CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
Post time 21-10-2011 03:10 PM | Show all posts
ingat ke dah ada sambungan.... lari pecut akak masuk umah ko nih... cepat ler... dah lama tunggu nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 07:42 PM | Show all posts

RE: Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

Reply 301# asyriqa


    Allah..awat p lari pecut?ada2..mlm ni cheq hupdate ye kak..
cian akak..semput ye kak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 07:52 PM | Show all posts
Reply 297# anakhalal


apakata anakhalal matikan watak najmi, n idupkan watak azmal ngan alisha.... blhlah ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 08:44 PM | Show all posts
Reply 303# bukulali


  hahaha...kesian la plk kat najmi.pastu alisha jadi balu..isk..keeesiann..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 10:29 PM | Show all posts
BAB 32
“Penat?” Najmi bertanya. Wajah Alisha yang berpeluh- peluh dia renung penuh tunak. Alisha tersenyum sambil menyeka keringat di dahinya.

Najmi tersenyum lantas mengelap peluh di dahi Alisha dengan tuala Good Morning di tangannya.
“Bekerja keras betul isteri abang ni,” kata Najmi.

“Takkan nak biar abang buat seorang,” jawab Alisha.

“Sweet!” ucap Najmi lantas merangkul bahu Alisha. Sebuah kucupan dia hadiahkan ke dahi Alisha. Lama bibirnya di situ.

“Ish... Icha berpeluh ni,” kata Alisha sambil cuba melepaskan diri dari rangkulan Najmi.

“Tak kisah. Abang nak kiss juga,” balas Najmi. Rangkulan dia kemaskan, sengaja ingin mengusik isterinya itu.

“Tapi abang busuk, bau peluh!” kata Alisha sambil cuba menolak Najmi jauh darinya.

Najmi mencekak pinggang. “Abang bau peluh, sayang tak sayang abang lagi lah?”

Alisha ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. “Abang wangi baru sayang,” usik Alisha.

Najmi menarik sebuah kerusi plastik dan duduk. “Macam tu rupanya isteri abang ni...” keluh Najmi perlahan namun jelas di telinga Alisha. Reaksi Alisha, seperti biasa, ketawa sahaja.

“Tapikan, bukan bau badan lelaki boleh buat wanita tenang ke? Abang pernah baca somewhere on the web... Tak betul ke sayang?” Najmi bertanya. Dia menghulurkan tangannya pada Alisha. Alisha tanpa berfikir apa- apa menyambut huluran tangan Najmi dan dengan pantas, Najmi menarik Alisha ke ribaannya. Alisha terduduk di peha Najmi.

“Tak betul ke sayang?” Najmi bertanya lagi meskipun dia sedar, wajah Alisha berubah warna. Wajah itu kemerahan dan Alisha sendiri tidak memandang wajahnya. “Yang...” seru Najmi, perlahan.

“Ha? Emm... Entah?” balas Alisha perlahan. Dia cuba bangun dari ribaan Najmi tapi suaminya itu lebih dahulu melingkarkan tangannya kemas- kemas ke pinggang Alisha.

“Abang, nanti orang nampaklah,” rengek Alisha. Saudara maranya masih ramai di rumahnya.

“Emm... biarlah orang nampak,” balas Najmi bersahaja. “Married. No hal.”

Alisha mengetap bibir. “Tak malu,” kata Alisha.

“Sayang, orang yang sakan berpeluk sana- sini tanpa ikatan yang sah tu yang patut malu,” jawab Najmi. Dia tersengih melihat Alisha yang mengetap bibir. “Sayang comel la bila muka macam tu,” puji Najmi. Ikhlas tapi cubitan di lengan yang dia dapat sebagai balasan. Berkerut dahinya.

“Sakit ke? Icha cubit sikit je,” kata Alisha. Lengan Najmi dia belek- belek. Tak nampak merah pun.

“Gosok balik tempat sayang cubit tadi kalau tak nak kena denda!” ugut Najmi.

Alisha mencebik dan menggosok lengan Najmi. “Mengada!” kata Alisha perlahan, seakan berbisik kepada dirinya.

“Heard that! Nak kena denda ke?” tanya Najmi. Tawa terasa seakan ingin meledak melihat wajah Alisha yang masam mencuka. Alahai, comelnya isteri abang! Bisik hatinya.

“I love you sayang,” bisik Najmi perlahan ke telinga Alisha. Kepalanya disangkut ke bahu Alisha.

Alisha menyimpan senyum. Hatinya berbunga- bunga riang dengan ucapan itu tapi dengan wajah tanpa perasaan, dia mengalihkan badannya menghadap Najmi.

“Whats with that straight face?” Najmi bertanya. Alisha diam. Najmi cuak melihat Alisha yang diam seribu kata.

Alamak... “Sayang, marah...” tapi belum sempat Najmi menghabiskan ayat, Alisha terlebih dahulu menutup mulutnya dengan tangan. Terkejut Najmi!

“Abang ni... Asyik cakap- cakap je. Icha nak tengok muka abang betul- betul pun susah tau!” rungut Alisha dengan nada manja.

“Haaa?” Najmi terpinga- pinga. Alisha ketawa kecil dan sejurus itu, dia mengucup sayang pipi suaminya itu. Wajah Najmi ketika itu sangat lucu, antara percaya dan tidak.
Alisha memegang wajah Najmi dan berkata, “I love you hubby.”

Seperti dipukau, Najmi berkata, “I love you more.” Alisha ketawa lagi. Mereka bergurau senda dan ketawa riang, terasa seperti dunia ketika itu, cuma ada mereka berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 10:32 PM | Show all posts
Bunyi kerusi plastik di tarik mematikan senda gurau mereka. Mereka sama- sama berpaling ke belakang.

Shafiq mencebik kepada mereka. Budak- budak ni laa... Lain orang suruh buat, lain yang di buat. Ooo... tau pulak malu ye? Eh apsal bangun, duduk la kat riba suami terchenta tu! Rungut Shafiq dalam hati.

“Eh duduk la,” perli Shafiq kepada Alisha apabila adiknya itu segera bangun dari ribaan Najmi. Najmi sekadar tersenyum.

“Apa lah abang ni,” rungut Alisha.

“Eh, apa pula abang?” tanya Shafiq. “Kerja dah siap?”

“Dah!” serentak Najmi dan Alisha menjawab. Mereka berpandangan dan ketawa.

Isk, orang baru kahwin memang jadi macam ni agaknya, asyik gelak je! Orang suruh kemas khemah kahwin, tak siap- siap! Desis Shafiq dalam hati. “Tu, apa?” tanya Shafiq sambil memuncungkan mulutnya ke arah kerusi plastik yang di susun bertingkat di hujung khemah, agak jauh dari yang lain.

“Yang tu nak kena angkat, tak kan nak angkat dengan Icha. Tunggu abang la ni,” jawab Najmi sambil mengangkat kening kepada Shafiq. Dia senyum nakal.

Shafiq mencebik. “Abang juga yang kena. Korang ni asyik bercengkerama je, bila kerja nak siap?”

“Loo... Mana ada!” balas Alisha. Sempat dia jeling kepada Najmi dengan pesanan ringkas, abang la ni punya pasal!

“Disebabkan korang tak siapkan kerja, korang kena denda!” kata Shafiq. Mendengarkan itu, Alisha dan Najmi bertukar pandang.

“Icha, masuk dalam buat air ribena! Sejuk punya ribena!” arah Shafiq. “Jimi, jom ikut abang buang sampah!”

Ceh... ingatkan denda apa lah. Alisha bergerak untuk masuk buat air ribena untuk ‘tuan beshar’ namun sempat lagi ‘tuan beshar’ berkata, “Kalau ada kuih ke, kek ke, bawak sekali!”

Alisha menjelirkan lidahnya kepada Shafiq manakala Najmi sekadar ketawa melihat mereka dua beradik.

“Sayang, abang nak air suam ya,” kata Najmi. Alisha angguk dengan senyuman. Untuk suami tercinta, Alisha akan berikan yang terbaik. Iyalah, saat Najmi usai melafazkan akad nikah, dia sudah berjanji pada diri sendiri yang dia akan menjadi isteri yang taat dan patuh kepadanya suaminya itu. Syurga di bawah telapak kaki suami kan?

Tapi abang Shafiq jangan risaulah, Icha tetap sayang abang. Sayang sampai syurga!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2011 06:51 PM | Show all posts
seronoknya.....
sana sini baca citer pengantin baru...
sambung AH.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply 307# merahsilver


   Ok insya Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 10:35 AM | Show all posts
semoga ICHA berbahagia selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 08:42 AM | Show all posts
Anakhalal ni mst pmpn kan?
ni cerita benar anakhalal ke?
so anakhalal dgn sapa skrg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 06:37 PM | Show all posts
Reply 310# tuk_glee


   haaa?
haaaa?
haaaa??
>>>>>>>> {:4_229:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 309# shahrinas


    hehehe..betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:17 PM | Show all posts
cptlah AH...bila lagi nk smbung...nk tau apa yg t`jadi lepas ni...tapi klau
blh biarlah happy ending ye...x sukelah sad ending...panas punggung baca...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:00 PM | Show all posts
lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 04:02 PM | Show all posts
n333 lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 12:48 PM | Show all posts
mana la AH ni...lama dh tggu smbgn cite ni...
AH oii...keluar lah!!
sembunyi ke apaaaaaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 09:08 PM | Show all posts
belum ada sambungan ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:08 PM | Show all posts
nak sambungan lg...hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9531 Replies : 43
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266283 Replies : 6667
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8180 Replies : 34
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 11016 Replies : 17
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11556 Replies : 87
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 3131 Replies : 0
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 8245 Replies : 46
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6378 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.073750 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list