CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Umm_Umar

MESIN JAHIT

[Copy link]
Post time 13-11-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by adhwan at 13-11-2006 11:39 AM



try check kat web site nih

http://www.singer.com.my/

ada brand2 m/jahit n price dia n ada ugak outlet2 dia



ada sesiapa yang pernah beli mesin secara online tak? sharelah info kalau ada..:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 09:59 AM | Show all posts
tx arr adhwan.. act lame dah belek2 website tuh... saje jer nak mengada..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 10:37 AM | Show all posts
200 suri rumah rugi RM1 juta
Oleh Rahmat Othman
[email protected]

ALOR STAR: Kira-kira 200 suri rumah mendakwa kerugian hampir RM1 juta apabila terpedaya membeli mesin jahit pelbagai guna bernilai antara RM1,799 hingga RM17,999 setiap unit dari sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Kuala, dekat sini.

Mereka dikatakan diminta membeli mesin jahit berkenaan sebagai syarat untuk mengikuti kursus jahitan secara percuma selama setahun di sebuah pusat kraf tangan yang beroperasi di pekan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas membeli peralatan berkenaan kira-kira dua bulan lalu dan belum sempat menamatkan kursus dalam tempoh dijanjikan, pusat kraf tangan itu ditutup operasinya tanpa dimaklumkan kepada pelatih terbabit.

Difahamkan, operasi pusat itu berpindah ke kawasan baru yang tidak diketahui pelatih menyebabkan mereka mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Selain penduduk sekitar Alor Star dan Kuala Kedah, pelatih terbabit ada yang datang dari jauh termasuk Gurun, Pendang, Kubang Pasu, Lubuk Merbau, Langkawi serta Perlis.

Difahamkan, mesin jahit yang dibeli pelatih terbabit diimport dari Jepun yang mampu menjahit pelbagai bentuk dan paten untuk cadar, langsir, pakaian, serta bungaan.

Seorang mangsa, Hamidah Mansor, 39, berkata, dia membeli mesin jahit berharga RM5,000 seunit pada 24 September lalu dan dijanjikan kakitangan syarikat berkenaan untuk mengikuti kelas jahitan secara percuma selama setahun.

Bagaimanapun pada 12 November lalu, syarikat pengedar mesin itu ditutup serentak dengan penutupan pusat kraftangan berkenaan.

"Kami bukan sahaja tidak dapat belajar seperti dijanjikan, malah langsung tidak tahu menggunakan mesin jahit itu kerana terlalu canggih," katanya.

Katanya, ramai pelatih lain juga tidak tahu cara menggunakan mesin jahit itu kerana tidak ada tenaga pengajar.

Rakannya, Sharifah Shafie, 29, berkata, syarikat itu menawarkan latihan selama setahun dengan mengajar 24 paten jahitan yang dikenali sebagai kraf tangan.

"Memang ramai berminat membeli mesin jahit itu kerana setiap pembeli ditawarkan belajar menjahit secara percuma selama setahun.

"Kami boleh melanjutkan tempoh belajar setahun lagi sekiranya membeli barang jahitan termasuk benang, jarum dan kain melebihi RM600 dari syarikat yang sama," katanya.

Dia mendakwa syarikat berkenaan juga mengenakan bayaran yang tinggi untuk membeli peralatan lain termasuk jarum, benang dan beberapa barangan lain.

Jamilah Ahmad, 53, berkata, setiap individu yang ingin belajar menjahit di syarikat itu disyaratkan membeli seunit mesin jahit.

"Saya membeli seunit mesin jahit berharga RM17,999 tunai disebabkan ingin belajar menjahit tetapi selepas beberapa bulan dibeli saya kecewa apabila premis syarikat itu sudah ditutup dan tidak diberitahu ke mana mereka berpindah," katanya.


>> cam apple jer.. tp x penah plak kekawan SKAC yg ada mesin jahit ni  komplen
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:53 PM | Show all posts

Reply #340 adhwan's post

mesin jenis apa sampai 17k tu yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:09 PM | Show all posts

Reply #341 rimbun's post

agaknya yg computerize sulam kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 07:01 PM | Show all posts
Dekat tempat Suka2 ada juga dengar yg. beli mesin apple janji cam tu...jugak..Lastly cerita yg. dengar pegi belajar 2 - 3 kali aje...dah tak ada. Yg. pasti jiran Suka2 kata machine apple le... Sebab tu..Suka2 tak berani beli machine jahit lain selain dr. singer, juki atau butterflyu. Brand  tu...dah memang terkenal dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2006 03:44 PM | Show all posts
agak2 cam no rupe mesin 17k  tu?
ishikk.... tak leh imagine rupa mesin tu..
syarikat mesin apa tu yerk.
kang ditupu lak kat tempat lagi. sbb jaminan setahun blajar yg tak tahan tu...  bior betui percuma blajar?
tak caye aku.. masuk tandas pun tak percuma. nie pulak blajar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 05:50 AM | Show all posts
Originally posted by liya71a at 10-10-2006 05:04 PM
Nak kongsi pengalaman, pasal sewing machine ni...

Sebenarnya sewing machine kita ni mcm kereta kita juga... masa baru2 beli, rasa kekok aje, ni tersalah tekan, tu tersalah, signal lupa kiri ke k ...


kite pun ada mesin Raleigh Portable tu...dah jadi tukun...,meahaha memang berat sket mase tekan minyak tuh...entah ler, mungkin dekat motor tu kut problem (memang problem pun...saye bukak sendiri je nak tengok...last byk laks skru lebih..)..

skang pakai JUKI 2nd hend...ok mesin ni...puas hati gak le....tp anak2 suke main bawah tu..abis macam2 dia sumbat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 05:51 AM | Show all posts
Originally posted by naiz at 25-11-2006 03:44 PM
agak2 cam no rupe mesin 17k  tu?
ishikk.... tak leh imagine rupa mesin tu..
syarikat mesin apa tu yerk.
kang ditupu lak kat tempat lagi. sbb jaminan setahun blajar yg tak tahan tu...  bior betui ...


mesin jahit pakai komputer kut...17K...mampoih nak bayo weih......saye hat 2nd hand pun pikir 5,6 kali nak beli...ekekke sian penduduk kedah kena tipu ye....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by rimbun at 23-11-2006 01:53 PM
mesin jenis apa sampai 17k tu yerrr


Rasa2 ctlah..mesin ni mesin untuk menyulam yang boleh gerak dengan kawalan komputer..hasil mmg cantik tapi mahall sangat..ct pun penah intai-intai mesin ni suatu masa dulu..ang second hand je dah 10,000..jd ct beli mesin juki biasa yang harga 2,000 je..tapi ada lg yang lebih best, bulan 8 tu g kl tengok satu mesin sulaman berkomputer yang cangih, laju dan hasilnya sangat cantik berharga 25,000...kalau dapat satu...perghhh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 11:27 AM | Show all posts
asslamualaikum..kengakawan yang tinggal area serdang/bangi....

sesaper yg ader contact no. orang yg buleh baiki mesen jahit...bagi ler kat Moon..mesin jahit ku rosak...tetengah jahit..dia stop..jem terus...tension nie..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:40 AM | Show all posts
wulan nak beritahu ni,

dulu wulan pandai jahit mesin manual...wulan blaja kt 1 pusat ni terus wulan minat n macam2 mesin wulan pandai... now,wulan tgh on class embroidery....kata makcik tu,if kita nk menyulam kita kena tau guna mesin elektrik...so,now mcm2 wulan dh tau..brother,siruba,raleigh,singer but untuk sulaman wulan xsuka guna digital...nnti dh terbiasa 'mewah',malas je keje nk jahit manual.....

insyaAllah tak lama lagi wulan nk beli mesin elektrik n mesin sulaman sebab nk involve bisnes kena la ada mesinnya..now ade mesin jahit tepi jek
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by ayangmoon23 at 29-11-2006 11:27 AM
asslamualaikum..kengakawan yang tinggal area serdang/bangi....

sesaper yg ader contact no. orang yg buleh baiki mesen jahit...bagi ler kat Moon..mesin jahit ku rosak...tetengah jahit..dia stop.. ...


Moon di daerah mana?

Ttg mesin jahit yang berharga tinggi2 tu, Hami rasa lebih bersesuaian untuk industial use. Kalau takat kita nak guna kat rumah untuk jahit keperluan keluarga, Hami rasa yang low range tupun dah memadai. Kalau tidak bila nak pulang modal?:nerd:

[ Last edited by  hamizao at 30-11-2006 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

abechik This user has been deleted
Post time 1-12-2006 02:53 PM | Show all posts
salam.. org baru neh.. sori la ye.. menyibuk sket

tumpang tanya, kenapa kalau kat kedai tu saya tengok selamba je diorang jahit seluar jean (kaki) yg berlipat tu..  diorang pakai special foot ataupun memang machine dia power..

kalau machine kat umah tu... jgn kata nak jahit..nak lepas bawah 'kak'i pun susah.. ada gak terbaca pasal walking foot yg tarik kain dari sebelah atas gak.. err semua machine ke ada option benda ni ataupun machine mahal je..

tq ye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 06:41 PM | Show all posts
saya pakai epal(janome) yg harga 1799 [pinjam my aunt].2 thn lepas harganya 1699,lps rebranding tuka nama Jenome harga naik jd 1799.mesin ni byk function.jarum pun byk jenis.ada jarum nama organ (banyak jarum sekali cucuk) & double needle (rm8).cantik hasil sulamannya.kalau ada sponsor boleh dpt less +-200.sponsor ni maknanya, bila kita beli 1 unit,then kita perkenalkan kawan kita utk beli kita akan dapat bonus dlm rm200.kelas dia sentiasa beroperasi,cuma atas kita la rajin ke malas nak g kelas dia.tapi kalau projek patchwork kita kena beli brgnya ngan epal.saya bercadang nk beli gak,sbb pakai skrg ok je..kain tebal pun ok.tgh nak pakat2 ngan kawan,jadi blhlah dpt less price sikit.

better kalau betul2 nak beli pegi la kat epal,dan tanya dia macam2,cmn nak masuk jarum (ada tool khas kat mesin),cmn nak sulam,sambil tu kita try la.

[ Last edited by  pinkzara at 11-12-2006 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by adhwan at 21-11-2006 10:37 AM
200 suri rumah rugi RM1 juta
Oleh Rahmat Othman
[email protected]

ALOR STAR: Kira-kira 200 suri rumah mendakwa kerugian hampir RM1 juta apabila terpedaya membeli mesin jahit pelbagai guna berni ...


menengokkan harga2 yg disebut...macam epal...actually dorang ni tak kena tipu...maybe tak cukup info kot...kalau yg kat kedah tu actually cawangan nya dah pindah..semalam baru browse website epal dan bercadang nak beli mesin jahit epal yg  RM 799...

any info boleh dapat di sini .. -> http://www.epal.com.my/
ttg pindah cawangan di kedah pun ada.. -> http://www.epal.com.my/images/assets/files/dec06/page06.pdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by myliyana at 20-12-2006 11:07 AM


menengokkan harga2 yg disebut...macam epal...actually dorang ni tak kena tipu...maybe tak cukup info kot...kalau yg kat kedah tu actually cawangan nya dah pindah..semalam baru browse website ep ...

akak pakai mesin jahit singer model 13 tahun lepas je..tapi masih bermaya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 08:09 PM | Show all posts
Pada sesiapa yg berminat nak beli mesinjahit EPAL,
Marisa ade dpt voucher RM500 dari Pusat EPAL (sempena hari lahir) &
ingat nak bagi jer pd sesiapa yg nak beli mesinjahit EPAL....
sayang gak kalo x guna...valid until 15 Feb 2007.
Kalo nak beli mesinjahit yg harganya RM1799 so hanya bayar
CASH RM1299.
Sesiapa yg minat bolelah PM Marisa k.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 03:39 AM | Show all posts
salli sudah ada mesin jahit janome...beli dlm tahun 2000 dulu...masa salli beli dulu harga around rm1500, guna utk buat quilting.  masa mula-mula dulu rajin guna tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni jarang sekali guna. kalau guna pun untuk jahit baju/kain yg dah koyak.  masih lagi dalm keadaan baik.  baru sekali saja servis.

saya saja nak tahu...
1. kalau dah ada mesin janome ni, boleh tak ambik kursus kat epal centre ni.
2. macam mana nak tahu janome yg salli ada ni model apa. kat mesin tu tak ada tulis (kalau ada pun salli tak nampak pun).  manual tu pun dah hilang.

sebab dah lama tak guna jadi tak berapa nak pandai nak guna fungsi-fungsinya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 08:11 PM | Show all posts

Reply #357 salliwalli's post

Salli dah ader mesinjahit Janome yer...
setahu marisa...kalo dah beli/ader mesinjahit Janome ni...
Salli bole join kelas EPAL tp...yuran kena bayarlah...kalo baru nak beli
cthnya Model 2049 dgn harga RM1799 so dpt free yuran kelas selama setahun...

Pasal model mesinjahit tu patutnya ader kat body mesinjahit tu????
Pelik gak??? manual pon dah hilang ker???susah jugak ni kalo nak tahu pasal
fungsi2 mesinjahit tu...otherwise Salli join jer kelas Epal tu...k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.259706 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list