CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 17-6-2011 09:33 PM | Show all posts
Faris kelam kabut menjawab panggilan dari telefon Dol yang berbunyi. Panggilan dari lelaki tadi.


“Hello! Kau tipu aku!” jerit Faris tidak tertahan lagi. Lelaki dihujung talian ketawa megah.


“Kalau kau sayangkan nyawa perempuan ni. Dengar baik2 arahan aku..”lelaki itu bersuara tegas. Faris gelisah, mengesat peluh yang berjurai didahinya. Matanya liar memandang Dol dan Abu yang memandangnya curiga.


“ Jalan Sentul 23/ 4, Sentul….ada satu tapak kawasan perumahan yang terbengkalai. Kita jumpa di situ pukul 6 petang ni…Kalau kau lambat sesaat, perempuan ni aku bunuh,” tegas lelaki itu bersuara. Faris terkedu.


“Hey! Hey! Kau mahukan nyawa aku kan? Kenapa mesti babitkan perempuan tu!!!” talian terus ditutup selepas itu. Faris terpana merenung telefon yang telah diputuskan taliannya.


“Heyyy!!! Shittt!!!” Faris menjerit kuat kea rah telefon itu. Dia menyeka rambutnya yang berserabut didahinya. Buntu. HIlang akal.


“Macammana ni bos? Ecah macammana?” Abu tergesa2 menyoal. Wajahnya berkerut seribu. Gelisah dan berdebar, menantikan berita dari Aishah. Faris menghela nafas berat.


“Kita kena selamatkan Ecah macammana sekali pun….” Dol pula mencelah. Abu mengangguk.


Pantas, nombor telefon Tengku Kamil didail oleh Faris sekali lagi. Dia perlukan pertolongan lelaki itu sekarang meskipun kepercayaannya terhadap Tengku Kamil tidaklah mencecah 30% pun. Tetapi, di dalam keadaan terdesak seperti itu, lelaki itu harus dihubungi.


Abu, Dol dan Mail pula masih merenung tindak tanduk Faris dengan seribu persoalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 09:34 PM | Show all posts
Seakan terasa ada gunung yang menghempap bahunya, Faris tersadai lemah di kerusi van. Van mereka masih bergerak menuju ke Sentul mengikut arahan lelaki tadi. Seluruh isi van itu sunyi sepi, kecuali mulut Abu dan Dol yang sibuk meneliti jalan.


Faris merenung awan yang mulai mendung. Awan kelabu mula berarak memenuhi langit yang sejak tadi putih. Terasa seluruh semangatnya hilang bila Aishah hilang dari sisinya. Mail di sebelahnya gagal menggantikan kekosongan yang terasa di hatinya.


Mengapa dia melepaskan Aishah pergi? Mengapa dia tidak pergi saja bersama Aishah tadi? Mengapa? JIka dia bersama Aishah tadi, tentu hal ini takkan berlaku. Rasa bersalahnya membukit sebaik terpandangkan wajah Abu.


Sejahat2 dan sebodoh Abu pun, selama dia hidup ini, dia tidak pernah gagal melindungi Aishah. Dan aku, yang baru menjadi kawan kepada Aishah, kini telah membuktikan bahawa aku ni langsung tak berguna! I’m good for nothing Faris! Good for nothing!


Faris memeluk erat lututnya. Dia membenamkan mukanya ke lutut. Terasa ada air panas yang mula membanjiri matanya. Aishah….maafkan aku….aku bodoh…aku bodoh….Sesalnya menggunung dirasakan oleh Faris.


Seakan melihat Faris teresak, Mail memegang bahu Faris. Namun, Faris diam tidak memberikan sebarang reaksi. Mail yang terpinga2, mengusap2 lembut bahu Faris.


“Aku bunuh orang tu!!” tiba2 tangan Mail ditepis kasar oleh Faris yang tiba2 bangun. Mail, Abu dan Dol terperanjat besar. Masing2 terdiam, memandang sesama sendiri. Masing2 terpinga2 bercampur gelisah. Resah dengan apa yang bakal terjadi nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:35 PM | Show all posts
Faris sudah melaraskan pistol lalu disembunyikan ke dalam saku  belakang seluarnya. Abu, Dol dan Mail yang secara tidak rasmi menjadi ahli kumpulan itu mengekori langkah Faris yang bergerak laju menyusur bangunan tinggal itu. Kawasan perumahan terbengkalai itu dipenuhi dengan semak samun yang meninggi.


Jangankan ular boleh bertelur di sini, harimau pun boleh bersarang dengan aman. Jauh dari kawasan orang ramai. Hari yang mendung, menambahkan kesuraman suasana langit, sekaligus membiaskan cahaya kelam ke seluruh alam.


Remang jingga yang samar2 berselindung dibalik awan mendung, hanya menunggu masa untuk terbenam ke ufuk barat. Faris melangkah pantas. Mereka mencari2 kelibat orang2 lelaki tadi. 4 buah kereta sudah tersadai di hadapan kawasan itu sebaik van mereka tiba tadi.


Faris tidak peduli apa yang akan terjadi nanti. Yang dia tahu, Aishah, Abu dan Dol harus pulang dengan selamat nanti. Dia sudah berpesan kepada Abu dan Dol, jika apa2 saja yang berlaku nanti, mereka mesti menyelamatkan Aishah dahulu dan pergi dari situ seberapa segera. Itu arahannya.


Siapa lelaki ini…? Apa motifnya mahukan aku? Kalau mahukan harta, mengapa tidak jadikan aku tebusan? Kalau mahukan nyawa aku, mengapa tidak tembak saja aku dari jarak jauh semasa di dalam van? Mereka punya peluang untuk berbuat begitu sebelum ini! Mengapa perlu diseret Aishah ke dalam masalah ini?


Langkah Faris mati serta merta sebaik terpandangkan kelibat 4 orang lelaki yang sedang memegang Aishah. Terjegil mata Faris memandang Aishah saat itu. Mulutnya diikat kain, tangannya disilangkan ke belakang dan diikat. Namun, dia masih dipegang erat oleh 2 lelaki. Lebih menyakitkan hati, kedua2 lelaki itu mengacukan pistol ke kepala Aishah.


Faris dan Aishah saling berpandangan. Masing2 bungkam. Kelu lidah Faris melihat keadaan Aishah sedemikian.


Beberapa derap langkah kedengaran. 5 orang lelaki lagi termasuk lelaki berbaju merah bata mendekati Aishah yang terikat. Lelaki berbaju merah bata yang mengetuai kumpulan itu tersenyum kearah Faris, kemudian menelek jam tangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:37 PM | Show all posts
“Tepat pada masanya….” katanya lalu mundar mandir di hadapan Aishah. Faris menahan getar didada. Tangannya dikepalkan, menahan geram.


“Sayang jugak kau kat perempuan ni…”sambungnya lagi sambil tersenyum2. Faris dan Aishah saling berpandangan. Faris kemudian tunduk.


“Aku dah datang. Lepaskan perempuan tu…” arah Faris tegas. Lelaki itu berpaling memandang Faris, kemudian tersenyum sinis.


“Not so fast Tengku Faris….” lelaki itu mundar mandir lagi. Dia kemudian memandang Mail tajam.


“Kau memang hebat Tengku Faris. Orang suruhan aku, sekarang semuanya sudah jadi orang suruhan kau. Kau memang hebat kerana mampu menawan hati semua orang disekeliling kau. Kau ada kelebihan untuk mempengaruhi orang disekeliling kau. Kau sedar tak Tengku Faris?” lelaki itu terus berkata2 sambil merenung Faris.


“Aku tak faham apa kau merepek ni..” bentak Faris. Lelaki itu tersenyum sinis.


“Aku pun tak tahu, apa sebabnya orang mudah suka pada kau….padahal sikap kau jelek. Mungkin sebab kau kacak? “ lelaki itu memandang Faris. Kemudian memandang pula kea rah Aishah.


“Atau sebab kau banyak harta? Banyak duit? Boleh beli semua orang…” sambung lelaki itu lagi. Faris menarik nafas gelisah.


“Apa motif kau sebenarnya? Siapa kau? Kenapa kau mahukan aku?” soal Faris. Lelaki itu tersenyum sinis lagi. Dia menggeleng2kan kepalanya. Pistolnya diangkat lalu diacu kepada Faris. Abu, Dol dan Mail terkesima. Menggigil mereka sebaik terpandangkan pistol sebesar itu.


Faris meneguk air liur pekatnya. Lelaki itu dipandang lagi.


“Please…..kau dah janji dengan aku kau nak lepaskan perempuan ni….so, please…aku rayu pada kau…” Faris cuba menenangkan dirinya yang kian gementar. Lelaki itu tersenyum mengejek.


“Janji? Bila aku berjanji dengan kau?” ketawa kecil lelaki itu. Barangkali lucu dengan kebodohan Faris.


Sepantas kilat Faris mengeluarkan pistol yang sudah terselit di kocek seluar belakangnya dan terus mengacu kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu terkesima sebaik melihat pistol diacu kepadanya. Pantas, 2 lelaki yang mengacu pistol kepada Aishah memegang Aishah lebih erat.


Faris dan lelaki itu kini saling bertentangan mata. Tangan masing2 mengacukan pistol kearah lawan masing2. Faris mengerling ke arah Aishah yang turut diacu pistol ke arahnya. Nafasnya turun naik memandang Faris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:39 PM | Show all posts
“Jangan jadi bodoh! Kalau kau tembak aku, 4 orang lagi akan tembak kau…dan perempuan ni sekali akan tertembak…” ugut lelaki itu.


“Aku tak takut mati! Lepaskan perempuan tu dulu. Baru aku jatuhkan pistol ni….” ugut Faris kembali. Lelaki itu terdiam. Faris menarik picu pistolnya.


“Lepaskan aku kata….kalau tidak aku tembak kepala kau…” ugut Faris lagi. Lelaki itu terdiam memandang Faris. Matanya tak lepas2 memandang pistol di tangan Faris yang terarah ke kepalanya. Lelaki itu berundur setapak demi setapak menghampiri Aishah.


Tubuh Aishah tiba2 ditarik oleh lelaki itu lalu diletakkan dihadapannya sebagai perisai. Faris dan Aishah sama2 tergamam.


“Ecah…Ecah….Tolong bos…” Abu sudah merintih tidak keruan di belakang Faris. Lelaki berbaju merah bata itu tersenyum2 memandang Faris. Sebelah tangannya mengacukan pistol ke dahi Aishah, manakala sebelah tangannya lagi menjerut leher Aishah dengan lengannya.


“Hahahah…tembaklah! Tembaklah! Kau ingat kau pandai sangat! Tembak aku kata! Biar perempuan yang kau sayang sangat ni, mati!” lelaki itu ketawa berdekah2 melihat Faris yang terkedu.


Aishah meronta2 di dalam pelukan lelaki itu. Lemas lehernya dijerut sedemikian. Faris dipandangnya penuh harap. Faris menarik nafas resah. Geram. Gementar. Sejuta perasaan takut dan gelisah bercampur baur. Faris menarik nafas dalam2. Kali ini dia nekad.


“Aku kata lepaskan….” Faris melangkah setapak demi setapak menghampiri lelaki itu. 4 orang suruhan lelaki itu mula menghampiri Faris. Aishah menggeleng2, tanda memohon Faris agar tidak menghampiri mereka. Namun, Faris terus melangkah.


Di matanya kini, dia tidak nampak kewujudan orang lain. Dia hanya nampak Aishah yang sedang lemas dijerut sebegitu. Pada matanya, Aishah yang tercungap2 dijerut sedemikian harus segera dilepaskan dan lelaki yang sedang menjerut leher Aishah perlu segera dihapuskan!


Faris mengangkat tangannya tinggi2. Pistol kali ini benar2 diacu ke arah lelaki itu. Aishah pula menggeleng2 ke arahnya. Suasana menjadi sunyi sepi. Tiada sebarang bunyi pada pendengaran dan penglihatan Faris. 4 orang suruhan lelaki itu sudah mara ke arahnya dan dia lihat Abu , Dol dan Mail turut menerpa kea rah mereka. Satu pergelutan pasti akan terjadi.


Panngggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!! Satu das tembakan dilepaskan, memecahkan hening senja itu. Faris tersentak. Ada rasa ngilu dirasakannya. Aishah dihadapannya yang meronta2 mula kabur dari penglihatannya perlahan2.


Tubuhnya terasa berpusing. Lemah longlai. Faris terasa hilang imbangan. Jiwanya terasa lemah. Aish….


Allahu Akbar Allaaahu Akbar….
Allahu Akbar   Allaaahu Akbar…
Asyhaduan Laa Ilaaha Illa Allah…
Asyhaduan Na Muhammadar Rasuulullah….
Hayya ‘Ala Solahhh..
Hayya ‘ Alal Falah….
Allahu Akbar Allaahu Akbar..
Laa Ilaaha Illa Allah…

Dari jauh, sayup2 azan Maghrib jelas kedengaran di telinga Faris. Pandangannya kelam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:44 PM | Show all posts
Sambung fizz part suspen ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 11:41 PM | Show all posts
suspen sungguh ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 09:52 AM | Show all posts
adeiiiii suspen suspen nyeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2011 11:21 AM | Show all posts
FARIS ke yg kena tembak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 03:43 PM | Show all posts
faris kne tembak kew???
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 12:28 PM | Show all posts
suspen !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 12:56 PM | Show all posts
ecahhhhhh..wut happen...
faris yg kena tembak atau pon faris tertembak ecah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 03:22 PM | Show all posts
suspen pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 04:37 PM | Show all posts
neks..suspen tol
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 11:22 PM | Show all posts
suspennya....sape yang kene tembak ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:29 AM | Show all posts
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:15 AM | Show all posts
teka teki
siapa yg kena............
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:21 PM | Show all posts
saspennnn

sambung cepat Fizz
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:28 PM | Show all posts
fizz.... sambung cepat.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 06:44 PM | Show all posts
mai kita tgk sapa yg kena.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053967 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list