CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cinta_ungu

♥~ Kuiz Mentafsir Lirik Lagu [Page 14] ~♥

[Copy link]
Post time 8-8-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply 300# zadzamusa

heheheh..same2
sempat lg tu buat banner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply 301# dealova_fan

untuk pemberi tachang apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:28 AM | Show all posts
takder mud nak tafsir lagu........
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:41 PM | Show all posts
di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

........rangkap yang ni menceritakan tentang seorang insan, tak kira lelaki atau pompuan yang dulunya ada bf/gf tapi dah putus atau pun dah tiada di alam nan fana ini...so skarang beliau single. tp hidupnya masih dibelenggu masa2 silam smasa masih bersama dgn ex nya dulu sbb kini beliau sdh sendiri....keseorangan.... kesunyian...... dan kesepian.......

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

..........tapi beliau cuba untuk berfikiran positif untuk menerima hakikat dan menjadi lebih kuat pada masa depan..beliau cuba untuk kembali normal spt sedia kala walaupun beliau tahu ex-nya sdh tiada lagii...........

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

................sbb beliau merasakan walaupun scara zahirnya beliau berseorangan, tp sebenarnya masih ada yang bersama dgn beliau. masih ada yang sudi menangis dan ketawa bersama-sama beliau yang sdg kesedihan dan kesunyian. org2 ini lah yang dapat memberikan semangat kepada beliau untuk terus bertahan dan meneruskan liku-liku kehidupan.............

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

..........rangkap ni plak ceritanya, walaupun dah bpisah tapi beliau tetap masih mengambil berat dan sentiasa memerhatikan tentang keadaan ex-nya dari kejauhan...di dalam hati beliau itu tetap masih mengharapkan secebis kasih sayang / cinta daripada ex-nya....

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

..................sepanjang pemerhatian itu, beliau sentiasa berfikir sama ada ex-nya betul2 sudah melupakan beliau. banyak persoalan dalam hatinya. benarkah tiada lagi sayang/cinta yang ada dalam hati ex-nya sbb kenyataannya beliau sentiasa menantikan/ menunggu kepulangan ex-nya ke pangkuan beliau... beliau sangat2 berharap.........

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

...............akhirnya,, beliau ala2 bsumpah gitu yang beliau akan sentiasa menunggu kepulangan ex-nya.... yang perlu beliau lakukan adalah teruskan bersabar untuk menghadapi dugaan2 yang mendatang.... dan walau apa pun halangan beliau perlu sentiasa tabah untuk mengharunginya.... dan sebagai balasan kesabaran itu, beliau mengharapkan ex-nya menyintai beliau semula.....

sekian.... (direct sgt)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:15 PM | Show all posts
Reply 304# KauFikir?

Thanks momod
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:40 AM | Show all posts
LAGU SETERUSNYA :



Ungu: Andai Ku Tahu Lyrics

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aaa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2011 11:55 AM | Show all posts
nak try la...

lirik lagu nie semua mengisahkan tntg sseorg yang  tidak tahu bila tarikh dan masa kematiannya
dia memohon kepada tuhan supaya jgn ambil nyawanya dan panjgkan umurnya kerana bnyak dosa yang dia lakukan dan sering membelengu diri dia,,
dia mengharapkan sebelum dia mati, dia mendapat keampunan dari tuhan dan bertaubat atas segala dosa-dosanya,,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:56 PM | Show all posts
Lagu ini berkonsepkan ketuhanan. Seorang hamba yang takut akan kematian kerana dibimbangi imannya masih belum sempurna. Terasa terlalu cepat masa berlalu dan hamba ini berharap agar dia mengetahui bila ajalkan menjelma supaya dia dapat memohon untuk memanjangkan lagi usianya itu.

Sekiranya dia mengetahui bilakah saat kematiannya, hamba ini memohon agar jangan nyawanya diambil lagi.Dia akan mempergunakan waktu dengan sewajarnya.

Sedarnya hamba ini membuatkan dirinya takut pada dosa-dosa yang telah dilakukan. Takut sekiranya dosa-dosa nan lalu tidak terampun.

Sekali lagi Hamba ini ingin mengetahui bila kematiannya agar dia lebih bersedia dan dapat memperbaikki amalannya.

Hamba ini meluahkan sekali lagi keinsafan dia pada dosa-dosa yang telah dia lakukan.

Keinsafan yang terbit dari dirinya mendorong dia untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Keinsafan yang terbit dari hati nuraninya menyebabkan Hamba tadi takut dengan pembalasan di neraka. Namun dia juga tak begitu yakin dengan amalannya selama ini mampu membawanya ke syurga.

Andai ajalnya tiba Hamba ini berharap agar dia sempat memohon keampunan dariNya.

Mengulangi lagi sekali akan penyesalannya dan sesungguhnya dia ingin bertaubat dari perbuatannya yang lalu.
Hamba ini benar-benar menyesali perbuatannya yang lalu. Dan dia dengan setulus hatinya ingin bertaubat dan menyerah diri padaNYa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 10:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciksurie at 12-8-2011 22:45

Ungu: Andai Ku Tahu Lyrics

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aaa...



♥♥ Tafsiran lagu ini  ♥♥


Lagu nie mengisahkan tentang sesorang yang takut pembalasan tuhan dan seksaan api neraka

Dia mengenakan nasibnya....menyatakan tentang ketidakpastiannya tentang detik2 kematiannya.

Sekiranya dia mengetahui bilakah saat kematiannya...dia memohon agar dapat dianjakkan untuknya bagi

menebus setiap kesalahan....bertaubat untuk setiap dosa dan melakukan sebanyak mungkin kebaikan diatas muka bumi ini.


Dia juga sesungguhnya tidak puas lagi hidup didunia ini, memohon pada tuhan agar dipanjangkan lagi usianya...namum.. ajal itu hak Allah SWT.....kita sebagai umatnya harus redha kerana kematian itu pasti...bekalkanlah hidup ini dengan  

sebanyak-banyak amalan dan curilah setiap masa kita untuk berbuat kebaikan...


Dia seorang manusia biasa.....mmg takutkan seksaan api neraka...

sebagai insan kamil yang lemah....mmg dia tidak sempurna

dalam segala-galanya...baik dari segi amalan atau perbuatan

dia sedar yang dia takutkan pembalasan akhirat....sangat-sangat mengharapkan syurga

namun dia tahu tentang ketidaksempurnaannya

tahu tentang kedaifan dan kekhilafannya tentang agama

jugak tentang kemanusiaan...


Persoalannya yang ditimbulkan olehnya adalah...sekiranya masih ada waktunya

untuk taubatnya ...dan...untuk dia menyesali setiap perbuatan dosanya.s...

seharusnya tidak begini...hendaklah sama-sama kita bersedia...

kerna kematian itu pasti....anggaplah mungkin esok ianya bertamu


Keinsafan  dan taubat itu harus ikhlas....

bukan hanya untuk kaburi mata orang lain

kerana....DIa lebih mengetahui

Moga diterima setiap taubatnya......amin






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 01:03 PM | Show all posts
LAGU SETERUSNYA :



Di Badai Asmara - Iklim

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 07:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply 311# zadzamusa

hik hik hik...same2
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 11:09 AM | Show all posts
Lirik lagu ini mengisahkan tntg seorg lelaki yg jatuh cnta pada seorg wanita yang telah lama dikenalinya..dia memikirkan cara untuk mengurat wanita tersebut samada untuk merayu, menabur janji ataupun tggu dan lihat sahaja..
tp wanita tersebut meragui keikhlasan lelaki itu menyebabkan lelaki tersebut merasa menderita dengan rindu yang perlu ditanggungnya,
dia rasa dia telah tersalah anggap  tentang hubungan dia dgn wanita tersebut,,dan
berasa kecewa,,
dia mersakn wanita tersebut terlalu misteri dan xtau samada wanita tersebut mencintainya ataupun hanya sebagai sahabt,,
dia mengharapkan dapat hidup bahagia dengan wanita tersebut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 12:53 PM | Show all posts
thanks momod...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:43 PM | Show all posts


Di Badai Asmara - Iklim

Lagu ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang tidak pasti dengan perasaan kekasih hatinya walaupun segalanya telah dilakukan oleh lelaki tersebut di dalam membuktikan betapa teguhnya cintanya kepada kekasihnya itu.


Rangkap Pertama

Ketidakpastian seorang lelaki mengenai perasaan kekasihnya semakin membuatkan dia hilang punca...adakah segala usahanya selama ini hanyalah sia-sia ataupun harapannya masih bersisa...Pelbagai usaha telah dilakukan dalam menawan hati kekasihnya. Ternyata amat sukar sekali lelaki ini bagi mendapatkan kepercayaan kekasihnya. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah jangan berhenti dari terus berharap dan berusaha.


Rangkap Kedua.

Hidup lelaki ini menjadi tidak menentu. Lelaki ini merasa sedih kerana kekasihnya itu meragui akan kasih sayang dan kesetiaannya selama ini. Dia kini terperangkap di dalam dunia khayalannya yang makin lama semakinmenghimpit hidupnya itu.


Rangkap ketiga

Pelbagai persoalan timbul di dalam diri lelaki ini. Adakah dia sebenarnya yang salah menduga segala tindakan dan tingkah laku kekasihnya itu. Keadaan ini semakin menyeksakan lelaki ini kerana merasakan dia tidak berjaya dan hidupnya merana.


Rangkap keempat

Lelaki ini merasakan wanita pujaan hatinya penuh dengan misteri dan rahsia. Sehinggakan dia tidak mampu menafsir disebalik perbuatan dan kata-kata wanita itu. Keadaan ini menyukarkan lelaki ini. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Merasakan dirinya rimas dan lemas dalam cuba untuk memahami perhubungan mereka pada ketika ini. Apa yang diharapkan agar wanita itu memberikan padanya kepastian dan arah tuju perhubungnan mereka ini.


Rangkap kelima

Lelaki ini masih mengarapkan sinar di dalam perhubungan ini. Harapannya agar dia dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesilapanya yang dahulu, supaya menjadi panduan hidup pada masa yang akan datang. Lelaki ini meluahkan agar dirinya dan wanita itu dapat bersama-sama menjalani kehidupan bersama. Sama ada pahit ataupun manis bagi menuju ke arah kebahagiaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 12:08 AM | Show all posts
Di Badai Asmara - Iklim

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti



Dalam rangkap nie,persona menyatakan persoalan yang terbuku di dalam kalbunya sama ada perlukah dia terus merayu kasih daripada gadis itu yang dia cintai..Atau perlukah dia menaburkan janji-janji yang mungkin dapat memberikan kepercayaan dan membuka mata dan minda gadis itu untuk menerima persona dalam hidup gadis tue..


Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu


Di sini,persoana melontarkan persoalan mengapakah si gadis itu masih belum dapat menerimanya sedangkan dia sudah puas melakukan pelbagai cubaan untuk menarik rasa kasih gadis itu pada persona..Nampakna,kasih yang selama ini ditunggu persona hanyalah membebankan perasaannya..Bak hempedu yang sangat pahit rasanya..Ah,terlukanya hati persona itu kerana menanti cinta yang tak kunjung datang..

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia


Kegagalan gadis itu untuk menerima hakikat cinta persona membuatkan persona merasakan adakah itu salah dia dalam membuat kesimpulan hasl perkenalan dia dan gadis itu?Mengapakah gadis itu terlalu misteri langkahnya..Dan , adakah gadis itu mencintainya seperti mana dia mencintai gadis itu setulus hati sehingga dia sanggup menanggung segala manis dan pahitnya sebuah penantian..

Akhirnya,persona berharap agar gadis itu akan dapat bersamanya dalam melayari kehidupan kerana gadis itulah cinta buat persona..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:51 AM | Show all posts
utk lagu seterusnya..kejap ye..
take a break dulu..tarik nafas...buat senaman jari-jemari dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:26 PM | Show all posts
utk lagu seterusnya..kejap ye..
take a break dulu..tarik nafas...buat senaman jari-jemari dulu ye : ...
dealova_fan Post at 17-8-2011 09:51


Mod..tak sabar rasanya nak mentafsir lagu seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 06:28 AM | Show all posts
Reply 318# 7teen

alamak..sorry..sorry..
semalam sibuk gile..heehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 06:30 AM | Show all posts
LAGU SETERUSNYA :



Tajuk/Lirik Lagu: Pahit Akan Manis Akhirnya
Penyanyi: U’kays

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya

(Korus)
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.362662 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list