|
teringat stetmen akak rita,..
"kaki pompuan, kaki botol.. tak layak jadi suami saye..."
(ala2 gitu laa katekatennye....) |
|
|
|
|
|
|
|
zuquan punya kan noks... tp rodoh kan nak jadik ibu mithali harus la tolong jagakan dgn penuh ka ...
luvly_snow8608 Post at 12-10-2011 08:20
tu la... rasanya zaquan punya... tapi ada yang cakap ayu... tu yang aku terkompius seketika... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la... rasanya zaquan punya... tapi ada yang cakap ayu... tu yang aku terkompius seketika.. ...
eyansss Post at 12-10-2011 10:40
sbb aku yang jaga kot noks sbb tuh org ingat ayu punya padahal ayu babystter nye sajok |
|
|
|
|
|
|
|
setau haku ada baca kt paper ayu rodoh tinggal kt N9 sb zakuan beli rumah kt sana...
Ayu Raudhah mahu anak kembar
Posted on the July 15th, 2011 under Artis by admin
Lama tidak mendengar cerita tentang Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha selepas mereka berkahwin awal tahun lalu.
Senyap daripada sebarang berita, menurut Ayu dia tidak berniat untuk menyisihkan dirinya daripada perkembangan dunia seni ini, tetapi kata Ayu diamnya kini diam berisi, kerana dia sibuk dengan penggambaran drama yang tidak putus-putus.
Sebenarnya saya hanya sempat cuti kahwin selama dua minggu saja, selepas itu tawaran kerja dan drama datang tidak putus-putus.
Walaupun pada masa itu suami cuti, tapi dia tetap kena pergi latihan, jadi memandangkan dia sibuk dipadang, saya pun ambik tawaran lakonan pada ketika itu, tetapi semakin lama semakin ramai yang tawarkan saya drama dan jadual saya sentiasa penuh dengan penggambaran.
Suami tidak melarang, malahan dia faham tugas saya. Kalau dia cuti, dia akan temankan saya di lokasi, dan begitu juga sebaliknya.
Selepas berkahwin, memang banyak perubahan, lebih-lebih lagi sekarang. Walaupun sibuk, saya perlu menyiapkan urusan rumah tangga dengan baik, berbanding sewaktu bujang dulu, tidak berapa ambil kisah tentang rumah pun tak apa.
Kami juga sekarang menetap dirumah sendiri di Seremban, jadi banyak habiskan masa berulang alik dari sana ke Kuala Lumpur. Nasib baik, saya ada pembantu yang boleh bawa kereta, jadi saya tidak penat memandu.
Tentang anak pula, setakat ini masih belum ada rezeki untuk mendapatkannya. Kalau boleh memang nak secepat mungkin, tapi masih belum ada rezeki. Teringin juga nak anak kembar, saya mahu anak lelaki, suami pula teringin nak anak perempuan, kalau ada rezeki dapat dua-dua serentak memang saya bersyukur sangat-sangat,攋elas Ayu Raudhah.
~metro~ |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..ni berita bulan july...huhuh...skang dah oct...harap2nya masih lagi berbahagia... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb aku yang jaga kot noks sbb tuh org ingat ayu punya padahal ayu babystter nye sajok
luvly_snow8608 Post at 12-10-2011 10:57
tu la... aku pun rasa menda yang sama... |
|
|
|
|
|
|
|
macam iols...nasib baiK MIL jauh u...jd balik tu time raya or cuti sek2....,x kosa aku nk balik slalu..,tp they ouls rajin gak turun sini...... |
|
|
|
|
|
|
|
news terbaru.. cilok dari fesbuk media hiburan..
Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Rudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;
“Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar. Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.
Ayu Raudah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu.
(mahap iols xreti nak print screen bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Ayu Raudah Nafi Rumah Tangga Berantakan
Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Rudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;
“Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar. Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.
Ayu Raudah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|