|
Isnin September 26, 2011
Norman Hakim Janji Tidak Abai Memey
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ & ZAZALI MUSA
Memey dan Norman bergambar dengan dua anak Norman. - Foto RAHMAN EMBONG
PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim yang menangis sebak selepas diijabkabulkan dengan pelakon Memey Suhaiza, Sabtu di Kota Tinggi, Johor, berjanji tidak akan mengabaikan isterinya itu.
Dia tidak dapat menahan sebak setelah memikirkan kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama dengan pelakon Abby Abadi.
“Saya rasa sebak selepas akad nikah kerana rasa kesal dengan kegagalan perkahwinan saya sebelum ini.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi dan berharap kehidupan yang terbaik pada masa akan datang,” ujarnya kepada pemberita.
Sementara itu, Memey berkata dia akan meneruskan karier seninya setelah mendapat kebenaran daripada suaminya itu.
“Setelah berbincang dengan suami, saya masih akan berlakon dan melakukan aktiviti seni.
“Saya akan cuba membahagikan masa antara keluarga dan karier selepas ini. Diharap semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.
Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Sebelum ini, Memey dan Norman pernah menimbulkan kontroversi dengan isu ditangkap khalwat. Bagaimanapun kes tersebut telah selesai dan pasangan ini dibebaskan dari tuduhan itu.
-mstar-
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bahagia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2011/09/26
Norman sebak, Memey bersyukur
BAGAI pesta malam minggu begitulah meriahnya majlis pernikahan pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey di kampung halaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor apabila masyarakat kampung dan penduduk sekitar berpusu-pusu menuju ke rumah keluarganya.
Anak muda kampung berduyun-duyun menunggang motosikal, manakala ibu bapa mengendong anak kecil mereka semata-mata mahu menyertai acara joget lambak dan karaoke yang diadakan pada sebelah malam selepas majlis berinai dan potong kek.
Malah pasangan bahagia itu cukup sporting apabila mendendangkan lagu Jangan Pisahkan khusus buat tetamu, malah turut meluangkan masa bergambar dengan peminat.
Pasangan merpati dua sejoli ini dirai cukup meriah keluarga Memey yang bertungkus lumus membuat perancangan sejak berbulan-bulan lalu bagi memastikan majlis pernikahan mereka menjadi yang terhebat di Felda itu. Status sebagai selebriti juga menyebabkan majlis ini diadakan penuh meriah.
Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mula dapat dirasakan menerusi deretan 'banner' yang tertera gambar pasangan sejoli ini tergantung di sepanjang panjang jalan sejauh 20 kilometer dari rumah Memey.
Sebaik tiba di pekarangan rumah Memey pula, 14 buah khemah sudah menanti menyambut kehadiran tetamu.
Majlis yang mengundang hampir 4,000 tetamu. Bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 49, berkata mereka cuma mahu berkongsi kegembiraan menyambut menantu dengan penduduk kampung.
"Tujuan kami tidak lebih untuk meraikan keluarga saja. Saya sudah lali dengan kisah yang berlaku kepada anak saya, apapun saya tahu anak saya tidak bersalah. Saya percayakan Memey, malah saya yakin dia tidak melakukan semua itu. Sebagai bapa, saya gembira dan terharu apabila anak perempuannya sudah berkahwin. Sebelum ini dia berada dalam jagaan saya, sekarang dia menjadi milik Norman.
Kini Norman menerima amanah untuk menggalas tanggungjawab saya pula. Saya doakan semoga mereka bahagia ke akhir hayat," kata Suhaimi yang mengakui kelam kabut menguruskan majlis perkahwinan anak ketiganya itu.
Sementara itu, hanya dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.10 petang, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohd Norhakim Zaidon, 35, dan Suhaiza Suhaimi, 23, sah bergelar pasangan suami isteri.
Air mata tidak dapat Norman bendung sebaik selamat dinikahkan Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik perkataan sah dilafazkan saksi, hujan yang sebelum ini renyai-renyai, tidak semena-mena menjadi lebat seakan-akan merestui perhubungan suci itu.
Memey yang duduk di pelamin indah ditemani dua anak tirinya Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut tidak dapat menahan rasa sebak saat lelaki dicintai membaca lafaz taklik.
Norman menyerahkan mas kahwin RM 22.50, wang hantaran RM24,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pengantin perempuan.
"Harapan saya tentulah mahu ikatan ini berkekalan, saya juga berharap dapat membina masjid yang terindah untuk kehidupan akan datang. Saya sebenarnya bimbang untuk menjadi nakhoda semula. Setiap manusia tidak sempurna, apabila saya kaji dan kenang semula ketidaksempurnaan saya, perkara itu membuatkan hati saya jadi sebak.
"Perasaan saya begitu tenang, aman dan damai ketika hendak bernikah. Pernikahan adalah satu ibadah, oleh itu saya akan tunaikan ibadah ini dengan sebaiknya," kata Norman yang merancang ingin menunaikan umrah dan juga ke Paris sebagai destinasi bulan madu mereka.
Bagaimanapun katanya, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan bila akan berbulan madu memandangkan masing-masing masih lagi terikat dengan jadual kerja.
Mengimbau pula detik perkenalan mereka, Memey mengakui terpesona dengan sikap penyayang, tanggungjawab serta kelembutan bapa kepada tiga cahaya mata itu melayan karenah manjanya.
"Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya mengaku seorang yang manja tetapi suami tahu bagaimana untuk melayan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.
"Semakin mengenali suami, saya rasakan diri semakin bertuah. Saya berharap ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Memey yang merancang mengadakan majlis pernikahan di kampung kerana mahu disaksikan anggota keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran.
Katanya, dia sering berada di Kuala Lumpur, justeru dia jarang dapat bersama keluarga di kampung. Biarpun ibunya mengatakan majlis di Kuala Lumpur sudah memadai, Memey tetap ingin hari bersejarahnya diraikan di kampung halamannya sendiri.
"Sejak menjadi pelakon, saya jarang pulang ke kampung menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ini hari bahagia saya, saya mahu keluarga, saudara-mara, sahabat- handai dan penduduk kampung meraikannya bersama-sama saya," katanya.
Terharu, terima kasih kepada Abby
BIARPUN Abby Abadi tidak hadir pada majlis bersejarah itu, namun Norman tetap terharu dengan bekas isterinya, Abby Abadi malah berterima kasih kerana mengizinkan dua anak mereka menyaksikan hari sejarahnya.
"Saya ingin berterima kasih kepada bekas isteri kerana mengizinkan anak mengikut saya. Sebenarnya saya sendiri tidak bercadang membawa mereka kerana saya bimbang tidak mampu melayan mereka kerana kesibukan.
Bagaimanapun, sebelum saya bertolak ke sini, dia menghubungi saya meminta ambil anak kerana sudah menyiapkan pakaian mereka.
"Pada Selasa lalu saya ke rumah bekas isteri untuk makan malam bersama anak.
Saya ada beritahu mereka yang saya akan berkahwin, tapi tak sangka bekas isteri begitu baik hati memberikan keizinan pada anak untuk ikut saya.
"Saya dengan Abby memanglah sudah berpisah, tetapi kami tidak terpisah sebagai ibu dan bapa kepada anak kami," kata Norman.
Bekas isteri doakan kebahagiaan
"Alhamdulillah mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Saya mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat," kata Abby ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tidak berasa apa-apa melihat bekas suaminya akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya. Lagipun, dia sudah lama melupakan episod hitam yang melanda rumah tangga mereka tiga tahun lalu.
"Saya lepaskan anak mengikut papa mereka kerana memikirkan masa depan mereka. Saya mahu bekas suami sama-sama jaga anak kami. Saya bimbang putus rezeki untuk anak. Jadi saya mahu bekas suami sama-sama menjaga anak.
"Manalah tahu satu hari nanti saya tidak ada duit, bekas suami bolehlah sama-sama membantu menanggung anak," katanya.
Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.
"Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum.
-bharian- |
|
|
|
|
|
|
|
"Wa'ahak... anak saya umur 10 tahun pun komplen pasal hantaran tu... soalan cepumas anak saya " hodohnya- napa pemalas sgt? "... 'napa bagi rantai ja... takde duit beli cincin ke ibu..?"... "hodohnya, ada bunga dirambut..." Bukan saya tanya ah...
Tergelak lak.. budak 10 tahun pun tahu benda cantik ke dak..."
Sebab mak dia takde kerja lain melainkan baca gosip and mengomen benda yang remeh. Kesian anak ko bakal jadi macam ko jugak - duduk depan pc and rasa hidup ko lagi bagus dari org yang ko sebenarnya tak kenal pun....
Dulu CT kahwin pun org kutuk berkoyan2 - aku rasa ada org yg kahwin time CT kahwin yang dah bercerai dah pun......tapi CT nampak okey je lagi...
dasar org takde kerja lain - berforum sudah menjadi 'sesi mengumpat tepi pagar rumah siap pakai kain batik' versi zaman moden.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tangkap basah pun sebak gak sebab dah KANTOI hahaha,,, bila lepas dari tuduhan berkhalwat sebak gakk alasanya hadiah perkahwinan.. dan nikah pun sebak gak hadooo motifffff sebak2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
tgk artikel atas ni abby duk citer pasal duit lg..gamaknya liat sgt kot si NH ni menghulor..tu yg sesak si abby ni..so dia bg anak2 so that si NH ingt yg dia masih ada anak lg 3 org nak kena jaga..kang dpt anak baru jgn buat2 lupa anak lama..
patutnya bini si ac dr dulu bg anak kat ac biar si kilat tu jaga |
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa je la kapel nie..........dah kawin dah duduk dendiam....... |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan....wartawan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.
"Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum.
Puas aku cr statement anak dia yg kata gembira ayah dia kawin wanita BAIK.over betul reporter..
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
mintak dijauhkan la dapat suami cam nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 308# FlowerGirl
setiap gambar budak ni, takdenya nampak muka gembira. masam jerk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mane baju vera wang?
Ke blm pakai lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
/^ Post Last Edit by .*? at .*?
/smasih baru,berjanjila semuanya. . Kang dah lama2,x ingat dah apa yg dijanjikan. .
Anyway,aku nk tau la ,btl ke statement danish tu? Mcm ada perasa tambahan je. .hehe
"gembira bapaknya kawen dgn wanita baik". .
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah dah kawin... apa2 pun haku tetap x suke 2 2 nihhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
bughok benor lipstik merah nyala cam tuh...memey senyum smpi nmpk gigi...hazabbb aku nengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak disatukan? curlasst ko mariaa!!! Telo pon ikut sebak ... menangis ... gitewww!!! |
|
|
|
|
|
|
|
erm, memek cantek walau uols kutuk die mcm mana teruk pon.. tp tuh la.. walau they olss kawen pon org still akan ingat sejarah hitam... so 2 norman n memek bersiap sedia lah... aiolss xsuka they olss tp nk mendoakan they olss bercerai berai tidak sekali.. sbb kata2 kita doa, ai xmo the same thing happen 2 me.. hope they olss bahagia.. abby pon da xkesah kan even di hati die siapa yang tahu... tp let bygone be bygone..
neway, memek nmpk santik dlm sesetengah baju tp still xberseri... o ai yang xnmpk sbb rse jelak tgk die.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la... semoga aman damai... |
|
|
|
|
|
|
|
ohbulan siap buat vc time nikah tuh
best la pulak lagu kat vc tu
sapa singer nye ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|