CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 21-12-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_Sally replied at 21-12-2015 11:18 AM
Salam...

Pernah terbaca somewhere, kalau kita ada dengar bunyi bunyian segala bagai semua tuh,  ...



Erk...apakah yang perlu kulakukan???!!!

Nanti aku bincang dgn laki aku..kena buat sesuatu kot..maybe pendinding rumah kena renew kot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 16-12-2015 01:52 PM
actually aku sempat duduk umah tu dlm sebulan lebih gitu la... tapi parents aku x kena kacau awal2 ...


Part tengok the white fella kat tingkap tu sgt menggerunkann hokayyy

teringat ada kwn aku sorang tuh, ni masa duk kat kolejla..kan 1 floor ada banyak bilik..dia nih suka sgt buat lawak intai bilik orang ikut bawah pintu...kan kalo pintu katup,ada gap sikit antara pintu ngan floor...dia intai ikut situ

Dia intai kalo nampak kaki,dia suka buat lawak ketuk pintu tuh kuat2 bg orang dalam bilik terkejut..bila da havoc org dlm bilik sbb terkejut..dia lari cepat2 pi bilik sebelum orang bukak pintu nak balun dia..kalo dia dgr manusia dlm bilik menjerik cuak pun dia cukup seronok..apa jenis lawak pun tak tahula..dia je yang seronok tak tentu hala sorang2...

Ada sekali tu, dia intai bilik kwn sorang ni..kat ground floor. Nampak ada kaki gerak2 dia pun tendang pintu kuat2..sekali xde respons dari dlm bilik. Dia intai, nampak kaki then dia bantai pintu lagi sekali...senyap jugak. Steady siap tak bukak pintu pun...

Dia tak puas hati, dia pi belakang bilik tu..boleh access tingkap bilik sbb ground floor kan..so dia pi kat tingkap nako bilik kwn dia tuh..tak sempat pi dekat..dia nampak ada penampakan putih pucat kat tingkap tuh tengah tegak pandang ke luar tingkap..

Terus kwn aku ni lari..panjat tangga pi rempuh bilik aku sbb bilik aku yg 1st sekali kalo bukak pintu besar ke floor kitaorg...menggigil dia cerita kat roomate aku time tuh..nasib baik aku xde,balik kg...

Kalo tak, malam tu sure jadi setinggan sbb bilik aku betul2 atas bilik kawan yg kononnya nak disakat floormate aku tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 16-12-2015 01:44 PM
Sementara teringat, aku bookmark dulu apa yang nak dicerita...

A haunted victorian house



Juniorrrrrr...cepat ceghita!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh gigih gak membaca sampai habis ni. seram habis. Teringat plak zaman saya pi sidai baju kat poli dulu.

Haih lahhhhh haiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 09:45 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 21-12-2015 03:30 PM
Juniorrrrrr...cepat ceghita!!

Haaa sat sat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 09:47 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 21-12-2015 08:49 PM
Fuhhhh gigih gak membaca sampai habis ni.  seram habis. Teringat plak zaman saya pi sidai baju k ...

Silalah share..nak gak dengar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2015 09:50 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 21-12-2015 09:55 PM

VICTORIAN HOUSE


Seperti yang dijanjikan, memandangkanhari ini aku sambung cuti gara-gara tak berani nak drive kerana baru tersedar lesen kereta dah mati nak masuk sebulan dah, so marilah kita isikan masa terluang ni dengan cerita-cerita yang ada.


Ini bukan berlaku pada aku lah.
Tapi pada kawan.
Asyik aku jerk yang kene, mana acikan..?
Pass-pass lah ke orang lain sama..
Biar kita sama merasa..keh keh keh.


Rumah Victorian ni disewa oleh memberaku sekeluarga.
Ada 5 bilik semuanya.
Memang stail kat UK sinun kalau anak lebih dari 2, ko kene usaha cari rumah lebih dari 2 bilik.

Yang member aku ni pulak anak 5 orang, 3 perempuan 2 lelaki.
Mau tidak mau terpaksa gigih cari rumah yang besar sikit.
Satu bilik untuk parent, lagi 4 bilik untuk anak-anak.
Mujur jugak yang perempuan bole share sesama perempuan.
Kalu idak, hazablaaa nak membayar sewauntuk rumah 6 bilik.
Tak nak kalu, bersedialah gagal dalam permohonan nak renew visa esok.
Abehlaa UK Border interrogate apsal anak ramai tapi duduk rumah kecik.


Cari punya cari, dapatlah rumah sebuah ni.
Tapi design memang lama lah, Victorian style yang hat pesen chimney yang santa klos gomoks pun muat terjun dalam tuh
Kalau nak tahu usia berapa tahun rumah tu, tengok ke chimney dia.
Lagi besar copong asap tu, makin‘berusia’ lah rumah yang kita duduk tuh.
Rumah aku dulu chimneynya secopot jerk.
Burung bangau sangkut pun belum tentu dapat meloloskan diri.
Tuuuuuuu pun ada kisahnya jugak.
Nanti kedian aku cerita.


Tak kisahlah berapa ratus tahun sekalipun usianya kan, janji ada rumah.
Kitorang masa tahu rega sewa rumah tupun naik taajub jugak.
Rumah 5 bilik tapi sewa hanya £400.
Macam tak logik sebab rumah kitorang yang 3 bilik ni pun dah cecah £550.
Dengan lokasi rumah member ni yang dekat dengan town, lagi laa naik heran sume orang camne la bule semurah tu sewanya.
Namun mengambil kira mungkin itu rezki orang yang anak ramai, masing-masing sekadar mampu ber ‘ooooo ooooo’ saja.


Yang boleh terbukak rahsia ni sebab dia menyewa rumah tu tak sampai setahun pun.
Abeh kontrak 6 bulan, tahu-tahu dah pindah rumah lain.
Naik kepelikang di luar batasang la jugak kami para kawan-kawan nih.
Pindah rumah ni bukan keja mudah.
Dahla member ni kaki sopping barangcarboot.
Segala mak nenek dia beli. Sampai tepi-tepi tangga abeh bubuh barang.
Sekali mau pindah lagiii..???Huwaaa..aku dengar wording pindah pun dah naik seram bulu kaki!


“Mana tahan, bangggg..macam-macam halaku hadaaap..” katanya member tu bila tok batin Tanya apsal yang laju sangat pindah rumah lain nih.
(Sedap jerk dia panggey kawan tu ‘abang’padehal dia bapak senior dari laki aku..;p)


Dari situlah dia cerita apa yang berlaku kat rumah tu.......







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 09:58 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 21-12-2015 10:03 PM

Dari situlah dia cerita apa yang berlaku kat rumah tu.


Setakat sudu senduk jatuh sendiri kat dapur masa kita tengah masak, owhh itu amatlah biasa.
Kunci kereta baru letak atas meja masa nak minum air jer pun, tetiba hilang. Cari-cari nuhhh kat atas rak tv kat ruang depan sinun nuh.
Bila time pulak kunci tu ‘berjalan’ kedepan sedangkan tuan dia baru jerk letak kat tepi?


Bila aku ngusik dia “ entah-entah abang silap letak takk..??”
“Heh..abang belum nyanyuklagiiii..baruuu letak atas meja takkan terus ilangggg..?”
Member aku ni orang melakeeee..so dia punya stailo terlebih harokat sikit..



Penah satu kali tu, dalam pukul 3 pagi tetiba isteri member ni kejutkan dia..


“Abang..dengar tak??”
“Macam bunyi radio..eh awak tak off radio ke sebelum naik tadi..?”
“Kan kita sama-sama kat dapur tadi.Kalau tak off, mesti abang pun sama dengar kan..?”
Terdiam member.


Maka bertolak-tolakla mereka laki bini untuk turun ke tak turun ke bawah bagi melihat apa yang dok srot sret srot srett bunyi radio buruk itu.
Finally terpaksala turun jugak.
Maunya nak lelap lena kalau telinga asyik dengar bunyi-bunyian yang penuh misteri itu.


Turun saja member tu ke dapur, memang yaradio tu tengah on!


Esok siang Tanya anak-anak sape yangpasangkan radio tapi tak tutup, sorang pun tak ngaku.
Tapi nak tuduh anak-anak dia pun tak boleh juga sebab member dan bini dia orang last duduk di dapur.
Dan anak-anak dorang ni jenis kalau dah off semua lampu bawah, tunggu esok siang la pulak baru memasing berani nak turun bawah.


Misteri sungguh.


Klimaksnya yang buat member ni terus decided nak pindah rumah bila ‘bende’ tu mula berani tunjukkan diri.
Anak bongsu dia yang masa tu baru berumur 4 tahun, entah macam mana tertangkap dek member sendiri sedang bercakap-cakap dengan siapa tak tahu, tapi cara ke menyembang tu macam adaorang di depan dia.
Dengan gelak kihkihkih nya..macamkan lucu nau.

Bila ditanya sembang dengan sape..anakdia selamba jer cakap..’With grandpa..”
“Grandpa mana lak ni..?
“Tuuuuuuuuuuuuuu..” siap tunjuk lagi posisi si ‘grandpa’ tu tadi.


Mula-mula mereka berandaikan si budak kecik tu dok berangan sembang dengan imaginary friend dia.
Biasala kan budak-budak, suka imejin macam-macam, lepas tu bercakap sorang-sorang.
Tapi yang ini lain macam, bilamana si kakak yang sulung pun mendakwa pernah beberapa kali ternampak lelaki tuaberambut putih duduk steadi jah atas katil di bilik adik bongsunya itu.
Agaknya itu la kot ‘grandpa’ yang dimaksudkan oleh anak bongsu member ni.
Kot grandpa macam dalam cerita ‘grandpain my pocket’ oke la jugak.

“Haritu kunci kereta tetiba hilang, lain masa pulak barang rumah banyak terkalih sendiri..kadang-kadang tengah ngadap buku kat meja study tetiba kepala kene sengguk dari belakang..mana leh tahan,bangggg..”


“Tu belum kes katil bergoyang masa tidur, bunyi katil berkeriuk macam orang baru bangun dari katil sedangkan dalam bilik takde sesapa…ni anak pulak Nampak ‘grandpa’..wahhh ini sudah lebeiiiihhh”
Beria laa member ni bercerita.


So tak heranlah kalau dia amek keputusan drastik nak pindah pun.
Lagi lama tunggu entah apa lagi‘surprise’ yang bakal dihadap.

No wonder masa aku keluar dari rumah dia, masa tu dah senja, entah kenapa tetiba tergerak hati nak toleh ke belakang dan pandang ke tingkap atas.
Terasa seperti ada someone dok perati kita dari situ.
Tapi bila toleh, takde sapa.
Bila melangkah lagi, terasa seperti ada balik.
Maybe time tu lebih ke perasaan sendiri,kata hati ku..tapi bila Tanya member tu, dia sendiri mengiyakan hal yang sama.

Aku hanya mampu ber huuu huu huu.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 21-12-2015 09:47 PM
Silalah share..nak gak dengar..

Hahahaha cerita kita taklah seseronok cerita kak clover. Tapi tetap teringat2 bila part sidai menyidai ni. Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:13 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 21-12-2015 10:11 PM
Hahahaha cerita kita taklah seseronok cerita kak clover. Tapi tetap teringat2 bila part sidai meny ...

Dah share baru tau sonok ke tak sonok..dik..
Ce cite ce cite...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:17 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 21-12-2015 03:29 PM
Part tengok the white fella kat tingkap tu sgt menggerunkann hokayyy

teringat ada kwn aku sor ...

Ini kejadian kat kajai kah, kak??
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 21-12-2015 10:17 PM
Ini kejadian kat kajai kah, kak??


Aah...once upon a kajai...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:29 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 21-12-2015 10:27 PM
Aah...once upon a kajai...huhu

Blok mana laaa yang bertuah ya amat itu..
flatlet ka..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak share sikit lah gak. Boleh kan kak clover

Dulu saya belajar kat Politeknik PD. Masa part 3, kitorang semua dapat asrama baru tapi nunnnnnn jauh ke dalam sana. Betul2 kat hutan merimbun2 gitchu. Asrama baru tu ada 4 blok dan saya duk kat blok tgh2 di antara 4 blok. Uniknya blok saya ni, blok saya menghadap padang kosong & hutan dan diapit dengan 2 blok lain. Tapi bilik saya menghadap blok pertama. So takdelah saya nak hadap hutan bila nak study. :

Blok kanan saya menghadap kawasan perumahan dan tangki air besaq gabak tu. Normally memang bising lah sebab budak2 laki biasanya dah masuk sem 2 je dorang dah gatai nak duk luaq. Senang nak rempit ke lepaking ke. Hehehe
Kisah saya ni nak dijadikan cerita tempat sidai baju untuk blok saya adalah di hadapan padang yang seciput tu dan menghadap hutan tu. Normally depa2 ni basuh baju pagi2 and sidai pagi2 tu lah. Tapi nak dijadikan satu hikayat ni, saya kepenatan petang tu dan berniat nak basuh baju malam tu. Masa tu dah pukul 12 gitchu dan roomate tgg bergayut dengan bf dia. So saya pun membasuh sorang2 dalam toilet yang sunyi tu. Takde rasa apa lagi masa ni. Konon2 berani lah. Hahaha pastu dah siap bsuh, terdetik ' baik aku pi sidai baju ni malam ni. Kang rendam 1 malam busuk nak kena basuh balik. ' hahahaa punya malas nak tunggu esok. Saya pun pi lah sidai kat ampaian tu. Bukak pintu, angin sepoi2 bahasa malam mai menyinggah. Hehehe tapi steady lagi. Tgh elok menyidai, dengar ada budak perempuan menjerit. Dalam hati ' haih dorang ni, malam2 gini tak reti nak tidur ke. Duk suka jerit2. Kena kacau baru tau'. Sidai lagi mcm biasa. Pastu dgr lagi. Kali kedua. Biorkan je lagi. Malas nak layan. Kali ketiga. Bunyi tu dah nyaring semcm. Dgr betul2, tangkap balik bunyi tu dr mana. Rupanya datang dari tangki air. Sekali dia jerit nyaring sampai kuat sangat. 'cis, aku kena kacau ni' haaa apa algi, kasik cabut lah. Masuk bilik cepat2, terus dgr walkman bukak nota and baca. Roomate dah pelik. Apahal minah ni kalut smcm je. Esok baru buka crrita. Member dah gelak je. So lepas2 tu takdelah nak sidai baju malam2 dahhh. Takut uuuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa. Type panjang2 thru hp. Memang camni lah jadinya.

Takde perenggan. Minta ampun yaaa TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:32 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 21-12-2015 10:29 PM
Nak share sikit lah gak. Boleh kan kak clover

Dulu saya belajar kat Politeknik PD. Masa pa ...

Heee...leh bayang camne sebab penah pi poli PD tu..sebab adik ipar pnh studi situ gak..
Serammmm kan tengah asyik sidai kain tetiba ada yang melalak...

Tenkiyu for sharing a nice story here..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2015 10:34 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 21-12-2015 10:30 PM
Alaaa. Type panjang2 thru hp. Memang camni lah jadinya.

Takde perenggan. Minta ampun yaaa TT

Owhh enggak ngapa..bisa diatur..

Menaip cerita melalui henpon pun sudah satu usaha gigih yang harus dipuji..
Bukan mudah woh menaip guna henpon nih..lagi2 touch skrin...tak daye ahkak dowh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 21-12-2015 10:32 PM
Heee...leh bayang camne sebab penah pi poli PD tu..sebab adik ipar pnh studi situ gak..
Serammmm  ...

Hahahah kan kak clover kann. Pernah bayangkan pi kat asrama awek2 kat belakang tuu. Tapi skrg tak tau lah camne. Dah terang dah kot.

Sebab jalan pun dah banyak bukak dah. Heheheeh

Bila dah share ni, tibe2 macam2 story plak kuar. Ciput tul. Sebab kena taip pakai hp kan. Hahahaha

Nanti2 say share lagi ehhh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 10:40 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 21-12-2015 10:35 PM
Hahahah kan kak clover kann. Pernah bayangkan pi kat asrama awek2 kat belakang tuu. Tapi skrg tak  ...

Akak pun dah lama tak tersampai ke poli pd tu..takat teluk kemang tu ada la jugak terbabasnya ke sana..
Tapi memang dulu masa pi anta adik ipar tu terdetik jugak suasana cam eerie nyeeeee..suram jah..

Eh..kecik tapak tangan akak ni dik..stadium manchester city akak tadahkan..haha..(motip?)
Jangan segan2 nak share..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts


Tu mmg pic tempat kejadian ke?@Clover_Hill

Part barang letak sini jumpa sinun pernah berlaku kat tempat keje lamaku..
Mula kejadian ada hakak tu selalu hilang kunci kereta..tp tak jd hal sebab dia da dekat nak pencen and jenis kepoh2 all the time..so masing2 ingat dia tak ingat letak mana...kesian dia,siap tungging hand bag atas meja duk cari kunci kereta...Pernah da sampai rumah,sedar2 kunci rumah dia plak tak ada dlm beg..patah balik pi cari kat meja dia...siap kena pi mintak kunci opis dgn boss...ehehe...Tp lps tu..makin menjadi2..ada yg hilang duitla..buku..ala macam2 bendala,kadang2 bukanla benda penting sangat tp benda tu kita nakkkk sangat guna time tuh,so asyik kecohla kitaorg duk treasure hunt barang2 sendiri..siap yg jenis mulut hazab sikit tu,duk main sumpah sapa yg ambik tp tak pulang mintak2 terciritla..apala...tp masing2 sgt ignorant sampaila kitaorg saja start buat bacaan yassin every friday...utk santapan rohani kekdahnya...then baru kitaorg perasan..kehilangan barangan yg menyakitkan jiwa raga tu da berkurangan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.153465 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list