|
[Tempatan]
Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351
[Copy link]
|
|
lumut.....faham fahamlah kat mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tambahan 2 org lg ditahan... tahan je semua terlibat,,,
http://www.astroawani.com/berita ... anggota-tldm-156733
IPOH: Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.
Penahanan itu menjadikan lima anggota ditahan setakat ini ekoran kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera. |
|
|
|
|
|
|
|
Trauma Tumpul
Trauma atau kecelakaan merupakan hal yang sering dijumpai dalam kasus forensik. Hasil dari trauma atau kecelakaan adalah luka, perdarahan, skar atau hambatan dalam fungsi organ.
Agen penyebab trauma dapat diklasifikasikan dalam beberapa cara, antara lain akibat kekuatan mekanik, aksi suhu, agen kimia, agen elektromagnet, asfiksia dan trauma emboli.
Dalam prakteknya seringkali terdapat kombinasi trauma yang disebabkan oleh satu jenis penyebab, sehingga klasifikasi trauma ditentukan oleh alat penyebab dan usaha yang menyebabkan trauma. Dan dalam pembahasan makalah ini akan dipaparkan mengenai trauma yang diakibatkan oleh benda tumpul.
Dasar Dasar Traumatologi
Definisi
Pengertian trauma (injury) dari aspek medikolegal sering berbeda dengan pengertian medis. Pengertian medis menyatakan trauma atau perlukaan adalah hilangnya diskontinuitas dari jaringan. Dalam pengertian medikolegal trauma adalah pengetahuan tentang alat atau benda yang dapat menimbulkan gangguan kesehatan seseorang. Artiya orang yang sehat, tiba-tiba terganggu kesehatannya akibat efek dari alat atau benda yang dapat menimbulkan kecelderaan. Aplikasinya dalam pelayanan Kedokteran Forensik adalah untuk membuat terang suatu tindak kekerasan yang terjadi pada seseoang.
Trauma Mekanik dan Trauma Tumpul
Trauma atau luka mekanik terjadi karena alat atau senjata dalam berbagai bentuk, alami atau dibuat manusia. Senjata atau alat yang dibuat manusia seperti kampak, pisau, panah, martil dan lain-lain. Bila ditelusuri, benda-benda ini telah ada sejak zaman pra sejarah dalam usaha manusia mempertahankan hidup sampai dengan pembuatan senjata-senjata masa kini seperti senjata api, bom dan senjata penghancur lainnya. Akibat pada tubuh dapat dibedakan dari penyebabnya.
Benda tumpul yang sering mengakibatkan luka antara lain adalah batu, besi, sepatu, tinju, lantai, jalan dan lain-lain. Adapun definisi dari benda tumpul itu sendiri adalah :
Tidak bermata tajam
Konsistensi keras / kenyal
Permukaan halus / kasar
Kekerasan tumpul dapat terjadi karena 2 sebab yaitu alat atau senjata yang mengenai atau melukai orang yang relatif tidak bergerak dan yang lain orang bergerak ke arah objek atau alat yang tidak bergerak. Dalam bidang medikolegal kadang-kadang hal ini perlu dijelaskan, walaupun terkadang sulit dipastikan.
Luka karena kererasan tumpul dapat berebentuk salah satu atau kombinasi dari luka memar, luka lecet, luka robek, patah tulang atau luka tekan.
Luka Akibat Trauma Tumpul
Variasi mekanisme terjadinya trauma tumpul adalah:
Benda tumpul yang bergerak pada korban yang diam.
Korban yang bergerak pada benda tumpul yang diam.
Sekilas nampak sama dalam hasil lukanya namun jika diperhatikan lebih lanjut terdapat perbedaan hasil pada kedua mekanisme itu. Organ atau jaringan pada tubuh mempunyai beberapa cara menahan kerusakan yang disebabkan objek atau alat, daya tahan tersebut menimbulkan berbagai tipe luka yakni:
Abrasi
Laserasi
Kontusi/ruptur
Fraktur
Kompresi
Perdarahan
nak baca habis.. gi kat link ni...
https://somelus.wordpress.com/2009/11/22/trauma-tumpul/
wondering... Polis Tentera atau Military Police kaaa yang in charge untuk pesalah/tahanan?
|
|
|
|
|
|
|
|
konon cakap nk buat rombakan.. tp sama je.. apa pun tak boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
salah apalah sampai nak membunuh mcm tu, tak kesian ke kt ank bini arwah |
|
|
|
|
|
|
|
dua lagi anggota tldm dr kem tahanan yg sama dimasukkan ke hospital utk rawatan kesan dr deraan fizikal yg teruk. jadi dah ramai mangsa dan saksi.susah dah nak cover cover lg. jadi bersedia lah ya.face the music |
|
|
|
|
|
|
|
Mati itu pasti tapi sedihnya lah bila terfikir kalau laki mati lebih awal dri kta nanti apatah lagi klu mati mgejut mcm ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
@R2D2
Astro Awani
BERITA | MALAYSIA
Dua lagi ditahan kes kematian dua anggota TLDM
Abd Razak Mohd Ali, Astro Awani | Published Oktober 02, 2017 12:26 MYT
Dua lagi anggota TLDM ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas. - Gambar fail
Dua lagi anggota TLDM ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas. - Gambar fail
IPOH: : Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.
Penahanan itu menjadikan lima anggota ditahan setakat ini ekoran kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.
Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Hasnan Hassan mengesahkan, seorang lagi mangsa berumur 30-an, turut dirawat di Hospital Manjung kerana mengalami kecederaan yang hampir sama dengan dua anggota yang meninggal dunia.
“Kita sedang membuat siasatan forensik pada hari ini dan kita akan membuat juga siasatan forensik terhadap kamera CCTV yang kita rampas.
“Pasukan daripada Bukit Aman bersama-sama sedang membantu dan menjalankan siasatan bersama-sama dengan JSJ Perak,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di di sini pada Isnin.
Pada Ahad, Mahkamah Majistret Manjung mengenakan tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga anggota TLDM bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lepas.
Hasnan memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan dengan rapi dan teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapakah pelaku tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus polis dalam Kes ni, nampak cepat buat kerja .lg sorang pun Kena macam Arwah cuma Blum meninggal ..
Latihan Kesihatan mengikut SOP konon. .puihhhh cilakak nya |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun.. moga dpt pembelaan yg sewajarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tgk mende ni...
w pun x serious...so inappropriate...
me n couple of frens pernah meet up kat tmpt mrk utk personal discussion....
my fren ni high rank la kat situ...
tetiba ada pulak staff dia join skali...
ditugaskan utk mencatat perbincangan kami....
dan flash presentation slide bagai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ehh kt mana kata ada 2 org lagi yg masuk spital? Aku salah baca ka org tu salah taip..haiyaa |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada 2 kawan tldm
dua-dua muka pembuli sejak sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang ipar berry pun army pangkt mejar. Dia pun cakap pengurusan army ni sampah.. (bila baca post sebelum ni yang ckp sampah tu srbijik macam apa yang bil berry cakap). Dah tu menteri n pm pun sampahhh |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.bernama.com/bernama/v ... eral.php?id=1396361
Dua Lagi Anggota TLDM Buat Laporan Polis
Tarikh kemaskini: 02/10/2017
IPOH, 2 Okt (Bernama) -- Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dua anggota tersebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.
"Laporan polis dibuat hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan, ketika dikurung atau di luar.
"Kita juga akan menyiasat sekiranya ada lagi anggota TLDM terlibat dengan insiden seperti ini," katanya kepada pemberita.
Beliau menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri di sini hari ini.
Susulan kejadian itu, dua anggota TLDM yang masing-masing berumur 29 dan 37 tahun kini sedang ditahan dan akan direman di Mahkamah Seri Manjung hari ini.
Mengenai kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan yang sama sebelum ini, Hasnan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup yang telah dirampas.
"Jabatan Siasatan Jenayah Perak kini dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi menyiasat insiden ini," katanya.
Pada Jumaat lepas dua anggota TLDM iaitu LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan tersebut dipercayai akibat didera, berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.
Susulan itu tiga anggota TLDM direman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun...Al-Fatihah buat 2 anggota TLDM...
salam takziah buat keluarga mangsa...
Bru dpt baca btul2 psl kes ni....another dark story dlm sistem ketenteraan smpai membunuh...
xpsl2 depa dah buat isteri2 mangsa jd balu....ank2 mgsa skg jd ank yatim
Moga diberikan kekuatan buat kesemua ahli keluarga mangsa....
Ceq rsa trauma bila baca psl kes dera dlm tentera ni....manusia semakin hilg sift kemanusiaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Electromagnet replied at 2-10-2017 01:26 PM
@R2D2
Astro Awani
Nasib baik kali ini pihak polis bertindak segera. Sekurang-kurangnya terselamat satu lagi nyawa. Barangkali yang terselamat ini boleh menjadi saksi utama. |
|
|
|
|
|
|
|
queenhua replied at 2-10-2017 02:22 PM
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1396361
Dua Lagi Anggota TLDM Buat Lap ...
semakin ramai yang tampil ke hadapan. mujur ada yang masih hidup untuk menceritakan apa yang mungkin dilalui oleh anggota-anggota yang telah meninggal dunia.
harap semua anggota tldm yang melalui pengalaman serupa mendapat pembelaan selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
arwah tu adalah tahanan tldm kan, ada salah laku tatatertib berkaitan kerjaya dorang laa...sedihnya bila dah melibatkan kematian. yeahh...dari satu sudut, kedua-dua arwah memang bersalah kerana terdapat salah laku tatatertib dlm skop kerjaya dorang tp hukuman yang diterima tu agak melampau bila berakhir dengan kematian ai harap kes ini dapat diadili dengan sebaiknya. |
|
|
|
|
|
|
|
penjawat awam yg selalu dtg lewat ada kena apa2 hukuman ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|