Sudah dua hari aku menunggu panggilan dari Eddie. Dia berjanji mahu menghubungi aku namun hingga ke hari ini, aku masih menunggu. Bukan aku tak cuba menghubunginya, namun semua panggilan bahkan mesej pesanan ringkas yang aku hantar haram tak berbalas.
Kenapa Eddie? Hatiku berdetik.
“Jiha! Ada hadiah untuk Jiha.” Aku berpaling ke belakang apabila Kak Ruby memanggil. Di tangannya memegang sebuah kotak yang sederhana besar.
Malam-malam ada courier service ke? Aku kehairanan. “Siapa hantar kak?” soalku sebaik sahaja hadiah berpindah tangan.
“Bacalah pada kad tu.” Kak Ruby enggan menjawab sebaliknya dia suruh aku mencari jawapan sendiri pada kad yang terlekat atas kotak hadiah.
Aku buka kad pada kotak.
SELAMAT PENGANTIN BARU JIHA
Semuga berbahagia dan kekal sampai syurga
Walau pun hati pedih,saya tetap berterima kasih
atas segala masa yang telah awak luangkan buat saya
Nasihat dan bimbingan awak akan saya jadikan sumber kekuatan
Dirimu akan aku kenang selamanya... - Eddie.
Membundar biji mataku. “Kak, Eddie yang hantar sendiri?” Aku bertanyakan Kak Ruby. Kak Ruby memberi jawapan melalui anggukan kepala.
“Bila? Dah lama dah?” Aku menyoal lagi.
“Baru kejap tadi. Tapi Eddie tak bagi cakap, sebab tu akak...”
Tanpa menunggu ayat Kak Ruby habis, aku letak kotak hadiah atas meja dan terus berlari keluar. Aku mahu mendapatkan Eddie. Aku mahu menemuinya. Aku mahu memohon maaf kepadanya. Banyak lagi yang mahu aku katakan.
Aku tekan butang lif berkali-kali. Betapa hati aku tidak sabar menunggu kerana aku tak mahu kehilangan jejak Eddie. Lantas aku keluar menuruni tangga. Tanpa ada rasa penat, aku terus berlari menuruni setiap mata tangga cepat-cepat.
Tiba di ruang legar pejabat, liar bebola mataku mencari Eddie. Kosong. Di ketika ini, pukul 2 pagi... mana ada penghuni lagi kecuali pekerja di bahagian tele-kaunseling dan pekerja di bahagian keselamatan yang sentiasa memberikan perkhidmatan secara 24 jam. Last edited by ladyFinger12 on 4-6-2013 10:04 AM
UsuFie posted on 4-6-2013 10:28 AM
Alhamdulillah...suka dgr Lady dah selesai dgn YM....
lagi suka sb ada hapdet harini....
Macam mana bleh tersepit usu? Rindu kat mamat estet ke?
----
Aku menauk langkah keluar dari bangunan dengan harapan di situ aku ketemukan Eddie. Sekali lagi aku hampa.
“Eddie! Kenapa awak tak nak jumpa saya?” Namanya kulaung kuat-kuat beserta sebuah pertanyaan. Andai dia berada di situ atau bersembunyi di mana-mana tak jauh dari situ, pasti suaraku mampu mencecah ke gegendang telinganya.
“Eddie! Awak dengar tak? Saya nak jumpa awak!” Aku melaung lagi. Masih mengharapkan dia muncul dan menemui aku.
Puas mundar-mandir mencari-cari Eddie, aku melabuhkan duduk di atas tangga di kaki lima pejabat. Tempat di mana Rahul pernah menemani aku ketika aku sedang dilanda kesedihan. Dalam seminit dua, aku termenung. Aku hairan kenapa Eddie enggan bertemu dengan aku. Kecewa sangatkah hatinya kerana aku memilih Rahul, tidak dirinya?
Aku keluarkan telefon bimbit dari kocek baju. Kemudian aku titipkan sesuatu...
Eddie... Kalaulah diri saya ini boleh dibelah dua, pasti akan saya serahkan sebelah untuk awak dan yang sebelah lagi untuk Rahul. Tapi itu mustahil. Diri saya hanya boleh dimiliki oleh seorang sahaja. Dan saya mahu menjadi milik Rahul. Saya sayangkan awak Eddie tapi sayang saya terhadap awak tak lebih dari seorang sahabat. Saya tak mahu awak kembali ke lembah hitam, tapi saya tak dapat berada di sisi awak untuk pimpin awak agar tak tersalah arah, sebab saya memilih untuk berada di sisi Rahul. Saya harap awak faham.
Eddie... Jika awak menemui jalan buntu, mintalah pertolongan dari-Nya. Dia sentiasa ada jalan keluar buat awak. Saya akan sentiasa doakan awak kekal di bawah perlindungan dan rahmat-Nya. Saya juga akan anggap awak sebagai sahabat sampai bila-bila. Hubungi saya bila awak sudah bersedia. Saya sentiasa menunggu...
Panjang mesej yang aku taip. Ini bukan lagi mesej pesanan ringkas tapi sudah macam email. Aku terlalu risaukan Eddie. Apa yang ingin aku perkatakan kepadanya hanya mampu aku luahkan dalam bentuk tulisan. Mudah-mudahan Eddie membacanya.
Sementara itu, di sebalik tiang yang tidak jauh dari situ, berdiri Eddie memerhatikan Najiha dalam sebak yang tertahan. Sengaja dia tak mahu menemui Najiha kerana dia bimbang air matanya tumpah depan gadis itu.
Mesej yang baru diterima, dibacanya. Dadanya rasa ketat dalam sebak yang begitu mencengkam. Jiha... Awak terlalu istimewa. Saya akur dengan pilihan awak kerana diri saya tidak sempurna. Gadis istimewa macam awak selayaknya dianugerahkan dengan lelaki yang lebih hebat. Semuga awak berbahagia sentiasa di sampingnya. Hati kecilnya ikhlas mendoakan.
Sekali lagi bebola matanya diarah kepada Najiha yang masih termenung di atas tangga. Nafasnya dihela dalam-dalam. “Selamat tinggal Jiha. Mungkin suatu hari nanti kita akan kembali bertemu...”
Kemudian langkahnya diatur. Gadis bernama Najiha itu ditinggalkannya sendirian bermenung di atas tangga. Apakah ini tauk langkahnya yang terakhir di sini? Bangunan pejabat kaunseling itu semakin jauh dia tinggalkan. Dia tak akan menoleh ke belakang lagi kerana sisa kenangan yang ditinggalkan terlalu menyakitkan untuk dikutip. Biarlah masa merawat dan menyembuh luka di hati....
Eddie... Kalaulah diri saya ini boleh dibelah dua, pasti akan saya serahkan sebelah untuk awak dan yang sebelah lagi untuk Rahul. Tapi itu mustahil. Diri saya hanya boleh dimiliki oleh seorang sahaja. Dan saya mahu menjadi milik Rahul. Saya sayangkan awak Eddie tapi sayang saya terhadap awak tak lebih dari seorang sahabat.
Gadis bernama Najiha itu ditinggalkannya sendirian bermenung di atas tangga. Apakah ini tauk langkahnya yang terakhir di sini? Bangunan pejabat kaunseling itu semakin jauh dia tinggalkan. Dia tak akan menoleh ke belakang lagi kerana sisa kenangan yang ditinggalkan terlalu menyakitkan untuk dikutip. Biarlah masa merawat dan menyembuh luka di hati....
Nicki_Meow posted on 4-6-2013 12:14 PM
Takde tempat lagi jauh ke si Eddie tu boleh gi?
Takmohla berkopiah berjanggut bagai...not ag ...
alah.Lady dah beku idea la tu...tamatkan eddie disebalik tiang..
sebenarnya tak tau nape blh jadi hari tersepit jari...
time nak balik keja smlm..tutup pintu keta..skali..pap..! aduii...kena kat ujung jari manis..
dah sampai rumah..rushing nak bagi pasah & anak2nya makan, kejar maghrib..
kejar nak masak sb takmoh tertinggal mastercep ...
tutup tingkap dapur..pap!! skali lagi jari tengah pulak..
ladyFinger12 posted on 4-6-2013 12:34 PM
eh, bukan Jiha yg meratap lorr... Jiha bermenung saja. Yg sebak mencengkam dada tu Eddie...
“Eddie! Kenapa awak tak nak jumpa saya?” Namanya kulaung kuat-kuat beserta sebuah pertanyaan. Andai dia berada di situ atau bersembunyi di mana-mana tak jauh dari situ, pasti suaraku mampu mencecah ke gegendang telinganya.
“Eddie! Awak dengar tak? Saya nak jumpa awak!” Aku melaung lagi. Masih mengharapkan dia muncul dan menemui aku.
hihi mungkin saya baca part ni seperti jiha mengharap sgt bertemu eddie buat kali terakhir
eddie tu sah sah teramat sesak terpaksa melepaskan cinta hati yg tidak berbalas huhu