CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Urban Legend: Koleksi Cerita-Cerita

[Copy link]
Post time 22-6-2019 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 30-5-2019 04:24 PM
kisahnya...semoga diampunkan segala dosanya..tak tau apa yang dia buat

my mom ada cite juga psl ni. katanya sebab s***k.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
iceage replied at 21-6-2019 10:21 AM
convent kat johor, daerah s

Owhhhh kt Bandar S ke
Kaka pun convent sekolah rendah kt Bandar M
Lps hbs bljr kaka jd cg sandaran kt sekolah tu mengajar sekolah menengah, paling seram bila msk bilik penolong pengetua sbb kita akan nmpk patung tu dulu dan mata patung tu mcm hidup
Kisah lain di convent tu, surau sekolah kami yg asal dulu adalah tempat tinggal sisters so bila nk solat x blh sendiri karang adalah penampakan rahib dok lintas walau waktu siang
Pernah gak ada histeria ms Chapel lama dibuka dan dijdkan kelas permulihan dan bbrp penampakan di situ antaranya Father sdg bg khutbah pglah, father sdg buat baptism etc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 08:41 AM | Show all posts
nicuya replied at 21-6-2019 09:31 PM
Nak tambah UL tasik chini, kabornye perkampungan yang tenggelam tu ialah building ala2 piramid or ku ...

u, cte lalagi psl kerajaan Khmer yg uols ckp tu.
N, uitm yg u maksudkan tu penah dgr. UiTM Dungun? Sb kes2 lemas ni biasanya if sebut UiTM Pantai Timur, kat situ je memandangkan btl2 mengadap pantai n kes2 lemas mmg byk. Duk bertenggek kat batu2 situ, x sedar air dh naik. nk seberang x dpt, lemas kat situ jgk. N budak2 u suka mandi area pantai/tasik kecil tu.
Nak tambah UL tasik chini, kabornye perkampungan yang tenggelam tu ialah building ala2 piramid or kuil tinggalan daripada kerajaan khmer mse dlu.

2. UL uitm kt pantai timur- satu bilik yg kena tutup n dipalang dgn kayu sebab itu ialah bilik sorg student yg mati lemas kt tasik ke laut ( maaf x bape igt)..then ada hari2 yang dia dtg balik bilik n ada kesan pasir n basah. Rse cam ade thread psl ni xpun cer org2 uitm sinun sahkan ye ke dok.. kbye

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
iceage replied at 21-6-2019 10:21 AM
convent kat johor, daerah s

Ooo ok... bukan sekolah iolss... iolss di tgh tgh bandaraya key ell.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 23-6-2019 08:41 AM
u, cte lalagi psl kerajaan Khmer yg uols ckp tu.
N, uitm yg u maksudkan tu penah dgr. UiTM Dungun ...

ni sy petik dr berita harian

PEKAN: Mitos kewujudan piramid di Tasik Chini bukanlah perkara baharu kerana ia sudah menjadi `buah mulut' penduduk setempat, terutama masyarakat Orang Asli sejak tahun 1980-an lagi.

Jika sebelum ini, Tasik Chini dikaitkan dengan legenda 'Naga Sri Gumum', dakwaan terdapat binaan piramid di sekitar tasik semula jadi kedua terbesar negara ini menambahkan lagi misteri yang melingkari tasik berkenaan.

Tasik Chini yang terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Kuantan mempunyai keluasan 5,026 hektar dan menjadi habitat 138 spesies flora dan 300 spesies hidupan bukan akuatik.

Selain itu, ada 144 spesies ikan air tawar direkodkan hidup di tasik berkenaan.

  Dipisahkan oleh Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Bera adalah laluan utama penduduk dari hulu dan hilir sungai dengan merentasi Gugusan Kuala Semantan sehingga ke Kampung Singgora (nama lama untuk Pekan Maran).

Merangkumi 12 tasik atau lebih dikenali sebagai laut dalam kalangan penduduk setempat dan Orang Asli, dakwaan wujudnya tujuh piramid di kawasan tasik berkenaan tidak dinafikan atau disahkan oleh penduduk.

Peluang ke Tasik Chini dan bertemu penduduk serta Tok Batin perkampungan Orang Asli di sekitar tasik berkenaan, memberikan gambaran awal terhadap dakwaan itu.

  Terdapat beberapa versi mengenai piramid dan kota lama Empayar Khmer yang dikatakan bertapak di kawasan tasik semula jadi ini antara tahun 802 hingga 1432.

  Merujuk kepada sejarah, Empayar Khmer mencapai puncak kegemilangannya sekitar abad ke-13, sebelum berlaku perebutan kuasa antara pembesar hingga menyaksikan empayar itu berkubur pada abad ke-15.

  Empayar yang berpusat di Funan dan Chenla, dimulakan oleh King Jayavarman II yang turut menggelar dirinya sebagai 'Raja di Dunia' atau 'Raja Segala Raja'.

  Ketika era kegemilangannya, Empayar Khmer bukan saja dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mewah, bahkan turut menguasai bidang pembinaan serta kaya dengan pelbagai hasil seni yang mengagumkan.

  Tinggalan empayar itu yang paling terkenal ialah Angkor Wat di Kemboja, yang menjadi mercu tanda tersohor dan menarik perhatian peminat sejarah dari seluruh dunia melakukan kajian terhadap binaan berkenaan.

  Terdapat tiga fasa dalam empayar Khmer iaitu fasa pertama dari tahun 802 hingga 850 di bawah pemerintahan Raja Jayavarman II, fasa kedua diketuai Raja Suryavarman II (1113-1150) dan tahun 1181 hingga 1218 yang diperintah oleh Raja Jayavarman VII.

  Empayar Khmer dipercayai mula memasuki Tanah Melayu antara tahun 1000 hingga 1100 iaitu ketika berlaku pertelingkahan dan perebutan kuasa di antara kerajaan lama Empayar Khmer dan Thailand.

  Walaupun tidak ada bukti jelas mengenai perkara ini, berdasarkan kajian pakar sejarah, tentera dari Empayar Khmer memasuki Tanah Melayu untuk membina kekuatan selepas gagal menguasai kawasan Lamphun (kini dikenali dengan nama Hariphunchai).

  Menurut cerita penduduk sekitar Tasik Chini, tentera dari Empayar Khmer dikatakan membina kawasan kota di sekitar tasik berkenaan sepanjang mereka berada di situ.

  Sekitar tahun 1994, Tasik Chini menjadi tumpuan pengkaji sejarah berikutan penemuan artifak dipercayai dari zaman Empayar Khmer.

  Penemuan secara tidak sengaja oleh pekerja syarikat kontraktor yang diberi tanggungjawab membersihkan dasar tasik itu membuka laluan kepada kajian lebih mendalam mengenai kewujudan kota lama di sekitar tasik berkenaan.

  Sehingga hari ini, belum ada bukti kukuh yang boleh mengaitkan kewujudan kota lama atau piramid di kawasan tasik berkenaan, atau di dasar tasik itu.

  Kali terakhir kajian dijalankan bagi menjejak kewujudan kota Lama dan piramid ialah pada tahun 2007 oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Profesor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (kini Profesor Emeritus dan menjawat jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan di UKM).

  Beliau adalah seorang pakar arkeologi terkenal di negara ini dan pernah mengetuai beberapa ekspedisi di dalam dan luar negara bagi menjejak kewujudan kota lama di seluruh dunia.

  Kumpulan itu melakukan kajian selama kira-kira dua minggu, sebelum dihentikan berikutan kekurangan dana.

Psl uitm tu btoll!! Uitm dungun tp tulah ntah ade ke idok bilik tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by isira at 23-6-2019 12:16 PM

Kisah yang aku pernah dengar

1) NI mak aku sndiri yang cerita..ada satu keluarga dalam perjalanan ke baling wktu malam..dalam perjalanan anak2 merungut lapar lapar.. Tiba2 ternampak lah ada satu kedai makan..singgah makan tomyam..bila nak bayar cuma dicaj rm15 ja utk 5 orang mkn.. Dan tuan kedai tak sambut pn duit tu..suruh letak di meja
Lps tu kluarga tu truskan perjalanan dan cerita pasal kedai makan tu dkt kluarga dia
Mati2 kluarga dia ckp mana ada kedai makan kawasan tu..jadi esok tu diorang pergi balik dan jumpa duit rm15 tu terletak elok atas busut

2. Urban lejen..mayat klu dilangkah kucing hitam..akan hidup balik

3. Klu ternampak pompuan berjalan sorang2 tepi jalan..jangan pandai2 offer tumpang.. Ni org kampung aku sndri yang kena..ingat kan kesian..ajaklah tumpang..tp geleng2 tak mau tumpang..rupa2nya tgh kendong batu nisan

4. Arwah abah aku pencen askar..kata abah aku time operasi dalam hutan..ada pantang yang askar kna tau... Slh satu jangan sekali kali sebut atau panggil gajah..nanti betul2 dia datang.. Dan askar yang termasuk alam bunian tu biasa..dgr pompuan2 mandi sungai tgh mlm pn biasa..jangan tegur ja

5. Kat asrama klu ada katil kosong jangan suka2 pegi tido..nanti tgh mlm ada yg bediri tepi katil suruh bangun sebab tu tmpt dia

6. Ada sorg pompuan kat u..ada sorg roomate..tp kelas tak sama..jmpa pn malam2..satu mlm time dh nk tido..dia mntk kawan dia tlg tutup kan lampu. Tiba2 tangan kawan dia memanjang tutup suis..esok tu tny  pengurusan diorang cakap mana dia ada roomate

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2019 02:51 PM | Show all posts
UL : Sulur Bidur

xtau kesahihannya, kaki pancing sila masuk mengadap sahkan .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by isira at 23-6-2019 03:28 PM

Nak tmbah lagi

1. Tak pasti universiti mana..ustaz haron din pernah pindahkan penghuni tmpt tu naik bas..bas kosong tapi driver kata bas berat sgt

2. Pak anjang aku ada bagitau..tak pasti betul atau tak..kat negeri kami (kedah) klu ada apa2 projek yang ada halangan yang lain mcm sikit org akan pergi mengadap sultan mintak tlg dan perkenan..ada satu kes kata pak anjang aku..sultan turun padang cabutkan keris yang terpacak kt pangkal pokok..wallahualam

3. Ni dengar dari orang2 yang tinggal kt tepi sungai..biasanya kalau magrib tiba2 terdengar suara org ketawa sambil main air mcm sronok sgt..biasanya tak lama lps tu akan berlaku kejadian lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 03:07 PM | Show all posts
myakayina replied at 30-5-2019 03:57 PM
Hantu Susu
kejadian sekitar tahun 90an dulu..sorg pompuan dukung anak malam2 ketuk2 rmh org yg ada  ...

masa citer hantu susu ni femes i kat hostel...takut doh

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:00 PM | Show all posts
takayama replied at 22-6-2019 10:35 AM
Owhhhh kt Bandar S ke
Kaka pun convent sekolah rendah kt Bandar M
Lps hbs bljr kaka jd cg sandar ...

ooo...skolah kitaorg xde surau...depan skolah ade church..dulu klu balik sekolah, nk menghala ke station bus, kena lalu tepi church..tapi x tau la sekarang kalau da ade surau...dulu pengetua kitaorg mother theresa, sbelum ganti dgn pengetua baru yg sangat2 racist...skolah nie stiap kelas mmg ade letak salib kat atas white board & member kitaorg yg chinese nie suka sangat patahkan kepala jesus diaorg...end up kitaorg 1 kelas kena denda bayar smula harga salib tu..kenangan terindah masa sekolah kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 12-6-2019 10:35 AM
UL : Perempuan mati beranak nt bertukar jadi Pontianak..

x penah dgr negeri mana yg kena, sb tgk  ...

TIba2 teringat cerita momok
Setitis air mata pontianak jatuh ke bumi...dia akan bertukar jadi....pondan

Hahaha

Hampeh betoi la...lawak kisah tu.
UL yg selalu diceritakan bila masuk asrama sekolah ka...
Kisah budak sekolah mati kpla putus lena kipas
Guard mai ronda mlm2 lalu kot tingkap di tingkat 3-4
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap kali nak exam..mesti ada kejadian misteri atau mistik.

Paling geram...masa zmn u...time tu hp 3310 tgh femes.dpt mesej.
Mesej minta tolong, tolong buka kan tali kain kapan, sbb ketat sgt. Ni ada kat sebelah tingkap ni..bukak la..tolong.

( mesej full dah tak ingt).. mggu exam kan..ramai la stay up . Dgr la jeritan2 keriuhan di kala hening mlm.....
Ketua floor..ketua block pakat mai la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fennec at 4-7-2019 01:03 AM

Cerita pasal mahluk yg makan org kat highway Karak tu ada banyak versi. Versi yg aku percaya ialah...Mahluk yg sebenar tu bentuk fizikalnya seperti Gorila atau Cimpanzee. Mahluk ni tidak terbang tp cuma berjalan di atas tanah spt biasa dan boleh memanjat dan tinggal kat atas pokok (pokok2 yg betul2 bersaiz besar sbb badanya yg besar dan berat) So mahluk tsbt apakah ianya Bigfoot?..Yg kita panggil Mawas.
Klu ikut logik Mungkin ya sbb Cimpanzee mmg makan daging, iaitu makan monyet dari spesis yg lain dan...Canibal! Cimpanzee makan Cimpanzee sendiri. Dan bahagian yg paling digemari olh Cimpanzee utk dimakan ialah kepala mangsanya tu!  
So rasa mcm ada persamaan dgn kisah kat Karak tu. Pasti pd masa tu ada sejenis mahluk yg seakan Cimpanzee (yg kita panggil mawas) yg bersaiz besar yg kebetulan pd masa tu keluar mencari makan sbb kelaparan sgt2 dgn lelaki itu yg menjadi mangsanya.
Khabarnya selepas kejadian tu, beberapa pasukan askar/tentera darat telah dihantar ke hutan tersebut yg misi khas mereka hanya utk memburu mahluk tu. Tp tak tau apa kesudahan cerita ni dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 01:39 PM | Show all posts
UL - RUMAH SEWA SEKSYEN 2 SHAH ALAM

1. Kisah  5 budak uitm sewa rumah banglo depan dengan wet world shah alam, teruk kene kacau sampai tinggal kan rumah tu dengan barang2 diaorg sekali,, dengar2 rumah tu masih ada lagi. kisah nie agak femes jugak dikalangan budak2 uitm shah alam.

2. Kejadian nie berlaku dekat member sendiri,, time exam (hantu memang suka kacau student study ek) last paper diaorg nie bergelak2 sakan,, blok yg diaorg nie menghadap hutan,, bese la time exam kalau time kul 12 tgh malam tu macam kul 8 malam meriah nya,, nak jadi cerita masa diaorg tgh gelak2 tu,, diaorg dgr org mengilai,, member terus baca surah yassin tapi benda tu ikut baca sekali,, diaorg tak tido sampai pkul 5 pagi sbb benda tu kacau diaorg.. Kejadian berlaku di Poli di negeri perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar dulu orang cerita kununnya keturunan laksamana (tak ingat nama) tak boleh seberang sungai Kota Tinggi. Kalau seberang gak nanti muntah darah.

Betul ke tak tu, tak pasti. Sepanjang tinggal kat sana dulu, tak pernah nampak orang muntah darah pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 31-5-2019 05:27 AM
Urban legend bukit melawati.

Tangga bukit melawati kuala selangor bekas kubu sultan ibrahim moyan ...

Tangga bukit melawati yang belah mana ye? Sebab ada beberapa tangga kat area Bukit Melawati Kuala Selangor tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kutaq replied at 4-7-2019 04:17 PM
Tangga bukit melawati yang belah mana ye? Sebab ada beberapa tangga kat area Bukit Melawati Kuala  ...

Depan rumah lama dorang buat shooting cite mokhsin
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 4-7-2019 04:57 PM
Depan rumah lama dorang buat shooting cite mokhsin

Tq. Kalau rajin nak pegi tengok tangga tu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kutaq replied at 4-7-2019 04:07 PM
Pernah dengar dulu orang cerita kununnya keturunan laksamana (tak ingat nama) tak boleh seberang sun ...

Megat seri Rama @ Laksaman Bentan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2019 02:12 AM
Megat seri Rama @ Laksaman Bentan

Thanks u..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.094319 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list