As-Salam,
Salam kenal buat semua otai2 penghuni forum nih, Firstlly, saya nak mintak maaf bebanyak sebab ni 1st time berforum. Salah silap harap difahami ya, saya budak baru belajar. Trip saya bulan 2 yg lepas. Nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih yang sangat2 pada forumer kat sini yg share banyak informasi. Memang sangat2 banyak membantu. Kat sini saya nak share sikit2 la pengalaman 4 hari saya dengan family. Semoga bermanafaat. 1st day Pengalaman di imegresin padang sangat la memerlukan kesabaran tahap mahadewa. Ada 2 kaunter utk foreigner & 1 kaunter for local, tapi local ppl mmg tak gheti bahasa agaknya, pakai taram je mana nak beratur, kebanyakan tourist dok tercengang2 tgk local yg dok berebut2 beratur. org yg jaga kat situ pun wat derk je.. pendekkan citer, tong kosong & keluarganya adalah yg ter last sekali dpt keluar dari tempat tu.. kiki Sebab flight saya petang, tak sempat nak ke mana2 pun. Singgah ke restoran lamun ombak je utk makan. kami sangat enjoy pemandangan sepanjang jalan ke bukittingi yg hijau & nyaman. Yg paling menarik perhatian saya ialah train track yg dibina dizaman belanda lagi.. my driver cakap yg pemerentah sedang dalam proses baiksemula train track tu.. wow!! Can’t wait to see it happen.. saya adalah pecinta train.. hihi.. Di bukittingi kami menginap di ambun suri.. pergh! Mmg strategic betul hotel ni.. boleh jalan lenggang kangkong je g pasar atas. Saya book bilik aircond & saya dapat bilik kat ground floor. Bilik luas, bersih & bagusnya derang siap sediakan Al-quran. Tapiiiiii… seperti standard bajet hotel, ada sikit masalah bau kepam. Tapi tak lah sampai mengganggu keselesaan. Yg kuBilik air pulak tersangatlah tricky (bilik mak pun sama, bilik non aircond pun sama kah? minta comment bagi sesiapa yg dah dok sini). Susah nak dapat temperature yg ideal.. either it’s too cold macam ais or too hot. tangan saya hampir melecur dibuatnya. Kalau nak tinggal di sini kena mintak tingkat satu kot, sbb bilik yg saya dok tu bising betoi. Sebelah dapo agaknya, pukul 3 pagi dah dengan derang dok borak2. Org naik turun tangga pun buleh dengo.. huhuuu… bayangkanlah bilik saya tu half simen & half papan.. patutlah dengar segala biji butir org dok borak. Day 2 Full day exploring: 1.
Rumah gadang,- masih dalam proses baikpulih. Interesting place, tapi mesti akan lebih gah after siap nanti. Dari situ kami ke batu batikam. 2.
Batu batikam – ada batu besar yg ada lubang di tengahnya. Katanyanya untuk menyelesaikan satu perbalahan, istead of bertikam sesama sendiri, ketua derang tikam batu. Kekeke… nak kena sedia batu siap2 kat rumah la cengini.. marah je tikam batu.. hihiii… 3.
Rumah adat kampai nan panjang (dusun tuo) –umah ni berusia +-350 tahun. Saya sangat teruja di sini. Rumah ni biasa2 saja, tidak segah rumah gadang. Tak ada ukiran apa pun.. tapi sangat unik. Yg peliknya bilik rumah ni bentuk oval & kecik je.. sayangnya rumah ni macam terbiar & agak terpinggir dari pihak yg bertanggungjawab. 4.
Danau Singkrak – naik boat keliling tasik. 5.
After lunch, driver bawak singgah kedai, kami tak beli apa pun, tak interested sangat nak shopping. 6.
Pasar atas untuk beli sedikit ole2 untuk diri sendiri & kawan2 Day 3 1.
Lembah harau, tempat ni agak jauh dari Bandar bukittingi. Perjalanan yg menarik. Kawasan ni pun sejuk & nyaman. Ada air terjun yang tingginya entah berapa meter.. tinggiiiiii sangat. Kat bawah tu disediakan kolam (size kolam renang) utk mandi manda & ada jugak gerai2 jual makanan kat situ. Ada resort eco valley. Boleh je singgah & amik gambo sepuas hati.. :p 2.
Ngalau Indah, Payakumbuh – ada gua yg ada la bentu2 menyerupai loceng, gajah (x mcm gajah pun), org menangis.. konon2 this old lady sumpah kerajaannya sbb terlalu sedih anak dia mati.. saya rasa tempat ni biasa2 je. Port anak2 muda dok dating.. 3.
After lunch ke tasik meninjau. Tapi tak turun sampai bawah pun. Ada tak sesiapa yg explore sampai ke tasik menijau? Menarik tak tempatnya? Driver saya tu kata tak de apa2 yg menarik pun & mcm keberatan nak teruskan perjalanan sampai ke bawah. Malas pun nak insist. 4.
Lubang jepang – tak masuk explore pun lubang jepang tu sbb tgk org yg dok naik dari tempat tu kepenatan.. tak sanggup la wei.. penat daki tangga kat gua ngalau indah pun xilang lagi. Hihi tak jumpa plak org dok jual2 kat sini? Tang mana ek?? Pelik ar.. 5.
Malamnya kami dinner kat pizza hut. Tak sanggup lagi dah nak makan nasik padang.. Day 4 1.
Pusat dokumentasi & infomasi kebudayaan minangkabau.. interesting place to visit to understand more about budaya minangkabau. After that, driver bawak makan di tepi pantai di padang.. & after lunch rushing to the airport.
Urusan check in tak rumit sbb saya dh buat web check in awal2. Tapi saya ada sikit musykil la..
tatau samada saya sj yang terkena atau ramai lagi yg senasib dgn saya.masa tu saya memang siapkan 100 ribu rupiah untuk airport tax.
bagi forumer yg dh pernah ke sana, tau la kan kaunter tempat collect tax.
mengkalanya, kat ujong kaunter tu ada la pulak 1 lagi kaunter...
punya la cepat derang sambar dokumen kami (saya & family) dan terus bagi kami resit.. punya la terkujat!!
kena bayar apa pulak ni? ghupanya kena bayar donation.. donation hapa macam kena paksa?? sorang 5 riibu rupiah pulak! adoila.. terpaksa la korek2 balance duit rupiah..
baru kami nak terlepas dari kaunter tu, dipanggil pulak ke satu kaunter lagi.. masa ni darah dan nak mendidih rasanya.. kat situ kena bayar lagi sorang 10 ribu rupiah untuk insuran airport.
aidolaaaa.... banyak betoi kauter pungut cukai.. saya kata saya takmo bayar. tapi derang kata tu wajib.
Sabojelahhh…
waiting area plak xdak aircond.. biasalah kalu jalan belah sana, derang mmg kedekut sket nak pasang ekon..
apa pun, kami sekeluarga sangat enjoy trip ke bukittingi.. Maaf kalau saya menulis terlalu panjang.. gambo plak xde, sbb mmg banyak amik gambo, tapi semuaaaa ada gambo saya.. kang trauma plak siapa yg nengoknya.. sekian, terima kasih… |