CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
Post time 10-6-2011 11:44 AM | Show all posts
As salam Bling... selamat kembali... menanti n3 mu dgn penuh kesabaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 12:20 PM | Show all posts
ye..ye..ye.. kak bling dah msk keja....
topup byk2 tau....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:57 PM | Show all posts
blinggg... hang dah balik.... windu bangat nih.... bila nak sambung... atau hang masih fenin2 lalat ala2 jetlag giteww...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 04:01 PM | Show all posts
yeahhh bling ade crite baru... best..best..
nak sambungan bling...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 09:41 AM | Show all posts
x sangka bling ada cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 10:35 AM | Show all posts
BLING BILA NAK ADA N3........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2011 10:38 AM | Show all posts
jenguk2 sini.....
duk tunggu buah  tangan kaka bling dr sabah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:58 AM | Show all posts
Masih lum ada n3?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 12:52 PM | Show all posts
salam bling selamat kembali, p bercuti cerok mana sampai letrik pun kena catu lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 03:52 PM | Show all posts
ingatkan dah ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 09:11 PM | Show all posts
hi..kak Bling....mcm mn cuti? best?...ada pg hike mount kinabalu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 12:45 PM | Show all posts
Salam dan selamat bersiaran kembali ..cuti sekolah dah habis
--------------------------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 12:48 PM | Show all posts
sambungan.......tapi mungkin tercedok yg part lama juga...

-------------------------------------------------------------------------Memang seronok bila dapat membuat aktiviti luar bilik darjah seperti hari itu. Ada saja permainan yang kami aturkan. Pertandingan membuat istana pasir, pertandingan mencari siput dan treasure hunt. Letih tapi berbaloi. Di dalam bas keesokannya  aku terlena sepanjang jalan. Penat!

Seminggu berlalu, Kilah masih kuat merajuk. Telefon tangannya tak pernah diangkat-angkat. Aku jadi hairan sekali. Nak singgahpun kebelakangan ini banyak pula acara di sebelah malam. Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan tiga dan lima, bertali arus. Jadualku cukup padat. Tak sabar nak mengetahui keputusan SPM yang akan diumumkan tak lama lagi. Di situlah terletaknya prestasiku. Samada aku berjaya melakukan sesuatu perubahan atau tidak. Kalau tidak memuaskan post mortem perlu dilakukan. Perlu dibuat rujukan dengan sekolah-sekolah lain yang lebih terkenal di bandar.

Suatu petang, hampir waktu magrib aku mendapat panggilan telefon dari Abang Halim. Memang sesuatu yang tidak aku duga. Katanya ada hal mustahak yang ingin dibualkan dengan aku di kedainya. Itulah kali pertama Abang Halim menghubungiku melalui telefon bimbitnya. Pastinya hal penting.

Aku sampai agak lewat, selepas kelas tambahan. Warung itu masih berpelanggan. Motor Kilah tak ada, dia tak kerja agaknya, mungkin juga sudah pulang.

“Assalamualaikum abang” sapaku.

“Zali, masuk-masuk” panggilnya.
Kami duduk di meja biasa tempat kami bergebang. Serius wajah Abang Halim.

“Ada apa abang, macam penting aja”

“Hmm, pasal adik hanglah, Kilah”

“Apa kena dengan dia?”

“Dia nak lari pi KL”

“Hah? Kenapa pula?”

“Baru-baru ni ada kes sikit”

“Kes?”

“Hmm, adalah polis-polis yang selalu singgah tu. Berkenan agaknya kat dia, tapi dia tak layan. Rupanya selama ni depa dok intip dia balik malam-malam” mataku terjojol keluar. Apa pula yang mereka lakukan pada Kilah?

“Apa yang jadi?”

“Dia dah mengadu kat abang banyak kali, takut nak balik malam-malam, jadi abang hantarlah, ikut dia dengan motor abang dari belakang sampai dia sampai rumah. Kena gaya malam tu abang sibuk, kedai ramai sangat customer. Dengan abang sekali terleleh, letih sungguh. Tak larat nak hantar. Esoknya abang cuma dengar yang polis tu kena pukul dengan orang kampung. Jadi hal besarlah juga”

“Polis tu buat apa-apa ke kat dia ke?”

“Tak tahulah tapi dia dah tak datang kedai dah semenjak malam tu. Mak Su kata dia dah bagi surat berhenti kat kilang, dia nak pi K.L”

“Siapa nak jaga Pak Su?”

“Mak Su ada. Abang ni bukanlah apa tapi dia tu bukan ada sapa-sapa kat K.Lumpur tu, tak kenal sesiapapun”

“Dia pernah belajar di sana, saya rasa tak ada masalah cuma saya musykilkan hal dengan polis tu dah jadi macam mana? Ada sangkut dengan diakah?”

“Kalau hang rajin, ada masa sikit singgah sat tanya, hang rapat dengan dia. Manalah tahu kalau dia marah kat abang sebab gaji abang bayar sikit ka atau ada hal lain yang kita tak tahu menahu”

“Boleh, esok Jumaat, pagi-pagi esok saya pergi” hatiku tak sedap tiba-tiba. Kalau aku ada sama tentu dia akan selalu dilindungi. Aku juga ada tanggungjawab sendiri yang perlu didahulukan selain dirinya. Janganlah terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Syimah akan menyalahkan aku sepenuhnya. Abang ipar yang tak boleh diharap, walaupun bakal. Tempoh percubaan itu gagal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 12:53 PM | Show all posts
Malam itu aku terfikir-fikir, berjalan mundar mandir di dalam rumah seorang diri. Sudah berpuluh kali aku cuba menghubungi Kilah tapi dia telefonnya mati. Tak sabar nak menunggu esok siang. Tapi di waktu yang sama aku semakin gusar memikirkan tentang apa yang telah berlaku kepadanya. Aku renung skrin komputer di depanku. Ada e-mail yang dihantarkan untukku.

“Salam Zali, exam dah habis, tunggu aku, tak sabar nak balik. Kalau ada nampak adik aku? Telefonnya tutup memanjang, beritahu dia tak lama lagi aku dah berangkat balik. Sekarang ni aku masih sibuk dengan persiapan Exam. Kau jangan pengsan tengok aku okay! Aku dah ala-ala mat saleh dah ni, rambut karat, merah ala-ala……bla bla bla…..aku tak minat lagi nak membacanya. Entah kenapa.

Keesokan paginya aku sudah memandu laju ke Kampung Lobak. Lorong sempit ke rumah Kilah sudah diperluaskan. Siapa pula yang buat? Aku pandu terus ke lorong itu, jalannya berbonggol-bonggol.

“Cikgu!” aku berpaling, seorang penoreh yang berbasikal menegurku.

“Ya, ya” entahkan bapa anak muridku yang mana satu, bukan aku kenal sangat.

“Cikgu nak pi mana?”

“Rumah Pak Su Nan”

“Dia tak ada, dia dah pi K.Lumpur semalam”

“K. Lumpur?” dada jadi berdebar. Tak ada angin tak ada ribut nak ke K.Lumpur?

“Hmm, anak dia balik dari Amerika, Norhasyimah. Nak sambut kot”

“Oh, patutlah” mengapa perkara ini terjadi serentak? Pelik sungguh. Aku tak tahu apa-apapun.

“Kilah?”

“Kilah yang bawa, sewa teksi petang semalam ke Kulim, ambil bas ekpress dari sana agaknya”

“Hmm, tak apalah pakcik, terima kasih ya” aku berpusing-pusing di jalan yang sempit itu untuk kembali ke jalan besar. Aku terus balik ke rumah. Mengapa Kilah buat semua ini? Di mana nak dibawa ibu bapanya? Pak Su Nan bukannya sihat sangat, berjalan pakai tongkat selangkah demi selangkah. Dalam simpati masih terasa ada yang tak kena dengan mereka semua. Sebaik saja aku melangkah keluar dari kereta, Cikgu Kesuma mendapatkan aku.

“Awalnya cikgu keluar, pergi mana? Nampak kelam kabut saja”

“Rumah saudara saya”

“Bakal isteri?” aku malas nak bercakap banyak. Kepalaku tengah bengang.

“Ni lah cikgu, saya lupa, dua hari lepas masa cikgu keluar adik ipar tu datang, dia tinggalkan pesan, katanya nak ke KL” aku rasa nak tumbuk sahaja muka Cikgu Kesuma yang bercermin tebal itu. Dah terlambat.

“Hmm, saya dah tahu”

“Tadi cikgu pergi hantar ke?” aku angguk, menipu sunat, kalau tidak lagi panjang berela dia berceloteh.

Masuk saja ke dalam rumah aku jadi seperti cacing yang kepanasan. Semuanya serba tak kena. Di mana aku nak mencari mereka? Itu yang menjadi persoalannya. Berapa lama mereka di K.L? Sehari dua sahajakah atau selamanya?

Aku renung email yang dihantar oleh Syimah, yang terakhir kalinya. Sudah seminggu semuanya berlalu. Terasa sunyi hidupku di daerah itu.

“Surat untuk cikgu” pembantu am sekolah menyerahkan sekeping sampul surat. Setemnya tempatan, chopnya Mahang. Tulisan tangan lagi. Aku koyakkan dengan berhati-hati.

Kehadapan Cikgu yang dikasihi,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana membantu saya dan kawan-kawan selama ini. Dengan initiatif dan dorongan cikgu kami sudah boleh melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mary sudah melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Badlishah, sekolah kebanggan cikgu dulu. Saya sendiri dah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam di peringkat Matrikulasi di USM. Saya tak sempat nak berjumpa cikgu waktu ke sekolah, lagipun cikgu tentu sibuk dengan pelajar-pelajar baru.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Assalamualaikum
Yang ikhlas
Ramlah  

“Tersenyum-senyum cikgu? Siapa yang hantar? Secret admirer?” Cikgu Habib yang kebetulan lalu menegur. Aku jadi panik, maklumlah guru besar.

“Tak adalah cikgu, anak murid kita ucapkan terima kasih”

“Ia? Boleh saya baca?” dengan senang hati aku berikan kepada Cikgu Habib yang menolak cermin matanya ke atas kepala.

Sambil kusyuk membaca ada senyuman puas terukir. Aku turut berbangga sebagai salah seorang guru di sekolah itu. Sumbanganku tak seberapa berbanding mereka yang lebih senior.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:59 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiiiii...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 02:09 PM | Show all posts
Kalau cuti sekolah orang pulang ke kampung aku pula melawan arus menuju selatan. Aku tak tahu apa jenis cerita yang akan aku persembahkan untuk emak dan abah kali ini.
Pertanyaan tentang Pak Su, Mak Su, Syimah dan Kilah pastinya bertali-arus. Nak kata kami putus, kami belum lagi bercinta bagai nak rak umpama Romeo & Juliet. Nak kata tak bercinta, pelik pula. Aku ni syok sendirikah?

“Adoi anak teruna mak ni, masam mencuka. Baru gaduh dengan Cikgu Kesuma Dewikah?” emak mengejek, nak juga kaitkan aku dengan jiran sebelah itu. Pantang aku buka cerita pasal perempuan ada saja modal nak kenakan aku.

“Mak sihat?”

“Sihat, kerja macam mana?”

“Ok, seronoklah, tapi satu ajalah masalahnya”

“Sunyi?”

“Tak larat layan surat-surat cinta yang datang dari anak-anak murid” mak gelak besar.

“Wah! Layan ajalah, untung-untung dapat bini umur tujuh belas, sweet seventeen”

“Malaslah nak bercinta-bercinta ni” keluhku sambil membawa beg masuk ke dalam.

“Kenapa? Frust menonggeng ke?”

“Entahlah mak”

“Kau dengan Syimah?”

“Dia dah balik” mata mak terbuka luas.

“Habis tu?”

“Mana nak cari dia?”

“Dia tak cakap dia ada di mana? Tak tanya mak bapa dia?”

“Semua dah datang KL, tak tahu pulak di mana mereka tinggal”

“Telefonlah”

“Kilah dah tukar nombor agaknya”

“Kenapa pulak?”

“Ada masalah sikit masa di kampung”

“Masalah apa?”

“Tak adalah, masalah budak-budak” Malas nak membuka cerita yang aku sendiri tak pasti.

“Kau cuti berapa hari?”

“Dua minggu”

“Emm, payah-payah sangat cari ajalah perempuan lain, ramai anak dara lawa-lawa yang masih belum kahwin, kerjaya bagus, perangai elok. Buat apa nak sesak-sesakkan kepala memikirkan orang yang tak sudi”

“Mana mak tahu dia tak sudi?”

“Kalau orang yang berkehendak tentu lain caranya, contohnya si Elly”

“Elly tu lainlah, belajar sini, hari-hari boleh jumpa Man”

“Tak ada bezanya, hendak seribu daya” kalau pasal bersyarah mak memang pakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2011 02:14 PM | Show all posts
Nama sahaja bercuti tapi aku masih juga membawa balik beban kerja yang masih belum habis. Kertas-kertas jawapan pelajar untuk peperiksaan penggal ke dua masih bersusun.
Ada mood laju saja kerjaku berjalan, kalau tak ada mood nak pegangpun malas. Mata asyik nak merenung skrin komputer riba itu, kalau-kalau ada e-mail yang masuk. Telefon tanganku juga sentiasa berada di sebelah, manalah tahu kalau-kalau ada yang menghubungi.

Dua hari sebelum pulang ke tempat kerja kakakku telefon. Dia ada urusan pekerjaan di luar daerah, suami pula sibuk jadinya nak tumpangkan anak-anaknya bersama pembantu rumah ke rumah kami.

“Betul ke Syimah dah balik?” aku angkat bahu.

“Kau ni kenapa?” hanya keluhan yg terhambur.

“Dia belum hubungi, tak tahulah di mana nak cari orang yang masih hidup, kalau mati tu lainlah, ada juga kubur”

“Zali!” mak menegur mulut baculku.

“Engineer kan dia?”

“Agaknya, perisian komputer”

“Perisian? Software? Hardware?”

“Manalah aku tahu, tak ada pulak dia cerita secara terperinci hal-hal yang berkenaan dengan kursus dia, tak ada banyak kesempatan”

“Bila dia balik?”

“Entah”

“Entah-entah dia cari kau di kampung” aku garu daguku yang mulai sengal.

“Dia boleh minta nombor handphone dari Kilah, dia boleh email” rengusku, hati bertambah tak tenteram.

“Sabarlah, jangan pening-pening, small matter aja. Benda ni boleh settle punye. Err Zali, esok malam abang Long balik, kalau tak ada orang di rumah kami dia selalunya balik rumah mak dia. Rasanya dia cuti sehari dua, nanti dia ambillah Alla dan Aiya. Sementara tu kau tolong tengok-tengokkan budak dua beradik ni ya, Ning tu biasalah”

“Ok, no problem” kakakku sudah menuju ke keretanya. Suami isteri kerja besar-besar beginilah jadinya, seorang balik seorang pergi.

Ketika kami leka melayan anak-anak saudara yang datang ke rumah, telefon rumah berbunyi. Mak segera menjawab. Tak lamapun perbualannya.

“Abang Long, esok baru sampai flight delay” emak memberitahu.

Nampaknya memang bukan rezekiku untuk berjumpa kakak dan abang iparku, pagi itu aku sudah terpaksa berangkat, pulang dua hari sebelum sekolah dibuka. Perasaan dan fikiran berkecamuk, rasa bosan semakin membelenggu. Perjalanan dari K.Lumpur ke Prai hingga memasuki lebuhraya Kulim Butterworth tenang sahaja. Tiada masalah kalau pulang sedikit awal dari biasa.

Aku gagahi juga untuk memberhentikan kereta di depan kedai makan Abang Halim bila ternampakkan keretanya. Pelanggan agak kurang di waktu-waktu itu. Abang Halim yang baru keluar dari dapur segera mendapatkan aku.

“Baru sampai balik Zali?” aku angguk dan duduk terhenyak, penatnya. Lenguh terasa belakangku.

“Kilah dah balik” beritahunya selamba, aku renung dalam-dalam ke wajahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 02:18 PM | Show all posts
“Dia tak call hangkah?” aku geleng, hanya itu yang mampu aku lakukan. Bingung sesaat dua. Abang Halim duduk sedikit dekat denganku. Seakan mahu berbisik.

“Katanya Syimah balik tapi tak tahu apa jadi, depa tak cakap apapun”

“Dia ada di mana?” baru suaraku keluar.

“Syimah?” dia bertanya sambil menggelengkan kepalanya.

“Bukan, Kilah” aku perlahankan suara. Dia senyum, senget sedikit bibirnya.

“Tadi dia dah mai, nanti malam dia mai lagi. Dia dah boleh kerja full time, tak susahlah abang nak ke mana-mana”

“Kerja kilang?”

“Dia berhenti, nanti hang tanyalah apa yang jadi sebenarnya”

“Serius ke?”

“Hmm, biasalah anak-anak dara zaman sekarang, merajuk kot” aku tersengih.

Walaupun malam itu aku terlalu ingin nak ke gerai itu lagi namun kelopak mataku sudah liat. Dari aku langgar pokok-pokok getah di tepi jalan lebih baiklah aku rehat dulu malam itu. Rupanya jiranku cikgu Kesuma juga baru sampai dari kampungnya. Tak sempat nak menegurnya malam itu. Esok masih ada.

Pagi-pagi esoknya baru aku berkemas beg pakaian yang aku bawa pulang. Banyak makanan kering yang emak bekalkan. Tergelak aku melihat gula kopi dan biskut-biskut kering serta mee segera. Mak, mak, masih tak berubah. Masih melihat aku sebagai anak remajanya yang masih bersekolah sedangkan aku kini tenaga pengajar yang sudah dewasa.

Telefon Abang Halim berbunyi. Aku renung skrin telefon tanganku. Awalnya!

“Assalamualaikum” sapaku.

“Waalaikum salam, abang?” aku terduduk di katilku.

“Kau dah kenapa? Kak mana?” terus saja aku bersoal.

“Nanti Kilah ceritalah”

“Macam-macam hal, orang lawak sikit dah merajuk?”

“Eh! Bukanlah, nantilah Kilah cerita, abang nak mai kedai ke hari ni?”

“Nak ke jumpa abang lagi?” dia diam.

“Kilah nak jumpa abang ke?” aku tekan lagi.

“Nak” jawabnya perlahan.

“Mak ayah mana?”

“Di rumah”

“Hari tu pergi KL kenapa tak cakap?”

“Pi sekejap aja, ada hal sikit”

“Awak tu dahlah tak ada sesiapa, lain kali nak ke mana-mana beritahulah”

“Kilah ada hal”

“Kakak dah balik?” dia diam.

“Boleh tunggu ke abang sampai tengahari ni?” aku tersenyum sendiri.

“Tak boleh” jawabnya. Jaluran senyumku melebar.

“Abang belum sarapanlah”

“Kilah buat nasi lemak pagi-pagi, abang mailah”

“Buat untuk jual?”

“Hmm, ni kira income Kilah, abang Halim bagi Kilah meniaga sendiri. Tengahari dengan malam nanti baru kira gaji” hatiku cukup terusik dengan kegigihan anak gadis kecil molek itu. Di manalah tenaga yang diperolehinya.

“Ok. Nanti abang datang” aku tutupkan telefon itu. Aku perhatikan kepada skrin komputerku. Ada beberapa e-mail untukku. Syimah? Cepat-cepat aku buka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 02:33 PM | Show all posts
hi..kak Bling....mcm mn cuti? best?...ada pg hike mount kinabalu?
calla Post at 13-6-2011 21:11


Tak naik pun, kakak bling gi Tawau, Samporna dan Mabul, seminggu gak lah..golap I ni sekarang, hangit kulit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 02:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_blingblings at 14-6-2011 14:39

“Salam Zali,
Sorry, lama tak contact kau. Aku sibuk dengan exam, baru-baru ni aku dapat offer untuk kerja di IBM. Kalau dapat bestlah, tak payah susah payah aku nak heret resume pergi interview. Kau ok? Harap kau masih ingat pada aku.
Salam
Syim


Aku renung skrin itu. nak balas atau tidak? Perasaan berbelah bagi. Aku balas juga, pendek kali ini. Hanya sebaris ayat.

“Aku rindu sangat kat kau”
Sayang dari aku yang jauh, Zali.


Terasa ada sebak di dalam dada. Hati meronta nak bertanya lagi tapi entah mengapa tak terluah di skrin itu. Sesungguhnya aku masih mengharapkan dia kembali. Aku tutup komputer itu dan mencapai kunci kereta.

Laju keretaku meredah jalan yang amat sunyi pagi itu. Perut terasa semakin lapar bila kereta yang aku pandu makin menghampiri kedai Abang Halim. Boleh tahan rupanya pelanggan walaupun di pagi-pagi begitu sampai ada yang terpaksa beratur. Nampak laju tangan Kilah membungkus makanan yang dipesan pelanggan.
Aku tak beratur sama tapi berdiri di sebelahnya.

“Nak minta tolong buat apa ni?” tanyaku.

“Bagi abang ni lima ringgit lima kupang” dia memberitahu kepada lelaki di depannya. Tukang kutip duit. Kerja yang aku suka.

Rupanya laris sungguh budak kecil ini berniaga. Nampak kerak sahaja yang tinggal untuk aku pagi itu. Lauk semuanya habis melainkan telur rebus, perutku sudah berkeroncong.

“Habis dah abang” Kilah memusing-musingkan jarinya kepada seorang lelaki yang baru masuk.

“La, sikitpun tak ada?” tanya lelaki itu.

“Pukul dua belas nanti baru ada”

“Bungkus kopi panas dua bungkus” lelaki itu nampak hampa. Aku juga.

“Kak Yam kopi panas bungkus dua” jerit Kilah kebelakang. Tangannya kalut mengemaskan apa yang ada di atas meja termasuk bekas plastik berisi duitnya, bersusun RM yang dikumpulnya hari itu.

“Apa abang nak makan apa ni?” aku bertanya.

“Ada, Kilah dah simpan” suaranya sedikit perlahan. Lega. Sebaik sahaja lelaki itu berlalu
Kilah bawakan aku dua pinggan nasi lemak yang sudah siap dipanaskan. Bau daun pandan menaikkan aroma nasi itu.

“Betul ke Kilah yang masak?” aku bertanya selepas menelan beberapa suap.

“Ha lah, Kilah masak sendiri, pagi-pagi bangun pukul empat”

“Hah? Tidur pukul berapa?” dia tak menjawab.

“Sedap ke abang?”

“Hmm, sedap!” dia sendiri juga menyuapkan nasi ke mulutnya, sama naik dengan aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058773 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list