 ada masa konsert kat chow kit road? teringin nak dengar pengalaman orang.. masa tu saya kecil lagi tapi dengar2 juga lagu sudirman
Reply

Use magic Report

anti_kadut This user has been deleted
Post time 27-4-2007 07:07 AM | Show all posts
tumpang lalu yer!!! saje nak baca2. tgh bosan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 06:24 AM | Show all posts
Sudirman mmg unik , aku respek dia spai skrg

Ada 1 lagu dia yg aku minat tp spai skrg x jmpa , psl lagu ni kalau aku search msti jmpa lagu lain yg tajuknya lbh kurang

Antara lirik lagu sudirman ni ialah :


Ayah.......
.............................
...............................
...............................


Menjaga kami bersekolah
Supaya jadi orang berguna...
...............................
..........................
.....................


Tiba masaku menjaganya pula
........................
.........................
....................

Lbh krg camtu la lirik dia , lagu ni pun jarang main kat radio brbanding dgn agu ayah dan ibu tu , lagu ni byk fkuskan psl ayah yg trpksa jaga anak2nya slpas kematian isterinya , mngkin gak citer psl sudirman sndiri , aku pun x tau


Lagu ni rentak dia cam blues skit , kalau lagu ni aku search , slalu jmpa dgn lagu AYAH DAN IBU yg lbh popular


So sesape yg tau tajuk lagu ni dan ada lagu ni , tlg bg tau tajuk dia dan tlg share lagu ni , tq very2 much

[ Last edited by  Bateesta at 29-4-2007 06:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 06:59 AM | Show all posts
Terima kasih daripada keluarga Sudirman

Baru-baru ini RTM telah memberikan penghargaan yang besar kepada Allahyarham Sudirman menerusi konsert Suara Hati Sudirman yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 itu dianggap berjaya memberikan satu apresiasi kepada khalayak terhadap sumbangan Sudirman sebagai penghibur.

Usaha RTM itu bukan sekadar konsert tetapi membina apresiasi kepada khalayak untuk melihat lagu-lagu nyanyian Sudirman sebagai agenda sosial. Maka konsert itu ternyata melampaui ukuran hiburan semata-mata.

Konsert itu turut melibatkan buah fikiran penulis lirik yang juga orang yang rapat dengan Sudirman iaitu Habsah Hassan. Kejayaan konsert itu juga sedikit sebanyak adalah sumbangan idea Habsah yang banyak menulis lirik lagu nyanyian Sudirman.

Sebagai meraikan kejayaan konsert Suara Hati Sudirman, keluarga Sudirman dengan kerjasama Habsah dan Rubiah Suparman mengadakan satu majlis menghargai mereka yang terlibat dalam konsert tersebut.

Suasana di Restoran Puteri milik bersama Habsah dan Rubiah pada malam Selasa lalu agak tenang dan santai. Sebenarnya keluarga Sudirman terutama kakak Allahyarham, Datin Rodiah tidak menganggap ini sebagai majlis tetapi pertemuan dengan mereka yang menjayakan konsert tersebut.

Antara artis yang hadir ialah tiga Juara Akademi Fantasia, Zahid, Mawi dan Faizal. Meskipun dalam kesibukan jadual persembahan yang membataskan pergerakan mereka, tiga artis tidak menghampakan keluarga Sudirman untuk meraikan majlis ini.

Biarpun santai dan tenang tetapi apa saja yang melibatkan Sudirman tetap mengingatkan tetamu kepada penghibur yang telah pergi buat selama-lamanya. Ada sendu daripada jiwa yang berkocak mengenangkan dia yang telah pergi terutama daripada keluarga Sudirman.

Titis air mata tidak dapat disembunyikan apa lagi saat Rodiah memeluk erat Faizal. Kedua-duanya kelihatan menahan sedu yang akhirnya terurai di kelopak mata masing-masing. Berat mata memandang, pilu lagi hati yang menanggung kehilangan adik kesayangan.

憭Terima kasih daripada seluruh keluarga kami untuk mereka yang menjayakan konsert Suara Hati Sudirman. Sudir bukan sahaja disayangi oleh keluarga kami tetapi juga anda semua,拻 ucap Rodiah dengan senyuman dan suara yang tertahan-tahan.

Majlis yang ringkas itu sebenarnya memberitahu kita tentang kasih sayang dan budi yang baik tetap dikenang sekalipun telah dibatasi bumi. Malah majlis itu juga memperlihatkan keluarga Sudirman menghargai sebarang usaha memperingati Sudirman seperti yang dilakukan oleh RTM itu.

Tentunya para tetamu dapat mengutip iktibar daripada sikap terpuji keluarga Sudirman yang tidak melupakan mereka yang menjayakan konsert itu.

Ini sama seperti yang terpahat pada pantun tradisional yang berbunyi, 憫Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercanang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.拻
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 02:04 AM | Show all posts
Sudirman mmg unik , aku respek dia spai skrg

Ada 1 lagu dia yg aku minat tp spai skrg x jmpa , psl lagu ni kalau aku search msti jmpa lagu lain yg tajuknya lbh kurang

Antara lirik lagu sudirman ni ialah :


Ayah.......
.............................
...............................
...............................


Menjaga kami bersekolah
Supaya jadi orang berguna...
...............................
..........................
.....................


Tiba masaku menjaganya pula
........................
.........................
....................

Lbh krg camtu la lirik dia , lagu ni pun jarang main kat radio brbanding dgn agu ayah dan ibu tu , lagu ni byk fkuskan psl ayah yg trpksa jaga anak2nya slpas kematian isterinya , mngkin gak citer psl sudirman sndiri , aku pun x tau


Lagu ni rentak dia cam blues skit , kalau lagu ni aku search , slalu jmpa dgn lagu AYAH DAN IBU yg lbh popular


So sesape yg tau tajuk lagu ni dan ada lagu ni , tlg bg tau tajuk dia dan tlg share lagu ni , tq very2 much



X ada sesape tahu tajuk lagu kat atas , atau , mempunyai lagu kat atas ke , thats weird :stp:  :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2007 12:54 PM | Show all posts
Konsert terakhir Sudirman dalam VCD
17-09-2007 12:35:24 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ  


RAKAMAN konsert terakhir Allahyarham Sudirman Hj Arshad di tapak ekspo Air Keroh, Melaka 16 tahun lalu dijangka akan diedarkan dalam bentuk VCD mulai 1 Oktober ini.

VCD yang berdurasi selama dua jam itu akan dicetak dan diedar oleh pihak Maestro Records yang diketuai oleh Freddie Fernandez.

"Pada 1 Oktober ini, Astro dijangka akan melancarkan VCD tersebut secara besar-besaran.

"Harga VCD akan dijual sebanyak RM10. Rakaman konsert itu juga akan disiarkan di stesen televisyen Astro pada hari raya nanti, " kata Pengarah Pemasaran Saudara Usaha Dagang Industri Sdn Bhd (SUDEE) Virinder Singh semasa sidang media 'Sudee Foundation'.


Virinder akan tunai janji
(Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Virinder merupakan penyumbang utama konsert Allahyarham Sudirman yang terakhir itu.

Menurut Virinder, sebelum ini syarikat yang turut disertai oleh Allahyarham Sudirman sendiri selaku pengerusi bernama Sudirman Usaha Dagang Industri Sdn Bhd (SUDI).

Hasil jualan VCD ini nanti akan disumbangkan ke tabung Sudirman yang digelar 'Sudee Foundation'.

Setelah berbincang dengan abang Allahyarham Sudirman, Roslan, nama Sudee ditukar daripada nama asal Sudi bagi mengelakkan kekeliruan.

"Tun Musa Hitam, Tan Sri Leo Moggie, Datuk Michael Chong, Datuk Marina Mahathir dan saya akan berbincang untuk merancang tindakan yang selanjutnya terhadap wang yang diperolehi," ujar Virinder.

Walaupun telah lama Virinder menyimpan rakaman tersebut, namun beliau tetap meneruskan hasrat untuk mencetak dan mengedarnya dalam bentuk VCD kepada orang ramai yang belum berpeluang menonton konsert kenangan daripada Allahyarham Sudirman itu.

"Saya memang sudah lama mahu buat perkara ini kerana ini adalah hasrat saya dan saya akan kotakan janji saya. Walaupun ia akan disiarkan di televisyen tetapi edaran VCD tetap dilakukan secara sedikit-sedikit. Saya pasti ramai yang akan membelinya kerana ia merupakan sesuatu yang berharga daripadanya," kata Virinder yang menukar format rakaman tersebut daripada VHS kepada DVD di Australia.

Selain itu, Virinder juga bercita-cita untuk menyimpan VHS asal rakaman tersebut di muzium.

Virinder mempunyai alasan tersendiri untuk melancarkan VCD tersebut bersempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia seiring dengan kejayaan Allahyarham Sudirman sebagai 'Penghibur Milik Masyarakat' dan 'Seniman Rakyat' yang memperjuangkan lagu patriotik seperti 'Tanggal 31'.

Allahyarham Sudirman mengadakan konsert percuma tersebut setelah berjaya memasarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi sekaligus mengangkatnya sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda.

Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama Sudi.



Penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon itu telah mengadakan konsert terakhirnya pada 9 Mac 1991 iaitu setahun sebelum beliau meninggal akibat menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia) selama tujuh bulan.


Pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Datin Rudiah Hj. Arshad di Bangsar Park, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3.45 petang di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
Reply

Use magic Report

lobak_sawi This user has been deleted
Post time 17-9-2007 08:20 PM | Show all posts
saya memang minat sudirman.lagu dia semua sedap2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lobak_sawi This user has been deleted
Post time 17-9-2007 08:21 PM | Show all posts
susah nk cari pengganti sudirman.kalau ada pun tidak dipandang sebab sekarang populariti mengatasi yg berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:37 PM | Show all posts
sorila ziana nak tanya sikit...sudirman ni meninggal sbb aper?????
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 07:39 AM | Show all posts

Reply #312 ziana2006's post

sebab buatan orang.mase trek selebriti sudirman kakak dia cerita segalanya.tapi sedih org ckp sudirman meninggal sebab aids.al-fatihah utk sudirman
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 07:40 AM | Show all posts

Reply #311 lobak_sawi's post

ya aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 10:37 AM | Show all posts
Sudir bagi ku adalah ARTIS yang paling kommitted dan x banyak kerenah...dari UM sehingga lah beliau pergi...sememangnye kommitted.

Hilang sebutir PERMATA yang sukar di cari ganti...seperti juga ALLAHYARHAM P RAMLEEE....

ALFATIHAH BUAT ALLAHYARHAM.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 10:57 AM | Show all posts

sudirman: luahan jiwa terlukanya di dlm lirik

tanpa kita sedar, arwah sudirman melahirkan luahan jiwa yg terluka menerusi lirik2 lagu , khususnya tulisan Habsah Hassan.
menerusi lirik2 itu, dapat kita rasakan kepedihan yg terpendam dlm dirinya. adakah anda turut merasakannya?

hayatilah himpunan luahan jiwa terluka arwah menerusi lirik2 lagunya......

Terasing

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka


[ Last edited by  biezie_slalu at 24-11-2007 11:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by Makcik_WOK at 24-11-2007 11:11 AM


Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerana ku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali


Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:19 AM | Show all posts
setiap kali dengar lagu2 sedih dendangan Allahyarham Sudirman, hati ku tersentuh. Cara beliau menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan sehingga pendengar turut merasa rintahan hatinya....Al-Fatihah kepada Allahyarham....Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:24 AM | Show all posts
mesti dia ckp pasal wife dia...kan diorang cerai..

for sure dia masia sayangkan wife dia tuh..
..tp dia dah tahu..wife dia smpai bila2pon..takkan dtg balik lam idop dia
dalam banyak2 rase dia ckp..gelisah,sepi,tersiksa..apa2pon dia masih simpan
harapan..wife dia akan kembali kat dia

ina sensed dia nih dah sayang giler2 ar kat wife dia..
...takper..Tuhan akan bg dia Kebahagiaaan DISANA..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by miego07 at 24-11-2007 11:19 AM
setiap kali dengar lagu2 sedih dendangan Allahyarham Sudirman, hati ku tersentuh. Cara beliau menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan sehingga pendengar turut merasa rintahan hatinya....Al-Fat ...


Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.213127 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list