|
Buku yg tak suke + menyesal beli
hem... sri pun dah beli buku Cik Siti Rosmizah tu, tapi... baru beberapa muka surat baca.
eh sory, tak bagi salam dah menyampuk. saya orang baru, baru ini join sembang. sebelum ni cuma masuk baca je. best juga kat sini.
hai kengkawan, harap terimalah sri sebagai kawan baru. terima kasih.![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Buku yg tak suke + menyesal beli
hai. sri baru mencuba nulis sesikit kat sini. harap kengkawan sudi nerima sri sebagai kawan baru ek? assalamualaikum.
nak komen sikit pasal novel Cik Siti Rosmizah tu. sri dah beli dah novel ke dua dia tu tapi belum habis baca, baru beberapa muka surat. nanti kalau dah habis baca sri komen kat sini. bye....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
buku tak best "Bila Nysrah Kata Tak Mahu"...
menyesal giller beli.. x best langsung...:@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #314 kubakoya\ catat
kubakoya, patut cuba buku PTS.
penggunaan bahasa melayu tinggi ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa melayu tinggi tu macam? kembang lihat bahasanya sama saja dengan buku-buku keluaran terbitan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #325 mardhiah12\ catat
InsyaAllah. Sy ada beli Salju Sakinah (PTS milenia). Mungkin berharap ia sekuat Ayat2 Cinta menyebabkan ada sedikit kekeciwaan. Bahkan, saya lihat melambak2 di pasaran sekarang novel 'rentetan' AAC yang guna cover muslimah berpurdah.
Bahasa cuma alat. Membaca saya perlukan isi. Mencangkul tanah kosong tiada guna kalau tiada benihnya bukan?
Bagi saya, sebuah novel tidak boleh mengambil masa saya lebih 3 jam untuk 3 hari. Sebab ia seperti tonton tv, entertainment. Buku sigaraning (Imaen) sy habiskan dlm masa 3 jam sehari untuk 2 hari sahaja.
Tetapi kalau buku ilmiah, pembacaan perlu teliti dan sungguh-sungguh. Alhamdulillah setakat ini buku-buku ilmiah tidak pernah membuat saya jemu. |
|
|
|
|
|
|
|
saya kira kubakoya mahu mencari satu kelainan, dengan lambakan novel di pasaran. saya pun ada pilihan pembacaan yang saya buat, bukan smua novel saya akan baca walaupun sesetengahnya ada penulis tersohor di malaysia. saya pilih PTS sebab saya suka baca novel PTS dan karya non fiction dia. tambah lagi pembacaan di website pn ainon, universitipts.com, berjaya menarik minat saya. saya suka penulisan beliau ttg teknik surah yusuf
bukan saya tolak terbitan lain..acuan terbaik datang dari penulis yang baik. saya tidak meminggirkan penulis yang bernaung dia bawah penerbitan lain, macam faisal tehrani, nisah hj haron, imaen, john norafizan, ramlee awang murshid. mungkin taste saya berbeza dari orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #327 kubakoya\ catat
mengharap zaid akhtar menjadi memberi seperti habiburrahman adalah keterlaluan. tak adil utk ustaz zaid. setiap pengarang yg baik adalah berbeza, kalau sama dengan orang lain tak gunalah dia jadi pengarang.
kalau mengharap ketika cinta bertasbih seperti ayat2 cinta, atau salju sakinah seperti sesegar nailofar itu lebih adil sebab perbandingan adalah dengan penulis yg sama.
pembaca novel ada bnyk jenis, ada yg menikmati cerita dan emosinya, ada yg menikmati fikiran dan falsafahnya, tak kurang yang menikmati bahasanya. susah nak terangkan bagaimana rasanya nikmat menikmati sastera, masa itu, bahasa bukan lagi alat, bahasa ialah seni.
sy pon tak paham bagaimana org menikmati lukisan2 seni - lihat corat coret saja terpacul falsafah. jadi saya faham kenapa ramai org tak dapat menikmati seninya bahasa dalam karya sastera
saya setuju dgn kubakoya, teknik membaca buku ilmiah dgn karya kreatif tak sama. walaupon begitu, jika saya menikmati satu naskah novel sastera, saya juga baca dengan teliti, saya menikmati setiap ayatnya, malah kadang2 ulang baca sesuatu ayat atau perenggan beberapa kali - haha.. ini mmg susah nak gambarkan . dan jangan terperanjat kalau ada begitu bnyk ilmu dapat dikorek dari satu naskah sastera yang bagus. cuma ia tidak diluncurkan secara langsung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KembangPagi at 8-6-2009 12:39 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
bahasa melayu tinggi tu macam? kembang lihat bahasanya sama saja dengan buku-buku keluaran terbitan lain.
sefaham saya....bahasa melayu tinggi tuh bermaksud bahasa yang digunakan dalam novel2 tu diluar dari kelompok novel2 biasa kita baca.
contohnya... bila baca novel alaf...kita buleh tau dah bunga bahasa yang diguna. mungkin RAM salah seorang penulis alaf yang menulis dengan tidak menggunakan bunga bahasa alaf yang lain.
kalau salah tolong betulkan ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KembangPagi at 8-6-2009 12:39 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
bahasa melayu tinggi tu macam? kembang lihat bahasanya sama saja dengan buku-buku keluaran terbitan lain.
hmmm...aku pun nak tau gak ni dari sisi mana ye yg dikategorikan bahasa melayu tu masuk kumpulan kelas tinggi ker rendah ek...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ini contoh tatabahasa penggunaan bahasa melayu tinggi
dipetik dari blog pn ainon (http://universitipts.com)
Bahasa Melayu Tinggi:
Saya tengah sibuk. (SALAH)
Saya sedang sibuk. (BETUL)
Dia tengah mengajar anaknya mengaji. (SALAH)
Dia sedang mengajar anaknya mengaji. (BETUL)
Perkataan 'tengah' bermakna tempat, seperti 'di tengah padang bola'.
Saya tinggal di Kuala Terengganu. (BETUL)
Saya tinggal dekat Kuala Terengganu. (SALAH)
Makna 'dekat' adalah 'hampir', 'tidak jauh'.
Khutbah Jumaat PTS: Surah Yusuf dan Bahasa Budak
Faktor yang membedakan novel sastera daripada buku cerita budak-budak adalah gaya bahasanya. Bahasa percakapan kanak-kanak disebut dengan istilah 'infantile language' ataupun 'bahasa budak'.
Dalam dunia sebenar, orang dewasa yang normal perkembangan psikologinya tidak bercakap menggunakan bahasa budak. Jadi, kalau ada orang dewasa yang bercakap menggunakan bahasa budak, perkembangan mental dan psikologi orang itu dikatakan tidak normal.
Penggunaan bahasa budak dalam karya sastera mencipta kesan negatif ke atas mutu susastera sesuatu karya. Apabila dialog watak-watak budak dituliskan menggunakan bahasa budak, automatis karya itu menjadi buku cerita budak-budak, bukan novel yang bertaraf karya sastera.
Di kalangan artis-artis Melayu, penggunaan infantile language adalah amat meluas. Ada artis-artis perempuan yang sudah mempunyai anak remaja, usianya sudah hampir 50 tahun tetapi masih bercakap di depan kamera TV menggunakan infantile language.
Apabila individu-individu dewasa bercakap menggunakan infantile language tingkah laku itu menyebabkan diri mereka dilihat dan didengar sebagai individu yang tidak matang dan tidak berupaya bercakap sebagai seorang yang berdaya intelek tinggi.
Dalam surah Yusuf, semasa Nabi Yusuf masih kecil, setiap dialog antara Nabi Yusuf dengan ayahnya, Nabi Yaakub, dituliskan menggunakan bahasa Arab yang amat tinggi dan indah. Ertinya, Quran memberikan prinsip penulisan yang betul bagi menghasilkan karya yang bermutu sastera, yakni bagi semua dialog, tanpa ada sebarang kekecualian, hendaklah dituliskan menggunakan Bahasa Tinggi.
Surah Yusuf dan Perkataan KontotAllah maha tahu mekanika bagaimana seharusnya sesebuah karya nan indah itu dihasilkan.
Ditinjau dari satu sudut, Al-Quran itu adalah sebuah buku manual penulisan.
Dalam seluruh al-Quran, bukan hanya dalam surah Yusuf,Allah tidak menggunakan perkatan kontot. Justeru, dari satu sisi,bahasa yang indah itu adalah bahasa yang tidak menggunakanperkataan-perkataan kontot.
Dalam al-Quran, bukan hanya dialogwatak yang baik-baik, seperti para nabi, yang tidak menggunakanperkataan kontot, malah dialog watak-watak jahat, seperti syaitan danfiraun pun, tidak menggunakan perkataan kontot.
Penggunaanperkataan kontot menurunkan mutu bahasa. Justeru, novel-novel yangmenggunakan perkataan kontot turun mutu keindahan sasteranya, sehinggastatusnya jatuh daripada 'novel sastera' kepada 'novel popular' sahaja.
Novel yang bermutu 'sastera' dapat bertahan lama dalam pasaran, yakni evergreen, manakala novel popular tidak.
Gantikan perkataan kontot dengan perkataan lengkap.
ni (SALAH) = ini (BETUL)
tu (SALAH) = itu (BETUL)
je (SALAH) = sahaja (BETUL)
aje (SALAH) = sahaja (BETUL)
saja (SALAH) = sahaja (BETUL)
nak (SALAH) = hendak (BETUL)
tak (SALAH) = tidak (BETUL)
tapi (SALAH) = tetapi (BETUL)
dah (SALAH) = sudah (BETUL)
kan (Dia baik, kan?) (SALAH) = (Dia baik, bukan?) (BETUL)
ke? (“Betul ke?”) (SALAH) = (“Betulkah?”) (BETUL) |
|
|
|
|
|
|
|
belajar bahasa
waduh... panas nih? bagus juga di sini, boleh belajar bahasa. Ya, memang bahasa Melayu adalah bahasa kita, tapi perbendaharaan bahasa itu perlu dipelajari. Memang sri pun suka baca novel2 yang mengguna bahasa yang baik. Tapi kalau baca novel2 keluaran alaf, bahasa sesuka hati, kan? alamak, sorry............ penulis semua mintak maaf banyak2. sebagai kawan baru, saya terlajak kacap. sorry kru alaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Buku yg inang nyesal beli Dewi Cinta..kalau tak salah
terbitan fajar pakeer kot..ingatkan best sbb masa tu kat popular
buat offer utk member..bercinta nak abis..
tp dh beli, kena la abiskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #333 sri_andalas\ catat
rasanya dulu sy pernah terbaca tentang bahasa ni kat sini...
umum yang kita nampak, perniagaan menjual kisah dan cerita yang dijilid ini terbahagi kepada dua iaitu novel sastera dan novel popular...
rasanya pembeli sudah sedia maklum akan penggunaan bahasa yang bagaimana digunapakai dalam novel sastera dan novel popular... pilihan ditangan anda semua
/me - tak suka belajar tatabahasa sebab bagi sy ia tidak memberi kebebasan pada sy untuk meluahkan apa yang saya nak...apapun sy tetap suka menulis, guna 'bahasa' saya sendiri... ampun!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #332 mardhiah12\ catat
Apabila kita berbicara tentang bahasa dan peranannya dalam kesusasteraan melayu tanahair; tidak kiralah dari sudut sastera tulen atau sastera moden ia seperti kaitan antara irama dan lagu. Kata sepakat antara bahasa dan sastera akan mampu membina satu set pemikiran dan kreativiti kearah pembinaan modal insan yang mampan demi jatidiri anak bangsa melayu tentang sejarah peradaban bahasa ibunda nan tercinta ini.
Bahasa Melayu sememangnya sangat unik, justeru itu tidak hairanlah ia menjadi lingua franca di pelusuk Nusantara dan mempunyai nilai sastera dan budaya yang tinggi. Jadi tidak perlulah kita mengeklasifikasikannya, mengkelaskannya atau mengkelompokkannya dengan tangga tinggi rendah tanpa terlebih dahulu memahami keunikan yang terkandung pada bahasa melayu ini. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu yang sewajarnya diambilkira.
Jika bercakap soal tatabahasa dan hukum tatabahasa ia sebenarnya membicarakan soal linguistik. Linguistik membicarakan soal penggunaan bahasa atau kajian ilmu bahasa yang digunakan oleh para penuturnya. Ia menyentuh soal fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik yang diaplikasikan dalam ungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidang seperti dalam pentadbiran, agama, budaya juga dalam hasil-hasil penulisan karya sastera dan pengaruhnya dalam pemikiran, falsafah dan perkembangan intelektual tamadun bangsa yang berkenaan. Kajian linguistik menjelajah zaman bahasa itu lahir. Jika dilihat dari persepektif perkembangan bahasa melayu tanahair kita, kita sudah melepasi lima zaman:
a. Zaman bahasa Melayu purba.
b. Zaman bahasa Melayu kuno.
c. Zaman bahasa Melayu klasik.
d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dan
e. Zaman bahasa Melayu moden.
Dan uniknya bahasa melayu ini dari sudut sastera, penulis diberi kekecualian, bahasa dalam sastera yang dipelopori mereka boleh bercerita tentang zaman bahasa itu dituturkan. Kita sekarang ini berada di zaman bahasa melayu moden maka kewujudan istilah-istilah baru yang digunapakai didalam penulisan karya penulis-penulis sastera tanahair adalah bukti perkembangan bahasa itu sendiri namun tidak akan sedikitpun mencacatkan nilai keindahan yang terkandung didalam bahasa itu juga ketinggian martabat bahasa itu. Bahasa akan tetap dijunjung walau dimana kita berada!
Penggunaan bahasa kontot yang anda sentuh ini terlalu asas dan banyak pengecualian yang boleh menidakkan hukum yang dibentangkan. Adakah dengan hanya mengaplikasikan penggunaan singkatan perkataan ini nilai seni sesebuah hasil karya sastera sudah turun pangkatnya?...ironi sungguh!..janganlah menghukum tanpa melihat situasi dimana ia digunapakai. Saya ambil satu contoh perkataan yang anda bawa dalam perbincangan:
?("Betul ke?") (SALAH) = ("Betulkah?") (BETUL).
Kalau diikut hukum bahasa, betulkah itu pun sebenarnya salah, sebab kata KAH hanya digunakan untuk 'kata tanya sahaja' dan KATA TANYA dalam sistem bahasa melayu cuma ada enam sahaja yakni:
1. bilakah,
2. bagaimanakah,
3. siapakah,
4. di manakah,
5. apakah,
6. mengapakah.
Akan tetapi kita guna juga perkataan lain untuk membentuk kata tanya bukan, tidak logiklah jikalau kita langsung tidak boleh menggunakan kata tanya selain dari yang disenarai tadi, contohnya mungkinkah?. Jika anda semak, tidak semua buku-buku dari penerbitan ini mematuhi hukum yang diperkatakan ini. Tidak percaya, cuba balik dan semak betul-betul ye...
Perkataan 'tak', 'dah' ada terkandung didalam kamus dewan maknanya perkataan tu boleh digunapakai di dalam naskhah penulisan para penulis. Kalau hendak menggunakan 100% bahasa standard seperti yang disenaraikan maka kita perlulah mengikut kamus pelajar, bukan kamus dewan...tidak begitu?.
Jika anda menyatakan buku-buku dari penerbitan syarikat ini sahaja yang betul-betul mengandungi bahasa tinggi, anda sebenarnya telah menguris hati para penerbit lain yang juga sama-sama berikrar memperjuangkan bahasa di dalam penghasilan karya-karya mereka dan meletakkan bahasa itu ke mercu yang menjadi kebanggaan kita, bangsa melayu!
Kalau ingin mencari tempat mandi
yang pertama teluk yang kedua pantai
Hati-hatilah tika menggunakan diksi
Tersalah tutur, diri pula yang terantai...
Wassalam.
(Nota : terima kasih banyak pada kakak2 pakar bahasa yang memberi idea dan ilmu didalam catatan saya ini...)
[ Last edited by aprilsnow at 11-6-2009 16:36 ] |
|
|
|
|
|
|
|
belajar bahasa
kenyataan kakak mardhiah12 dan kakak aprilsnow dua2 pun betul... tak perlu berselisih faham. bagus ada betul membetulkan. yg tak tahu akan boleh belajar, yang dah tahu blh mengajar. kenyataan ke dua2 kakak ni membawa manfaat yang serupa. bahasa kan jiwa bangsa? tak gitu kawan2?![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #337 sri_andalas\ catat
betul 3x.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
buku novel yg sri paling nyesal beli.... kisah kaseh (alaf) dengan kau tetap di hatiku (creaak). ya allah, rasa nak mintak balik duit. membacanya langsung tak bagi sri apa-apa emosi. asik watak je yang sedih, yang nangis, sri? mencebik meluat. letih! ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mardhiah12 at 10-6-2009 10:00 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
ini contoh tatabahasa penggunaan bahasa melayu tinggi
dipetik dari blog pn ainon (http://universitipts.com)
Bahasa Melayu Tinggi:
Saya tengah sibuk. (SALAH)
Saya sedang sibuk. (BETUL)
...
Kebanyakkan yang digunakan oleh PTS adalah bertentangan daripada standard Dewan Bahasa sendiri. saya sendiri pun tak faham kenapa PTS tidak guna standard dewan bahasa. Hampir salah sebahagiannya kalau diteliti betul-betul. Saya tak pasti standard mana yang mereka pakai.
Penulisan dan gaya bahasa antara novel dengan buku-buku Ilmiah sangat berbeza. Jika bahasa melayu yang didakwa berstandard tinggi ini memang sangat wajar dalam buku-buku non fiksyen. Sekiranya bahasa yang didakwa sebagai bahasa melayu tinggi yang contohnya diberikan ini digunakan dalam penulisan novel, bagaimana agaknya keindahan seni berbahasa dapat dinikmati? Mungkinkah berkembang bunga-bunga bahasa yang indah menawan dalam karya sastera sama ada karya serius mahupun pop jika menggunakan BMT ini?
Sebab itulah banyak novel-novel keluaran PTS terutama penulis tempatan yang belum 'bernama' menjadi kaku kejang bahasanya. Penulis gagal mendapat kebebasan bermain bahasa! Ada beberapa novel PTS yang menyesal saya beli. Tak perlu disebutkan novel apa. Kesian penulisnya.
Saya lebih senang dan puas membaca dan menikmati bunga-bunga bahasa novel dari penerbit-penerbit lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|