CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 8-2-2011 02:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 03:16
Memandangkan saudara cilijeruk akan hanya guna hujjah Al-Quran, maka saya pun akan guna Hujjah Al-Qu ...
mnm77 Post at 8-2-2011 01:00


Salam mnm77,

3:95-97:

3:95 Katakan: Allah telah berkata yang benar, oleh itu ikutilah cara hidup Ibrahim – yang berpendirian – dia bukanlah di antara penyekutu Tuhan.

3:96 Sesungguhnya sistem pertama yang ditetapkan kepada manusia di Bakka, direstui dan petunjuk seluruh alam.

3:97  Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, status Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan alam.


Dalam ayat 3:95 Tuhan menjelaskan ikuti cara hidup Ibrahim yang mana dia seorang yang berpendirian dan juga bukan seorang yang menyekutukan Tuhan dengan apa-apa objek sekali pun. Ingat kisah Ibrahim menolak matahari dan bulan sebagai objek sembahan. Ingat kisah Adam meruntuhkan berhala. Apa yang Ibrahim buat adalah selaras dengan ayat 18:51.

18:51.  Aku tidak menjadikan mereka untuk mempersaksikan (memberhalakan) ciptaan di langit dan di bumi, tidak juga ciptaan diri mereka sendiri, tidak juga Aku mengambil mereka yang membawa kepada kesesatan sebagai pembantu.


Dalam ayat 3:96 Tuhan menjelaskan sistem pertama yang ditegakkan Ibrahim di sebuah lembah tandus dan menjadikan ia suatu tempat yang subur dan makmur merupakan satu contoh supaya kita semua ikuti. Tidak ada bukti Bakka yang disebut dalam 3:96 adalah Mekah. Sebagai seorang yang Tuhan sendiri telah iktiraf bukan penyekutu Tuhan, mustahil Ibrahim membina sesuatu untuk disekutukan kepada Tuhan.

Dalam 3:97 Tuhan memberi kita petunjuk tentang status Ibrahim. Mengapa beliau Tuhan jadikan contoh? Dari ayat itu kita dapat memahami bahawa Ibrahim adalah seorang penyelidik. Hasil dari penyelidikan Ibrahim dan anak-anaknya mereka tidak menghadapi masalah walaupun mengambil keputusan untuk menetap di lembah yang tandus. Dan melalui status Ibrahim itu Tuhan menyeru manusia - siapa yang menemui kaedahnya atau dengan kata lain, siapa yang mampu - supaya melakukan penyelidikan (hajj) kerana ia adalah jalan yang selamat untuk meneruskan survival atau membangunkan kemakmuran (umra).

Perhatikan bahawa penyelidikan atau hajj bukan hanya ditetapkan oleh Tuhan kepada orang-orang yang percaya tetapi ia diseru kepada seluruh manusia. Hari ini kita dapat melihat dengan jelas bangsa yang mengutamakan penyelidikan (hajj) dalam masyarakat mereka mampu membangun dan memakmurkan diri mereka. Salah satu contoh yang jelas adalah Jepun. Walaupun Jepun tidak dianugerahkan dengan komoditi asas sebagaimana kebanyakan negara Islam misalnya - ia tetap mampu berkembang maju dan membawa manfaat kepada manusia lain di seluruh dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 02:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 02:58
Memandangkan saudara cilijeruk akan hanya guna hujjah Al-Quran, maka saya pun akan guna Hujjah Al-Qu ...
mnm77 Post at 8-2-2011 01:00

Salam mnm77,

Tentang kiblat..

Kepada mereka yang berbantah mengenai kiblat - nak mengadap sana dan sini kononnya untuk menjadikan amalan mereka diterima Tuhan - Tuhan sifatkan mereka sebagai bodoh.

2:142  Yang bodoh di kalangan orang akan bertanya: “Apa yang membuatkan mereka mengubah arah tumpuan di mana mereka berada?” Beritahu mereka: “Kepada Tuhan kepunyaan Timur dan Barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan mereka yang patuh.”


Seterusnya Tuhan menjelaskan.

2:143  Dan begitulah kami menjadikan kamu umat yang diutamakan supaya kamu menjadi saksi kepada orang lain dan supaya rasul bersama kamu sebagai saksi. Dan Kami tidak menjadikan arah tumpuan yang kamu sendiri di atasnya – tetapi Kami tahu siapa yang akan menuruti rasul – dari mereka yang berpaling di atas tumit mereka. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali kepada mereka yang telah diberi petunjuk oleh Tuhan. Dan Tuhan tidak akan mensia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Tuhan Penyayang, Mengasihani manusia.


Perhatikan ayat, "Kami tidak menjadikan arah tumpuan yang kamu sendiri di atasnya". Maknanya apa yang wajar kita jadikan kiblat bukanlah sesuatu tempat atau objek yang ada di atas bumi yang mana kita perlu mengadapnya untuk mendapat keredhaan Tuhan. Kalau kita ikut kiblat yang diikuti Rasul kita akan dapati kiblat yang dimaksudkan itu adalah Kitab Tuhan atau dalam konteks kita, Al-Quran. Tumpuan atau kiblat yang ditetapkan kepada kita adalah batasan-batasan yang direstui Tuhan (masjidilharam) yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

2:144 Sesungguhnya kami nampak kamu mengolah tumpuan kamu ke arah langit. Jadi kami palingkan kamu ke satu arah yang  kamu sukai. Oleh itu tumpukan tumpuan kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami). Dan di mana pun kamu berada maka tumpukan perhatian kamu kepadanya. Dan sesungguhnya mereka yang telah kami berikan Al-Kitab pasti tahu yang ia sememangnya kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Tuhan tidak pernah gagal untuk memberi perhatian dari semua perbuatan mereka.


Para ahli Kitab sebenarnya tahu mengenai perkara ini. Mereka tahu yang sebenar-benarnya Tuhan suruh jadikan kiblat adalah Kitab-KitabNya.

2:146  Mereka yang telah kami berikan Al-Kitab – mereka mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. Sebenarnya ramai di kalangan mereka – tetapi mereka menyembunyikan kebenarannya – dan mereka tahu dengan sebenar-benarnya.


Tetapi kerana ego dan cemburu di antara satu sama lain maka mereka mengada-adakan dusta untuk mengaburi mata manusia.
2:145  Dan walaupun jika kamu membawa kepada mereka yang telah diberi Al-Kitab segala bukti – mereka tidak akan menurut arah tumpuan kamu – dan kamu – mestilah tidak menurut arah tumpuan mereka. Dan mereka (di antara umat penerima Al-Kitab) tidak menurut arah tumpuan satu sama lain. Dan jika kamu ikut ego mereka – dari apa yang telah sampai ke pengetahuan kamu – sesungguhnya kalau kamu buat begitu – kamu akan tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.


Dan Tuhan ingatkan lagi.

2:147  Kebenaran adalah dari Tuhan kamu, jadi elakkan dari menjadi mereka yang ragu-ragu.


Dan Tuhan suruh kita tumpukan perhatian kepada diri masing-masing sambil menjadikan petunjuk Tuhan sebagai pemacu kejayaan.

2:148  Dan setiap orang adalah tumpuannya sendiri. Maka kamu harus berlumba ke arah nilai-nilai yang murni – setiap masa dan di mana saja kamu berada Tuhan akan meletakkan kamu di hadapan, semua kamu bersama-sama. Sesungguhnya Tuhan mengatasi setiap apa saja – sangat jitu.

2:149  Dan dari mana pun kamu pergi – maka kamu harus tumpukan kepada batasan ketetapan yang telah direstui (masjidilharam). Dan sesungguhnya ia adalah kebenaran dari Tuhan kamu dan Tuhan tidak akan gagal untuk memberi perhatian kepada apa saja perbuatan kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 03:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 03:14
Salam...

Nampaknya anda masih guna taktik yang sama seperti Ramsys, iaitu tidak menjawab soal ...
mnm77 Post at 8-2-2011 01:48


Salam mnm77,

Saya tidak membuat tuduhan. Saya hanya tidak menukar perkataan "sunnah" ke dalam bahasa Melayu untuk menjelaskan maksud asalnya. Kita lihat transliterasi 18:55.

Transliterasi 18:55  Wama manaAAa alnnasa an yuminoo ith jaahumu alhuda wayastaghfiroo rabbahum illa an tatiyahum sunnatu alawwaleena aw yatiyahumu alAAathabu qubulan

Terjemahan 18:55  Tiada apa yang menghalang manusia dari mempercayai apabila Petunjuk sampai kepada mereka kecuali mereka terpedaya dengan sunnah orang-orang terdahulu, atau adakah wajar hukuman di bawa ke depan muka mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-2-2011 09:11
Tentang rukuk dan sujud. Siapakah mereka? Pada pendapat saya begini.


Perkataan sujud secara umumnya ditafsirkan sebagai perbuatan membongkokkan diri di atas lutut dengan muka menyentuh lantai. Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?

Saya melihat maksud perkataan sujud  mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam. Adam bukan Tuhan mereka. Jadi apa yang berlaku sebenarnya adalah mereka telah merendah diri kepada Adam. Mereka mengakui anggapan mereka terhadap Adam sebelum itu adalah salah.


Sepertimana yang kita diberitahu, sebelum itu para malaikat telah beranggapan bahawa mereka adalah makhluk yang lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikan dia khalifah di bumi. Namun selepas Tuhan membuktikan di hadapan mereka perihal kelebihan Adam, mereka sedar kesilapan mereka dan terus merendah diri apabila Tuhan menyuruh mereka berbuat demikian.
cilijeruk Post at 8-2-2011 01:57


Salam...

Memandangkan anda masih tidak memberi CONTOH SIAPA yang patut dicontohi berkaitan Ruku', maka soalan saya masih belum terjawab.

Bila ditanya SIAPA, ini jawapan anda yang lalu:
Siapa sajalah yang berada dalam kategori itu.


Bila ditanya adakah cara Ruku'/Hormat orang-orang di Tokong, Kuil, Gereja dan Synagogue boleh termasuk dalam kategori tu, ini jawapan anda yang lalu:
Orang-orang yang mengamalkan ritual menyekutukan Tuhan tentulah bukan dari kalangan mereka yang rukuk. Tak kiralah mereka melakukannya di dalam tokong atau kuil atau gereja atau masjid atau synagogue dan sebagainya


Kemudian anda membuat kenyataan yang BERCANGGAH dengan menambah contoh gambar Ka'bah bersama tempat ibadat agama lain:
Misalnya ramai manusia menyekutukan Tuhan dengan batu - baik dalam bentuk patung-patung, dinding-dinding atau bangunan-bangunan. Antaranya seperti yang boleh dilihat melalui gambar-gambar...


Yang merupakan FITNAH kepada umat Islam yang beribadat di Masjidil Haram!!! Anda tidak menyebut secara praktikal CONTOH orang-orang yang Ruku', sedangkan PERINTAH ALLAH JELAS: RUKU' BERSAMA ORANG YANG RUKU'. Disebut dalam Al-Quran tentang TANDA MAQAM IBRAHIM di MASJIDIL HARAM yang mana ADA CONTOH ORANG YANG RUKU' dan SUJUD, tetapi anda ABAIKAN SAJA FAKTA CONTOH YANG JELAS INI SEBALIKNYA BERDOLAK-DALIK TANPA MEMBERI CONTOH YANG JELAS.  

Anda membuat pelbagai tafsiran mengenai ayat-ayat Allah, TETAPI tidak menjelaskan DARI MANA SUMBER TERJEMAHAN sedemikian yang SANGAT DIRAGUI seperti dalam post #296 lepas.

Sebelum perbincangan ini lebih meleret-leret lagi SILA JELASKAN SUMBER MANA TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN YANG ANDA PAKAI.


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-2-2011 09:08
Salam mnm77,

Saya tidak membuat tuduhan. Saya hanya tidak menukar perkataan "sunnah" ke dalam bahasa Melayu untuk menjelaskan maksud asalnya. Kita lihat transliterasi 18:55.
cilijeruk Post at 8-2-2011 03:09


Itu berkaitan Sunnah orang-orang yang TIDAK mendapat PETUNJUK. Lihat KALIMAH SUNNAH itu adalah perkara yang DICONTOHI. Jika yang DICONTOHI tu orang yang SESAT, maka JADILAH SESAT. Sebab itu saya kata TUDUHAN, kerana anda ambil ayat yang SALAH untuk membuat takrifan kalimah SUNNAH.

Dalam Al-Quran juga ada disebut Sunnah ALLAH. Takkan pula nak buat takrifan SUNNAH itu segala yang SESAT!!!

مَّا كَانَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ مِنۡ حَرَجٍ۬ فِيمَا فَرَضَ ٱللَّهُ لَهُۖ ۥ سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ قَدَرً۬ا مَّقۡدُورًا

Tidak ada suatu keberatanpun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya sebagai SUNNAH ALLAH pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku (Al-Ahzab, 38)


***************

Sekarang, dalam perintah ALLAH untuk Ruku', SUNNAH SIAPA yang mesti dicontohi untuk RUKU'?
Ruku' itu satu perbuatan, dan diperintahkan menCONTOHI (IKUT SUNNAH) perbuatan orang-orang yang Ruku'. Siapa contohnya?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:30 AM | Show all posts
Itu berkaitan Sunnah orang-orang yang TIDAK mendapat PETUNJUK. Lihat KALIMAH SUNNAH itu adalah p ...
mnm77 Post at 8-2-2011 08:56

Salam mnm77,

Adakah sunnah orang-orang yang terdahulu yang you patuhi itu selaras dengan sunnah Allah? Untuk mengetahui samada ada selaras atau tidak, you kena check dengan Al-Quran. Kalau tidak disebut atau jelas bercanggah dan dilarang, maka sunnah orang-orang dahulu itu tidaklah wajar untuk diikuti.

Tentang orang-orang yang rukuk dalam 2:43 tu kalau you tengok betul-betul Tuhan sendiri pun tak spesifikkan siapa mereka. Takkan saya pandai-pandai nak spesifikkan pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 11-2-2011 08:38
Adakah sunnah orang-orang yang terdahulu yang you patuhi itu selaras dengan sunnah Allah? Untuk mengetahui samada ada selaras atau tidak, you kena check dengan Al-Quran. Kalau tidak disebut atau jelas bercanggah dan dilarang, maka sunnah orang-orang dahulu itu tidaklah wajar untuk diikuti.cilijeruk Post at 8-2-2011 10:30


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa, 59)

Bagaimana nak TAAT ALLAH dan RASUL?

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa, 80)


Tentang orang-orang yang rukuk dalam 2:43 tu kalau you tengok betul-betul Tuhan sendiri pun tak spesifikkan siapa mereka. Takkan saya pandai-pandai nak spesifikkan pula.


Kalau anda lihat betul-betul, sudah JELAS dan SPESIFIK siapa mereka. Orang-orang yang Ruku' itu tentulah Rasul (Nabi Muhammad) dan para pengikutnya (yang mencontohi Sunnah Rasul)

Katakanlah: "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (Aal-e-'Imran, 31-32)

MAQAM IBRAHIM, QIBLAT, BAITULLAH, MASJIDIL HARAM adalah TANDA-TANDA yang JELAS dan NYATA ada dalam Al-Quran yang menunjukkan SPESIFIK SIAPA yang patut kita CONTOHI dalam Perintah Ruku' bersama orang-orang yang Ruku'.

Sesungguhnya rumah (ibadat) yang mula-mula dibangun untuk manusia, ialah di BAKKAH yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, MAQAM IBRAHIM, barangsiapa memasukinya  menjadi amanlah dia, mengerjakan HAJI adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mampu membuat perjalanan ke Baitullah, barangsiapa kufur (engkar kewajiban Haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu) dari sekalian 'aalamin (makhluknya). (Aal-e-'Imran, 96-97)

Sungguh Kami melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke QIBLAT yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah MASJIDIL HARAM. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memang mengetahui, bahawa itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah, 144)


Dalam amalan HAJI, ada disebut istilah IHRAM dan KA'BAH yang semuanya ada tanda-tanda Yang JELAS dan NYATA dalam SUNNAH RASUL serta AGAMA ISLAM.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang IHRAM. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai had-ya (hadiah) yang dibawa sampai ke KA'BAH...(Al-Maaidah, 95)

Peringatan
Jika anda ubah istilah-istilah dalam Al-Quran yang JELAS maksud seperti:
SOLAT, ZAKAT, HAJI, RUKU', MAQAM IBRAHIM, QIBLAT, KA'BAH, IHRAM, BAITULLAH, MASJIDIL HARAM

Kepada maksud lain maka sila nyatakan sumber mana anda ambil untuk mengubah maksud-maksud kalimah di atas. Sesungguhnya SETIAP PERINTAH dan HUKUM yang terkandung dalam Al-Quran ITU BEGITU JELAS (MUHKAM dan AL-HAKEEM)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 04:38 PM | Show all posts
Salam mnm77,

Saya tidak membuat tuduhan. Saya hanya tidak menukar perkataan "sunnah" ke dalam ...
cilijeruk Post at 8-2-2011 03:09

ilmu Allah nie luas..makin kite mendalami sesuatu ilmu Allah nie makin kite x tau..mike g la berlajo lg..jgn wat tafsiran mengikut nafsu sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 07:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 8-2-2011 20:20
mnm77 menulis,

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa, 59)

Bagaimana nak TAAT ALLAH dan RASUL?

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa, 80)


Salam mnm77,

Maka you bawa dua ayat untuk menunjukkan bahawa kita perlu ikut Tuhan dan rasulNya. Dalam 4:59 ada satu pihak lagi di sebut iaitu ahli pentadbiran tetapi ayat ini tetap menyatakan jika wujud perselisihan semua perlu dikembalikan kepada Tuhan dan rasulNya. Jadi, akhirnya ia tetap akan kembali kepada Tuhan dan rasulNya.

Sambil mengemukakan dua ayat di atas, di tengah-tengahnya you bertanya, "Bagaimana nak TAAT ALLAH dan RASUL?" You tidak jawab soalan you tu, sebaliknya you terus mendakwa ia adalah bukti bahawa yang dimaksudkan dengan mereka yang rukuk itu adalah Nabi Muhamad dan pengikutnya. Jadi adakah pada pendapat you, hanya Nabi Muhamad dan pengikutnya saja yang rukuk selama ini? Saya mohon you buktikan jika you benar. Cakap saja siapa pun boleh.

Kembali kepada soalan you. Saya berpendapat soalan yang you lontarkan itu sangat signifikan dan perlu diberi jawapan. Jadi mnm77, bagaimanakah you nak taat pada Tuhan dan rasul? Saya juga mahu you jawab soalan you ni. Di pihak saya, saya berpendapat kita hanya ada satu cara untuk menjadi seorang yang taat kepada Tuhan dan rasulNya. Iaitu, fahami Al-Quran dan patuhilah setiap mesej yang disampaikan dan jadikan semuanya sebagai komitmen hidup kita. Kerana Al-Quran itulah wahyu Tuhan yang telah disampaikan oleh rasul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:15 PM | Show all posts
mnm77 menulis,

Peringatan
Jika anda ubah istilah-istilah dalam Al-Quran yang JELAS maksud seperti:
SOLAT, ZAKAT, HAJI, RUKU', MAQAM IBRAHIM, QIBLAT, KA'BAH, IHRAM, BAITULLAH, MASJIDIL HARAM

Kepada maksud lain maka sila nyatakan sumber mana anda ambil untuk mengubah maksud-maksud kalimah di atas. Sesungguhnya SETIAP PERINTAH dan HUKUM yang terkandung dalam Al-Quran ITU BEGITU JELAS (MUHKAM dan AL-HAKEEM)


Salam mnm77,

Jadi you percaya bahawa setiap "perintah dan hukum" yang terkandung di dalam Al-Quran itu begitu jelas (muhkam dan al-hakeem). Saya setuju benar. Memang Al-Quran itu sebenarnya amat mudah dan jelas mesej-mesejnya. Tuhan sendiri menyakinkan kita tentangnya. Misalnya dalam surah Al-Qamar Tuhan mengulang ayat berikut 4 kali.

54:17  Dan Kami sesungguhnya telah menjadikan Quran ini mudah untuk difahami dan diingati. Maka adakah sesiapa yang akan mengambil peringatan?


Tetapi bagi sesiapa yang pernah cuba membaca Al-Quran dalam bahasa yang mereka faham, saya yakin mereka akan berasa sebaliknya. Al-Quran itu seperti tidak mudah difahami. Seringkali mereka merasakan susunan ayat-ayat Al-Quran melompat-lompat, tergantung sana-sini, tidak jelas dan mengelirukan. Paling teruk kalau baca terjemahan bahasa Melayu.

Saya ambil satu contoh. Dan ini adalah petikan ayat terjemahan dari Universiti Islam Antarabangsa yang terkenal itu. Saya minta mnm77 jelaskan kepada saya apakah yang you faham melalui ayat ini.

4:102 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina”.


Saya sangat berharap mnm77 menjelaskan apa sebenarnya yang mesej yang cuba disampaikan oleh ayat di atas. Selepas ini kita boleh teruskan perbincangan tentang tafsiran perkataan-perkataan yang you tidak setuju itu, okay?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-2-2011 09:40
Sambil mengemukakan dua ayat di atas, di tengah-tengahnya you bertanya, "Bagaimana nak TAAT ALLAH dan RASUL?" You tidak jawab soalan you tu, sebaliknya you terus mendakwa ia adalah bukti bahawa yang dimaksudkan dengan mereka yang rukuk itu adalah Nabi Muhamad dan pengikutnya. Jadi adakah pada pendapat you, hanya Nabi Muhamad dan pengikutnya saja yang rukuk selama ini? Saya mohon you buktikan jika you benar. Cakap saja siapa pun boleh.

Kembali kepada soalan you. Saya berpendapat soalan yang you lontarkan itu sangat signifikan dan perlu diberi jawapan. Jadi mnm77, bagaimanakah you nak taat pada Tuhan dan rasul? Saya juga mahu you jawab soalan you ni. Di pihak saya, saya berpendapat kita hanya ada satu cara untuk menjadi seorang yang taat kepada Tuhan dan rasulNya. Iaitu, fahami Al-Quran dan patuhilah setiap mesej yang disampaikan dan jadikan semuanya sebagai komitmen hidup kita. Kerana Al-Quran itulah wahyu Tuhan yang telah disampaikan oleh rasul.
cilijeruk Post at 8-2-2011 19:42


Salam

Sila lihat betul-betul post#307. Saya GARISKAN terjemahan kat situ:

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa, 80)
   
Ayat di atas menjawab bagaimana nak TAAT ALLAH. Masih tak nampak?

Bila Taat Rasul, maka automatik Taat Allah, sebab Rasul Taat Allah. Ringkasnya nak Taat Allah dan Taat Rasul caranya ialah dengan IKUT SUNNAH dan PERINTAH RASUL. Kalau lompat buat terjemahaan Al-Quran ikut kefahaman sendiri, itu BUKAN TAAT RASUL dan automatik bukan Taat Allah secara yang ditunjukkan oleh Rasul. Itu TAAT AKAL melebihi Rasul, secara tak langsung membelakangkan perintah Allah supaya Taat Rasul.

HARAP JELAS?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-2-2011 09:52
Memang Al-Quran itu sebenarnya amat mudah dan jelas mesej-mesejnya. Tuhan sendiri menyakinkan kita tentangnya. Misalnya dalam surah Al-Qamar Tuhan mengulang ayat berikut 4 kali.

Tetapi bagi sesiapa yang pernah cuba membaca Al-Quran dalam bahasa yang mereka faham, saya yakin mereka akan berasa sebaliknya. Al-Quran itu seperti tidak mudah difahami. Seringkali mereka merasakan susunan ayat-ayat Al-Quran melompat-lompat, tergantung sana-sini, tidak jelas dan mengelirukan. Paling teruk kalau baca terjemahan bahasa Melayu.
cilijeruk Post at 8-2-2011 20:15


Memang benar perintah dalam Al-Quran itu JELAS. Namun benar juga, tidak semua orang mempunyai kefahaman yang sama dalam menilai kandungan Al-Quran apatah lagi jika HANYA bergantung kepada TERJEMAHAN SEMATA-MATA tanpa panduan lain. Bagi golongan yang ada masalah, maka mereka diperintahkan untuk bertanya kepada yang ahli (Ahl-az-zikri). Saya dah berbincang berkaitan hal ini dengan Ramsys, dan tidak mahu membuang masa untuk ulang lagi. Sila semak di halaman yang lepas.

Saya ambil satu contoh. Dan ini adalah petikan ayat terjemahan dari Universiti Islam Antarabangsa yang terkenal itu. Saya minta mnm77 jelaskan kepada saya apakah yang you faham melalui ayat ini.


Ayat tersebut menjelas SOLAT ketika berada dalam peperangan. Lihat dalam ayat tu ada disebut tentang SANDANG SENJATA.

Saya sangat berharap mnm77 menjelaskan apa sebenarnya yang mesej yang cuba disampaikan oleh ayat di atas. Selepas ini kita boleh teruskan perbincangan tentang tafsiran perkataan-perkataan yang you tidak setuju itu, okay?


Insha Allah telah dijelaskan dengan ringkas. Solat dalam perperangan KAEDAH-NYA KHUSUS, tidak seperti SOLAT dalam kebiasaan bukan dalam medan perang. Perbincangan lebih terperinci adalah dengan IZIN ALLAH, selepas SAUDARA jelaskan SUMBER terjemahan saudara.

Harap saudara TEPATI kepada JANJI, kembali kepada SUMBER berkaitan makna perkataan-perkataan yang saya tanya BEBERAPA KALI sebelum ini.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:01 AM | Show all posts
Salam

Sila lihat betul-betul post#307. Saya GARISKAN terjemahan kat situ:

Barangsiapa yang ...
mnm77 Post at 9-2-2011 08:56


Salam mnm77,

Saya faham ayat 4:80. Mentaati rasul sama dengan mentaati Tuhan dan mentaati Tuhan juga sama mentaati rasul. Sebab rasul adalah seorang yang taat kepada Tuhan. Tetapi persoalannya adalah - bagaimana kita nak taat kepada rasul? Apakah sumber rujukan kita? Saya sudah memberi pendapat saya iaitu,
Di pihak saya, saya berpendapat kita hanya ada satu cara untuk menjadi seorang yang taat kepada Tuhan dan rasulNya. Iaitu, fahami Al-Quran dan patuhilah setiap mesej yang disampaikan dan jadikan semuanya sebagai komitmen hidup kita. Kerana Al-Quran itulah wahyu Tuhan yang telah disampaikan oleh rasul.


Tetapi you belum menjawab soalan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 9-2-2011 10:14
Memang benar perintah dalam Al-Quran itu JELAS. Namun benar juga, tidak semua orang mempunyai ke ...
mnm77 Post at 9-2-2011 09:07


Salam mnm77,

Baiklah kalau you rasa untuk memahami Al-Quran tidak cukup dengan membaca terjemahan saja, you boleh guna apa saja kaedah yang you fikir boleh membantu you untuk memahaminya. Pergi tuition bahasa Arab pun tak apa. Saya cuma mahu you jelaskan apa yang you faham dari ayat 4:102 secara detail. Ayat itu agak panjang dan ada perincian tentang sesuatu - seperti you kata, solat dan perang. Tapi you tidak jelaskan perinciannya. Saya mahu perincian sebagaimana yang nyatakan oleh ayat itu. Sebab tuan sendiri yang kata Al-Quran itu jelas. Kalau betul jelas you mesti boleh disect mesej 4:102 satu persatu.

Tolong selesaikan yang ini dulu, kemudian barulah pergi perkara lain. Saya kemukakan sekali lagi terjemahan 4:102 oleh IIU di bawah ini untuk memudahkan rujukan.
4:102 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina”.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:15 AM | Show all posts
udoh2 le kome berdua nie..ape yg kome dpt kalu bertekak cam nie..masing2 nk menang..yg sebenornye Al-Quran dan al-Hadith/sunnah same2 penting..mmg Al-Quran dah cukup lengkap dlm membicarakan setiap aspek kehidupan,ibadah dan amalan..tp perlu digandingkan ngan Al-Hadith/sunnah utk diperjelas dan diperhalusi setiap perintah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:44 AM | Show all posts
udoh2 le kome berdua nie..ape yg kome dpt kalu bertekak cam nie..masing2 nk menang..yg sebenornye Al-Quran dan al-Hadith/sunnah same2 penting..mmg Al-Quran dah cukup lengkap dlm membicarakan setiap aspek kehidupan,ibadah dan amalan..tp perlu digandingkan ngan Al-Hadith/sunnah utk diperjelas dan diperhalusi setiap perintah..
naruto3484 Post at 9-2-2011 11:15


Salam...

Saya boleh undur diri. No problem. Saya ada banyak komitmen lain juga. Saya bukan nak menang. Saya nak sampaikan kebenaran. Jikalau orang lain tak terima itu bukan urusan saya.

Kamu cakap Al-Quran perlu digandingkan dengan Hadith. INI adalah intipati yang saya cuba sampaikan. Golongan yang menolak hadith sebenarnya membuat kefahaman Al-Quran menurut acuan fikiran mereka, tidak berlandaskan PERINTAH TAAT RASUL. Jika itu yang mereka mahu, itu hak mereka. Kemudian mereka tunjuk gambar ibadat orang Islam di KA'BAH dan kata SYIRIK sembah batu. Ini adalah FITNAH. Dosa FITNAH itu besar, dan untuk membetulkan fitnah anda kata saya bertekak untuk menang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 11:47 AM | Show all posts
udoh2 le kome berdua nie..ape yg kome dpt kalu bertekak cam nie..masing2 nk menang..yg sebenornye Al ...
naruto3484 Post at 9-2-2011 11:15


Salam Naruto3484,

Maksudnya you tidak ada masalah untuk join mereka yang sesat dari kalangan kaum Nabi dan orang Yahudi?

5:41. Wahai Nabi! janganlah mereka yang tergesa-gesa untuk tidak percaya menyedihkan kamu - mereka dari kalangan yang dengan mulut mereka berkata; Kami percaya dan hati mereka tidak percaya dan dari mereka yang Yahudi, mereka adalah pendengar pembohongan, pendengar dari orang-orang lain yang tidak pernah menemui kamu - mereka mengubah perkataan-perkataan dari konteksnya sambil berkata: Jika kamu diberikan ini ambillah dan jika kamu tidak diberikan ini, berjaga-jagalah. Dan bagi mereka yang Tuhan mengkehendakinya sesat, kamu tidak akan dapat mengatasi Tuhan. Mereka itulah yang Tuhan tidak akan bersihkan hati mereka. Mereka akan dihina di dunia dan di akhirat hukuman yang dahsyat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-2-2011 11:52
Saya faham ayat 4:80. Mentaati rasul sama dengan mentaati Tuhan dan mentaati Tuhan juga sama mentaati rasul. Sebab rasul adalah seorang yang taat kepada Tuhan. Tetapi persoalannya adalah - bagaimana kita nak taat kepada rasul? Apakah sumber rujukan kita? Saya sudah memberi pendapat saya...

Tetapi you belum menjawab soalan tersebut.
cilijeruk Post at 9-2-2011 10:01



Salam...

Sudah diberi. Jika kamu tidak mahu terima atau tidak memahami itu bukan urusan saya. Lihat post#311

Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa, 80)
   
Ayat di atas menjawab bagaimana nak TAAT ALLAH. Masih tak nampak?

Bila Taat Rasul, maka automatik Taat Allah, sebab Rasul Taat Allah. Ringkasnya nak Taat Allah dan Taat Rasul caranya ialah dengan IKUT SUNNAH dan PERINTAH RASUL. Kalau lompat buat terjemahaan Al-Quran ikut kefahaman sendiri, itu BUKAN TAAT RASUL dan automatik bukan Taat Allah secara yang ditunjukkan oleh Rasul. Itu TAAT AKAL melebihi Rasul, secara tak langsung membelakangkan perintah Allah supaya Taat Rasul.

HARAP JELAS?


Orang yang menuruti Rasul itu adalah para sahabatnya, termasuklah golongan Muharijin dan Ansar yang disebut dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 100:
Orang-orang yang terdahulu dan yang awal di antara orang-orang MUHAJIRIN dan ANSAR dan orang-orang yang mengIKUTi MEREKA dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (100)

Sesiapa yang mengikut mereka itu (Muhajirin dan Ansar) adalah golongan yang terkemudian dari para sahabat, satu generasi demi satu generasi sampailah kepada kita harini...

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 9-2-2011 11:54

Salam mnm77,

You tulis,

Kemudian mereka tunjuk gambar ibadat orang Islam di KA'BAH dan kata SYIRIK sembah batu. Ini adalah FITNAH.


Mana ada fitnah? Kalau you tak percaya gambar yang saya pastekan, you boleh cari gambar lain yang menunjukkan perkara yang sama. Dalam internet pun berlambak. Kalau tak percaya kepada gambar, you boleh pergi tengok depan mata kepala sendiri. Belanjalah sikit duit. Air Asia ada pergi sana? Mana tau murahlah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:57 AM | Show all posts
Tolong selesaikan yang ini dulu, kemudian barulah pergi perkara lain. Saya kemukakan sekali lagi terjemahan 4:102 oleh IIU di bawah ini untuk memudahkan rujukan.
cilijeruk Post at 9-2-2011 10:12


Saya dah jelaskan dengan ringkas pada post#312 dan berjanji akan bincang lebih terperinci selepas ANDA MENUNAIKAN JANJI ANDA

Jika terjemahan yang anda bawa dan yang saya bawa TIDAK sama, APA GUNA nak bincang tanpa persetujuan. Kita sam-sama percaya Kitab Allah. Tapi saya TAK PERCAYA TERJEMAHAN yang anda bawa (bukan semuanya), maka adalah tanggungjawab saya untuk pastikan sumber mana yang anda pakai untuk meneliti KESAHIHAN terjemahan tersebut.

Siapa-siapa boleh tafsir Al-Quran mengikut keilmuan masing-masingi, TETAPI TIADA siapa yang BOLEH ubah Al-Quran yang dalam BAHASA ARABNYA
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064378 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list