CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

[MERGED]ALL ABOUT Maya Karin nak kahwin?

[Copy link]
Post time 8-7-2008 10:17 PM | Show all posts
anyway tahniah la ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 10:32 PM | Show all posts
mntk2 la kekal smpi anak cucu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 03:07 PM | Show all posts

Maya Karin mencari bahagia

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Solekan SUE HAMID (019-2742947)
Pakaian KAREN MILLEN



SEDANG membilang hari-hari bahagia. Itulah ungkapan saya yang sesuai untuk pelakon Maya Karin Roelcke yang dijadual diijabkabulkan dengan lelaki England, Steven David Shorthose,38, pada 14 Ogos ini.

Ketika diminta untuk mengenakan busana pengantin untuk sesi fotografi Pancaindera kali ini, pembantu peribadinya, Azlin Abas meminta maaf kerana terpaksa menolak permintaan tersebut atas kehendak Maya.

Katanya, cukuplah Maya dipakaikan dengan pakaian gaun malam yang seolah-olah wajahnya anggun bak mempelai.

Saya berkata, sebelum ini mahu pula dia berpakaian pengantin tetapi apabila hari-hari bahagianya semakin tiba, kenapa Maya menolak permintaan itu?

Terfikir juga saya bak kata orang tua-tua kalau selalu sangat pakai baju pengantin, nanti di atas pelamin hilang serinya.

Mungkin agaknya disebabkan perkara itulah Maya menolak permintaan tersebut.

Tetapi tak apa, mengenakan gaun malam pun sudah cukup memperlihatkan wajah seri pengantin Maya terpancar.

Disolekkan pula oleh Sue Hamid atau lebih popular dengan panggilan Sue Cantik, tentu sahaja wajah Maya bertambah cantik dan berseri.

揝aya gembira kerana sudah banyak kerja yang sepatutnya sudah saya selesaikan,拻 ujar Maya mengenai persiapan untuk bergelar raja sehari di hadapan Tasik Como, Itali nanti.

Yakin terhadap perkahwinan

Tidak dinafikan dalam sesebuah perkahwinan itu, tentu sahaja ada pasang surutnya. Hendak pula perkahwinan artis, sering kali akan dikaitkan dengan penceraian.

Bukannya apa, sejak kebelakangan ini ramai artis berhadapan dengan krisis rumah tangga dan jalan terbaik memilih untuk berpisah.

Ada juga yang tidak sampai setahun berkahwin terpaksa mengungkapkan kata-kata selamat tinggal buat pasangan masing-masing.

Maya juga turut melihat situasi itu sebagai sesuatu yang menakutkan.

Yalah, semua orang yang berkahwin tentu sahaja mengimpikan rumah tangga yang aman dan harmoni.

Tetapi Maya meminta masyarakat melihat konteks penceraian itu secara luas dan bukan hanya berhujah hanya artis sahaja yang kahwin cerai.

Sebenarnya masyarakat Melayu tidak kiralah sama ada artis atau orang biasa lebih ramai bilangannya yang berpisah berbanding bangsa lain.

Cuma, sebagai artis, golongan tersebut mendapat pendedahan di media. Itu saja.

Sebagai wanita yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi, Maya tidak menafikan dia sememangnya gusar apabila bercakap mengenai perpisahan.

Apatah lagi melihat nasib rakan-rakan artisnya yang tidak kekal lama ketika melayari bahtera rumah tangga mereka.

Tetapi Maya bersikap positif. Dia tidak mahu memikirkan soal tersebut. Katanya, sesuatu perkara negatif jika kerap kali difikirkan, tentu sahaja negatif itu akan datang.

揝aya senang saja. Tak fikir masalah itu. Kita kahwin tentulah kita mahukan kebahagiaan.

揇an insya-Allah, saya yakin perkahwinan saya nanti akan kekal bahagia. Kalau tidak, mana mungkin selama tujuh tahun berkawan hubungan kami boleh kekal,拻 kata Maya.

Tidak ada apa-apa petua untuk kebahagiaan di dalam rumah tangga cuma yang lebih penting sikap bertolak ansur dan saling hormat menghormati perlu ditekankan bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Dan yang penting sekali setiap perkara kecil tidak perlu diperbesarkan sebaliknya mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Tidak menganggap perbezaan budaya Maya dan Steven atau nama Islamnya Muhammad Ali sebagai sesuatu yang sukar, ujar Maya perkara itu bukanlah masalah besar.

Lagipun Steven sudah terdedah dengan kehidupan masyarakat Malaysia kerana tugasnya sebagai guru Matematik di Alice Smith International School, Kuala Lumpur yang membolehkan dia memahami budaya setempat.

揝aya akan perkenalkan budaya kita secara perlahan-lahan agar dia boleh menerima dengan baik cara kehidupan masyarakat Malaysia.

揕agipun Steven sudah lama tinggal di sini. Saya tak merasakan ia satu beban buat dia,拻 kata Maya yang mengakui bakal suaminya itu keberatan untuk bergambar sebelum mereka berkahwin.

Agak terkejut

Tidak menafikan selepas Maya membuat kenyataan secara rasmi mengenai gerbang perkahwinannya itu, Steven agak terkejut dengan liputan yang diberikan.

Menurut Maya, Steven menyedari kedudukan Maya sebagai seorang selebriti tentu saja akan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media.

Tetapi Maya sendiri turut gembira kerana bakal suaminya itu boleh menerima situasi tersebut selain menghormati kerjaya Maya sebagai seorang pelakon.

揝elepas keluar berita mengenai kami, dia (Steven) menerima banyak SMS daripada kawan-kawan serta pelajarnya mengucapkan tahniah. Dia pun terkejut tetapi dia boleh menerima keadaan itu,拻 tambahnya.

Anak? Tunggu dulu...!

Adat orang berumahtangga tentu sahaja turut merancang untuk memperoleh zuriat.

Yalah, bak kata orang, kalau ada zuriat ia akan menambahkan lagi keharmonian pasangan suami isteri itu.

Tatkala ditanya hal itu, Maya tersenyum. Katanya, kalau sebut fasal anak, tunggulah dulu kerana masih belum bersedia.

Bukan hendak menidakkan keinginan itu tetapi wanita yang akan mencapai usia 29 tahun pada 29 Oktober ini menganggap dirinya masih muda.

Ujar Maya, kalau belum bersedia lebih baik tidak merancang kearah itu kerana dibimbangi ia akan mendatangkan masalah terhadap sesuatu hubungan dan alam rumah tangga.

揔ita tidak akan cukup masa kalau ada anak apatah lagi bagi pasangan yang baru berkahwin.

揝aya dapat bayangkan macam-macam tekanan kita akan hadapi apabila anak menangis tengah malam dan sebagainya.

揔erana perkara itu, saya merasakan selepas kahwin nanti saya perlu merancang terlebih dahulu sebelum memikirkan soal anak,拻 tambahnya.

Tidak bermaksud mahu menolak rezeki Tuhan tetapi Maya mengakui agak sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon yang berkehendakkan beliau aktif di luar.

Bayangkan kalau ada anak, tentu saja masa itu tidak akan mencukupi untuk memberikan kasih sayang kepada anak dan sudah pasti juga kehidupan anak itu akan terabai.

Tidak mahu keadaan itu berlaku dalam kehidupannya apabila berkeluarga, ujar Maya ketika ini dia mahu menggunakan sepenuh masa untuk melalui kemanisan suami isteri tanpa gangguan sesiapa.

Rakam 憇ingle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 03:09 PM | Show all posts
Tidak ada apa-apa petua untuk kebahagiaan di dalam rumah tangga cuma yang lebih penting sikap bertolak ansur dan saling hormat menghormati perlu ditekankan bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Dan yang penting sekali setiap perkara kecil tidak perlu diperbesarkan sebaliknya mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

betul tu...:bg: ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 07:26 AM | Show all posts
Maya Karin sanding di padang bolaOleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my




KUALA LUMPUR - Bukan di hotel lima bintang seperti kelaziman artis lain, sebaliknya pelakon jelita Maya Karin (gambar) hanya memilih padang bola sebagai lokasi majlis persandingannya pada 29 Ogos ini.

Maya yang akan bernikah dengan seorang guru, Steven Shorthose pada14 Ogos di Itali, memilih padang bola di Institut Penyelidikan HutanMalaysia (FRIM) di Kepong sebagai lokasi majlis resepsi perkahwinannya.

Dengan konsep bertemakan alam sekitar, idea pilihan Maya bersesuaiandengan minatnya ke arah memulihara alam sekitar. Kos majlis resepsiberkenaan dianggarkan kira-kira RM60,000.

"Ya, majlis resepsi kami akan diadakan di padang bola di FRIM.Acaranya sangat sederhana dan kami memilih tidak menggunakan banyakperalatan elektrik seperti penghawa dingin dan sebagainya.

"Makanan yang akan dihidangkan juga adalah makanan tempatan. Kamimahu tetamu menikmati makanan yang sihat dan tidak ada makanan yangdiimport seperti makanan barat atau strawberi," katanya yang jugamerupakan Duta Taman Laut Malaysia.

Menurut Maya, segala dekorasi dan perhiasan pada majlis resepsinyadi FRIM nanti akan menonjolkan keunikan tersendiri selain mengandungielemen-elemen alam.

Seramai 500 tetamu terdiri daripada rakan-rakan artis dan media dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan.


*cantik nye maya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 01:04 PM | Show all posts


ad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali

Budiey telah pun menerima kad jemputan untuk menghadiri majlis persandingan Maya Karin dan suaminya Steven David Shorthose yang akan diadakan pada 29 Ogos 2008, hari Jumaat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, jam 7 malam.

Terima kasih kepada Maya Karin kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Khabarnya majlis dibuat secara sederhana ini bakal mengetengahkan tema ‘Garden Wedding’. Mesti menarik dan meriah, kan?

Begitu ringkas sekali kad jemputan yang dibuat sendiri ini. Kad jemputan kalau dibuat sendiri orang kata lebih bersifat sentimental value. Murah pun murah…

Maya Karin akan berkahwin dengan buah hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, seorang guru Matematik pada 9 Ogos ini di Bellagio, Itali. Dengar khabar, Maya Karin sudah terbang ke Itali pada 6 Ogos lalu bersama 70 orang famili dan sanak saudara untuk majlis kahwin pada 9 Ogos ini. Ianya akan diraikan dalam upacara khas ketika mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil di negara itu. Memilih tiga tarikh istimewa bagi meraikan hari bahagia itu, mereka dijadual dinikahkan oleh imam Abdullah pada 14 Ogos 2008 nanti di sebuah villa berhadapan sebuah tasik indah di Bellagio, Itali.

Selamat pengantin baru, Maya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2008 01:36 PM | Show all posts
sedih sedih aku sedih
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by tejanurain at 7-7-2008 11:05
simple jer dia buat even bakal somi dia ensem..
tak cam yang sorg tu, dah la somi tua.. buat grand giler..
pastu perasan princess plak tuh...



opsss lazerrr nyahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.068431 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list