|
asm brother Bakat
aku baru dengau sdr punya lagu "bintang" tu. OK jugak! boleh lah tu hang memang boleh nyanyi apa
kalu nak komen, aku tak pandai sebab aku sendiri tak pandai nyanyi...cuma kalu nak beri sikit sikeet pandangan, saje nak menyibuk kata orang bolee lah
kalu aku tak salah, lagu ni mudah je chord progressionnye. dan melodinye pun mudah je. kena ada suara jugak nak nyanyi lagu nieh!
beberapa perkara biasa yang sdr. kena latih selalu, supaya nyanyian tepat dengan melodi asal lagu (biasanya ditranskrip dalam pentagram/staff paper lah kot? aku pong tak tau) adalah "ear training". Ni kira "wajib"lah kalu betul2 nak nyanyi. bukan apa, nak bagi kita nyanyi tepat dengan note yang sepatutnya, tu je. alahai...kadang tu macam saya ni orang kampung, kadang kita tak pegi belajau pun hal ehwal musik ni. so kita buat yang mudah2 aje lah, asal happy beb!!
biasanya ada orang buat guna piano. gitar pun tak apa juge betol dak . Ambil dari scale paling rendah sekali, maybe Emajor ke. Main note scale tu satu2 dan ikut baik2, pelan2 dengan suara kita. komdian, naik satu key, Fmajor dan seterusnya lah sampai suara kita "tercekik" nak ikut. Tak apa, latih sampai perfect. Bila dah tercekik tu, cuba capai juga note tu tapi jangan paksa. dengan cara itu, kita sebenarnya latih kotak suara untuk hit perfect note dalam scale/octave yang lebih rendah...
selalunya kita akan minta orang semak suara kita, sama atau tidak dengan note instrument. kalau kawan dah kata "hang OK", maka insyaAllah OK lah tu.
satu lagi, menyanyi ni kena tahu betul2 bila nak mula, bila nak berhenti sebab melodi tu ada "interval" dia. maksud aku, ada masa dia berbunyi, ada masa dia senyap. So kalau sepatutnya berbunyi kita kena bunyilah dan kalu belum masa berhenti, jangan pulak kita berhenti dahulu. ish...mudahnya gitulah kot...so kawalan nafas sangat lah sangattt penting ya amat dalam menyanyi nih...
satu lagi, cuba sdr. taruk / improve serba siket apa yang kita pangge "vibrato" atau suara gegau2 / beralun dalam nyanyian, terutama bila kita capai hujung verse satu2 lagu. Kalau kita masukkan elemen ni, aku nak gerenti tak lah, tapi pada adatnya silap2 haribulan, lagi sedap dari orang asal yang nyanyi!! hi hi hi!! vibrato ni, berkait rapat dengan speed lagu tu. NAk bagi lagi mudah aku tak tau, so lebih kurang gini, kalau lagu tu speed dia 80bpm (beat per minute) kita adjust vibrato kita pada 80bpm juga dsbnya lah. kalu aku silap maap ye! di sini letakkan kepentingan kita guna "metronome" dalam nyanyian dan permaianan alat musik sebab benda ni akan "ajar" kita adjust speed kita. Jadi tak lah tertinggal bas macam Urban_Iz kata tu
cukup lah tu dulu, aku rasa yang lain Sdr. boleh baiki dan tambah sendiri kan!
Oya...hari tu aku ada janji nak bagi tau rujukan tentang "ear training" etc. So sdr. mungkin boleh rujuk satu buku yang aku rasa antara paling baik untuk ilmu menyanyi nih. Nama dia "Contemporary Eartraining by Mark Harrison, Hal-Leonard publication" . Buku ni ada level 1, 2,3 etc. lah. Kalu tak jumpa atau rasa macam susah semacam je, cuba rujuk satu buku sempoi, yang aku rasa ramai orang tau pun, nama dia"Lead Singer for male or female voice" level 1 (fast track music instruction) by blake Neely, publisher hal-leonard jugak. InsyaAllah, banyak perkara yang boleh dibelajar dalam tu. Ada lagi rujukan lain, tapi karang berjela lah pulak kat sini, macam nak nulis tesis lah pulak!!! kalau tak pun, seroja boleh buat kelas kita belajau kat dia ramai2!! yahoooo
tu jelah dari aku takat ni Bro. BAkat, moga ada manafaat nya salam!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #302 sikomeng's post
Trimaz Bro Komeng
Pandangan bernas Bro saya terima sebaiknya dan sebaik mungkin akan dikongsi bersama.
memang benar bila Kat dengar balik lagu yang kat nyanyi selalunya ada problem tertinggal bas,key tak hit perfect note dan kurang improvise.setuju sangat2.dengan adanya bantuan komen dan pandangan saudara itu.saya respect habis.keberadaan saudara memang amat diperlukan disini.pastinya ilmu yang saudara ada itu boleh membantu memberi panduan kepada kita untuk sama2 improve kan nyanyian kita.kepada mod2 yang may b terbaca komen sikomeng nih Kat secara peribadi kalu boleh nak cadangkan "SiKomeng" ni kita beri mandat untuk jadi juri CI2 coz 1 thing ulasan dan pandangan dia cukup padat dan bernas serta penggunaan bahasa yang tak terlalu teknikal mudah difahami walau tak seberapa dengan istilah muzik dan bonus penjelasan dia tak buat telinga berdarah.ni amat perlu untuk check n balance bagi CI2 kita nanti.
Info pasal buku oleh Mark Haerrison tuh akan cuba kat cari.probably ada kat internet kot o may b ada yang lain dah jumpa pon buku tu kat Net boleh sama2 kita share link tu
Saudara Komeng.Kat respect habis kat Bro Komeng.insyallah pandangan saudara saya akan amik iktibar n kan usha lebih untuk improve.
Thankz a lot SiKomeng |
|
|
|
|
|
|
|
salam semuahnya
salam semuahnya
nikat ada projek join venture ngan Buiscasey
6.Lagu Akan(Cover Demo)_Ciptaan penuh Oleh Buiscassey
http://gobblog.com/2008/06/01/akan-bakats-version/
Xtually lagu nih ciptaan sepenuhnya oleh Buiscassey dan BaKat nyanyikan sendiri dgn bermain gitar
harap semuahnya bleh dengar n sudi giv komen
permission yang empunya lagu dah greenlight
Credit to Buiscassey.......
simple arrangement had been made in order to suits Vocal chords,n music chords progres.
harap semua boleh giv komen n Sikomeng ditunggu.......
[ Last edited by bakat at 1-6-2008 01:35 PM ]
[ Last edited by bakat at 1-6-2008 01:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM SEMUAHNYA
baru balik dari kuar sedari petang tadi
masuk umah kejap,dah Kat baca semua Komen yang dengar lagu Akan
thankz semuanya oja,Iz dan yang dengar X komen pun makasih gak
KC thankz lagu tuh best
Komen semua diterima baik and di beri perhatian
ngah tunggu komen siKomeng mana pegi dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #306 bakat's post
pacit Kat... oja da survey kat kedai Public Book Store. ada brand pepatung n kapok jek. kapok dlm rm98. ta sempat cek kat popular book store. ngam2 nak nangga wayang bah.. huhuhu.. cite indie.. best!
bess woo lagu Akan ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #307 seroja's post
oJA
Dah survey yek Gitar rm98 not bad good deal
sik tauk kmek ngan brand pepatung,4sure mayb rm98 sik ori gitar kapok sama yang kamek pakey.1 thing 4 sure not 2 wory coz gita x ori janji craftmenship ngan selesa dimain thats important so rm98 good deal coz kapok ori maok dalam rm100++.ada di kedai muzik cam di hock lee/wisma saberkas.
overall rm98 boleh beli untuk beginer,mun beli kamek suggest ktak tukar k tali elektrik coz jarik sik terlalu sakit brand ernie ball kamek pakei.atau mun nak beli string accoustic juak cari yang extra smooth/lightweight sik sakit glak jemari cute oja
Good Luck n Musti rajin mun dah beli gitar K |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #308 bakat's post
owh ok ok. kelak survey agik. sok papa/mama da keje. .susah sket nak bejalan. thanks pacit.. |
|
|
|
|
|
|
|
tora datang lagi!! he he he...ingat tak iklan lama nih kat TV?
wo...aku dah dengar lagu bro. bakat tajuk dia "akan" tu, aku rasa elok je, tak ada apa nak komen pun
nyanyi ni ikut stail kita. yang penting, kita rasa suka & gembira serta rasa enjoy bila nyanyi. sedap ke tak sedap, itu tak jadi soal kan!
aku dengar dalam lagu tu, banyak perkara yang kita boleh tambah dan bagi lagi ummph. lagi pun lagu tu macam lagu "happy" je, so kita kena maintain dia punya mood tu.
contoh, masa mula2 lagu tu aku rasa sdr. main gitar dah ok dah. cuma kalu dapat, bagi "fluid" siket dan kasi ada impact pada pendengar. bukan apa, sebab permulaan lagu ni, kena ada umph siket supaya kita dapat "pegang" hati pendengar. Kerja penyanyi, bukan takat menyanyi untuk dirinya, mungkin untuk hibur diri kita sendiri, tapi juga untuk hibur orang lain dan buat orang boleh gembira, menangis, dll. lagi. itu lah yang akan bezakan antara penyanyi yang baik dengan yang belum berapa baik lagi. kalau ada rezeki, aku akan cuba tengok2 chord yang saudara guna, dan mungkin kita boleh kasi "after market" punya engine, mana lah tau, bunyi lagi sedap ke! hi hi hi!...kalau ada masa lah.
kalu kita dengar pada 0.30 second tu, vocal saudara mula kedengaran. aaa....saudara memang punya vocal yang bagus! aku tabik lah... apa kata kalau saudara tune suara saudara pada B natural (kalau tak silap) tu ngam2 dan abiskan verse tu dengan sedikit vibrato (tak yah laju sangat, dalam lebih kurang 75bpm). aaa...mungkin ada beza siket
maybe kan, saudara boleh latih coval training yang ini. Mudah2an, teknik nyanyian saudara akan jadi lebih mantap! pegghh... alangkah indahnya kalu aku pun boleh nyanyi seperti tuan...
OK cam ni. Contoh, kita guna scale Bmajor (sebab lagu nih kalu aku tak silap guna key tu) scale Bmajor = B (root),C#,D# (3rd.),E,F# (5th),G#,Bb,B (8th.). EErrr...betol ka? ok. kalu betol, Sdr. main note B (root note) dan ikut dengan suara selama 3 saat. Lepas tu ambil 3rd note dan ikut selama 3 saat, 5th. selama 3 saat jugak. Senang je kan
OK. sekarang, buat latihan tu sekali lagi tapi B=3 saat (natural voice), D#=8 saat (natural voce), F#=8 saat with vibrato at 70bpm (atau agak2 lah he he he). Tiap interval tu, ambil nafas cukup2 dengan cara ni: ambil nafas dengan perut kembungkan bersama paru2. penting untuk nyanyian nih ulang latihan ni selama mana yang rasa perlu tapi kena buat kurang2 3 minit. aaaa...gitu lah adanye...
Komdian, aku dengar sdr nyanyi guna suara halus pada contohnya 1.36 tu. Kita boleh latih teknik ni camni:
ambil satu scale dalam octave tinggi yang kita tak boleh dapat note ke 8 tu dengan suara biasa contoh tak taulah sebab aku tak tau range suara saudara. anyway, katakan dalam Dmajor = D,E,F#,G,A,B,C#,D (in other octave dah ni) semula. Ambil root (D), 3rd (F#), 5th (A), 7th (C#) & 8ve. (D) tu. Mula dengan root note, buat macam yang aku cadang mula2 tadi tapi pada 7th dan 8ve. tu, cuba guna suara macam dalam 1.36 tu dan maintain in full vibrato selama 8 saat setiap satu. Latih bagi perfect hari hari insyaAlah, OK lah suara kalau kita sabar, dan latih selalu...
lain2 tu aku tak ada sangat lah nak kata sebab aku tak nak tulis buku kat sini! hi hi hi!
aku cuma kongsi2 sikit sebanyak apa yang aku dengar dari orang. aku sendiri tak tau apa2. jadi kalu nak jadi juri ke untuk apa2 pertandingan, tentu saja aku tak layak...dan aku tau, aku tak pandai apa pun...kalu kita cerita2 gini pun aku rasa dah cukup dah kot hamba hanya serangga....
orait!! moga suara semua orang terus mantap!!! dan main gitar pun kena mantap jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #310 sikomeng's post
salam bro Komeng
masuk umah dah,tadi lama tunggu bro masuk
dah baca dah reply bro,fantastic
sifu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #311 alyana's post
salam yana
jum sama kita belajar,meh ramai2 masuk kelas tambahan kat umah Kat belajar ramai2
harap bro komeng masih ada
Kat lambat mashuk tadi ngah donlod tv programe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #310 sikomeng's post
ok Bro Komeng nak tanyakan
xtually Kat main Amajor coz nak sesuaikan melodi(kalau Kat main Amaj maknanya gitark Kat tune drop 1 bar ke?)lagu tu ciptaan Buiscasey
mulanya teramatlah susah untuk carik progression yang seswai so Kat arrange lagu tu
Amaj,E,Dmaj......ada sedikit E7/D7 tak seberapa pasti
dan pasal suara agak susah bila nak hit note yang betul bila sampai ke chord/not yang agak flat bunyiknya.Kat tak berani nak off melodi sangat coz yang empunya lagu takut nanti die marah plak.Kat suka lagu nih masa dengar demo buiscassey tu Kat rasa cam seswai kalu dibuat arrangement ala2 flamenco ke atau something kat tepi pantai nye music tp Kat tahu keupayaan Kat tak sampai ke situ.Ill try mybest rasa nak retak gak kepala tengkorak.lasly tu yang jadi.so mintak pendapat Komeng
anyway ada yg bagi feedback ok untuk lagu tu.trimaz......
latihan yang Komeng inform kat atas tu sebaiknya dibuat bila ada masa2 tertentu yang seswai ke?
tunggu reply Komeng
[ Last edited by bakat at 2-6-2008 12:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tora dah balik dah
komeng dah out dah
Kat ulang baca reply Komeng
nak tanya macam mana kita nak mengenal range suara kita?
saudara ada menerangkan adjust suara kepada Bmaj,mcm mana tu xtually
Kalu rujuk balik melodi yang Buiscassey cipta tu ada satu part yang Kat rasa terlalu pelik n yang Kat dapat ikhtiarkan ialah flatkan seperti 3rd verse sebelum chorus melodinya nak di ilhamkan kedalam bentuk chord dan arrangement yang Kat pilih agak janggal
Pada pendapat Komeng cam na nak mix kan melodi tu untuk di seswaikan dgn arrangement yang Kat kehendakkan supaya bunyiknya aklah pelik dan terlalu flat bila didengar
tertarik dengan penjelasan Komeng fasal kita nyanyi memang nak hiburkan diri kita,tapi kita perlu hiburkan pendengar.itulah masaalah Kat yg paling besar dalam main gitar so ada cara terbaik tak nak mengelakkkan terlebihnya feeling tu bro Komeng
terima Kasih Bro
[ Last edited by bakat at 2-6-2008 12:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #310 sikomeng's post
BaKat hanya serangga harap Komeng sudi datang umah ni lagi nanti bersama2 toranya
Kat dah dapat lagu "keagungan Tuhan" susah nak cari lagu tu ori version Kat ada jumpa band GiGi punya version.Nanti Kat record lagu tu untuk Sikomeng.memang lagu tu teramatlah bagus.melodi dan liriknya cukup berkesan.memberi kepuasan/kesedaran mendengar yang cukup istimewa
tunggu..... |
|
|
|
|
|
|
|
amboooi! tak terdaya hamba nak menjawab soklan2 begini canggih. Tora pun boleh cabut lari gamaknye beb!
nyanyi ni satu seni yang pada pendapat aku, 70% bakat , 20% teori & latihan, 10% lagi tu tengok nasib lah. ka ka ka kadang2 kita nak nyanyi tapi demam, tak boleh jugak. kalau nyanyi tekak sakit tak boleh jugak. kalau Ilmu ada, bakat tak ada, pun susah jugak...so gitulah adanya...harus lah kot
tapi camana pun, teori dalam musik sikit sikiiiit kena ada kalau nak betul2 menyanyi. sebab sampai satu peringkat, nyanyian yang hanya berdasar kepada bakat saja tidak cukup. so kita kutip2 lah apa yang patut along the line, mudah2an satu masa, nyanyian boleh jadi mantap dan bagus.
Satu lagi, nyanyi jangan "terover". tak perlu. Contohnya kita tak perlu nyanyi macam christina aguilera ke, sapa ke. sebab tonal atau "vocal capacity" setiap orang tak sama, unik dan istimewa untuk dirinya. Ingat tak aku ada tulis dulu, "harmony & melodic modification"? ha...ni semua dalam bab tu lah...
Oya...alyana ada tanya pasal ear training kat youtube memang ada, type je "ear training" macam2 akan keluar. Tengok budak2 berklee nyanyi "harmony" tu contohnya, aaa...itu satu contoh yang baik untuk jelaskan semua yang aku dah tulis terdahulu. Satu lagi kalau kita nak "ear training" untuk instrument, tengok rockongoodpeople punya video. memang bagus dan sempoi je semua orang boleh faham.
Ear training = faham tentang konsep "music line & intervals". atau mudahnye, kita boleh beza bunyi; riang ria ke, sedih ke, seram ke etc., yang dalam muzik, disebut major, minor, dominant, major7 etc., diminished, augmented etc. bila kita menyanyi, kita kena tau apa jenis mood lagu tu. then kita boleh focus kepada satu2 jenis benda yang aku sebut kat atas. Contoh: bila kita nyanyi dalam key Cmajor contohnya = C,D,E,F,G,A,B,C (8ve.) = mood riang. Tapi kalau kita nyanyi Cminor = C,D,Eb,F,G,Ab,Bb,C (8ve.), Perhatikan "music line" nya tu pada 3rd., 6th.,7th. degree. note2 tu lah yang beri mood "minor" atau macam "sedih" pada telinga pendengar. So, bila kita latih telinga kita dengar benda ni semua, lama kelamaan, vocal kita akan adjust kepada scale yang kita guna tu dan kita akan dapat hit perfect note dalam nyanyian misalnya...
aa...Seroja nyanyi tak ada apa2 nak komen, aku takuttt!!! nanti aku nyanyi seroja komen aa! tapi malangnya aku tak boleh nak nyanyi seperti kengkawan semua...
nak "hit note betul" ni Bro. Bakat, tak ada cara lain, melainkan terus belatih dengan sabar. Banyak cara nak buat, tapi aku tak boleh nak tunjuk kat sini sebab semuanya kena buat praktikal. Mana yang aku ada tulis tu, aku rasa sdr. boleh buat perlahan2. Cuma satu hal yang betul2 kena sabar, untuk develop suara, kena ada dalam tangan kurang2 pun 7 tahun. dan beberapa tahun lagi untuk betul2 bagi suara kita matang dan mantap. Ni pengalaman orang2 yang aku tau lah, aku tukang cerita aje...
tiada masa yang "sesuai" untuk buat latihan tu, bila2 pun boleh. tapi aku perhati, biasa orang buat waktu petang ke, waktu dak relax tak ada apa keje. Bukan apa, sebab kotak suara dah selesa masa tu dan tak perlu nak warm-up lama2
Nak tau range suara kita? emm...cari satu piano atau keyboard semak gini:
dari B,C (middle c) - G next octave = Soprano (ni suara seroja kot ) dia punya suara tinggi jugak!
dari G,A,B,C (middle c) - D next octave = Alto
dari C (1 octave lower then middle c) - C next octave = Tenor (ni suara tinggi bagi lelaki biasanya. Suara sdr. di sini kot? )
dari A (2nd, octave lower than middle c) - G in middle c octave = Baritone ( suara ni ramai penyanyi lelaki ada)
dari F (2nd octave lower than middle c) - D in middle c octave = BAss voice (biasa jadi backing singer dalam koir ke, etc.)
so, kalau aku tak silap, gitulah pembahagian suara kita, kepada 5 bahagian umumnya lah. jadi cuba nyanyi, ikut note/range tu, kalau kita boleh capai, maksudnya kita punya suara dalam range tu lah kalau aku silap maaf ye!
suara "pelik" etc. yang Sdr. Bakat kata tu kita boleh atasi dengan latihan2 yang aku dah bagi tu. memang ada lagi latihan yang lain, nanti aku bagi lagi ye bukan apa, takut tulis panjang sangat, boring semua orang nak baca nanti!!
"Feeling" dalam nyanyian dan main muzik adalah suatu yang penting. Tapi macam aku cakap, tak boleh terover sebab nanti kita tak dapat sampaikan maksud lagu kepada pendengar. Nyanyian ni dulu asalnya kalau aku tak silap digunakan sebagai perantaraan untuk menyampaikan agama etc. so kalau yang nyanyi tak pandai, sapa nak ikut ajaran dia. itu dulu zaman "monophonic" sebelum mediaval era lah. ehhh...terrr teknikal pulak aku nih aku takut aku pulak yang confuse!!!
nak mix kan melodi dengan musical arrangement = kena buat ear training banyak2 kalau dah pandai, tentu Sdr. akan jumpa banyak perkara baru nanti!!!
Orait! takat ni dulu. Nak tunggu Liyana, Seroja dll. pulak bagi pandangan! aku dah abis idea dah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #319 sikomeng's post
salam Komeng,selamat pagi
ok dah Kat baca reply Komeng tu.sebaik mungkinakan akan diambil iktibar.thankz a lot bro Komeng.betul gak kan kalu dah tanya2 tu melilau je tanya yang menjawab tu pun akan pening kepala nak menjawab
Kat tak nak Komeng menghilang plak dengan tora2 nya tuh.Kat akan bertanya simple je nanti K
Nak tau gak
Fasal suara "tenor" tu sesuai untuk range lagu yang cam ner cam may b Komeng boleh bagi contoh mana lagu
Minat Kat lebih kepada mencipta lagu/lirik,mengenai influence plak ada apa2 pandangan tak untuk cuba mengaut idea dari influence tapi tak terlalu stereotype sangat dengan influence
Kat minat/influence dengan lagu2 dari indonesia Padi,Ada Band,Dewa.local plak kat salut ngan spider,exist dan defgabc ratanya dari band tapi dari barat plak Kat banyak dengar BonJovi,Jason Mraz dan Band cam 3 doors down ngan Lifehouse
So may b Komeng bleh bagi pandangan tentang ni
May b boleh saudara bagi opinion artis/band yang boleh Kat dengar untuk menimba influence dari dierang plak
Saudara ada menyatakan tentang "after market nye engine" pada reply saudara terdahulu.Sory Kat tak seberapa arif dengan bahasa Komeng tu apa dia "after market nye engine"#rep310
Trimaz coz masuk umah BaKat yg tak seberapa nak berbakat,only 4 the love of music....Keep It Real.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|