CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: my-alja

glamour ke duduk obersee?

[Copy link]
Post time 30-4-2008 04:29 AM | Show all posts
ala masyarakat kitaa selalu jerk suka glamour bebenda nih..

anak ko tinggal mana???
anak ku tinggal   di londong.....

dah lama ko tinggal di us cik ezlyn?
sana bebarang murah ker??
nilai us dollar turun tp harga di pasaran tak der nampak turunnya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 04:48 AM | Show all posts

Reply #321 ahkim1's post

aku bukan kat us daa, berjiran jer

aku duk tempat tak glemer, so sajerla nak sebut tempat-tempat glemer kat us.

tak tahulah glemer ker tak, kena tanya mak ayah aku kot, apa rasanya bila org tanya anak duk kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:20 AM | Show all posts

Reply #320 eyzlyn's post

WHAT DID U SAY LYN? glemor aku and kids gi sana sini orang kenal? Sapa kenai eh? Ada la 2,3 orang forum ni yg terserempak tu tapi derang tak tegur tuh...dasyat tul. Ish, tak leh juga ni duk pos gambar nih. tapi sesekali datang sini, tangan gatai.

Duk kampong ni glemor apa Lyn? Hehari gayanya macam orang gaji je. Pagi petang jadi drebar, tukang kemas rumah, tukang kebun. Kulit terbakar hitam merelit sekarang memang nampak cam orang gaji Indon.

[ Last edited by  belanga at 30-4-2008 08:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:26 AM | Show all posts
kalau di Malaysia ni, bila orang sebut seseorang tu glemour, biasanya ditujukan kepada artis2 berbakat (dan tidak berbakat )yg di kenali dan dipuja ramai orang. Ramai orang tak faham apa maksud glemour yg sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:29 AM | Show all posts

Reply #322 eyzlyn's post

Rasanya orang tua kita tak lah rasa glemor tetapi rasa bangga dan bersyukur kerana anak dia berjaya dalam hidup, belajar sampai ke peringkat tinggi, sampai ke luar negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:40 AM | Show all posts

Reply #306 Calim閞o's post

KAK DUK KT QATAR YERK? BEST KE QATAR? NAK PI BLN JUN.. JUMPA MY PARENTS...APE JE ADE KAT SANA?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 30-4-2008 08:29 AM
Rasanya orang tua kita tak lah rasa glemor tetapi rasa bangga dan bersyukur kerana anak dia berjaya dalam hidup, belajar sampai ke peringkat tinggi, sampai ke luar negeri.

haa yg ni betui...sbb nazha pun tak penah g obc, so beruntungla sesapa yg dpt g, siap menetap bagai lagi..tu la pandangan kita dok obc glamer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:48 AM | Show all posts
alamak tak nampak pulak post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #319 nmc2004's post

nmc, sementara tunggu Sarah Jane datang aku nak cerita sikit hal  anak aku sebagai anak mixed kat Mesia ni. Hang tentu interested tentang pengalaman dia di sekolah sebab anak hang pun mixed juga.

Di sekolah, ramai cikgu dan murid2 lain sebut dia sebagai 'Mat Salleh' --she hates it. She complains to me several times,' I have a name. Why can't people accept me as a person. why do they always look at me as Orang Putih, not Aida" dengan linangan air mata berderai2.

All I could say was," You should not let it bother you so much. What's wrong with being Orang Putih? Daddy is Orang Putih and he's a great person. So are you. I'm very proud of you and you should too."

She  once said," I know I'm half white but can't they just not look at my race? I'm a Malay too and a person just like them. Why do they always want to see the difference in people, not the common things we all share." "They hurt my feelings.'

Boo memang sensitive. Air mata pun mudah jatuh.

Satu incident yg.  bagi aku memang tak baik. Aku sepatutnya laporkan kepada guru bukan untuk kenakan bebudak ni tetapi supaya guru dapat terangkan kan kepada murid2  tentang budak2 mixed ni dan  cuba jangan lukakan hati mereka,jaga  hati orang lain serta "JANGAN RACIST"

Sewaktu persediaan untuk maulud nabi kawan2 dia kata,"hang tak boleh masuk selawat nabi sebab hang bukan Melayu" . Maka menangislah anakku sengsorang di bilik air. Budak2 ni bukan budak jahat, malah kawan2 Boo. Cuma mereka sangat ignorant.

Sedih ya, masyarakat kita kurang sensitive kepada perasaan orang lain. Entah bila mereka nak sedar. Hairan, guru2 pun cam tu....cemana murid nak sedar?

Sebenarnya Boo disukai ramai di sekolah dan banyak kawan2 yg suka mengikut dia macam anak ayam ikut ibu . Mereka ni bukan berniat nak lukakan hati dia tetapi disebabkan tak diajar /dilatih menghormati dan jaga hati orang, tu lah jadinya.

[ Last edited by  belanga at 1-5-2008 09:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:10 AM | Show all posts
Awang pula bailk sekolah menangis beritahu kawan kata dia bukan Islam. Dia kata, semasa di kantin, dia angkat tangan baca doa sebelum nak makan. Kawan dia tepis tangan dan kata" You are not a Moslem" Dia angkat tangan lagi nak baca doa, kawan tu tepis lagi. Akhirnya seharian di sekolah tak makan.

Akun suruh dia cakap kat budak tu yg dia Islam . Selepas tu tak ada masalah lagi. Yg nak tergelaknya aku rasa budak India ni ingat Awang satu geng dgn dia la kut Kristian sebab masa tu Awang tak cakap langsung dengan budak Melayu (cikgu dia kata) sebab dia tak reti cakap Melayu. Dia hanya cakap dengan budak2 India sebab derang ni berbahasa Inggeris. Agaknya budak ni nak tolong Awang takut murtad dari Kristian la kut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:32 AM | Show all posts
sory la belanga, saya suka baca cerita2 hang...

ni nak sampok sikit, memang la budak2 kampong ni jarang dapat tgk budak2 yg lain macam sikit, tetiba tgk anak hang mcm mat saleh mesti la depa heran, ada yg syok nak kawan pasai rasa bangga.. tapi ramai  budak2 yg tak faham, bagi depa org melayu ni hanya warna kulit macam depa ja, warna kalau dah putih tu bg depa bukan melayu bukan islam...depa tak tau sebenarnya, depa tak diajar..
mestilah anak2 hang rasa sedih bila dibeza2kan... saya dulu comot kat sekolah  sapa pun tak mau kawan, tapi budak yg kaya dan lawa memang ramai kawan, sampai yg sanggup jadi kuli pun ada, asal turun kereta, ada la kwn2 yg tulung ambik beg hantaq pi kelas... masa kecik dulu pun saya dah tau perbezaan kaya miskin, cantik hodoh...
anak2 hang tak salah...... hang patut bagitau cikgu supaya bagitau tentang status anak hang... agama, bangsa, agar budak2 tak pandang serong kat Awang dan Boo.. takut bila depa rasa sedih, depa tak dak semangat nak belajar.......tapi anak2 hang bijak mcm hang kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #323 belanga's post

glemer la tuh. pergi sana sini org kenal, mcm celebriti gitu

btw, sekali sekala bertukar angin duk kat kampung syiok jugak. pengalaman tuh. relax, tak payah susah payah kerja.. best apa

miss kampung MIL
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 06:37 PM | Show all posts

Reply #329 belanga's post

benda nih terjadi kernaa..
negara mesia tak ramai pendatang  yang berwana warni asal keturunan nyaa..
kesesuaian memakan masa yang lama..

cam kat eriopah gaks..
ketika memula pndatang kuliit hitam datang ke negara kulit putih..
hal yang sama terjadi...
tp sekarang akak belanga..  dah tak menjadi berapa masalah...
toleh kiri toleh kanan ramai yang gelaaaaap

[ Last edited by  ahkim1 at 30-4-2008 06:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #331 mentollica's post

soal hairan tak jadi hal. memang perkara yg jarang kita tenguk menjadi perhatian. cuma yg tak baiknya bila orang tidak fikirkan perasaan orang lain. kenapa masyarakat kita tidak peka kepada hal2 yg sebegini. bukankah 'rude' refer kepada seseorang sebagai bangsa, tidak nama? Bagaimana perasaan kita jika orang panggil kita'Melayu!'  " Tu Melayu tu ......

Pelik kanak2 tidak diajar menjaga hati kawan. guru2 pun ada yg tidak perihatin tentang perasaan murid. Pengalaman saya, anak2 Mat salleh diajar menghormati dan menjaga hati kawan. Soal bangsa tak pernah timbul di sekolah anak saya.

Soal kaya miskin ni pun menjadi masalah juga di kalangan kanak2 sekolah. Boo kata ada kawan dia tak bagi orang lain berkawan dengan sorang yg. lain kerana "dia huduh dan miskin" . tapi Boo kawan juga dengan budak tu. Nasib baiklah anak2 aku tak memandang harta dan warna kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 09:35 PM | Show all posts

Reply #333 ahkim1's post

ini bukan masalah kesesuaian. Ini masalah biadap. Maaf bahasa saya kasar tetapi itulah hakikatnya. Saya tak kisah orang nak perhati kami, ke, nak apa ke....tetapi kalau tegur dengan teguran yg menyakitkan...itu biadap namanya.

Contoh," Ni anak angkat ka? "  kalau dah curious sangat pun dan tak malu nak ambil tahu hal orang lain(stranger) tak boleh ke tanya dengan ayat yg. tidak menyakitkan?
Susah sangat ke nak kata, " Ni anak cik ke?"

Setakat hati aku sendiri aku tak kisah. Aku orang tua dah kebal dengan kebiadapan manusia . Tetapi ini hati kanak2. Tentu mereka sedih bila orang nyatakan secara terangan yg mereka sangka mereka bukan anak ibu kandungnya.

Biasa th. lepas aku masuk kedai nak pilih baju Melayu. Hanya aku dan suami. Ada ke patut, sales girl ni kata," boyfriend u dari mana?" Kalau aku ni jenis panas baran, dah ku tumbuk perempuan celupar itu. Tak tenguk ke muka aku? Tua ke muda? Seolah2 seperti mengata aku perempuan gatai, tua2 bawa boyfriend atau ikut Mat Salleh macam pelacur Siam. Kalau tak pasti  siapa, tapi nak sibuk tanya, tak boleh ke buat ayat yg. tidak menyakitkan? Kalau tanya," Itu siapa, dari mana?" tak ke manis dan sopan?

Ini bukan perkara perlu masa untuk sesuaikan diri dengan perkara baru atau perkara yg jarang berlaku. Ini perkara kurang adap di kalangan masyarakat kita. Cakap main hentam, tak fikir hati orang. BODOH! BIADAP!

Maaf,Ahkim, Kak Cik lepas geram kat kamu. Terpaksalah kamu dengar.  aku duk geram lama dah kat manusia jenis ni.

Kamu di mana? Selamat berkenalan

[ Last edited by  belanga at 30-4-2008 09:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by nmc2004 at 29-4-2008 06:16 PM
Hi sarah,

wow, it sounds like fun to be yourself. So, where were you born? It seems that you were not born in Malaysia as you mentioned anak mat salleh coming home. You must have loved all of  ...


Hi Nmc,

Yes I mix .My Mom malay from Kedah,Malaysia and my dad from west london.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 06:48 AM | Show all posts

Reply #336 sarah_jane09's post

wahhhh ... mesti lawa nih ... anak mix ...

cite aaa sket mcm nmc tanya tu ... experience jadi anak mix nih ...

selalu imagine mcm famous n glamer jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 06:55 AM | Show all posts

Reply #335 belanga's post

mak belanga,

couldn't disagree with u ...

memang dah mcm jadi mentaliti to ask bende2 yg negatif .. instead of putting it on positive way. aku pun, kdg2, terikut gak. tapi, dok kena tanam dlm kepala, tanya hat positif ... kan elok mcm tu .. lagi manis & nampak la pakai akai before tanya

pasaipa tau, keadaan sekeliling dah bentukkan, kalau kepochi, mesti ingat hat yg tak elok je .. tak penah pikir yg bende tu, boleh jadi mcm lain.

anyway, aku envy dgn anak2 hang. kecik2 lagi dah expose dgn mcm2 pengalaman. hang tau dak (mungkin hang dah tau, tapi aku baru tau), ada kajian tau, anak2 third world country ni (expatrate or grow up in different country ler), bila besaq, they will excel and easily adapt to be expatriate jugak!

- yg tak penah bermastautin di obersi, so, tak layak jwp soalan tajuk thread ni -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:17 AM | Show all posts
meh tgk perbezaan dgn anak pure melayu dgn anak mix omputih



aku rasa mcm pernah tampal gambar ni dulu-dulu, masa baru balik dr malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #331 mentollica's post

Mentol. Anak2 aku ni taklah putih macam Mat Salleh sangat. Warna kulit mix la....la ni main panas, depa gelap sikit. Budak2 kat sekolah anak aku ni bukan budak2 kampong, jauh sekali budak ulu.

Dalam kelas Boo dia kata dia sorang saja tinggal di kampong. Lain semua duk di taman. Sekolah ni kira sekolah cemerlang di sini. Ramai anak2 orang berpendidikan tinggi. Doktor, usahawan besar pun ada.  Yg tahap miskin dapat bantuan makanan pun ada. Campur2 aku suka macam ni.

Sengaja aku tak hantar sekolah kat kampong aku ni sebab tak mau nanti bebudak ni terlalu berbeza dari orang lain. Dan di sini semua Melayu. Sekolah sekarang, majority Melayu dan ada China, India, Serani, Siam, mixed children. Tapi mix orang putih ni anak2 aku saja. China tak ramai sebab dekat dengansekolah China, jadi budak China pi sekolah China.

Kawan2 rapat Boo ada Melayu, India(murid yg dihina katanya miskin danhuduh), Siam dan mix India dan Iban. Aku suka ni integrasi kaum. Minggu lepas aku tolong hantar budak Siam balik rumah 3 hari mak dia outstation. Minggu sebelum tu Boo ikut kawan India/ Iban balik rumah dia depa study sekali. Mak iban tu belanja depa nasi mamak.

Hang jangan ingat perkara2 kurang adap tak perihatin ni hanya di kalangan budak kampong. Tidak. Satu incident, anak doktor budak darjah 6 ,terbagi jatuh budak darjah satu sampai budak kecik tu m/c 3 hari lekat parut di tangan.

Budak besar gemuk ni tak tolong angkat budak kecik tu dari longkang dah sepasal, bila mak budak kecik tanya dia cemana kejadian, dengan sombongnya dia jawab," Not my fault!" Macam lah makcik ni dah tuduh kata dia salah. Orang baru tanya situasi kejadian. memacam lagilah alasan. Tak minta maaf dan tak mengaku sampai akhir. Cakap kasar dan kurang ajar dengan orang tua...speaking pula tu dengan makcik Melayu. ni ....ceh!  

Kalau anak terdidik, diia akan hormat kepada orang tua dan cakap, "maaf makcik, saya tak sengaja". Habis cerita. Dan sewaktu kejadian, dia sepatutnya tolong angkat budak kecik tu, bawa pergi jumpa cikgu. Balik rumah beritahu mak/bapa apa jadi supaya mak boleh hubungi mak budak yg jatuh atau guru bertanya khabar. Kalau perlu minta maaf. Di mana sifat kasihan kepada orang yg lebih kecil dan lemah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.184839 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list