CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 10-11-2010 11:42 PM | Show all posts
Reply 300# fizziany


    novel ni umum kan? kalau umum , mek nk ltk highlight warna hijau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 11:43 PM | Show all posts
Fizz...lama menghilang
terima kasih letak n3 baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:49 PM | Show all posts
mek...
apa maksud umum tu???
thread kat sini pun ada klasifikasi ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:51 PM | Show all posts
Reply 302# qimi08


ya la Qimi...
byk reja la kat opis...menimbun....dah macam sekretari cabuk....
tapi try la gak abiskan cite ni.
kalu tergantung kang, tak sedap ati lak...
thanks la sudi baca lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 11:55 PM | Show all posts
Reply 304# fizziany


Ha ha ha qimi kan peminat cerita fizz...mesti baca setiap kali fizz letak n3...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 09:22 AM | Show all posts
thanks...
sekali letak n3 byk tue...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 303# fizziany


    baru je ada uols u = semua boleh baca la kalau semua boleh baca mek xletak ra segala tp kalau nk letak , mek no hal

lepas tu nk letak highlight hijau if ni novel umum
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 01:53 PM | Show all posts
Thankls Fizz sambung citer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 05:23 PM | Show all posts
best2...nak n3 lg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:37 AM | Show all posts
Sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 03:08 PM | Show all posts
sebak juliet tntg kanak2 yg djahit tampa ubat bius tu fizzi...nasib baik tak panjang n3nye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:04 PM | Show all posts
Diana mengemaskan begnya. Sofiah masuk lalu duduk di hujung katil kayu.

“Dah habis kemas?” soal Sofiah. Diana angguk. Entah mengapa, tiba2 seluruh pasukan sukarelawan digesa meninggalkan Bandar Gaza. Menurut kata Pak Long Hanafi semalam, tentera Israel sudah berada di kawasan berhampiran. Semalam, kedengaran tembakan dari arah pekan. Niat untuk berjalan2 di pekan itu bersama Sofiah hari ini terpaksa dibatalkan.

“Ini tak kemas?” soal Sofiah melihat selimut dan beberapa helai pakaian Diana yang masih berada di hujung katil.

“Tak payah. Ini saya sedekahkan kepada budak2 di sini saja. Cukuplah saya bawa balik sehelai baju sementara hendak sampai ke Mesir..” ujar Diana. Sofiah mengangguk. Mereka bangun lalu keluar dari khemah menuju kea rah lori pick up yang sudah menunggu mereka sejak tengahari tadi.

“Nampak Farid?” Dasuki tiba2 muncul dari belakang trak. Pantas Diana dan Sofiah menggeleng. Dasuki melemparkan begnya ke dalam trak. Dia melempar pandangan kesekitarnya mencari2 kelibat Farid.

“ Dia  kemana tadi?” soal Sofiah.  

“Katanya nak ke pekan sekejap. Nak mencari sesuatu untuk mak dia,” balas Dasuki. Mereka bertiga saling berpandangan.

“Dah lama?” soal Diana gusar. Kerisauan mula bermukim dihatinya.

“Ada dalam 2 jam…” kata Dasuki mengagak.

“Dah 2 jam  masih tak balik2? Lagipun, kan dah bagitau yang kawasan tu diisytihar darurat, kenapa benarkan dia pergi jugak?” Sofiah mengomel tidak puas hati. Berkerut dahi Diana mendengar.

“Itulah. Salah saya jugak. Leka memunggah barang sampai tak sedar dah 2 jam dia tak ada…” keluh Dasuki kesal.

“Habis, macam mana ni? Nak bagitau Ustaz Ghani?” soal Sofiah. Diana di sebelahnya bungkam kebingungan.

“Biar saya pergi cari dia…” lantas Diana menawarkan diri. Enggan menunggu lagi.

“Jangan…baik kita bagitau Ustaz Ghani,” usul Sofiah. Dasuki angguk setuju. Dasuki dan Sofiah segera beredar meninggalkan trak menuju ke khemah Ustaz Ghani yang terletak agak jauh dari trak. Diana yang pada mulanya mengekori mereka dari belakang, mematikan langkahnya.

Sofiah dan Dasuki sudah berlari2 anak meninggalkannya dibelakang tanpa mereka sedari. Diana memerhati sekitar kawasan pekan berhampiran khemah perubatan. Persekitaran bangunan yang runtuh kelihatan sunyi. Disebalik sebuah lorong, kelihatan kelibat manusia sedang mundar mandir. Mungkin itu jalan menuju ke pekan!

Tanpa menoleh kebelakang, segera Diana berlari menuju kea rah lorong itu. Hatinya hanya menjerit nama Farid. Farid harus segera ditemui. Diana berlari selaju mungkin. Beberapa orang Arab yang dilewatinya memandang aneh kearahnya.

Hati Diana sudah tidak tertahan lagi. Dia tidak mahu kehilangan Farid sekali lagi. Selagi bayang Farid tidak berada di hadapannya, dia tidak dapat menahan perasaannya walau sedetik pun. Dia yakin, sebentar lagi Ustaz Ghani dan kawan2nya akan menyusul jua mencari Farid. Sementara itu, biarlah dia memulakan langkah mencari Farid. Harap2 Farid dapat segera ditemui. Itu doanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:12 PM | Show all posts
Farid sudah berkira2 hendak pulang. Menunggu kasil kerja tangan seorang tua warga Palestin sudah memakan masanya kira2 1 jam setengah. Meskipun ukiran kayu yang berbentuk masjid Al-Aqsa itu masih belum siap sewaktu dia mula2 ternampak di sebuah kedai di pekan itu, Farid beria-ia mahu membelinya sehinggakan memaksa orang tua Palestin itu menyiapkannya seberapa segera.

Wang bertukar tangan. Baki tidak diambil, lantas Farid segera mahu beredar. Farid menapak mencari jalan menuju kea rah lorong yang membolehkannya sampai ke kem perubatan dengan segera.

Melewati jalan2 yang dihuni oleh baki masyarakat Palestin di situ, Farid menatap wajah mereka sambil menghulur senyuman. Langkahnya dilajukan. Dia tidak mahu terlewat. Dasuki sudah menyatakan bahawa trak akan beredar selepas tengahari.

Sedang Farid berjalan, sekumpulan orang ramai berlari ke arahnya. Layaknya seperti bunyi seladang yang sedang berlari merempuh kandang.Bunyi dengungan kereta kebal jelas kedengaran dari jauh. Meski tiada bunyi tembakan kedengaran, Farid pasti orang2 Palestin itu lari bertermpiaran apabila melihat kereta kebal milik askar2 Yahudi memasuki bandar itu. Keadaan yang aman tadi, buat seketika bertukar kelam kabut.

“Astaghfirullah…” dada Farid berombak kencang. Apa yang aku harus lakukan? Dalam keadaan yang masih terperanjat, Farid turut lari mengikut orang ramai tadi.  Dia sendiri tidak pasti arah tujunya. Dia hanya berlari mengikut arah orang ramai.

Masing2 cuba bersembunyi disebalik runtuhan bangunan. Farid masih berlari. Apabila bunyi enjin kereta kebal sudah jauh kedengaran, barulah lega sedikit hatinya. Namun, Farid masih mencari jalan untuk pulang ke kem perubatan mereka.

Menyusur dicelah2 runtuhan bangunan yang tidak berpenghuni, hati Farid berdebar2. Langkahnya masih dilajukan walau masih menggigil. Dia hanya bertawakkal pada Tuhan sepenuhnya waktu itu. Mulutnya tak henti2 membaca Ayatul Kursi, meminta agar Tuhan melindungi dirinya kala itu.

Tiba di selekoh sebuah bangunan, bunyi enjin kereta kebal masih kedengaran sayup2. Bibir farid sudah menggigil. Dia melajukan langkahnya.

Prapp…pap..pap…bunyi dentuman tembakan berantai kedengaran dari jauh. Entah arah mana sasarannya, Farid kurang pasti. Farid berlari lagi. Melihat deretan bangunan  di tepinya, dia yakin kem perubatan sudah semakin hampir. Pada Tuhan, dia memanjatkan tawakkal yang  menggunung. Hanya pada Tuhan saja saat itu diserah nyawanya.

Sebaik tiba dihujung sebuah bangunan, tiba2 Farid terlihat satu cahaya merah kecil terbang melintasi kepalanya. Sudah pasti peluru yang tidak bermata terbang tanpa arah. Hati Farid bertambah resah. Meski deruman enjin kereta kebal sudah tidak kedengaran lagi, tapi peluru sesat yang dilepaskan itu amat menakutkan.

Farid berlari lagi. Dia yakin, kurang dari 200 meter, dia akan sampai ke kem perubatan.

“Erkkk…” langkahnya terhenti tiba2. Mata Farid terbeliak sebaik manatap sekujur tubuh yang rebah di hadapannya di celah2 bangunan yang sempit itu. Hatinya berdegup kencang. Melihat kepada pakaian dan tudung gadis yang sedang terbaring tertiarap itu, seakan Farid kenal.

“Masya Allah!!” Farid segera berlari mendapatkan tubuh itu. Debar dihatinya hanya TUhan yang tahu Batang tubuh itu dibalikkan. Hangat tubuh gadis itu menandakan gadis itu masih hidup.

“Diana??” terbeliak mata Farid memandang wajah Diana yang berlumuran debu.  Wajah yang kotor itu segera disapu dengan hujung bajunya.

“Farid…” perlahan2 Diana membuka mata. Suaranya tenggelam timbul.Farid memangku Diana di dalam pelukannya. Diana senyum apabila wajah Farid sudah terbentang di depan matanya. Lega kerana pencariannya berhasil.

“Diana..” Farid memandang ke segenap tubuh gadis itu, mencari punca Diana rebah. Sebaik terpandang bahu Diana yang berdarah, Farid terpana.

“You’re bleeding!!” teriak Farid cemas. Tubuh Diana dipeluk ketakutan. Diana masih bernafas, namun masih menahan kesakitan. Farid memerhati sekelilingnya. Melihat darah yang mengalir dari bahu Diana sehingga mengalir ke tangannya, menyebabkan Farid menggigil. Airmatanya mula merembes.

“Kau jangan tutup mata!!!” jerkah Farid apabila melihat Diana yang mahu menutup matanya. Segera Farid menggendong Diana sekuta hatinya. Dia mahu membawa Diana pulang seberapa segera.

Farid segera melajukan langkahnya sambil menggendong Diana di dalam pelukannya. Nafasnya turun naik ketakutan. Ketika itu juga, tiba2 Farid ternampak Dasuki, Sofiah, Pak Long Hanafi, dan 3 orang lelaki dari kumpulan sukarelawan berlari2 ke arah mereka.

“Masya Allah!! Kenapa dengan Diana??” jerit Pak Long Hanafi sambil berluru mendapatkan Diana yang digendong Farid. Masing2 mengerumuni Diana. Diana diserahkan kepada Pak Long Hanafi.

“Dia terkena peluru sesat..” Farid bersuara dalam nada cemas. Semua orang berlari membawa Diana pulang ke kem perubatan. Masing2 cemas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:14 PM | Show all posts
Bekalan darah yang tidak mencukupi di kem perubatan, memeningkan kepala Pak Long Hanafi dan Doktor Jemilah.  Pekerja2 sukarelawan yang sepatutnya dihantar pulang, terpaksa ditangguhkan seketika kerana kejadian yang menimpa Diana.

“Kita perlu hantar dia segera ke Mesir. Ada sebuah hospital berdekatan pekan Al-Arisy yang boleh merawat Diana..” ujar Pak Long Hanafi gusar yang masih tidak meninggalkan anak saudaranya sejak tadi.

“Tapi, sementara hendak sampai ke sana, ana takut dia tak sempat bertahan..” kata Doktor Jemilah separuh berbisik. Pak Long Hanafi bingung.

“Habis, macammana? Takkan tak boleh ambil lagi darah ana untuk anak saudara ana ni?” kesal Pak Long Hanafi kerana tidak dapat menolong. Doktor Jemilah bingung. Dia menggeleng. Kalau diambil darah Hanafi lagi, bimbang Hanafi pula yang akan jatuh sakit.

Doktor Jemilah tunduk, kemudian merenung wajah Diana yang pucat. Tembakan yang mengena urat dibahunya menyebabkan Diana kehilangan banyak darah. Mujurlah terkena bahu, jika terkena dada, mungkin Diana sudah tidak berada di situ lagi bernafas.

“ Kalau ambil darah saya?” tiba2 Farid muncul dari pintu khemah. Doktor Jemilah dan Pak Long Hanafi berpandangan. Mereka merenung Farid yang tiba2 muncul. Farid kelu. Bajunya masih terdapat kesan darah Diana.

“Semua ni berlaku sebab Diana nak cari saya. Saya yang bersalah. Jadi, benarkan saya membalas kebaikannya..” pinta Farid. Sorot matanya sayu memandang Doktor Jemilah dan Pak Long Hanafi.

Doktor Jemilah terus mendapatkan Farid. Bahu Farid diraih dan dipeluk. Dia menepuk2 belakang Farid, kemudian melepaskannya.

“Mari..kita check darah dulu..” ajak Doktor Jemilah. Farid akur. Dia hanya mengekori langkah Dr. Jemilah. Pak Long Hanafi hanya memandang tanpa bersuara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:15 PM | Show all posts
Farid baring sambil merenung ke siling khemah. Darahnya sedang diambil untuk menampung keperluan darah Diana. Doktor Jemilah dan pembantunya masih menguruskan Farid dan Diana. Pak Long Hanafi sedang duduk berteleku di hujung khemah.

Farid menoleh ke arah katil di tepinya, merenung wajah Diana yang kusam. Bibirnya yang selalu merah merekah, kali ini pucat. Pandangan Farid mengusap wajah Diana mulus.

Diana…aku pun tak tahu mana hujung pangkal kisah kita. Melihat kau terlantar sebegini, meyakinkan aku akan perasaan kau pada aku. Rupanya bukan aku saja memendam perasaan cinta ini. Tapi kau jua.

Bezanya aku cuba menyatakan cinta ini dan menzahirkan perhubungan ini. Tapi kau pula, cuba melenyapkan segala perasaan yang ada. Payah aku memendam cinta, pasti payah lagi kau membunuh cinta ini.

Diana…buka mata kau. Farid menarik nafas perlahan2. Terlupa seketika dirinya sedang diperhatikan oleh Doktor Jemilah dan Pak Long Hanafi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:19 PM | Show all posts
Lori pick up uyang membawa anggota sukarelawan sudah melepasi sempadan Rafah. Perjalanan keluar dari Gaza lebih mudah berbanding perjalanan untuk masuk ke Gaza. Setiap check point yang dilewati mereka, tidak terlalu banyak kerenah dari askar2 tempatan yang bertugas. Kini perjalanan diteruskan menuju ke rumah AMAN Malaysia yang terletak di pekan Al-Arisy.

Dasuki memandang Farid yang berselimut tebal di depannya. Sejak memulakan perjalanan tadi, Farid hanya mendiamkan diri sambil menyelubungi dirinya dengan selimut bagi menahan angin yang bercampur debu yang beterbangan di udara sepanjang jalan.

Hari sudah hampir senja. Perjalanan mereka akan berakhir kira2 1 jam lagi. Sofiah meneguk air mineral bagi menghilangkan dahaga. Keadaan jalan yang tidak sempurna membuatkan lori bergoyang sekaligus menyebabkan air minuman Sofiah tertumpah ke mulutnya.

“Astagfirullah….”Sofiah ketawa kecil apabila mulutnya dibasahi air mineral yang tumpah. Tawa Sofiah mencuri tumpuan Dasuki. Dasuki turut ketawa kecil. Seketika, Dasuki memandang Farid yang langsung tak bergerak.

“ Jangan bimbanglah Farid. Insya- Allah Diana akan selamat..” Dasuki cuba memujuk. Lori yang membawa Diana telah bertolak awal sejam dari lori mereka tadi. Khabarnya, Diana akan terus dibawa ke hospital.

Melihat Farid yang tidak menjawab, Dasuki dan Sofiah saling berpandangan. Penat bersila di atas belakang lori pick up itu, Dasuki melunjurkan kakinya.

“Kau sukakan Diana ya Farid?” soal Dasuki serius. Sejak di university, dia tahu hubungan mereka rapat. Melihat hubungan mereka yang agak dingin semasa mula2 berada di Mesir, Dasuki langsung tidak beranggapan apa2. Tapi, setelah melihat perhubungan antara Farid dan Diana setiap hari di kem perubatan Gaza, Dasuki yakin, hubungan itu lebih dari sekadar kawan.

Farid menoleh, memberi pandang ke arah Dasuki. Dia tidak menjawab. Tapi pandangan matanya aneh.

“Aku rasa Diana pun sukakan kau..” Sofiah tiba2 pula menyampuk. Farid memandang Sofiah pula. Sesekali mereka ikut tergoyang mengikut rentak lori.

“Apa masalah antara kau berdua? Bila berdepan, macam nak bercakar satu sama lain. Sorang masam, sorang kelat. Tapi bila salah satu antara korang hilang, macam kucing hilang anak…” ujar Dasuki sambil memandang Farid.

Farid agak keberatan untuk bercerita. Payah mulutnya hendak dibuka. Memandang wajah Dasuki dan Sofiah yang mengharapkan jawapan, dia serba salah.

“Antara aku dan Diana…sangat complicated,” lemah suara Farid. Dasuki mengerutkan dahinya.

“Complicated macam mana?” soal Dasuki hairan. Sofiah di sebelahnya memasang telinga berminat.

Farid mengeluh kecil. Selimut dilehernya dilonggarkan.

“Aku dan Diana jauh berbeza sangat. Sebaik mana hubungan kamipun, untuk bersatu sebagai pasangan bercinta…susah…” Farid mula bersuara sambil menahan genang airmata.  Perasaan sebak menyerbu dadanya. Merenung Diana yang terlantar pucat di atas katil menyedarkan dirinya bahawa mereka terlalu payah untuk bersatu. Kerana itu Diana awal2 mengelak kerana Diana sudah memikirkan segala kemungkinan yang datang. Cuma dia saja sebelum ini yang buta kayu. Tidak melihat kenyataan yang sebenar.

“Apa yang susahnya?” Dasuki mula mendesak. Sepanjang persahabatannya dengan Farid, dia tahu kawannya itu benar2 tulus. Farid jua bukanlah jenis lelaki yang suka berkawan tak tentu arah.

Farid terdiam sejenak. Kemudian memandang Dasuki dan Sofiah.

“Entahlah. Susah aku nak cakap. Aku pun tak tahu macam mana..” keluh Farid.

“Cubalah cakap. Kalau nak bercakap pun susah, macammana nak selesaikan maslah ni..” Dasuki mula bertegas. Farid terdiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2010 03:21 PM | Show all posts
“Diana….Dia dah pernah kahwin sebelum ni. Tapi sekarang dia dah bercerai..” tutur Farid perlahan.

“Becerai?” Dasuki dan Sofiah berpandangan.

“Jadi hanya sebab tu kau dan dia tak boleh bersama?” soal Dasuki. Farid geleng.

“ Aku takut family aku tak boleh terima…” ujar Farid resah. Kali ini Dasuki pula terdiam. Masing2 tunduk merenung lantai lori yang berdebu.

“ Aku yakin, kalau kau slow talk dengan family kau…mereka boleh terima,” Sofiah mengusulkan cadangan. Farid terdiam sejenak.

“Hmm..betul…” Dasuki terangguk2 sambil memandang Sofiah disebelahnya sambil tersenyum manis. Sofiah membalas senyuman itu.

“Tapi…mahukah Diana terima aku? Aku tahu dia cintakan aku. Tapi dia tak sukakan perasaan tu. Sebab tu banyak kali dia cuba jauhkan jarak hubungan kami. Aku tak nak paksa dia terima aku. Aku mahu dia terima aku bila dia betul2 dah bersedia untuk berhadapan dengan perasaan sebenar dia…” kata Farid. Dasuki dan Sofiah terdiam.

“Kadang2, aku rasa kesian dengan dia. Cuba membunuh perasaan cinta, tapi aku pulak asyik cuba membangkitkan kembali perasaan itu. Dia dah banyak kali berusaha.  Apa yang aku nampak, perasaan cinta tu menyeksa diri dia.  Terkadang aku rasa, kalaulah tidak ada perasaan cinta tu dalam hati dia, mungkin dia akan lebih gembira. Memikirlkan itu, aku rasa macam menyesal berjumpa dengan dia, menyesal kami pernah baik sama2 dulu. Kalau tak, mesti dia masih seorang yang happy go lucky macam dulu. Kadang aku fikir, alangkah baiknya kalau kami tak pernah berjumpa dan berkawan. Takkan ada hati yang terluka macam ni…” keluh Farid. Fikirannya bercelaru.

“Cinta itu hadir tanpa dipaksa. Cinta itu hadir tanpa kau sedari. Cinta itu hadir tanpa kau meminta untuknya. Cinta itu datang tanpa dicari. Jadi, bila cinta itu ada, terimalah cinta seadanya. Mungkin ada rahmat atas apa yang berlaku selama ni pada kau,” Sofiah tiba2 bersuara. Kata2nya memukau Dasuki dan Farid. Mereka berdua merenung Sofiah tak berkedip.

“So, jangan mengeluh atas apa yang berkali. Sebaliknya kita kena bersyukur. Mungkin ada sesuatu yang Tuhan ingin berikan pada kau di sebalik semua yang berlaku ni…” Sofiah menyambung kata2nya lagi. Dasuki dan Farid merenung Sofiah tanpa berkelip. Masing2 terpaku tanpa suara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:23 PM | Show all posts
Diana membuka matanya perlahan2. Perlahan2 nafasnya ditarik dalam2. Pandangannya menyorot kearah sekelilingnya. Ruang berwarna putih dengan langsir biru menjadi ruang tatapnya. Diana menoleh ke kiri.

Di balik pintu separa kaca separa kayu, Diana ternampak kelibat Pak Long Hanafi bersama beberapa orang jururawat barangkali. Diana menghembus nafas perlahan2. Ngilu di bahagian bahu sudah berkurangan berbanding sebelumnya. Diana meraba bahu kirinya yang berbalut. Diusap2 balutan itu.

Diana merenung kipas siling dengan renungan kosong.

Pinta wad tiba2 dibuka dari luar. Pantas Diana menoleh kea rah pintu. Pak Long Hanafi sedang menuju ke arahnya. Sebaik sampai, Pak Long Hanafi duduk di kerusi disisi katil.

“Macammana keadaan Diana sekarang?” wajah Diana dipandang. Diana mengangguk.

“Alhamdulillah..Okey,” Diana mengesot badannya ke belakang, cuba untuk bangun dan bersandar. Pak Long Hanafi membantu Diana bersandar dengan membetulkan bantal tidur Diana. Diana senyum sebaik badannya sudah selesa bersandar.

“Terima kasih pak long,” Diana senyum lagi. Pak Long Hanafi mengukir senyum.

“Lega pak long tengok kamu dah baik ni. Syukur pada Tuhan. Kalau tak, tak tahulah pak long nak cakap apa dengan ibu kamu. Oh, lupa nak bagitahu…Insya-Allah, pagi esok, ibu, ayah dan abang Daniel akan sampai dari Malaysia…” ujar Pak Long Hanafi.

Diana mengangguk. Gembira mendengar berita kedatangan keluarganya ke bumi Mesir itu. Seketika, Diana terdiam. Farid baikkah? Ingatannya segera teringatkan Farid. Hatinya ingin bertanya kepada Pak Longnya, namun mulutnya bagaikan terkunci.

“ Di rehatlah. Tak payah banyak bergerak sangat. Kalau tak ada aral, Insya-Allah, lusa kita balik Malaysia..” Pak Long Hanafi bangun, menutup langsir biru di sekeliling katil Diana. Kemudian Pak Long hanafi mula beredar, meninggalkan Diana keseorangan di dalam wad serba putih itu.

Diana mengangguk saja. Dia menghantar pemergian Pak Long Hanafi dengan matanya hinggalah kelibat Pak Long Hanafi hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:27 PM | Show all posts
Farid dan Dasuki turun dari teksi yang mereka naiki.  Hospital pekan Al-Arisy sudah terbentang di hadapan mereka.

“Aku rasa kita kena tipu dengan driver teksi tulah. Berapa kali pusing baru sampai ke sini..” rungut Dasuki. Farid meninjau2 keadaan sekitarnya.

“Dah sampai ni pun dah cukup baik. Kalau tak sampai2, itu yang aku takut,” tukas Farid pula. Dasuki tidak menjawab. Langkah mereka berdua diatur masuk ke hospital. Mereka saling meneliti nombor setiap wad.

“Mana nombor wad Diana ni. Sofiah ni salah dengar ke apa..” rungut Dasuki lagi.

“Isk..kau ni sejak datang Mesir ni banyak cakaplah Suki! Dulu kat Malaysia, kau bukan main control macho lagi..”rungut Farid pula.

“Aku bukan apa. Lama2 dok terkial2 kat luar ni, takut kena cop penceroboh pulak..” kata Dasuki. Farid mendengus. Apa2 ajelah!

Lama mencari, akhirnya nombor wad Diana berjaya ditemui. Terpancar kegirangan diwajah masing2. Farid terintai2 dari balik dinding kaca pintu wad. Namun, langsir biru yang menutup katil mengahalang penglihatannya.

“Betul ke ni wad Diana?” tidak ada nama ditulis di depan pintu wad.

“Kau masuklah dulu. Check. Kalau betul, kau bagitau aku..” arah Dasuki.

“Banyak cekadak kau. Kalau salah?” marah Farid pula.

“Isk..kalau  salah, mintak maaf ajelah…” Dasuki menambah.

“Senangnya kau bercakap…” Farid mengomel pula tanda tidak puas hati.

“Yelah!  Yang kita nak lawat ni, awek kau. Bukan awek aku..” Dasuki mencelah pula. Farid merengus kecil, kemudian mengetuk pintu wad itu sekali dua. Kemudian, daun pintu ditolak perlahan2. Suasana malam menyebabkan keadaan hospital agak sunyi.

Farid mengatur langkah perlahan2 menuju kea rah katil yang di tutupi langsir biru. Sebaik sampai, langsir biru dipegang. Farid memejam matanya seketika. Bismillah….Farid menarik nafas, kemudian menolak langsir biru itu perlahan2.

Wajah Diana yang sedang tidur terserlah. Kepalanya hanya ditutupi selendang yang menampakkan sebahagian rambutnya di bahagian depan. Farid terpaku melihat Diana. Wajah putih bersih yang mulus itu begitu ayu pada pandangan matanya ketika itu. Wajah gadis yang sangat indah menusuk kalbunya direnung tidak berkelip.Niatnya untuk mengejutkan Diana dipadamkan. Farid...apa yang tenung tu....bisik hati kecilnya yang satu lagi pula...

Farid menoleh ke arah pintu, ingin memanggil Dasuki. Kosong! Kelibat Dasuki hilang. Mana pulak pergi budak ni…Farid menggumam di dalam hati. Tak apalah… Farid tarik nafas. Bangku di sisi katil ditarik perlahan menjauhi Diana sedikit.

Namun, seretan bunyi kerusi membuatkan Diana tiba2 terjaga. Pandangan mata Diana bersatu dengan mata Farid yang tergamam apabila melihat Diana yang telah terjaga dari tidur.

“Farid???” seakan tidak percaya dengan apa yang berada di hadapannya, Diana merenung tajam kea rah Farid. Farid terkedu. Alamak…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 03:29 PM | Show all posts
“Syy…” Farid mengangkat jari telunjuknya ke bibirnya memimnta Diana memperlahankan suaranya. Diana yang terpinga2 patuh saja. Farid duduk di kerusi berhadapan katil Diana.

Farid dan Diana saling berpandangan. Masing2 cuma saling memandang. Tiada suara yang keluar. Cuma yang kedengaran hanyalah bunyi nafas kedua2nya di bilik sunyi itu.

“Macammana bahu kau?” soal Farid separuh berbisik. Pandangannya tumpah ke bahu Diana yang berbalut. Diana menarik selimutnya ke atas. Tidak selesa bahunya direnung Farid.

“Alhamdulillah. Baik saja..” balas Diana dengan suaranya yang serak2 basah. Farid senyum. Buat seketika, mereka kelu tanpa bicara. Farid memandang Diana sambil tersenyum. Diana membalas senyuman itu.

“Aku datang ni..nak tahu itu saja..” tutur Farid perlahan. Diana angguk lagi. Dia sendiri kehilangan bicara.

Lama terdiam, Farid mula rasa tidak selesa. Lebih2 lagi melihat Diana yang tidak memandangnya.Farid bangun perlahan2, kemudian menghampiri Diana. Sebuah replika kecil Masjidil Aqsa dari ukiran kayu dikeluarkan dari kocek bajunya.

Diana terpana melihat Farid yang berdiri di sisinya. Farid tunduk merenung ukiran kayu yang sebesak tapak tangan yang dipegangnya.

“Aku tak tahu kita akan jumpa lagi atau tak di Malaysia nanti. Ini untuk kau,” Farid meletakkan ukirak kayu Masjidil Aqsa di atas selimut Diana. Diana memandang ukiran kayu itu silih berganti dengan wajah Farid.

Diana dan Farid saling berpandangan. Farid mengundur langkah, kemudian terus berjalan keluar dari wad itu. Diana terpaku merenung pemergian Farid. Ukiran kayu itu diambil lalu direnung. Seribu perasaan aneh menyerbu mukim hatinya kala itu. Diana merenung kembali kea rah pintu wad. Kosong. Bayang Farid telah hilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072581 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list