Edited by Nfir at 8-12-2024 01:22 PM
Kesalahan Amirul Yunos memang obvious.
Tapi parents remaja perempuan ini pun ada perkara yang mencurigakan. Dan parents remaja perempuan ini pun ada buat kesalahan.
Perkara 1: Anak remaja perempuan mempunyai masalah mental / penyakit mental
Dalam kebanyakan kes, remaja yang mempunyai masalah mental / penyakit mental berpunca daripada kelemahan parents / parenting.
Jika masalah mental / penyakit mental berpunca daripada sumber lain seperti extended family members, siblings, sekolah, akademik, social circle, bullying ... parents perlu ambil tahu tentang masalah anak.
Kalau parents ambil tahu tentang masalah anak, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Apabila masalah anak dapat diselesaikan dengan baik, anak tidak akan mengalami masalah mental / penyakit mental.
Penyakit mental berlaku kerana tekanan mental / masalah mental tidak dapat diuruskan dengan baik. Tekanan mental / masalah mental wujud kerana masalah atau cabaran tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Untuk kanak-kanak dan remaja, tekanan mental / masalah mental boleh wujud kerana membesar dalam keluarga yang bermasalah. Termasuklah mengabaikan anak.
+ + +
Perkara 2: Rawatan untuk anak
Sudah la parents tidak menjadi support system yang berkesan sehingga anak mengalami masalah mental / penyakit mental.
Apabila anak sudah mengalami masalah mental / penyakit mental, parents masih buat kesalahan. In fact, parents buat kesalahan yang lebih besar.
Masalah mental sama macam masalah fizikal. Penyakit mental sama macam penyakit fizikal. Sama ada masalah atau penyakit itu dalam bentuk fizikal atau mental, kedua-dua perkara ini perlu dirawat oleh pakar perubatan yang bertauliah di klinik atau hospital.
There is no such thing as rawatan di rumah. Rawatan mesti berlaku di hospital atau klinik.
Melainkan untuk kes bed-ridden, vegetative state atau terminal stage. Dalam keadaan ini, mungkin pasukan perubatan akan datang ke rumah.
One more thing, dalam dunia perubatan, kita tak guna konsep pertolongan. Konsep yang betul adalah rawatan.
Tanggungjawab pakar perubatan adalah memberi rawatan perubatan. Tanggungjawab pakar perubatan bukannya memberi pertolongan.
Kita tidak minta pakar perubatan memberikan pertolongan. Kita meminta pakar perubatan memberikan rawatan.
Sebab itu pakar perubatan yang beretika tidak mahu menjawab pertanyaan orang awam dalam dunia digital. Sebarang pertanyaan perlu dikemukakan kepada pakar sewaktu di klinik atau hospital.
Ini adalah satu cara di mana pakar perubatan meletakkan boundary antara dunia professional dan dunia personal / dunia social.
Dalam aspek rawatan anak, kesalahan parents ini adalah:
1) Tidak membawa anak mendapatkan rawatan oleh pakar yang bertauliah di klinik atau hospital.
2) Tidak berbincang dengan pakar perubatan sebelum pakar memulakan prosedur rawatan dengan anak.
3) Tidak berbincang dengan pakar perubatan selepas pakar merawat anak.
Apabila rawatan dijalankan di hospital atau klinik, dan ibu-bapa mengambil peranan yang proaktif untuk berbincang dengan pakar tentang masalah anak, cadangan pakar, dan perkembangan anak ... pakar perubatan tidak berani buat jahat dekat anak tersebut.
Sebab pakar itu sendiri tahu bagaimana proaktif parents tersebut dalam menjaga anak mereka.
+ + +
Perkara 3: Anak remaja perempuan mengikut lelaki
Ini bukan kes melibatkan kanak-kanak kecil seperti Nurin. Ini bukan kes yang berlaku secara mengejut seperti Canny Ong kena culik.
Ini adalah kes yang melibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun pada tahun 2023. Di Malaysia, remaja 16 tahun adalah remaja yang berada pada Tingkatan 4.
Ini adalah kes yang berlaku over an extended period of time. Secara berkali-kali. Dilakukan oleh lelaki yang dikenali.
Ada remaja perempuan 16 tahun yang sudah mempunyai boyfriend atau abang angkat. Ada yang berani mengikut lelaki. Ada yang chat dengan lelaki tidak dikenali di dunia digital.
Ada yang sudah melakukan hubungan seks. Dan ada yang sudah mengandung anak luar nikah.
Di negara barat, menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki sewaktu remaja, melakukan hubungan seks dengan lelaki sewaktu remaja, atau mengikut lelaki pada waktu malam adalah perkara biasa.
Bahkan ada remaja perempuan yang dibunuh oleh kawan lelaki yang gila. Tapi remaja perempuan itu yang berani keluar rumah pada waktu malam untuk ikut kawan lelaki.
Kalau betul lelaki menyuruh anak buat perkara yang salah, apa peranan parenting dalam hal ini?
Adakah parents tidak pernah ajar anak supaya jangan ikut lelaki? Adakah parents tidak pernah ajar anak supaya jangan naik kereta lelaki? Adakah parents tidak pernah ajar anak supaya jangan pergi rumah lelaki?
Adakah parents tidak pernah ajar anak tentang perkara betul dan perkara salah? Termasuklah tentang pergaulan dengan lelaki.
Setelah anak remaja perempuan pergi rumah lelaki dan naik kereta lelaki ... kenapa parents tak tahu aktiviti anak? Adakah parents tidak berkomunikasi dengan anak? Adakah parents tidak tahu aktiviti anak? Adakah parent tidak tahu di mana anak berada?
Apabila terlalu lemah parenting yang dilakukan oleh parent remaja perempuan, maka tidak hairanlah anak remaja mempunyai masalah mental / penyakit mental.
In the first place, remaja perempuan ini tidak melalui upbringing / parenting yang bagus. Sebab itu masalah datang bertimpa-timpa.
+ + +
Parents yang ada anak perempuan perlu jaga anak perempuan betul-betul. Anak perempuan perlu rapat dengan ibu-bapa dan kawan-kawan perempuan yang baik. Bukannya rapat dengan lelaki.
Anak perempuan boleh rapat dengan lelaki apabila dia sudah bersedia untuk berkahwin nanti.
Apabila parents jaga anak perempuan betul-betul, lelaki pun tak berani nak buat jahat. Sebab apa? Sebab lelaki pun tahu remaja perempuan itu being protected oleh ibu-bapanya.
Selalunya, lelaki jahat melakukan perkara jahat kepada anak perempuan yang terbiar.
Di kalangan ahli keluarga pula, anak perempuan mempunyai ayah, abang, adik lelaki, datuk atau pakcik yang jahat apabila keluarga itu adalah keluarga yang bermasalah. |