CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan

[Copy link]
Post time 9-1-2008 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 08:17 PM



suara guru-guru?

habis tu kenapa cikgu hani masih kena buat kerja berat .amah pun ada masa rehat.


saya bukan buat kerja berat. tak angkat batu pun....kerja saya cuma banyak dan urgent saja.....NUTP memang dah banyak tolong cikgu-cikgi. masalah bukan pada NUTP, tapi daripada masyarakat...macam awak yang tak faham kerjaya seorang guru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 8-1-2008 10:09 AM



setakat bercakap kat forum, tak guna.

cikgu-cikgu ni tahap pemikiran bukan tinggi sangat pun..asyik kena kondem je...padahal punyalah ramai cikgu kat malaysia ni. tapi ada ke yg betul-be ...



Bagaimana pula dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang hanya pandai guna surat layang atau kabel atau terus buat aduan ke kementerian tanpa ikut prosedur? tanpa ikut saluran yang betul? dakah itu tindakan berani atau sendiri mau fikir?

apapun memang saya ucapkan tahniah banyak-banyak sebab anda pandai menggunakan komputer walaupun orang yang mengajar anda mengenal huruf dulu yang semestinya cikgu bukanlah tinggi sangat pemikirannya (berdasarkan kenyataan anda la)   
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:26 PM | Show all posts
kes 1
pernah pada suatu hari pada tahun ketiga perkhidmatan, dakwat pen yang saya pegang terkena baju pelajar pada bahagian dadanya. esoknya, parent datang serang saya...

katanya "cikgu...kalau kuat sikit cikgu cocok anak saya, tembus ke dada anak saya. saya saman cikgu!!!!"

saya urut dada dan istighfar...

kes 2
setelah lima belas tahun berkhidmat, peristiwa hadiah hari guru sangat menyentuh hati sehingga hari ini...
"cikgu, saya teringin nak bagi hadiah pada cikgu tapi saya tak mampu. kakak saya kata ambiklah kerongsang buruk kakak ini beri pada cikgu."

saya menerima pemberian itu dengan air mata hampir jatuh dari kelopak mata.
saya pakai kerongsang yang sudah luntur warnanya itu setiap kali masuk ke kelas pelajar berkenaan dan sentiasa menunjukkan pemberian itu kepada pelajar-pelajar lain.

moralnya....
itulah suka dan duka dunia seorang guru
penghinaan....penghormatan..... itu kehidupan kami....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:28 PM | Show all posts

Balas #322 CharlieDale\ catat

ahak...ahak...ahak...

professor madya dr bakawali mendapat phdnya pada umurnya 12 tahun, itu pun atas hasil usahanya sendiri, kerana dia tidak pernah bersekolah dan tidak memerlukan guru-guru yang bukannya tinggi sangat tahap pemikiraannya

[ Last edited by  cikguhani at 9-1-2008 10:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 09:54 PM


ha....awak sendiri dah memberi jawapan kepada masalah yang kami sendiri hadapi....

maknanya awak sedar dan faham bahawa kami memang membuat sesuatu kerja hingga ke peringkat akar umbi...t ...


buat kerja sampai akar umbi,berharap org puji, kena kutuk ada..setakat yg aku tahu, hari guru je org meraikan guru, hari lain ,org kutuk je. tak denye org nak puji.

aku tetap kata, cikgu adalah ranking yg paling bawah dalam kategori profesional,sipi-sipi je profesional sebab ada ijazah kot. selain tu, tak de istimewanya..asyik kena marah je, bos marah, parents marah.

nasib ada forum. dapat lah juga cikguhani meluahkan perasaan. mungkin ingin menarik simpati pada mulanya tapi tak de org peduli melainkan cikgu-cikgu lain yg sama-sama takut untuk memperjuangkan nasib diri yg dicemuh. cikgu 25hb
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 10:03 PM


saya bukan buat kerja berat. tak angkat batu pun....kerja saya cuma banyak dan urgent saja.....NUTP memang dah banyak tolong cikgu-cikgi. masalah bukan pada NUTP, tapi daripada masyarakat...m ...



tak buat kerja berat pulak? bukan tadi kau yg senarai tugas pengkeranian kau kan? mengharap simpati...nama je cikgu...ramai pulak tu. nutp pun ada, tapi makin lama makin teruk kena buli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2008 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 10:28 PM
ahak...ahak...ahak...

professor madya dr bakawali mendapat phdnya pada umurnya 12 tahun, itu pun atas hasil usahanya sendiri, kerana dia tidak pernah bersekolah dan tidak memerlukan ...



kau cikgu kan? kau tak payah haraplah org nak menyanjung cikgu-cikgu lagi memandangkan diri sendiri pun tak boleh nak tolong,. Dalam satu sekolah ada lebih 100 cikgu tapi diam membisu ,tak berani bersuara. patut pun kena buli.

buat kerja macam nak rak tapi liputan media menunjukkan cikgu yg tunggu gaji hujung bulan je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:54 PM | Show all posts
sehari dalam hidup seorang guru pada hari pertama persekolahan....

1.  menyiapkan rancangan pelajaran tahunan. bukan tiru tahun2 lepas, sebab perancangan harus disesuaikan dengan tarikh takwim sekolah. 4 rancangan tahunan kena siapkan dalam masa dua hari, pengetua nak tengok hari isnin - BM tingkatan 4, BM ting 5, BM Ting 6 dan PSK Ting 2

2.  siapkan dokumentasi untuk menerima lawatan pegawai JPN dan nazir pada hari Isnin 7 Januari 2008 - termasuklah sediakan fail persatuan, siapkankan fail peribadi pelajar, sediakan buku kemajuan pelajar bagi keputusan hujung tahun lepas untuk diserahkan kepada waris.

3. menyiapkan perancangan strategik tiga bidang iaitu persatuan, unit beruniform dan HEM sebelum 15 Januari.  setiap satu lebih kurang 15 mukasurat.

4.  senaraikan nama pelajar penerima zakat esok pagi. padahal tak kenal lagi pun mana satu budak miskin. baru dua hari jadi guru tingkatan kelas tu.  kena interview pelajar untuk kenalpasti pelajar miskin

5.  siapkan buku kedatangan pelajar on de spot  sebab kedatangan dah mula kena amek. banyak item dalam tu kena isi secara manual.

6.  buat persediaan untuk menerima kedatangan rombongan pelajar dari Medan - satu hari saja masa diberi untuk sediakan skrip pengacara majlis sedangkan senarai tetamu, div jemputan yang hadir belum diketahui.

7.  parent asyik datang untuk berjumpa nak  tanya pasal yuran, kena baya atau tak...ajak kita sembang pulak tu. budak dalam kelas dok tengah bersilat. nak masuk kelas ke nak layan parent datang???

semua ini harus disiapkan dan berlaku dalam masa dua hari. anda mampu????



kau berani forward catatan diari kau ni ke  pejabat hishammuddin?

lupakan jer lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #328 Bakawali's post

Jawpan mudah jer mengapa cikgu hani dan cikgu lain tak buat seperti cadangan datin bakawali nyatakan..

1. tak ikut prosedur dan bukan nyer macam sesetangh mak bapa yang suka guna media dan kabel apa lagi guna surat layang sebagai jalan penyelesaian.
2. ada persatuan, gunala persatuan.m
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 9-1-2008 11:07 PM
Jawpan mudah jer mengapa cikgu hani dan cikgu lain tak buat seperti cadangan datin bakawali nyatakan..

1. tak ikut prosedur dan bukan nyer macam sesetangh mak bapa yang suka guna media dan kab ...



persatuan yg berjuang untuk naik gaji saja ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 10:45 PM


buat kerja sampai akar umbi,berharap org puji, kena kutuk ada..setakat yg aku tahu, hari guru je org meraikan guru, hari lain ,org kutuk je. tak denye org nak puji.

aku tetap kata, cikgu  ...


beruntung jugak kami ada hari guru...walaupun dapat hadiah kerongsang buruk...awak sambut hari apa??? hari pekerja.....itupun setelah dinaikkan tarafnya daripada hari buruh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 10:51 PM



kau cikgu kan? kau tak payah haraplah org nak menyanjung cikgu-cikgu lagi memandangkan diri sendiri pun tak boleh nak tolong,. Dalam satu sekolah ada lebih 100 cikgu tapi diam membisu ,tak  ...


kerjaya cikgu ni dah berkurun lamanya. zaman tok nenek kita dulu tak ada guru pun yang buat senarai tugas dia sebab tak ada orang yang mempertikaikan kerja dia.

kami ni ibarat sarang tebuan yang dijolok.  dah banyak pokok yang kami singgah tak sengat orang pun. tapi yang korang dok jolok2 sarang kami buat apa...tu pasal la kena sengat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 10:54 PM



kau berani forward catatan diari kau ni ke  pejabat hishammuddin?

lupakan jer lah..


Hisyamuddin dah lama faham kerjaya kami. sebab tu dalam salah satu enam teras PPIP ialah memartabatkan profesion perguruan. tak payah nak forward kat dia, dia dah faham.

senarai tugas ni saya nak tunjuk kat orang macam prof bakawali yang tidak pernah berada di kawasan sekolah sepanjang hidupnya dan tidak pernah menyaksikan tugas gurunya.

[ Last edited by  cikguhani at 9-1-2008 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 11:09 PM



persatuan yg berjuang untuk naik gaji saja ke?



prof bakawali pernah tengok atau baca atau jeling buletin atau pekeliling yang dikeluarkan oleh NUTP??? Pernah????
dalam isu yang mana satu ada menyatakan tentang 'berjuang untuk naik gaji'??? itu kerja CUEPEC kalau tak salah saya, bukan kerja NUTP. Faham???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:43 PM | Show all posts
letih la ngan dia ni....   tensen tahap gaban:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 12:44 AM | Show all posts

Reply #313 katak hijau's post

kalau angin tak tiup .. tak de la lalang bergerak...
kalau jalan tak rata ... tak de la orang rasa cam jongkang jongket...

Semua tau ... selama ni ... bermula ngan tok ayah dulu ... hinggalah start 1990 ... profesion perguruan .. adalah profesion yang disanjung tinggi. Inilah satu-satu profesion yang sebenarnya berkuasa merubah nasib bangsa ... tak perlu pergi dekat2 .. pegi jauh sket .. ke belakang ...
semangat nasionalisme .. ditiup .. oleh pejuang2 yang cuma bermodalkan air liur, ilmu, kertas, pena dan dakwat basah.. pada ketika itu .. cikgu atau guru .. adalah lilin .. yang menerangi masyarakat ... malahan ibubapa .. sampai pada satu tingkat generasi .. merasa bangga untuk mengaku .. bila anak menjadi cikgu ... "hoh.. anak aku dah jadi cikgu kat kolompo"

Tetapi itu dulu .. seperti mana cikgu2 dan yg lain tahu ... dunia ibarat roda ... kalau dulu zaman kegemilangan pendeta zaaba ... zaman kegemilangan Tun Dr. Ismail... zaman kegemilangan Tuan Tulis? ... zaman cikgu Kasim .. zaman Cikgu Fatimah ... sekarang ini zaman cikgu2 sebenarnya tidak tahu hala mana nak pegi ... masuk maktab .. jadi cam robot .. absorb semua .. pastu .. bila posting ke skolah ... muntah seme ape yg ada .. kalau ade lendir-lendir hijau ...skali la tu .. muka anak murid menadah tanpa diajar kemahiran untuk menapis

Kita ajar anak2 kita sebenarnya ... ilmu keras ... fizik kimia biologi .. matematik tambahan ...
sejarah geografi ... sains paduan .... ilmu2 ini ilmu2 keras .... Malahan kita mengajar anak2 kita pengetahuan agama Islam ... juga dalam bentuk keras .. kerana kita tidak mengajar penjiwaan ilmu berkenaan ... bukan setakat itu ... tidak pula diajar anak2 kita berfikir ...
guru2 sekolah rendah .. menganggap mengajar peringkat berkenaan sangat enteng .. remeh ...
ye la .. 1 + 1 sama ngan dua ... sape pun tau ... tetapi falsafah disebaliknya ... sejarahnya ... sejarah wujudnya nombor ... berapa kerat cikgu2 ajar? jawapnyer? kerat jari je laaaa
sebab itu .. anak2 yang lahir sekarang .. adalah anak2 keras... bila ditanya kenapa .. well kami guru .. kami pandai ... sape kamu untuk mempersoalkan kami .. korang dulu pun belajar sebab cikgu2 sebelum kami ... betapa kebal .. betapa imuniti ini sering dijobrok tatkala ada suara2 sumbang menerjah memekik di telinga cikgu2 yang banyak taiknya.
Manusia bersuara kerana wujud ketidakpuashatian ... berdasarkan pemerhatian berdasarkan apa mesej yang diberikan ... mesej ni bukan mesej sms .. tetapi secara am .. tutup mata .. just bukak telinga .. bila mendengar apa sahaja keluhan ibu bapa .. yang pasrah ... kerana tidak berani melawan cikgu2 yg kebal dan maha berkuasa ini.
Melentingla cikgu2 ... buat la thread 324123 kali pun untuk menjawab satu action .. respon tuan2 lebih menunjukkan ketidakmatangan pemikiran
mahasiswa di universiti .. bila bersuara .. menunjukkan rasa di atas jalan raya .. dilabel sikap hinggusan yang berjalan berarak untuk membakar jiwa yang hampa...
tetapi bila guru2 atau cikgu dikritik ... emosi itu dilihat menjadi telekung kepada setiap jiwa yang tercabar mindanya. Bukankah jelek seorang intelek ... bila dikritik .. habis satu kawah dodol dilepaskan basah dimuka pengacaunya??
Bak kata charliedale ... bersilat .. kena ada gelanggangnya ... yg bijaksana tahu .. keadaan bagaimana atau bila pukulan perlu dilepaskan untuk mendapat impak maksimum...
bukan bila rasa sejuk .. kencing merata2 ...
kita ingin melihat cikgu2 yang rasional sifatnya .. rasional jiwanya .. rasional perkataannya...
kalau kata2 itu gagal dilorek pada setiap kertas virtual ... bukankah refleknya .. adalah anak2 murid yang mungkin straight A .. tetapi merundum sosiolnya?

Student nakal ... perkara biasa .. scholar amerika melabel .. sebagai satu normal kenakalan remaja di peringkat sepatutnya... tetapi nakal itu selalunya asasnya tiada pengawalan..
bukan kawal grounded di bilik darjah ... manggakan pintu dan buang kuncinya .... tetapi pengawalan itu .. hanya boleh berlaku jiwa .. hormat pada guru itu ada. Dan jangan tanya soalan yang sungguh darjah satu ... dah anak murid tak hormat dek ajaran mak bapak? jadi salah semua kecuali salah kalian semua? ah .. ini sudah mengajar cikgu .. hehehe
satu-satu perkara yang cuma menjadi bahan ketawa dalam cikgu ngobrol2 di kantor kerja.

kesimpulan ...
surroundings .. non teachers ... tau .... there are something .. very wrong with our Education System..... marah le ngan moe .. semahunya kerana dasar itu mereka yang cipta .. (padehal penggubal dasar .. .asalnya adalah cikgu2 juga)
You need to do something gall (as said by dek non)

biar aje la orang mengkritik .. yang baik terima .. yang buruk .. terima jika ada kebenarannya ...
dan yang penting ... korang tahu ... korang dimana... bagaimana caranya? anak2 murid andalah yang mencerminkan ... sama ada ... anda sebenarnya guru .. atau just another talking book .. yg berdiri di hadapan kelas .. gagal bukan sahaja dari penyampaian ilmu.. sebab gagal public speaking ... tetapi gagal ... menjiwai yang mana cikgu sebenarnya .. aset penting negara dalam pembangunan modal insan ... yang sepatutnya meneraju negara .. ke arah ... negara yang disegani di rantau asia dan dunia...

merepek bukan? well ... perhaps you arent upto the level yet!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 12:50 AM | Show all posts
cikguhani ... baik ko baca balik posting2ko ... kalau ko seorang pemikir yang rasional ...
ko akan rasa jijik dan malu untuk mengaku sebagai cikgu ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by sibel at 10-1-2008 12:50 AM
cikguhani ... baik ko baca balik posting2ko ... kalau ko seorang pemikir yang rasional ...
ko akan rasa jijik dan malu untuk mengaku sebagai cikgu ...


tuan, pokok persoalan yang saya kemukakan sejak awal tulisan saya dalam forum ini ialah untuk menjawab prof bakawali yang mengatakan tahap pemikiran guru tidaklah setinggi mana dan guru ni pengecut.

tuan sudah mengemukakan isu baru iaitu tanggungjawab seorang guru melahirkan pelajar yang tak keras jiwanya. itu dah lari tajuk.

tapi tapi takpe,
saya akan kupas isu tuan itu sebentar lagi. nak makan dulu. anyway selamat tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 11:17 PM


beruntung jugak kami ada hari guru...walaupun dapat hadiah kerongsang buruk...awak sambut hari apa??? hari pekerja.....itupun setelah dinaikkan tarafnya daripada hari buruh...



Aku jawab berdasarkan posting kau..kau mengeluh dan merungut-rungut jadi cikgu,kan?

maksudnya kau sendiri tahu kau ditindas.sekarang kau nak putar belit apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:18 AM | Show all posts
sendiri buka pekung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.543148 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list