|
masih sorang..tp hidup i penuh dgn schedule...weekdays i akan sibuk...balik keje skrg dah lmbt..weekend sibuk dgn study...ada slot mana2 i akan pergi jogging and join aerobic class...kawan2 masih ada di sekeliling i tp x boleh nak mingle dgn diorg dgn i punya commitment...kadang2 i lebih suka lepak rumah..homely type i nie kekeke....start bulan 6 smapi awal tahun depan my life memang dah sibuk sgt...tu laa sebab x de org nak kot...redha.... |
|
|
|
|
|
|
|
ku pun tak tau nak ckp spai bila sbb sehingga hari ini masih blom tamat zaman keseoranganku ini. ...
puteri_malam Post at 12-6-2011 18:27
i tahu you tabah...insyallah..jalani hidup dgn penuh kesabaran yea |
|
|
|
|
|
|
|
Aku try nak hidup seorang diri tanpa bergantung harap dengan kawan sangat tapi aku tak tau macam mana nak buat. Aku rasa family aku dah cukup untuk aku. Waktu aku susah dan senang, aku rasa family selalunya ada dengan aku.
Bila aku susah, kawan aku sorang pun tak sibuk-sibuk tanya keadaan aku macam mana. Bila aku senang, semuanya nak menyibuk. Macam haram je dapat kawan macam ni!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi leh bertahan berseorangan ......life must go on...... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu jer ido sorang2....tapi sebab busy jer , x terase sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 ada org klu selalu 24jam tgk muka kwn pn bosan sbb ada bnda yg akan menyakitkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
hidup sorang2 nie kadang2 rasa sunyi gak, aku sejak berpindah nie memang xde kawan nak lepak dah. semua kawan yg ada jenis yg bekerja dan berkawin, aku pun dah biasa hidup macam nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
akak tak tahan lah kalau tak ada jantan. akak mesti tengok jantan gak |
|
|
|
|
|
|
|
lone ranger kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
|
masih lg bertahan sendiri...... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak bertahan kalau takde kawan..
rasa sunyi aje..
coz kdg2 tak semua kite boleh cerita kat family
ada menda yang kite takleh citer kat pamili coz kite taknak dorg susah ati ke ape an.. tpaksa luahkan kat kawan..
tp masa skolah, studi rasa rmai je kwn..
once dah masuk alam pekerjaan, rasa dah takde kawan
masing2 dah kawin and busy dgn life
i perasan dah takde kawan bila nak dekat2 raya ni cam tak banyak je sms wish slamat ari raye.. uwaaa... cedeyhnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah cuba untuk hidup sesorang tapi sangat susah..Mesti nak jugak ada kawan..Paling kurang pun soranf dah memadai.. |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang bosan gak ble da single ni. . tapi nak wat cmne, sy ni pemalu, tak pandai nak ngorat .laky. . huhu. . takpe la. . lau ade tu ade la nti kan. . |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang bosan gak ble da single ni. . tapi nak wat cmne, sy ni pemalu, tak pandai nak ngorat .laky. ...
cik_sssara Post at 6-10-2011 01:42
same la.... |
|
|
|
|
|
|
|
xjauh mn pon aku thn...kdg2 meroyan gak dlm ati...aduh... pastu ajk ler kkk2 ku kuar ke... men lyg2 ke... terpakse la lyn adik sorang yg lom dabel ni..adeyh... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam...
saya pun kadang2 terasa hidup ini sunyi
Tipulah kan kalau kata kita boleh hidup sorang2 di donia ni..
Bila setiap kali ada perasaan sunyi itu datang...
saya motivate diri sendiri...aku masih mempunyai keluarga
aku masih mempunyai ibu...
Semoga kita sama2 diberi kekuatan utk meneruskan hidup ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu lagi artikel utk dikongsi
sgt menarik
suka dgn idea dia menulis
Tips Penyahaktifan Bosan
_Aku dan sifat bosan memang tiada reaksi kimia.
Kenapa?
Sebab kami bukan bahan kimia.
Aku adalah sejenis Homo Sapiens. Manakala, bosan pula adalah sejenis sifat. Walaupun kami berdua bukan bahan kimia, kami tetap sengal, lengai dan sama-sama memiliki sifat malas. Ya. Sifat malas adalah sub kepada sifat bosan. Apabila terasa bosan, barulah terasa malas. Apabila terasa malas, memanglah akan malas.
Kenapa?
1. Cari hobi baru.
Sebab tidak jumpalah anda kena cari. Jika sudah terjumpa yang berkenan di hati, barulah boleh dijadikan sebagai kegemaran. Barulah hari-hari pun terasa mahu mengadap. Paling tidak wangi pun, bercucuk tanamlah secara virtual di Facebook itu sebagai hobi baru. Aku dah bersara.
Sekarang tiga suku masa lapang aku pakai untuk Twitter. Segala jenis maklumat di hujung jari. Itu... jika dan hanya jika anda pakai Twitter betul-betul kena pada tempatnyalah. Jika gunakan Twitter sebagai alat sembang-kencang-gila-lebat-berterabur-100-tweets-dalam-sejam-bajet-artis memanglah sangat ayaya. Pembaziran bandwidth Internet. Lebih baik anda pergi bercucuk tanam secara virtual.
2. Benamkan sifat membaca di dalam diri.
Rajin-rajinkanlah diri menyinggah ke mana-mana kedai buku yang berhampiran. Paling tidak wangi pun, belilah komik. Bacaan ringan pun berfaedah juga walau sedikit. Kalau tidak cukup duit, pergi baca segala suratkhabar lama dan juga suratkhabar yang berlainan bahasa. Tatanglah sifat membaca bagai minyak zaitun yang penuh. Berminyak tetapi tetap ada khasiatnya.
Kalau betul tiada duit pun, baca secara percuma pun apa ada hal. Esok boleh pergi lagi. Kalau susah sangat, perpustakaan negara kan ada. Banyak betul songeh kau ini.
3. Layari Youtube secara berjadual dan berskala
Youtube itu banyak benda anda boleh tengok. Dan aku harap anda gunakan Youtube ke arah kebaikan dan pelepas kebosanan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi kalau boleh jauhilah segala unsur sakit dan biru di dalam Youtube. Itu sahaja pesanan dua kata aku sebelum anda melayari video-video di Youtube secara kencang tanpa batasan.
4. Ambil tahu segala perkara yang tidak pernah tahu
Benda ini aku suka buat. Dan selalu buat. Walaupun benda-benda itu tidak berkaitan dengan diri sendiri, tetapi untuk mengelakkan terasa bosan... aku pun ambil tahu. Sebab aku jenis sibuk nak ambil tahu segala benda dalam dunia ini. Contohnya macam kenapa air turun dari atas ke bawah (selain tarikan graviti), segala mitos-mitos dalam dunia ini pun aku ambil tahu. Tahukah anda, bulu roma cepat tumbuh kalau dicukur itu semua mitos sahaja. Tahukah anda dari sudut sains, kenapa tidak elok makan dan minum sambil berjalan?
Banyak lagi benda dalam dunia ini yang anda patut tahu. Ignorance is a bliss. Tetapi biar kena pada tempatnya, ok. Ini bukan suruh anda jadi penyibuk jaga tepi kain dunia. Ini cuma nak ambil tahu sebab nak pupuk sifat prihatin itu. Jadi cuba jangan jadi seorang yang 'ada-aku-kisah' tidak bertempat.
5. Tambahbaikan kerja-kerja yang anda selalu buat setiap hari
Cuba ubahsuai dari sudut a sehingga z. Berfikir secara 360 darjah. Barulah boleh menternak kreativiti dalam diri. Anda semua kreatif. Namun perlu diasah selalu baru boleh tajam matanya. Belakang parang itu kalau diasah selalu pun boleh tajam. Inikan pula anda yang bukan belakang parang. Cuba asah tulang belakang anda. Pasti tajam.
6. Ulang mana-mana tips di atas
Ulang dan ulang dan ulang sehingga kebosanan anda sudah ternyahaktif selama-lamanya.
Jangan lupa untuk mencuba.
Hendak seribu daya...
Kalau tiada kehendak itu maknanya anda memang dilahirkan dengan penuh sifat malas dan seorang yang membosankan sejak azali lagi. Terima kasih kerana melengkapkan dunia.
Dan walaupun aku tahu anda seorang yang membosankan dan sangat malas mahu mencuba tips di atas, aku tetap berkongsi tips yang aku selalu buat macam di atas itu. Sebab aku tidak bosan pun nak ulang tips itu. Kalau penat menulis pun, aku salin dan lekat semula tips itu semua. Apa ada hal kan. Hendak seribu daya bukan. Kalau belum seribu itu, cukupkanlah sampai seribu.
Ok?
Ok_
http://alkisahnyalah.blogspot.com/2011_06_01_archive.html |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|