|
KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7
[Copy link]
|
|
perrgghhhhhhh
memang misteri abihhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat belajor AI.. sempat belajor potosop jah..
pastu laptop tu K.O terus tadak potosop..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hang buat potokopi ajelah Conan....
|
|
|
|
|
|
|
|
#9
TIDAK sedar, waktu begitu cepat berlalu. (samalah dgn aku..nak cepatkan citer....). Danny sudah lupa kisah dulu. Namun dia tidak pernah lupa menziarahi kubur kawan-kawannya dan juga menjenguk Zamrul yang kini sudah tidak seperti dulu lagi. Wajah Zamrul sudah berubah dari wajah asal. Dari kacak, kini sudah berparut sana sini. Zamrul pula sentiasa berkurung dalam bilik. Orang tua Zamrul pun seperti tidak peduli sahaja.
Danny merenung daun pokok rhu yang bergerak seiring dengan angin bertiup. Suasana tenang di pantai itu cukup memberinya kedamaian. Bila sendirian begitu, barulah terasa betapa ruginya hidup selama ini yang penuh kemaksiatan dan lagi bertambah rugi bila tiada perasaan belas dalam hati bila mengingatkan Irene dulu. Termenung jauh Danny melihat ombak menghempas pantai.
Tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta. Selama ini, perempuan hanya untuk main-main, berseronok. Rina, gadis pertama yang bertakhta di hati kini sudahpun bergelar tunang. Apa yang paling tidak sangka, Rina juga mencintainya. Pada mulanya mama membantah kerana mama lebih suka pada Aisya. Setelah memujuk, barulah mama terima pilihannya sendiri. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Waktu begini, terkenang semula Irene yang begitu cintakan Razif dulu. Mungkin itulah yang dirasai oleh gadis itu. Perasaan yang menyelinap dalam hati tanpa diundang. Ia datang dengan sendiri. Ya, mungkin itulah juga yang Irene rasa terhadap Razif tetapi seperti biasa, Razif tetap dengan sikap kaki perempuannya. Benarlah, walau belajar tinggi sekalipun, walau memegang jawatan tinggi atau profesional sekalipun, walau memiliki wajah kacak bak putera raja persis cerita dongeng sekalipun, kalau sikap dan perangai bagai setan, hilang semua kebanggaan itu. Itulah yang mereka bangga-banggakan dulu.
"Irene...maafkan aku. Aku tak halang Razif dari rosakkan kau dulu..maafkan aku.." Danny meraup muka, lama.
Teringat bagaimana Razif mengambil kesempatan atas kenaifan Irene yang begitu setia mencintai. Harap-harap gambar tanpa seurat benang Irene sudah dihapuskan oleh Razif. Masih terngiang di telinga, ugutan Razif pada Irene tentang gambar itu jika Irene berdegil untuk mengganggu kehidupannya. Dan kerana sikap degil Irene jugalah, Razif membuat rancangan gila itu. Suntik Irene sehingga pengsan gadis itu dan dibuang di dalam hutan. Sungguh tidak berperikemanusiaan.
JOE hanya melihat Danny yang duduk di bawah pokok rhu, membuang pandang ke arah laut. Dia tahu Danny tentu sedang memikirkan kejadian dulu dan kini menghantuinya pula. Dia senyum sinis. Rancangan Irene semakin hampir menjadi kenyataan. Selama ini dia berharap gadis itu tidak terjebak dengan lelaki itu semua. Namun dia terpaksa akur dengan kehendak Irene. Bukan dia tidak menasihati gadis itu agar tidak terlibat dalam hal itu tetapi Irene ternyata hatinya penuh dengan kebencian walau dia tahu Danny tidak pernah menyentuhnya. Irene rosak di tangan Razif, Jeff dan Zamrul. Bukan Danny dan bukan juga Kyle. Keduanya, atas dasar kawan, mengikut rancangan Razif. Sedutan asap terakhir dilepaskan sebelum dibuang ke tanah dan ditenyeh dengan kasut.
Kaki diatur ke arah Danny yang masih termenung jauh di situ.
"Danny.."
Danny berpaling mencari pemilik suara yang memanggil namanya. Seorang lelaki tinggi lampai dan bermisai nipis diperhatikan sejenak. Dia tidak kenal lelaki itu. Pelik pula bila lelaki mengenalinya. "Ya?"
"Aku Joe. Boleh aku duduk?" Joe terus saja melabuhkan punggung tanpa sempat Danny bersuara. Sebatang rokok lagi dicapai dari kotak rokok dan dinyalakan lalu disedut asapnya sebelum dihembus. Hilang dibawa angin pantai.
Danny hanya memerhati tingkah lelaki bernama Joe itu. Mungkinkah itu Joe yang sama yang berkawan dengan Darwis? Begitu rakus lelaki itu menikmati asap rokok. Seolah ianya satu nikmat yang maha hebat.
"Kau..Joe kawan abang aku?" Tanya juga Danny bila lelaki itu masih menikmati nikotin halal itu. Selamba saja duduk di sebelahnya.
"Ya..aku Joe. Tahniah!" Jawab Joe bersahaja, rokok dihisap lagi, sudah separuh habis.
Danny berkerut kening. Tahniah?? "Err..maaf, tahniah untuk apa?"
Joe berpaling seketika. Rokok yang sudah hampir habis ditonyoh pula pada batang pokok rhu. Dia membuang pandang ke arah ombak yang galak menghempas gigi pantai. "Atas pertunangan kau dengan Rina."
Danny terkejut. "Wait...how did you.."
"Aku kenal Rina dan aku tahu kisah silamnya. Aku harap kau terima dia dengan hati terbuka dan ikhlas."
Danny menelan liur. Joe tahu kisah silam Rina?? Kisah silam apa?? Apa yang Joe cuba beritahu sebenarnya? "Kau..kau kenal Rina??"
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Ipo. Nanti nak install
|
|
|
|
|
|
|
|
AI ni kena beli lesen sekali.. bukan ada yg donlod free trial ke apa..
aku ada beli kat digital mall yg lanun punye.. ada 30days free trial..
pastu kene masuk registration number.. yg ni dorang tak bagi..
kena cari sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahhahahahaha i Supermod paling kedekut k... dari Mod sampai ke la ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo, I konfius skang ni... bukan ke mereka ada kes ngan budak pompuan kat kampong mana tah hari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ada sambungan...........nanti.............
|
|
|
|
|
|
|
|
Joe melepaskan pandang ke tengah laut. Angin bertiup mengerbangkan rambutnya yang terjuntai di dahi. Helaan nafas jelas kedengaran dilepaskan beberapa kali. Rina atau Irene adalah gadis yang sama yang pernah bertakhta di hatinya. Mengingati semula pertemuannya dengan gadis bernama Irene di kolej pertama dulu membuat hatinya bergetar dan berdebar. Ketika itu dia tidak pernah tahu yang gadis itu mempunyai masalah sehingga bersikap seperti orang gila. Ketika itu juga Darwis menemuramah Irene untuk dimasukkan dalam slot majalah UNIK di kampus dulu.
Hampir setahun Irene menghilang. Dalam diam gadis itu dicari dan saat dia bertemu dengan Irene, gadis itu terlentang mengerang kesakitan di sebuah rumah sewa dengan darah merecik sana-sini. Seluruh wajah gadis itu dipenuhi darah, perut pula luka teruk. Masih segar dalam ingatan, gadis itu memegang perutnya sendiri yang ditikam dengan gunting tajam. Tanpa berlengah, gadis itu didukung dan dihantar ke hospital. Ironinya, gadis itu dulu pernah belajar di UK dan dia dijumpai dengan pakaian koyak rabak di dalam hutan oleh Jazlan, abangnya yang ketika itu kebetulan lalu di situ. Lalu gadis itu diselamatkan dan dengan kehendak Irene sendiri, dia dihantar pulang ke Malaysia.
"Aku tanya, macam mana kau kenal Rina?" Ulang Danny, Joe dilihat termenung panjang.
Perlahan wajah dialih ke arah Danny. Joe memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Raut wajah Danny tidak menggambarkan yang dia sebenarnya terlibat sama dalam kejadian di dalam hutan itu dulu. Ada kejernihan di wajah Danny. Apakah lelaki itu sudah mula bertaubat?
"Dia pernah dianiaya dan dibuang bagai sampah. Abang aku kutip dan jaga dia. Aku kenal dia masa di UM.." Joe berkata dan sekali lagi dia membuang pandang ke tengah laut. "Abang kau..pernah temuramah dia untuk slot dalam majalah UNIK."
Danny semakin berkerut dahi. Majalah UNIK?? "Apa yang aku tahu..kisah gadis dalam slot tu adalah Irene. Bukan Rina."
Sekali lagi Joe menoleh. Dia senyum sinis sebelum kembali melihat laut berombak kuat di depan. Pemandangan laut yang agak bergelora ombaknya ketika ini. "Ya betul. Dia Irene Lee Rahman. Dia hanya budak kampung. Kampung yang jauh dari kesibukan kota. Aku pasti kau pun tahu di mana kampung dia."
Jelingan tajam Joe membuatkan Danny mengalih mata ke arah lain untuk seketika. Dia kemudian tunduk. Tidak sangka, Joe mengenali Irene.
Joe sekali lagi senyum sinis. Dannya dan Darwis, keduanya tidak pernah tahu yang dia sebenarnya sudah lama kenal dengan Irene. Sengaja dia buat tidak kenal bila bersembang dengan Darwis mengenai gadis yang pernah sasau satu ketika dulu. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk bongkarkan semua itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
napalah joe pergi bgtaw..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
maka danny ponn bertukar menjadi dannya |
|
|
|
|
|
|
|
typo la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je gambor budak baju kunin kuar sini.
server lambat refresh kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya ke? apasal pc aku still gambo lama?..
adakah misteri nusantara sudah menyerang pc aku?
|
|
|
|
|
|
|
|
"Jadi..kau tahu kisah silam Irene?" Danny sudah tunduk semula.
"Ya..dan aku pasti, kebenaran akan terbongkar juga nanti. Kau pun dah tahu apa yang dah terjadi pada kawan-kawan kau kan?" Joe menoleh sebentar ke kiri, Danny tunduk sambil menguis pasir pantai dengan ranting pokok.
"Apa yang terjadi pada kawan kau tu..macam tula juga yang terjadi pada Irene." Sambung Joe.
Pantas Danny mengangkat muka dengan wajah berkerut. "Maksud kau?"
Joe tidak menjawab. Wajah Danny diperhatikan, ada riak bingung. Tak tahulah jika lelaki itu berpura-pura bingung atau memang langsung tidak dapat menangkap kata-katanya tadi.
"Aku balik dulu. Aku harap kau dapat bahagiakan Rina. Dia tolak cinta aku kerana kau." Joe bingkas dari duduk. Pasir yang melekat pada seluar disapu perlahan. Kecewa dengan keputusan gadis itu sebenarnya. Rasa cinta pada gadis itu bukan kerana simpati tetapi ianya lahir dari lubuk hatinya yang dalam. Sejak pertama kali melihat Irene lagi, hatinya sudah berdebar-debar. Malah selepas kejadian Irene cuba membunuh diri dulu sehingga mencacatkan wajah sendiri pun dia masih mencintai gadis itu sejujurnya. Langkahnya diatur ke kereta.
"Joe! Tunggu! Kau tahu kat mana Irene sekarang?! Aku nak minta maaf! " Danny turut bingkas bangun. Melaung bertanyakan tentang Irene.
Joe menoleh. Senyuman hambar diukir di bibir. Nampaknya Danny masih tidak mahu percaya yang Irene dan Rina adalah gadis yang sama. Pertanyaan Danny tidak dijawab. Pintu kereta dibuka dan enjin dihidupkan. Kereta menderum laju meninggalkan kawasan pantai itu. Terasa sakit hati bila mengingatkan kedegilan Irene untuk terus menerima lamaran Danny. Kereta dipandu menuju ke satu tempat. Ya, dia perlu bersemuka dengan Irene sekali lagi. Pujuk gadis itu untuk tidak meneruskan rancangannya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|