|
tadi dah post tp hang pulok
................................................
Entah kenapa hatinya tergerak untuk menjenguk bapanya. Sudah lama dia tidak menjenguk. Lagipun kalau sudah balik ke Ampang dia malas hendak keluar semula ke Sunway malam nanti. Lega bila kereta Hyundai Sonata milik bapanya ada di bawah porch.
Kak Siah , pembantu rumah Tuan Haji Azmi dan Puan Noraini mempelawanya masuk
“ Apa khabar Yem? Mana kamu pergi? Lama tak nampak” Wanita 40an yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dengan keluarga mereka tersenyum lebar.
“ Yem selalu pergi overseas Kak Siah. Kalau Yem ada sini pun tak ada masa. Rumah Yem bukan dekat dengan Subang Jaya. Inipun Yem dari Shah Alam jadi sempat singgah kejap. Papa dengan Mama mana?” Rumah banglo itu sunyi, seperti biasa. Cuma ibubapanya dan Kak Siah yang tinggal di situ. Iskandar tinggal di kondo nya sendiri.
“ Mama keluar. Papa kamu ada kat belakang. Petang petang macam ni dia suka berkebun. Nanti Kak Siah panggil.”
Adham mengangguk. Matanya meliar ke sekeliling ruang tamu. Dia mencapai gambar berbingkai perak dari meja konsol . Wajah Najlah dan Iskandar tersenyum padanya. Najlah berbaju pic dengan selendang sedondon. Iskandar memakai baju Melayu kuning cair. Macam pinang di belah dua , secara lahiriah. Dia mencebik. Berapa lama lagi sebelum rahsia Iskandar terbongkar?
“Itu gambar masa Is bertunang. Yem di Dubai masa tu” Suara Haji Azmi menyentak lamunannya. Adham berpaling dan bersalaman dengan bapanya. Uban di kepala Papa makin banyak. Badannya berisi sedikit. Senang hati sejak dah pencen , mungkin. Aktiviti kurang, stress pun kurang.
“ Duduklah Yem. Lama kamu tak datang. Telefon pun tak pernah. Papa ingat kamu dah lupakan keluarga kamu. Nasib baik Papa tak letak iklan dalam suratkhabar cari anak yang hilang” Adham ketawa paksa.
“ Yem sibuklah. Kerja tak putus putus. Tapi tak boleh nak complain, itu rezeki. Karyabina bernasib baik. Banyak firma akitek dah tutup kedai”
“ Itulah, Datuk Badri selalu juga datang jenguk Papa. Dia kata Yem akitek yang paling bagus di sana. Papa bangga dengan Yem. You are a success now” puji Haji Azmi. Wajah Adham saling tak tumpah wajah arwah bekas isterinya Rafidah. Kulit sawo matang, mata berkening lebat, dagu berlekuk. Senyuman mereka pun serupa. Cuma tubuh Adham tinggi dan sasa seperti dirinya waktu muda. Hatinya sayu. Sudah banyak kesilapan yang aku lakukan. Patutlah Adham menyisihkan diri dari aku.
“Papa sihat? “ Dua tahun lalu bapanya menjalani heart bypass.
“ Boleh lah. Doktor suruh Papa exercise. Makan pun kena jaga. Tapi kadang kadang Papa mengelat juga” Haji Azmi senyum hambar.
“Mama pergi mana?” Adham sekadar bertanya. Bukan teringin sangat pun nak jumpa dengan ibu tirinya. Kawan baik ibu kandungnya itu licik, dalam diam menikam dari belakang. Kesian ibu aku, di khianati sahabat sendiri.” Citarasa” Iskandar balasan yang setimpal untuk Noraini.
“ Keluar dengan besan dan bakal menantunya jumpa wedding planner. Tak lama lagi Is nak kahwin. 10 haribulan November nikah, esoknya sanding. Sambut menantu kita buat di kampung Mama. Yem jangan lupa. Banyak tugas kamu nanti. Masa nikah, kamu kna angkat dulang hantaran. Masa sanding kamu jadi pengapit.”
Kata kata bapanya tidak di pedulikan kecuali tarikh 10 November terngiang ngiang di telinga. Awalnya. Hati Adham bagai di sagat. Najlah akan jadi hakmilik Iskandar merangkap kakak ipar aku dalam masa sebulan. Di saat itu dia sedar. I love her. Dia sudah tak mampu nafikan perasaannya. Aku bukan sekadar risau kalau Najlah jadi isteri Iskandar. Tapi aku tidak mahu Najlah menjadi milik sesiapa kecuali aku. Najlah Emina bt Fuad belongs to me, tekad Adham. I have to do something. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Kenapa kamu diam? Takkan kamu tak kenal bakal kakak ipar kamu tu. Kawan kamu masa kecil dulu di Kuantan. Anak Uncle Fuad dengan Auntie Ainul yang orang panggil Adik. Dia pun kerja dengan Datuk Badri. Tak sangka pula jodoh dia dengan Iskandar” Jodoh? Belum lagi, desis Adham dalam hati.
“ Najlah tu baik. Kak Siah suka. Rupa cantik, sopan. Pakai baju apa pun nampak lawa. Dia anak Datuk tapi tak sombong langsung. Kalau datang sini, dia tak segan masuk dapur tolong apa yang patut. Untung Iskandar” sampuk Kak Siah sambil menatang dulang berisi teh dan bubur kacang. Adham menelan airliur. Rasa cemburu menyemarak.
“ Yem kenal Najlah. Don’t judge a book by its cover” Sorry Najlah. Aku kena guna taktik kotor untuk menyelamatkan kau
“ Apa maksud Yem?” Papa menegakkan duduk. Cawan teh yang baru di angkat di letak semula ke meja.
“Yem cuma dengar cerita orang. Entah betul, entah tidak” Dia menyudu bubur kacang ke mulut. “ Sedap bubur kacang Kak Siah”
“ Papa nak tahu. Apa yang kamu dengar? “ desak Haji Azmi. Risau juga kalau menantu pilihan ada sejarah hitam. Manalah tahu kalau Najlah ada rekod jenayah atau pernah kena tangkap berkhalwat. Lagi teruk kalau ada anak luar nikah.Malunya tak terkata.Aku dengan Noraini pasti jadi bahan ketawa. Noraini bukan main memilih lagi. Iskandar pun sama. Sudah beberapa orang anak gadis kenalan mereka di tolaknya. Umur dah 30 tahun tapi belum pernah ada teman wanita. Tentu anak kesayangannya kecewa kalau pilihan ibubapanya perempuan yang tidak elok. Tapi Najlah anak Fuad dan Ainul, dan dia sentiasa di jaga ketat oleh mereka. Tak mungkin Najlah memalukan ibubapanya. Serba salah Haji Azmi di buatnya.
“ Er… tak eloklah kalau Yem cerita. Apa kata Papa suruh Is sendiri yang tanya? Yang nak kahwinnya Is bukan kita. Lagipun mungkin Is boleh terima kisah silam dia, kenapa kita nak sibuk. What is past , is the past.” Adham tersenyum sinis
Kata kata Adham membuat Haji Azmi tak senang. Perkahwinan Iskandar dengan Najlah sudah dekat. Dia membetulkan cermin matanya.
Adham menghabiskan bubur kacang dan menghirup teh. Papa nak isteri yang sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki untuk Iskandar. Anak dara yang tak pernah di sentuh. Tapi dia tak sedar yang Iskandar sendiri menyembunyikan rahsia besar. Mungkin dia tahu tapi sengaja buat tak nampak. Ibubapa mana yang nak mengaku anaknya ada masaalah.
“ Kenapa tiba tiba saja Is nak kahwin? Dulu dia tak layan pun perempuan perempuan yang Mama kenalkan.” Adham memasang jerat.
“ Dah sampai seru. Dia pun bukan muda lagi. Sekarang Is dah masuk politik. Masa depan dia cerah. Eloklah kalau ada isteri nak jaga dia. ” Adham mengangguk. Iskandar memang opportunist. Jadi menantu peguam terkenal, ada isteri yang bukan saja cantik tapi bijak. Imej yang bagus penting untuk seorang ahli politik.
“ Is nak tinggal di mana lepas kahwin nanti? Takkan nak tinggal serumah dengan Shah lagi? “ Dengan wajah selamba Adham bertanya. Muka bapanya berubah serta merta.
“Mestilah dia pindah. Kamu ni Yem, suka sangat dengar gossip. ” Haji Azmi bersuara keras. Macam lah aku tak tahu apa yang Adham andaikan. Keakraban Iskandar dengan Shah pun nak di “ speku”. Mereka sudah lama berkawan, sejak di sekolah menengah lagi. Lagipun Iskandar sendiri yang nak kahwin dan minta mereka pinangkan Najlah. Bukan ada sesiapa yang paksa. Mustahil naluri dia songsang.
Cukuplah untuk hari ini. Lebih lebih nanti bapa aku sakit dada pula. Adham bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“ Okaylah Papa. Yem nak balik dulu. Kirim salam pada Mama. Nanti kalau dah dekat hari perkahwinan Is, call lah Yem. Boleh Yem tolong apa apa yang patut” Tolong jadi pengantin lelaki pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye...
yem dh ngaku dia suka najlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok cik smiley tepek banyak2...i nak kuar for dinner...lepas balik layan citer...ihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
iskandar tu layan2 dua2 ke????
yem dh ngaku sukakn najlah... taktik kotor pun xpe yem asalkn najlah selamat |
|
|
|
|
|
|
|
salam allz
hari ni hari marathon... lama giler tak jadi penunggu gua kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
ingat takde entry tadi.. ade rupenye.. baru jer lepas baca..
yesss.. apa lagi yem.. mulakan plan merampas pengantin dari isketambola |
|
|
|
|
|
|
|
go yem go..
jadi hero slamatkan naj.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin mendebarkan.. bile la orang nk tau si is tu songsang...
juna.. copek2 la sambg lagi.. tak sabar dah ni,.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Kenapa kamu diam? Takkan kamu tak kenal bakal kakak ipar kamu tu. Kawan kamu masa kecil dulu di Kuantan. Anak Uncle Fuad dengan Auntie Ainul yang orang panggil Adik. Dia pun kerja dengan Datuk Badr ...
sang_arjuna Post at 13-4-2010 19:29 Ijal = Yem aka Adham ....mcm serupa aja akai nya...so cute |
|
|
|
|
|
|
|
yem kena cepat, dia ada sebulan je.....ckp je la kat si lala tu.....come on yem, kami suma kat sini kasi support..go yem go...you can do it man !
|
|
|
|
|
|
|
|
dah pasang taktik yem sbb najlah..
adakah iskandar ni gay? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... yem... yem... ko mmg nak buat papa kau sakit jantung yem... |
|
|
|
|
|
|
|
yes...yesss....best smiley......nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Sang arjuna... harap ari ni YEM BAI dapat menjalankan modus operandi dengan jayanya... moga berjaya YEM BAI.... chaiyokkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Sepandai-pandai tupat melompat...akhirnya jatuh gedebuk gak....haha...tak sabar nak tunggu YEM bongkar rahsia IS kat NAJ.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
dgn gigihnya aku masuk WR...ingatkan dah ada n3.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|