CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2023 11:18 AM | Show all posts

Daki gunung guna eskalator


Orang ramai berpusu-pusu mendaki Gunung Tanyu menggunakan eskalator. – SCMP/YouTube

BEIJING – Pelancong di wilayah Zhejiang, China kini boleh menikmati pemandangan dari puncak gunung tanpa perlu membuat pendakian sukar iaitu dengan hanya menggunakan kemudahan eskalator, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Beberapa pengendali pelancongan di wilayah berkenaan memasang eskalator gergasi di sebilangan kawasan pergunungan bagi membantu pelancong naik ke puncak tanpa perlu berpeluh.

Salah satu kawasan terlibat ialah Gunung Tanyu di daerah Chun’an. Meskipun hanya mempunyai ketinggian 350 meter, disebabkan keadaan muka buminya, pelancong sebelum ini perlu berjalan di sekeliling tiga gunung lain untuk tiba di puncak.

“Tujuan utama kami membina eskalator ini adalah untuk menyelesaikan masalah lalu lintas pendakian gunung.

“Pada awal perancangan, kami mahu membina kereta kabel, namun disebabkan beberapa kesukaran, kami berpendapat eskalator adalah lebih selamat dan mudah dibina,” kata seorang pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan tersebut.

Beberapa video yang memaparkan keadaan di lokasi kawasan pergunungan itu tular di media sosial baru-baru ini dengan ada pengguna yang menyokong dan mengkritik pembinaan eskalator.

“Eskalator tersebut telah merosakkan keindahan alam semula jadi kawasan pergunungan itu,” kata seorang pengguna media sosial – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10/29/daki-gunung-guna-eskalator/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 11:19 AM | Show all posts
Gol Jota untuk Diaz


DIOGO Jota membentangkan jersi Luiz Diaz sebagai tanda solidariti di atas insiden penculikan ibu dan bapanya. FOTO FB Liverpool FC

London: Pemain Liverpool, Diogo Jota menzahirkan tanda simpati di atas insiden penculikan keluarga rakan sepasukannya, Luis Diaz yang kini berdepan detik hitam apabila ibu bapanya diculik di Colombia.

Jota yang meledak gol pada minit 31 bagi membantu The Reds membenam Nottingham Forest 3-0 di Anfield nyata memberi penghormatan dengan menghadiahkan jaringan itu kepada Diaz.

Selepas jaringan itu, Jota berlari ke arah bangku pemain dan mengambil jersi Diaz sambil membentangkan jersi nombor 7 itu kepada penyokong tuan rumah sebelum ia disambut dengan tepukan.

Apa yang dilakukan pemain Portugal itu adalah sebagai tanda simpati yang mendalam terhadap insiden yang dialami pemain sayap itu.

Diaz tidak beraksi menentang Forest susulan isu penculikan di Colombia, dengan ibu bapanya menjadi mangsa dan Diaz terpaksa pulang ke negaranya.

Menurut media antarabangsa, bapa dan ibu Diaz diserang hendap di jalan raya di bandar Barrancas, La Guajira pada hujung minggu ini. Kedua-dua mereka kemudian dimasukkan ke dalam kereta yang dibawa oleh penculik itu.

Menurut laporan terkini, ibu Diaz, Cilenis Marulanda sudah berjaya diselamatkan. Bagaimanapun, suaminya masih hilang atau dalam kurungan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gol-jota-untuk-diaz
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 03:21 PM | Show all posts
Bimbang tindakan tegas, PATI Afghanistan mula tinggalkan Pakistan


KELUARGA pelarian Afghanistan tiba di pusat penghantaran pulang UNHCR di Peshawar, Pakistan.-AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
30 Oktober 2023, 11:00 am

KABUL: Agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan peningkatan mendadak warga Afghanistan yang pulang ke tanah air sejak Pakistan melancarkan tindakan tegas terhadap penduduk yang tinggal di negara itu secara haram.

PBB menggesa Pakistan untuk menggantung dasar itu sebelum terlambat bagi mengelakkan malapetaka kemanusiaan.

Pakistan awal bulan ini menegaskan akan menangkap dan menghantar pulang warga asing yang tidak memiliki dokumen sah atau tidak berdaftar selepas 31 Oktober.

Dua wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan turut dilaporkan menubuhkan pusat penghantaran pulang pendatang asing.

Kerajaan berkata, kempen itu tidak ditujukan kepada kewarganegaraan tertentu, tetapi dilihat memberi kesan kepada warga Afghanistan yang merupakan sebahagian besar pendatang asing di negara itu.

Agensi PBB berkata, terdapat lebih dua juta warga Afghanistan tanpa izin di Pakistan dengan sekurang-kurangnya 600,000 daripada mereka melarikan diri selepas pengambilalihan Taliban pada 2021.

Afghanistan sedang melalui krisis kemanusiaan yang meruncing terutamanya bagi wanita dan gadis yang dilarang melanjutkan pelajaran melebihi darjah enam, selain disekat memasuki ruang awam serta banyak peluang pekerjaan oleh Taliban.

Terdapat juga sekatan ke atas media, aktivis, dan organisasi masyarakat sivil.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, puluhan ribu rakyat Afghanistan meninggalkan Pakistan antara 3 hingga 15 Oktober, dengan ramai mengakui bimbang ditahan sebagai punca mereka terpaksa pulang.

“Kami percaya ramai daripada mereka yang menghadapi pengusiran akan berdepan risiko besar pencabulan hak asasi manusia jika kembali ke Afghanistan, termasuk penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya, penyeksaan, kejam serta layanan tidak berperikemanusiaan yang lain,” jelas badan itu.

Pakistan menegaskan bahawa tiada warga asing yang akan dianiaya selepas mereka ditangkap malah memaklumkan penghantaran pulang akan dilaksanakan secara berperingkat dan teratur.-AP

Kredit: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 03:27 PM | Show all posts
Trump laksana semula larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden


DONALD TRUMP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
30 Oktober 2023, 12:00 pm

LAS VEGAS: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji mahu mengembalikan larangan perjalanan kontroversi yang menyasarkan kebanyakan negara Islam jika beliau dipilih semula menerajui negara itu pada pilihan raya tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang kemuncak tahunan Gabungan Yahudi Republikan di Las Vegas kelmarin.

“Kami akan menjauhkan pengganas Islam radikal dari negara kami

“Anda masih ingat tentang larangan perjalanan? Pada hari pertama saya kembali bertugas saya akan melaksanakan semula larangan itu.” katanya.

Pada permulaan jawatan presidennya pada 2017, Trump mengenakan sekatan menyeluruh terhadap kemasukan pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Syria, Yaman, Iraq dan Sudan.

Perintah itu pantas dicabar di mahkamah sebagai diskriminasi terhadap kumpulan agama, tetapi larangan tersebut bersama dengan agenda anti-imigresen Trump sangat popular dalam kalangan penyokongnya.

Presiden, Joe Biden membatalkan larangan itu ketika minggu pertamanya memegang jawatan pada 2021.

Dalam majlis sama, Trump berkata, beliau akan mempertahankan rakan dan sekutu AS di Israel seperti yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa.

“Konflik antara Israel dan Hamas adalah pergaduhan antara tamadun dan kekejaman, antara kesopanan dan kebiadaban dan antara kebaikan dan kejahatan,” tambahnya.

Sebelum ini, Trump mendapat perhatian media kerana menyifatkan kumpulan pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan sebagai sangat bijak dan mengkritik Perdana Israel, Menteri Benjamin Netanyahu.

Dalam pada itu, Bekas Timbalan Presiden, Mike Pence mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menjadi calon pertama mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan merebut jawatan Presiden AS pada 2024.-AFP

Kredit: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 03:36 PM | Show all posts
Hampir 50 masjid di Gaza rosak akibat dibedil tentera Zionis


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
30 Oktober 2023, 3:21 pm

GAZA CITY:  Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

“Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.

Beliau berkata, seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 8,005 orang penduduk Palestin terbunuh.

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu.

Kredit: Utusan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 03:42 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 30-10-2023 03:46 PM

ASIA
Tentera AS beli makanan laut Jepun sebagai menentang larangan China



Duta AS ke Jepun, Rahm Emanuel ketika ditemu bual Reuters di kediaman duta di Tokyo, Jepun, hari ini. REUTERS

TOKYO: Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mula membeli makanan laut Jepun untuk bekalan tenteranya di sana, sebagai tindak balas terhadap larangan China ke atas produk sedemikian yang dikenakan selepas Tokyo mengeluarkan air terawat dari loji nuklear Fukushimanya yang lumpuh ke laut.

Duta AS ke Jepun, Rahm Emanuel, berkata Washington harus melihat secara lebih luas bagaimana ia boleh membantu mengimbangi larangan China yang disifatkan sebagai satu bentuk perang ekonomi.


China, yang pernah menjadi pembeli terbesar makanan laut Jepun, berkata larangannya adalah disebabkan kebimbangan keselamatan makanan.


Badan pemantau nuklear PBB menjamin keselamatan pelepasan air yang bermula pada Ogos dari loji yang musnah akibat tsunami 2011.
Emanuel berkata, pembelian itu akan membekalkan makanan tentera di atas kapal dan untuk jualan di kedai serta restoran di pangkalan tentera akan ditingkatkan dari semasa ke semasa kepada semua jenis makanan laut.
Tambah beliau, Tentera AS sebelum ini tidak membeli makanan laut tempatan di Jepun. AS boleh mempertimbangkan keseluruhan import ikan dari Jepun dan China.
Selain itu, AS juga sedang berbincang dengan pihak berkuasa Jepun untuk membantu penghantaran kerang yang dikutip nelayan tempatan kepada pemproses berdaftar AS.
Emanuel, yang juga bekas ketua kakitangan Rumah Putih Presiden AS Barack Obama, dalam beberapa bulan kebelakangan ini membuat beberapa siri kenyataan mengenai China, dengan menyasarkan pelbagai isu termasuk dasar ekonominya, keputusan yang tidak jelas serta layanan terhadap firma asing.
Langkah itu susulan lawatan pegawai tinggi AS, termasuk Setiausaha Negara Antony Blinken ke Beijing dalam usaha untuk memulihkan hubungan yang tegang. -REUTERS

Kredit: BH Online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2023 03:58 PM | Show all posts
Penunggang p-hailing 'terbang' dari Thailand ke Singapura demi nasi ayam


FOTO Ihsan thita.vy di TikTok

Bangkok: Penunggang p-hailing ditugaskan terbang ke Singapura bagi memenuhi keinginan pelanggan yang 'mengidam' nasi ayam Singapura, menyebabkan mereka yang menaiki penerbangan sama terkejut.

Portal The Thaiger melaporkan, insiden pelik itu dirakam sebelum dimuat naik dalam talian oleh pengguna TikTok @thita.vy hingga tular di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan penunggang p-hailing yang lengkap dengan beg penghantaran makanan berada di lapangan terbang yang tidak dinyatakan di Thailand dan memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Pengguna TikTok @thita.vy, yang kebetulan berada dalam penerbangan sama, menceritakan bahawa dia pada mulanya tertanya-tanya mengapa seseorang memesan penghantaran makanan ke lapangan terbang.

Dia terkejut selepas mendapati penunggang p-hailing itu diupah untuk membeli nasi ayam di Singapura, lapor Sanook.


"Adakah kamu benar-benar perlu melakukan perjalanan sejauh itu hanya untuk mendapatkan makanan?" soalnya.

Penunggang itu mengesahkan dia memang diupah untuk membeli hidangan itu dari Singapura.

Pengguna TikTok itu secara berjenaka mencadangkan penunggang berkenaan memesan teh susu buih dari Taiwan, dengan harapan dia boleh terbang ke sana untuk membelinya untuknya.

Susulan video tular itu, netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.


Walaupun sesetengah mengesyaki insiden itu diadakan untuk bahan kandungan atau 'content' , yang lain berasa ia tidak menghairankan memandangkan sejauh mana orang akan pergi apabila mempunyai kemampuan untuk membayar perkhidmatan berkenaan.

Tahun lalu, seorang pemandu LINE Man yang bekerja di wilayah Nonthaburi, tengah Thailand, mendedahkan bagaimana dia akhirnya bekerja sebagai pengintip untuk pelanggan yang menyangka teman lelakinya sedang menjalin hubungan sulit.

LINE Man menyediakan perkhidmatan makanan, barangan runcit, penghantaran bungkusan, utusan dan teksi dan juga perkhidmatan detektif dalam kes berkenaan.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2023 @ 11:53am

Kredit: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:00 PM | Show all posts
Selamat petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 04:18 PM | Show all posts
Geram dilayan buruk, taikun minta wang RM3.7 juta dikira secara manual


WANG tunai milik taikun di China. FOTO Agensi

Beijing: Gara-gara mendapat layanan buruk, seorang taikun di China mendesak kakitangan bank mengira wang tunai AS$780,000 (kira-kira RM3.7 juta) yang dikeluarkannya secara manual (menggunakan tangan).

India Times melaporkan, insiden itu dilaporkan berlaku di salah sebuah cawangan bank terbesar di China dan menjadi tajuk utama berita.

Ia juga mencetuskan perbincangan mengenai perubahan pandangan negara mengenai kekayaan dan perbelanjaan yang ketara.

Identiti jutawan itu tidak didedahkan, tetapi nama keluarganya adalah 'Sunwear.

Bank itu menyatakan bahawa semuanya bermula apabila mereka menasihatkan pelanggan untuk memakai pelitup muka.


Lelaki itu bagaimanapun mendakwa dia berbuat demikian sebagai tindak balas terhadap layanan diterima.

Menurut Business Insider, lelaki itu, yang menggunakan pemegang dalam talian 'Sunwear' berkongsi versi ceritanya di laman sosial China Weibo.

Katanya, di sebuah bank di Shanghai, dia bergaduh dengan anggota keselamatan dan diberi layanan buruk.

Dia kemudian meminta bank mengira wang tunai yang dikeluarkannya.


Satu pasukan juruwang mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelesaikan pengiraan.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata keengganan pelanggan untuk memakai pelitup muka dan mematuhi peraturan Covid-19 adalah pencetus kepada kejadian itu.

Sekali lagi, Sunwear menyiarkan di Weibo untuk mengatakan bahawa dia tersalah letak pelitup mukanya pada hari itu dan menegaskan tidak pernah membantah untuk memakainya.

Imej bagasi dan gumpalan wang tunai menjadi tular selepas pertengkaran itu.

Gambar itu kemudian tersebar di platform X dan seorang pengguna memuat naiknya (gambar) bersama dengan kapsyen ringkas mengenai apa yang berlaku.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2023 @ 3:29pm

Kredit: MY Metro
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:24 PM | Show all posts
Pelagak ngeri maut dihempap tayar traktor


PEMAIN lagak ngeri, Sukhmandeep Singh (gambar kanan), detik ketika kejadian (gambar kiri). FOTO Agensi

New Delhi: Seorang lelaki juga pelagak ngeri berusia 29 tahun maut dihempap ​​tayar traktor ketika melakukan aksi berisiko tinggi semasa pameran sukan luar bandar di Gurdaspur, Punjab.

The Indian Express melaporkan, mangsa, Sukhmandeep Singh meninggal dunia pada Sabtu ketika melakukan aksi itu di kampung Sarchur di bawah kawasan pilihan raya Fatehgarh Churiyan di daerah itu, lapor jurucakap.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika Sukhmandeep cuba memanjat traktor dengan meletakkan sebelah kakinya pada salah satu tayar.

Sewaktu cuba menaiki kenderaan yang berdiri di atas dua roda dan enjinnya berputar, kakinya yang sebelah lagi terseret dalam lumpur dan dia terjatuh kemudian dihempap ​​di bawah tayar traktor.

"Beberapa orang bergegas menyelamatkannya tetapi ketika itu keadaannya cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.


"Acara itu kemudiannya dibatalkan selepas kejadian tragis berkenaan," kata petani, Gurmukh Singh memetik kenalan Sukhmandeep.

Ketika dihubungi, Timbalan Pesuruhjaya, Gurdaspur, Himanshu Aggarwal berkata, kejadian itu berlaku ketika acara peribadi di Fatehgarh Churiyan.

"Polis sedang meneliti perkara itu. Tiada kebenaran dimohon untuk melakukan aksi ini. Saya sudah meminta majistret sub-bahagian untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur.

"Kami membenarkan acara sedemikian tetapi hanya selepas kebenaran yang sewajarnya dan mengikut piawaian keselamatan," kata Aggarwal.


"Kami dapat tahu lelaki itu seorang profesional dan apa yang berlaku adalah satu kemalangan. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur," tambahnya.

Sukhmandeep yang juga penduduk kampung Thathe di Batala meninggalkan ibu bapa, isteri dan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun.

Bapanya Nirvair Singh adalah ketua kampung Thathe manakala isterinya anggota Polis Punjab.

Sementara itu, penduduk kampung Thathe Manpreet Singh Badesha berkata, Sukhmandeep melakukan aksi lagak ngeri sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Kematian Sukhmandeep dirakamkan di kamera dan video kejadian itu dikongsi secara meluas di laman sosial.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2023 @ 2:19pm

Kredit: My Metro
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:30 PM | Show all posts
Israel terus bedil Gaza, puluhan penduduk Palestin maut semalam


KEPULAN asap di Gaza, dilihat dari sempadan Israel dengan Gaza, di selatan Israel. FOTO REUTERS/
Gaza: Berpuluh-puluh penduduk Palestin terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara tentera penceroboh Israel ke atas bangunan kediaman dan rumah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber, pesawat perang Israel mengebom kediaman di bandar Beit Lahia dan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Masjid Muhammad Al-Fateh di Beit Lahia turut dibom dan musnah sepenuhnya.

Serangan itu turut menyasarkan beberapa rumah di kawasan Al-Saftawi, utara Gaza City membunuh kira-kira 15 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Selain itu, pesawat perang Israel turut memperhebat serangan ke atas kawasan perumahan di Gaza City dan bahagian utara bandar.


Kawasan sekitar Hospital Al-Quds turut dibom mencederakan beberapa pesakit dan orang awam.

Jet Israel juga mengebom sebuah rumah di Kem Pelarian Al-Shati, barat Gaza City, mencederakan berpuluh-puluh orang.

Selain itu, pesawat penceroboh turut mengebom kediaman di bandar Khan Yunis yang membunuh dua orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Di Rafah City, tujuh orang maut selepas kediaman mereka dibom.


Disiarkan pada: Oktober 30, 2023 @ 2:31pm

Kredit: MY Metro
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:40 PM | Show all posts

Nyaris maut diracun ibu sendiri


TAJAHNAR Brown ditahan kerana didakwa cuba meracun anaknya dengan ubat sawan. FOTO Agensi

Washington: Kanak-kanak berusia empat tahun nyaris maut di bilik kecemasan New York City selepas doktor mendapati dia mengalami keracunan ubat sawan yang tidak diperlukannya.

Mirror UK melaporkan, ibu kanak-kanak itu, Tajahnar Brown, 23, sudah ditangkap dan didakwa 'meracun' anaknya.

Polis mendakwa Brown sudah membuat 190 perjalanan ke hospital untuk mendapatkan ubat yang tidak diperlukan untuk anak perempuannya.

Brown dari Bronx, didakwa pada Jumaat atas tuduhan cubaan membunuh dan serangan peringkat pertama terhadap anak perempuannya.

Wanita itu dikatakan menghidap sindrom Munchausen iaitu keadaan psikologi di mana seseorang berpura-pura sakit atau sengaja menghasilkan gejala penyakit dalam diri mereka sendiri.

"Niat utama mereka adalah supaya orang mengambil berat terhadap mereka dan memberi perhatian," kata Jabatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Menurut polis, semuanya bermula pada 2 Mei, apabila Brown membawa anak perempuan berusia tiga tahun itu ke Pusat Perubatan Montefiore, mendakwa kanak-kanak itu perlu makan ubat sawan dan memerlukan lebih banyak lagi

"Dia membuat kenyataan berulang kali bahawa kanak-kanak itu memerlukan ubat-ubatan yang meminta kakitangan untuk memberi lebih banyak dos," kata sumber polis.

Doktor mendapati kanak-kanak itu mempunyai tahap ubat 'toksik' dalam sistemnya.

"Dia sedang diracuni oleh ubat-ubatan," kata sumber itu.
https://www.hmetro.com.my/global ... diracun-ibu-sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:41 PM | Show all posts
Remaja tergamak bunuh, rakam, edar gambar ibu maut


DEREK Rosa menghubungi talian 911 bagi membuat pengakuan membunuh ibunya. FOTO Agensi

Miami: Remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa menghubungi talian kecemasan 911 untuk mengaku membunuh ibunya.

Mirror UK memetik jurucakap polis melaporkan, Derek Rosa melakukan perbuatan itu ketika ibunya, Irene Garcia, 39, sedang tidur di sebelah adik perempuannya yang baru lahir.

Remaja itu juga dilaporkan turut menghantar gambar adegan itu kepada rakannya.

Menurut polis, Rosa akan menghadapi pertuduhan membunuh sebagai seorang dewasa selepas juri membenarkan remaja itu didakwa.

Bagaimanapun, dia tidak hadir ke perbicaraan mahkamah pertamanya pada Jumaat.

Seorang jiran berkata mereka terkedu dengan apa yang berlaku.

Rosa dilaporkan menghubungi 911 pada 12 Oktober dan didakwa memberitahu operator bahawa dia baru membunuh ibunya di rumah mereka di Hialeah, Florida.

Rakaman audio panggilan itu dikeluarkan awal minggu ini dan kedengaran bagaimana Rosa memberitahu operator bahawa dia juga sudah mengambil gambar ibunya.

Ketika kejadian, Irene dilaporkan tidur di atas katil bersama bayi perempuannya

Dia didakwa memberitahu ada pisau di dalam biliknya dan pistol di ruang tamu.

Rosa berada di talian selama 18 minit sehingga polis tiba di alamat berkenaan, lapor New York Post.

Bapa dan nenek Rosa hadir di mahkamah juvana bagi pihaknya pada Jumaat.

Kejadian tikaman itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 malam pada 12 Oktober lalu.

Media tempatan melaporkan, sebaik pegawai polis tiba, Irene Garcia dilaporkan terbaring di sebelah katil bayi di mana anak perempuannya yang berusia 14 hari sedang tidur.

Menurut pihak berkuasa, Rosa adalah pelajar yang baik dan tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan mental sebelum ini.

Hakim memerintahkan Rosa ditahan tanpa diikat jamin dan dipindahkan ke Pusat Tahanan Metro West.
https://www.hmetro.com.my/global ... dar-gambar-ibu-maut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:45 PM | Show all posts
Israel bedil Syria pula


Jet F-35 tentera Israel membedil Semenanjung Gaza. - Foto AFP

TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa memusnahkan infrastruktur tentera di dalam Syria, meningkatkan kebimbangan perang terhadap Palestin boleh mencetuskan konflik lebih besar.

"Sebentar tadi, jet pejuang IDF (Kementerian Pertahanan Israel) menyerang kemudahan pelancar yang menembak wilayah Israel dari wilayah Syria malam tadi," kata IDF.

Menurut penyiar awam Israel Kan News, tentera tidak memberikan butiran lanjut dan hanya menyatakan, serangan berlaku berhampiran Daraa.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai kesan serantau ekoran perang Israel ke atas Gaza.


Ini berikutan berlaku rentetan serangan ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria serta peningkatan tembak balas di antara Hezbollah dan tentera Israel di sempadan Lubnan, sejak konflik Gaza bermula.

Semalam, tentera Israel turut berkata, mereka menyerang sasaran Hezbollah di Lubnan sebagai tindak balas kepada tembakan roket.

Serang balas rentas sempadan dengan Hezbollah berlaku hampir setiap hari sejak 7 Oktober lalu, apabila pejuang Hamas dari Gaza menyerbu selatan Israel.

Israel bertindak balas dengan pengeboman tanpa henti ke atas Gaza dan membunuh lebih 8,000 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak.

Menurut pengiraan AFP, sejak serangan itu bermula, keganasan rentas sempadan membunuh sekurang-kurangnya 59 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah, termasuk empat orang awam serta seorang wartawan.

Pegawai Israel pula hanya melaporkan empat kematian, termasuk seorang orang awam.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, hampir 29,000 orang sudah kehilangan tempat tinggal di Lubnan akibat pertempuran itu. - AFP



Kereta kebal Israel di sempadan utaranya dekat Lubnan pada Sabtu, susulan tembakan daripada Hezbollah. - Foto AFP

https://www.bharian.com.my/dunia ... el-bedil-syria-pula
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:55 PM | Show all posts
Selamat malam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 10:01 AM | Show all posts
Selamat pagi

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 10:05 AM | Show all posts
12 maut di Indonesia akibat meminum arak rampasan
Oktober 30, 2023 @ 11:39pm


Foto Hiasan

BANDUNG: Indonesia: Dua belas rakyat Indonesia maut dan empat dalam keadaan kritikal selepas meminum arak, kata pihak berkuasa hari ini, kematian terbaharu disebabkan oleh alkohol buatan sendiri.

Kebanyakan rakyat Indonesia mengamalkan agama Islam yang sederhana dan alkohol boleh didapati di bandar-bandar besar, tetapi cukai yang tinggi menjadikannya mahal dan sesetengah mereka beralih kepada minuman keras buatan sendiri yang berpotensi berbahaya.

Hospital besar daerah Subang yang dikendalikan kerajaan di wilayah Jawa Barat menerima 18 mangsa kerana "mabuk alkohol" pada Sabtu, kata jurucakap hospital Wawan Gunawan.

"Terdapat lima orang dalam pemerhatian dan 11 orang meninggal dunia (di hospital)," kata Gunawan kepada AFP, hari ini, sambil menambah bahawa mangsa berusia di antara 16 dan 45 tahun.

Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, tambah Gunawan.

Mangsa maut selepas membeli minuman keras rampasan itu untuk diminum pada majlis perkahwinan pada Sabtu, menurut laporan polis tempatan.

Empat daripada mangsa dalam keadaan kritikal dan seorang dalam pemulihan, kata Gunawan.

Polis menahan seorang suspek berhubung kejadian itu, kata ketua polis Subang, Ariek Indra Sentanu.

Media tempatan melaporkan mangsa ke-13 meninggal dunia selepas keluarga mereka meminta keluar awal dari hospital, tetapi Gunawan tidak dapat mengesahkan status mereka.

Pada 2018, lebih 60 warga Indonesia maut akibat meminum arak murah buatan sendiri dengan polis melakukan serbuan di seluruh negara untuk menahan lebih setengah dozen penjual, termasuk seorang yang mencampurkan ubat nyamuk ke dalam ramuannya.

Pada 2016, 36 orang maut di Jawa Tengah selepas meminum alkohol yang dibancuh tempatan. -AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 10:10 AM | Show all posts
Perang Israel-Palestin: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO
Oktober 31, 2023 @ 7:32am


Seorang ibu menenangkan anaknya yang cedera dalam serangan di Hospital Besar Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 20 Oktober lalu. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children mendedahkan seorang kanak-kanak terbunuh hampir setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara tentera rejim Zionis dan pejuang Hamas.

Jurucakap Save the Children cawangan Palestin, Jason Lee, berkata dalam konflik itu juga sejumlah 20,000 orang awam cedera dengan satu daripada tiga mangsa adalah kanak-kanak.

Katanya, di Gaza turut menyaksikan peningkatan kes penyakit-berjangkit akibat jumlah mangsa perang yang meningkat setiap hari, selain kekurangan amalan kebersihan.

"Pada masa sama, wabak influenza juga berupaya tersebar. Kebimbangan turut berganda apabila trak-trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pula 'tidak berupaya menyelesaikan krisis atau masalah'.

"Turut menyedihkan, doktor melakukan pembedahan tanpa menggunakan ubat tahan sakit atau anestetik, manakala telefon bimbit digunakan sebagai sumber mendapatkan cahaya di pusat-pusat perubatan. Mereka kehilangan kemudahan perubatan dan terdapat juga 130 bayi pra matang dalam inkubator yang turut berpotensi tidak dapat berfungsi kerana tiada bahan api," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell, berkata lebih 420 kanak-kanak terbunuh atau cedera di Gaza setiap hari.

"Lebih 420 kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari, jumlah yang sepatutnya menggegarkan setiap daripada kita.

"Jumlah itu 'bertambah cepat' dengan 'perlanggaran berat yang berleluasa' dilakukan terhadap kanak-kanak," katanya ketika berucap di Majlis Keselamatan PBB.

Lebih 3,400 kanak-kanak Palestin terbunuh di Gaza, manakala lebih 6,300 kanak-kanak cedera sejak 7 Oktober lalu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak dilaporkan terbunuh. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072078 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list