Kosmo ada laporkan hari ni tp aku tertarik dgn gambar yg kosmo buh dlm artikel tu. Apa kaitan seminar autism ngan kes adam & fiza ni pun aku x tau...kosmo o kosmo
NEGARA
Adam AF, Fiza bakal bercerai
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]
HUBUNGAN Fiza dan Adam difahamkan mulai dingin sebulan selepas pasangan itu diijab kabul pada September tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Mahligai yang dibina pasangan penyanyi program realiti popular, Adam dan isterinya yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza bakal berakhir selepas pasangan itu difahamkan akan bercerai. Menurut sumber Kosmo!, sebutan kes penceraian pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 April ini. "Kami difahamkan penceraian itu akan berlaku, kesnya akan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi di mahkamah itu pada tarikh tersebut," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam. Sebelum itu, Kosmo! difahamkan Fiza telah pun memfailkan perceraian ke atas suaminya pada 16 April lalu di mahkamah berkenaan atas sebab kurang persefahaman. Desas-desus mengenai perpisahan antara Adam atau nama sebenarnya Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dan Fiza, 33, bertiup kencang sejak kebelakangan ini selepas wanita itu kerap menyuarakan rintihan mengenai kegoyahan rumah tangga mereka di laman sosial. Bagaimanapun, mereka berdua menafikan hal itu sebaliknya memilih jalan selamat dengan memaklumkan mereka masih bahagia. Bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut, Adam ketika dihubungi tidak menafikan mengenai berita perceraian tersebut. Ujarnya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada Kosmo!: "Maaf saya tidak boleh komen. Insya-Allah, semua akan terjawab pada hari itu (tarikh kes difailkan di mahkamah Isnin depan)." Dalam pada itu, atau Fiza atau nama penuhnya Zaidatul Fiza Abdul Halim yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, gagal dihubungi. Memetik luahan perasaan dalam Instagramnya yang menggunakan nama pena puterimahsuri81 kelmarin, penyanyi itu tanpa berselindung menyatakan kesedihannya. Antara luahan yang dimuat naik: "Saya tahu dan pasti semua ini ketentuan daripada Allah. Siapa yang mahu untuk jadi begini. Kalau disoal pada sesiapa pun, tidak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. "Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya." Pasangan itu berkahwin 26 September 2013 di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas hanya dua bulan berkenalan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2zezart2V
Hakcipta terpelihara
|