CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 18-10-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 17-10-2008 07:25 PM



subadron aziz bila bila ada lawan bola mesti bawak salwa...
dan bila sekor gol mesti dia jeling2...tengok arah bini dia......



oooOOOOooo bromatt nampak pulak mata dia jeling2 ye...

kelakar ajer --  saya tak berapa tahu sangat pasal subadron aziz itu -
pernah dengar nama dia  -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 18-10-2008 12:19 AM



oooOOOOooo bromatt nampak pulak mata dia jeling2 ye...

kelakar ajer --  saya tak berapa tahu sangat pasal subadron aziz itu -
pernah dengar nama dia  -


siape pergi stadium tau ler..
kalau tv tangkap gambar subadron aziz dan lepas tu kemera fokus pulak kak bini dia...
tengah lambai2....senyum sampei ke telinga...
tak caya tanya salwa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 18-10-2008 08:17 AM


siape pergi stadium tau ler..
kalau tv tangkap gambar subadron aziz dan lepas tu kemera fokus pulak kak bini dia...
tengah lambai2....senyum sampei ke telinga...
tak caya tanya salwa...



offtopic jap -
hari tu buka radio - KLKL - kenangan lalu kuala lumpur
KLFM punya radio -

ada dengar lagu salwa abd rahman -
tajuk cubit cubit sayang -
sorry to say - tapi suara dia macam kambing aje
lagu tu ala ala dangdut gedik -  geli sikit

mungkin masa zaman dia rakam tu lagu tu top #1 for 10 minggu
-- zaman dia popular dulu la kot - entah bila sebab tak pernah
tahu sangat pasal dia -

btw - apa subadron aziz tu buat sekarang -
ada bergiat dalam soccer lagi ke -
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:31 PM | Show all posts

Reply #320 dexa's post

Mana ada W
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 18-10-2008 12:31 PM
Mana ada W


Mana ada Wong Hung Nung kat situ , itu gambar Lee Kin Hong .
Wong Hung Nung kena gantung seumur hidup dengan FAM pasal rasuah ketika Bolasepak Asia.(Lee Kin Hong pun kena gantung psal rasuah gak)
Namun begitu Wong Hung Nung challenge kat court dan dia menang . tapi dia tak mau main Malaysia lagi.
Tapi yang menariknya Wong Hung Nung bertukar ke permainan golf ,wakil Malaysia sukan sea .dapat emas pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:38 PM | Show all posts
Bercerita pasal bidang sukan ni , aku rasa yang paling luar biasa adalah Ng Boon Bee.
Beliau mewakili negara dlm enam sukan yang berbeza..hebat tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2008 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 18-10-2008 12:35 PM


Mana ada Wong Hung Nung kat situ , itu gambar Lee Kin Hong .
Wong Hung Nung kena gantung seumur hidup dengan FAM pasal rasuah ketika Bolasepak Asia.(Lee Kin Hong pun kena gantung psal rasua ...


aku rasa dia disenaraikan jugak dalam pemilihan skuad bola tu...tetapi dia lebih berat ke golf...
kompom tu gambor lee kin hong, bukan wong hung num...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:58 PM | Show all posts

WIRA NEGARA DALAM KENANGAN

WIRA NEGARA : SUPERMOKH






[ Last edited by  amazed at 18-10-2008 03:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #328 bromatt's post

Ikut Cover dalam buku tuh

Gambar Jersi Warna Merah, Arwah Mokhtar Mewakili Selangor tahun 1982,

Gambar Jersi Biru Merah Kuning, Kelab Sultan Sulaiman

Gambar Jersi Kuning Hitam, Kelab ?

[ Last edited by  HangPC2 at 23-10-2008 05:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 18-10-2008 01:58 PM
WIRA NEGARA : SUPERMOKH

http://i451.photobucket.com/albums/qq234/mattkincai/bukukenangan-1.jpg


http://i451.photobucket.com/albums/qq234/mattkincai/bukusupermokh.jpg


Yang menariknya buku ini diterbitkan sewaktu beliau masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 08:38 PM | Show all posts
Tak ramai tahu bahawa penyanyi Jefridin ada merakamakan sebuah lagu yang ditujukan kepada Mokhtar ketika beliau masih hidup.
Selain dari itu Pelawak veteran Mak Enon dlm sebuah rancangan hiburan di tv  berjodol "Dewi Puspa" telah menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan
kepada Mokhtar ..lagu tersebut  ditukar senikata dari lagu asal berjodol "Musliha" kepada "Mokhtar "..memang kelakar bila ingatkan waktu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 18-10-2008 12:35 PM


Mana ada Wong Hung Nung kat situ , itu gambar Lee Kin Hong .
Wong Hung Nung kena gantung seumur hidup dengan FAM pasal rasuah ketika Bolasepak Asia.(Lee Kin Hong pun kena gantung psal rasua ...



ohh ye ke...  ahh saya pun tak tahu -
burhan - colleague saya yang beritahu tu -
mungkin dia tak clear sangat gambar tu -

rasuah lagi...  soccer dengan rasuah ni ... dari dulu sampai sekarang -
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:46 PM | Show all posts

Reply #328 bromatt's post

harga pun ada lagi kat situ ye - lol

thanks bro sebab share gambar2 tu -
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 18-10-2008 08:38 PM
Tak ramai tahu bahawa penyanyi Jefridin ada merakamakan sebuah lagu yang ditujukan kepada Mokhtar ketika beliau masih hidup.
Selain dari itu Pelawak veteran Mak Enon dlm sebuah rancangan hiburan ...



eh  ye ke.. -- lagu apa ye -
saya suka jefridin - lagu dia best2
suara dia pun best - saya memang suka lagu2 60s
lagu2 lama lagi best sebab evergreen walaupun saya tak
kenal pun depa ni -

so --  kalau ada filem pasal mokhtar apa kawan2 rasa?
best juga kan --

siapa agaknya yang boleh berlakon jadi dia -
rosyam nor kot - sebab ada misai - tapi  rosyam macam
kurus aje... lagi pun tau ke dia main bola ni...  lol -

eman manan - boleh jadi mokhtar juga -- cuma dia pun kurus juga -
kena cari orang yang badan dia macam sedap2 sikit -

mungkin matjab or bromatt boleh apply -
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 08:44 AM | Show all posts
Chow Chee Keong (South China AA)










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 10:27 AM | Show all posts
Logo Lama FAM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2008 12:00 PM | Show all posts
Anak Emas Penjara




Jejak Jagoan (Harian Metro , Khamis 7 Ogos 2003)




Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my






SHAHARUDDIN ABDULLAH (Penyerang Bola Sepak Kebangsaan 1967 - 1982)

* Siri Empat *



Terlalu banyak jasa penjara terhadap kerjaya bola sepak Shaharuddin



Aksi hebat Shaharuddin Abdullah membantu Kelab Marin dalam Liga Divisyen Satu Pulau Pinang diintai oleh Bapa Sukan Penjara Malaysia, Tan Sri Murad Ahmad (Allahyarham) agar Shaharuddin dilamar menjadi anggota perkhidmatan awam itu.

Ini sekaligus membolehkan Shaharuddin dalam usia 16 tahun menyarung jersi skuad Penjara Malaysia. Allahyarham bertanggungjawab menghimpunkan permain terbaik negara seperti Ali Bakar, Wan Zawawi Wan Yusof, Saleh Ibrahim, Khalil Hashim, Syed Abu Bakar dan V Krisnasamy.Abangnya, Namat yang sudah bekerja sebagai Warder penjara Pulau Pinang menyampaikan tawaran itu.

'' Saya terkejut dengan tawaran itu kerana persembahan saya menarik minat Allahyarham sedangkan ketika itu saya masih bersekolah, '' katanya. Bezanya penyertaannya kali ini hanya sebagai pemain kontrak. Shaharuddin belum cukup umur untuk bekerja sebagai penjawat awam kerana ketika itu Shaharuddin berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Sungai Gelugor.

'' Sehubungan itu saya menjadi penghantar surat tanpa bekerja sebagai warder atau kakitangan penjara dengan tugas sayalebih kepada menjalani latihan dan bermain bola sepak dalam liga Pulau Pinang, '' Katanya. Tetapi kejaguhan Shaharuddin terserlah dan cepat matang kerana bermain dengan ramai pemain Piala Malaysia kerana skuad berkenaan menjadi teras pasukan Pulau Pinang.

Malah pasukannya (Penjara Pulau Pinang) seringkali muncul juara liga Tan Sri Murad dalam kejohanan membabitkan seluruh pasukan penjara di Malaysia untuk merebut piala paling berprestij dalam jabatan berkenaan. Paling menarik dia berkesempatan bermain bersama Allahyarham Jalil Che Din (Jurulatih Olimpik Munich) kerana pada masa itu Jalil masih aktif bermain bola sepak.

'' Tentunya saya amat bertuah kerana dapat berada dibawah kendalian arwah yang juga Jurulatih Skuad Negeri malah dapat menimba banyak ilmu ketika beraksi bersamanya, '' Katanya. Genap usianya 18 tahun Shaharuddin ditawarkan pekerjaan bersama Penjara dengan menjawat jawatan sebagai Warder paling muda. Sebenarnya pekerjaan itu begitu serasi kerana menyertai pasukan beruniform yang turut menerapkan disiplin yang tinggi sesuai dengan keterampilannya sebagai pemain bola sepak ketika itu.

Jalil Che Din, Zainal Noh, Nazri Khusairi, Abu Hasan Mohamad, Namat Abdulah (Abang Shaharuddin Abdullah) , V Krisnasamy, Khalil Hashim, Cha Ping Chiang, Rahman Daei, Ishak Ahmad, Hasan Nordin Harun, Ching Hock adalah pemain utama gandingan sempurnanya ketika menyarung jersi Penjara Pulau Pinang.

'' Terlalu banyak kejayaan saya bersama skuad itu malah disitulah saya belajar mengasah sentuhan berbisa serta tandukan untuk meledakkan gol, '' katanya mengenang kisah silam. Kerana kecermerlangan prestasinya yang mendadak penyerang licik itu terpilih menyertai Skuad Penjara Malaysia dalam Liga FAM yang turut disertai pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) , dan Belia Sinaran.

Skuad yang dibarisi ramai pemain negeri termasuk dari Negeri Kelantan, Pahang itu muncul juara Piala FAM 1971 selepas menewaskan PKNS (PKNS FC). Sepanjang pembabitan dalam skuad itu, Shaharuddin amat digeruni pertahanan lawan malah dengar sahaja namanya atau Penjara Malaysia pasukan lawan sudah gentar dan hilang tumpuan untuk berhadapan dengan ' Harimau Malaysia ' itu yang setiap kali turun beraksi pasti berjaya menterjemah gol.

Namun tidak terkecuali sebagai penyerang dia juga berhadapan benteng kukuh lawan yang sukar dirobohkan. Menurutnya, dia mengakui pertahanan paling sukar ditembusi adalh benteng kukuh Pasukan PDRM yang diterajui bekas Jurulatih Kuala Lumpur Chow Kwai Lam, Bhawandi Haralal, Datuk Dell Akbar Khan, Yap Heng Kok dan Ibrahim Maidin.

Tetapi budak Kampung dari Bagan Dalam itu pantas mencuri peluang untuk menghasilkan gol dan akhirnya berjaya menundukkan skuad itu setiap kali berhadapan dalam liga. Sementara itu dia mengakui tiada masalah besar untuk mengatasi tekanan pertahanan pasukan lain termasuk PKNS (PKNS FC), malah pernah mengelecek tiga pemain Kelab dari Selangor itu termasuk termasuk Hanafiah Ali dan Santokh Singh serta memperdaya penjaga gol Cinacupan untuk menyumbang gol di perlawanan akhir 1971.

Sementara du gol lagi sentuhan  Syed Ahmad dan Wan Zawawi berjaya menobatkan Pasukan Penjara Malaysia unggul di depan manakala 1972 Pasukan itu tunduk 0-1 di Taiping dalam perlawanan akhir. Selepas itu, sekali lagi Shaharuddin menjulang piala berkenaan tetapi malang, tahun berikutnya pasukan itu tidak dibenarkan bersaing dalam Liga FAM kerana terdapat peraturan baru yang menyekat impian Penjara Malaysia untuk merebut Piala berkenaan.

Menurut Shaharuddin, terlalu banyak jasa Penjara terhadap kerjaya bola sepaknya malah paling besar jasa individu, pastinya Tan Sri Murad yang dapat mengesan potensi awalnya dalam sukan itu. Malah Tan Sri Murad juga seorang yang diibarat bapa oleh smua pemain penjara kerana mengambil berat mengenai kebajikan anak buahnya termasuk dirinya.

Keran sumbangan besar bintang lagenda itu terhadap skuad berkenaan dia digelar ' Anak Emas Penjara ' kerana banyak membantu jabatan penjara terkenal dan unggul dalam sukan bola sepak. Malah pemain dari kalangan kaitangan Penjara Malaysia adalah yang terbesar mewakili negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dengan sembilan pemain termasuk Jurulatih skuad Negara ketika itu Jalil Che Din secara langsung melonjak imej Penjara Malaysia keseluruhannya.

Menjadi anak kesayangan penjara bukan bermakna tugas harus disisihkan kerana itu dia tetap berdisiplin sebagai warder penjara yang matang mengawal dan menyelia banduan dan tahanan di penjara berkenaan.




[ Last edited by  HangPC2 at 19-10-2008 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:35 AM | Show all posts


rencana petikan dari : majalah cenderamata final piala malaysia 1991
                                  Selangor darul ehsan lawan johor darul takzim

[ Last edited by  amazed at 20-10-2008 02:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 06:11 PM | Show all posts

KELUARGA SUPER MOKH

http://i451.photobucket.com/albums/qq234/mattkincai/keluargamokh.jpg
dari majalah cederamata: final piala malaysia 1991

http://i451.photobucket.com/albums/qq234/mattkincai/rezamokh.jpg
keratan akhbar utusan malaysia berita MOKHTAR DAHARI MENINGGAL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:43 PM | Show all posts

Reply #339 bromatt's post





bromatt...
masa nak paste .jgp tu  bro paste kat dalam image
(yang macam gambar pokok hijau tu)
baru nampak gambar nye...

ni saya buatkan kat post saya ni --



dari majalah cederamata: final piala malaysia 1991



keratan akhbar utusan malaysia berita MOKHTAR DAHARI MENINGGAL



whoa.. kereta dia bch 10 ye
number jersey dia -

*mod zed boleh bagi credit kat bromatt ye -
saya cuma copy sekali lagi aje --  thanks -


[ Last edited by  dexa at 20-10-2008 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.079417 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list