|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
China dakwa bot Filipina ceroboh kepulauan Scarborough secara haram
Oktober 31, 2023 @ 8:31am

Sebuah bot dengan bendera Filipina dihalang oleh kapal pengawal pantai China yang mengakibatkan insiden perlanggaran kedua-dua kapal itu di perairan Laut China Selatan yang dipertikaikan. - Foto REUTERS
BEIJING: Tentera China mendakwa sebuah bot Filipina memasuki perairan berhampiran kepulauan Scarborough secara haram dan tanpa kebenaran negara itu.
Beijing menggesa Filipina supaya segera menghentikan tindakan provokasi berkenaan.
China dan Filipina sebelum ini terbabit dalam beberapa konfrontasi di perairan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan dengan dalam kejadian terbaru, Pasukan Petugas Kebangsaan Laut Filipina mendakwa, kapal pengawal pantai China melanggar bot Filipina yang menghantar bekalan kepada tentera ditempatkan di BRP Sierra Madre di Laut Filipina Barat.
"Kami menggesa pihak Filipina untuk segera menghentikan pelanggaran dan provokasi bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan," kata jurucakap Komando Tentera Pembebasan Rakyat China, Kolonel Kanan, Tian Junli.
"Tindakan Filipina secara serius melanggar kedaulatan China dan undang-undang antarabangsa," tambah Junli.
Junli berkata, China menahan, memantau dan memberi amaran sekali gus menyekat kapal itu berdasarkan undang-undang.
Kepulauan Scarborough dituntut oleh China, Filipina dan Taiwan.
Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk sebahagian daripada zon ekonomi eksklusif Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.
Ini menyebabkan pergeseran maritim dan pertikaian wilayah yang semakin meningkat.- REUTERS
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong Palestin serbu pesawat bawa penumpang Israel di Russia

TANGKAP layar video menunjukkan orang ramai menyerbu landasan lapangan terbang di Makhachkala, wilayah Dagestan, Russia. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
31 Oktober 2023, 10:00 am
MOSCOW: Ratusan orang ramai menyerbu lapangan terbang utama di wilayah Dagestan dan berlari ke landasan sambil melaungkan slogan antisemitik ketika pesawat dari Tel Aviv, Israel mendarat.
Media Russia melaporkan, orang ramai mengelilingi pesawat Red Wing milik negara ini sejurus ia mendarat dengan membawa penumpang dari Tel Aviv.
Laman web Flightradar menyatakan pesawat tersebut berlepas dari Tel Aviv dan mendarat di Makhachkala yang penduduknya majoriti beragama Islam pada pukul 7 malam waktu tempatan.
Media Sota melaporkan, pesawat itu melakukan transit sebelum berlepas ke Moscow dua jam kemudian.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan.
Kementerian Kesihatan Dagestan memaklumkan, lebih 20 orang cedera dalam insiden tersebut dengan dua daripadanya kritikal selepas polis cuba menyuraikan keadaan.
Pihak berkuasa lapangan terbang memberitahu, pesawat berkenaan dalam keadaan baik, namun premis tersebut akan terus ditutup sehingga 6 November ini.
Video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan ada yang cuba terbalikkan kenderaan polis.
Seorang penunjuk perasaan juag dilihat membawa sepanduk tertulis ‘pembunuh kanak-kanak tiada tempat di Dagestan’.
Insiden itu berlaku selepas Israel terus menggempur Gaza sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di wilayah itu.
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Messi julang Ballon d’Or kelapan

LIONEL Messi dipilih selaku pemenang Ballon d'Or selepas cemerlang bersama Argentina musim lalu.
Oleh Meja Sukan
31 Oktober 2023, 8:50 am
PARIS: Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or kelapan dalam kariernya, manakala pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati pula mengungguli kategori wanita.
Messi terpilih sebagai pemenang Ballon d’Or selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu, di mana dia meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.
Pemilihan kapten Argentina itu juga menyaksikan dia mengetepikan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
“Ini hadiah untuk pasukan Argentina di atas pencapaian kami. Selamat Hari Jadi Diego (Maradona). Ini juga untuk anda,” kata Messi yang menerima trofi daripada legenda England, David Beckham.
Mbappe menjadi pesaing utama Messi untuk anugerah itu selepas dia muncul selaku penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun, berdasarkan undian, bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu berada di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk City ketika menjuarai treble musim lalu.

Sementara itu, Bonmati yang mengungguli kategori wanita juga dinilai berdasarkan kejayaannya membantu skuad Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Dalam pada itu, bintang Real Madrid, Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik di bawah usia 21 tahun musim lalu.

Pemain 20 tahun itu memulakan kariernya di Real musim ini dengan cemerlang, meledak 13 gol dalam 13 perlawanan pertama, namun dia memenangi anugerah itu kerana persembahan cemerlangnya di Borussia Dortmund.
Rakan sepasukan Bellingham di Madrid, Vinicius Junior memenangi hadiah Socrates manakala, rakan sepasukan Messi dalam pasukan Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol terbaik.- AGENSI
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
TikTok, Snapchat ikrar tangani imej penderaan seks kanak-kanak AI
Oktober 31, 2023 @ 11:08am

Foto hiasan
LONDON: Firma teknologi termasuk TikTok, Snapchat dan Stability AI menandatangani kenyataan bersama yang berikrar untuk bekerjasama menentang imej penderaan seks kanak-kanak yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).
Britain mengumumkan kenyataan bersama itu yang turut menyenaraikan kerajaan Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Australia antara 27 pihak berkerjasama pada satu acara semalam yang diadakan menjelang sidang kemuncak global, dihoskan oleh United Kingdom (UK) mengenai keselamatan AI minggu ini.
"Kami berazam untuk mengekalkan dialog dan inovasi teknikal dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak pada zaman AI.
"Kami berazam untuk bekerjasama bagi memastikan kami menggunakan AI yang bertanggungjawab untuk menangani ancaman penderaan seksual kanak-kanak dan komited untuk terus bekerja secara kolaboratif bagi memastikan risiko yang ditimbulkan oleh AI menangani penderaan seksual kanak-kanak," kata kenyataan itu.
Britain memetik data daripada Internet Watch Foundation menunjukkan, satu forum web gelap berkongsi hampir 3,000 imej AI yang menjana bahan penderaan seksual kanak-kanak.
"Adalah penting sekarang kami menunjukkan contoh dan menghapuskan penyalahgunaan teknologi baru muncul ini sebelum ia mempunyai peluang untuk bercambah sepenuhnya," kata Ketua Eksekutif IWF, Susie Hargreaves. - REUTERS
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Barat mahu luaskan konflik Ukraine ke Asia Pasifik?

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
31 Oktober 2023, 11:00 am
BEIJING: Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu mendakwa Barat sedang berusaha meluaskan konflik di Ukraine ke rantau Asia Pasifik.
Agensi berita TASS melaporkan dakwaan itu dengan memetik kenyataan Shoigu di sebuah forum pertahanan Beijing.
Bercakap di Forum Xiangshan, Shoigu mendakwa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang `menutup’ ketenteraan yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik dengan hasrat untuk berdialog.
Malah, Shoigu turut mendakwa negara-negara NATO sedang menggalakkan `perlumbaan senjata’ di rantau itu, selain meningkatkan kehadiran pasukan tenteranya dan melakukan latihan ketenteraan secara kerap.
Tentera Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan pertukaran maklumat dengan Tokyo dan Seoul pada pelancaran peluru berpandu untuk menghalang Russia dan China.
Beliau juga menuduh Washington cuba menggunakan isu perubahan iklim dan bencana alam sebagai alasan untuk `campur tangan’ atas dasar kemanusiaan.
Jelas Shoigu, kemunculan beberapa blok keselamatan baharu seperti Quad dan AUKUS menjejaskan peranan ASEAN dan usaha bukan proliferasi di rantau tersebut.
Pada masa sama, Shoigu berkata, tindakan Russia untuk membatalkan ratifikasi Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif tidak bermaksud bahawa perjanjian itu berakhir.
Malah, katanya, Russia tidak mengambil kira faktor luaran untuk penggunaan senjata nuklear.
“Kami hanya ingin memulihkan persamaan dengan AS yang tidak meratifikasi perjanjian ini.
“Kami tidak bercakap mengenai kemusnahan,” katanya.
Tambah Shoigu, Moscow bersedia mengadakan rundingan mengenai penyelesaian pasca konflik krisis Ukraine berkaitan `kewujudan bersama’ selanjutnya dengan Barat.
Namun, katanya, negera-negara Barat perlu berhenti mencari kekalahan strategik Russia. – REUTERS
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
2 beradik bergilir bawa ibu guna bakul ke hospital

Dua beradik di China bergilir membawa ibu mereka ke hospital menggunakan bakul buluh. FOTO Douyin
Beijing: Sungguh menyentuh hati apabila dua beradik di China sanggup bergilir membawa ibu mereka menggunakan bakul buluh untuk menerima rawatan di sebuah hospital.
Perbuatan adik beradik itu dan ibu mereka berusia 89 tahun dirakam seorang pejalan kaki di jalan raya di barat daya perbandaran Chongqing, lapor People's Daily.
Ketika mereka berhenti rehat, salah seorang daripada mereka dilihat menepuk pinggang bagi menghilangkan keletihan.
Chen Chuan, 58, dan adiknya Chen Li, 55, terpaksa menggunakan kaedah pengangkutan itu kerana ibu mereka mengalami mabuk kenderaan dan sakit kepala apabila duduk di kerusi roda.
Isteri Chen Li, Zhang Qingrong mendedahkan, ibu mentuanya tidak mahu bertemu doktor jika jatuh sakit.
Katanya, pada 23 Oktober lalu, ibu mentuanya mengadu tidak sihat sebelum dua beradik itu terfikir untuk menggunakan bakul itu untuk membawanya ke hospital.
"Sebelum ini mereka hanya mengendong ibu di belakang mereka tanpa bakul atau memeluknya dalam perjalanan ke hospital.
"Tapi kali ini mereka fikir lebih baik letak ibu mereka dalam bakul supaya lebih selesa sepanjang perjalanan," katanya.
Zhang berkata, adik-beradik itu mengambil masa lebih 20 minit untuk tiba ke hospital.
"Adik-beradik itu pernah bekerja di bandar lain sebagai pekerja asing.
"Tahun lalu, mereka pulang ke kampung halaman di Chongqing dan membuka restoran mi supaya mereka dapat menjaga ibu mereka setiap hari," kata Zhang.
Rakaman video itu tular menerima lebih 1.4 juta tontonan dan menerima lebih 60,000 komen.
Ramai netizen kagum dan terharu dengan perilaku ditonjolkan dua beradik itu dalam menyantuni ibu mereka.
https://www.hmetro.com.my/global ... a-bakul-ke-hospital |
|
|
|
|
|
|
|
Kemboja bebas periuk api menjelang 2025

Gambar hiasan AFP
Kemboja: Kemboja mencatat kemajuan untuk merealisasikan matlamat bebas periuk api yang ditetapkannya menjelang 2025, lapor Xinhua, memetik kenyataan Perdana Menteri Hun Manet pada Isnin.
"Setakat ini, 13 daripada 25 wilayah di Kemboja telah diisytiharkan bebas periuk api dan kami berada pada kedudukan untuk mencapai sasaran bebas periuk api menjelang 2025," katanya.
Wilayah Kampung Speu diisytiharkan sebagai wilayah ke-13 bebas periuk api.
Sebanyak 12 wilayah lain ialah ibu kota Phnom Penh, Stung Treng, Kep, Prey Veng, Preah Sihanouk, Tbong Khmum, Kampung Cham, Svay Rieng, Kampung Chhnang, Kandal, Takeo dan Kampot.
Kemboja antara negara yang teruk terjejas oleh ancaman periuk api dan sisa letupan perang (RW).
Dianggarkan terdapat antara empat juta dan enam juta tinggalan periuk api serta amunisi dalam perang dan konflik dalaman selama tiga dekad di negara itu yang berakhir pada tahun 1998.
Naib presiden pertama Cambodian Mine Action and Victim Assistance Authority (CMAA) Ly Thuch berkata dari 1979 hingga Ogos 2023, letupan periuk api dan ERW membunuh 19,822 orang dan mencederakan 45,209 yang lain, menjadikan Kemboja sebagai antara negara yang merekodkan jumlah korban terbesar.
Beliau berkata sejak 1992 hingga kini, kawasan seluas 2,795 kilometer persegi telah dibersihkan daripada periuk api dan ERW.
Kemboja masih perlu membersihkan baki 538 kilometer persegi tanah yang mengandungi periuk api menjelang 2025.
"Pada masa ini, kira-kira 1.1 juta orang masih tinggal di kawasan yang disyaki ditanam periuk api dan ERW," katanya.
https://www.hmetro.com.my/global ... -api-menjelang-2025 |
|
|
|
|
|
|
|
Marquez dibenarkan uji jentera Ducati

MARC Marquez.
London: Marc Marquez akui gembira apabila diberi peluang menguji jentera baharu bersama pasukan Ducati yang akan disertainya mulai saingan MotoGP musim depan.
Marquez yang juga juara dunia MotoGP sebanyak enam kali berkata, dia berterima kasih kepada pasukannya Honda yang memberi lampu hijau untuknya menguji jentera Ducati lebih awal.
Katanya, sebagai pelumba adalah penting untuk merasai jentera baharu dan cuba mendapatkan keserasian sebelum bermulanya musim baharu tahun depan.
Menurutnya, adalah satu 'mimpi buruk' buat mana-mana pelumba jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan jentera yang boleh mengakibatkan insiden tidak diingini berlaku seperti kemalangan.
"Ia berita sangat baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Honda, kepada semua kakitangan, kerana mereka membenarkan saya.
"Bagi seorang penunggang ia penting. Ia bukan sekadar ujian sehari, ia adalah ujian dua bulan. Jika tidak, anda terpaksa pergi bercuti pada bulan Disember dan Januari tanpa mencuba jentera baharu itu.
"Bagi seorang pelumba, ia bukan perkara yang baik. Ia seperti mimpi ngeri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Honda kerana mereka akan membenarkan saya mencuba motosikal itu," katanya yang akan menyertai pasukan Gresini Ducati musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -uji-jentera-ducati |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tengahari
 |
|
|
|
|
|
|
|
Gaza terkini: Hampir 500 petugas kesihatan maut dalam konflik Palestin-Israel

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
31 Oktober 2023, 10:48 am
GAZA: Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.
Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu juga, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.
Semenjak serangan dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu, sebanyak 28 ambulans mengalami kerosakan, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.
Menjelas lanjut, kata WHO, 118 serangan lain ke atas sektor perubatan di Tebing Barat dan Timur Jerusalem direkodkan yang mengakibatkan tiga kematian dan menyebabkan 15 kakitangan perubatan cedera semasa bertugas. – AFP
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Ribuan ‘Spiderman’ berkumpul di Buenos Aires cuba atasi rekod Malaysia
Oleh KOSMO!
31 Oktober 2023, 12:10 pm

Beratus-ratus orang memakai kostum Spiderman berkumpul di Dataran Obelisk, Buenos Aires kelmarin. - AFP
BUENOS AIRES – Dianggarkan seramai 2,000 orang yang memakai kostum adiwira Spiderman berkumpul di ibu kota Argentina, Buenos Aires dalam usaha untuk memecahkan Guinness World Records.
Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, acara itu dianjurkan oleh seorang pesohor media sosial bernama Uki Deane.
Menurut Deane, bilangan peserta yang memenuhi pekarangan tugu Obelisk di Buenos Aires itu dianggarkan mencecah 3,000 orang, namun tidak dapat disahkan.
Acara itu bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dalam kategori perhimpunan terbesar manusia memakai kostum Spiderman, mengatasi rekod seramai 685 orang di Malaysia pada Jun tahun ini.
Ketika acara itu berlangsung, peserta mengisi trak dengan makanan tidak mudah rosak untuk didermakan kepada orang ramai, jelas Deane.
Bukti daripada percubaan rekod itu masih disemak oleh Guinness World Records. – Agensi
Kredit: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 13 maut, kereta api bertembung di India

PASUKAN penyelamat melihat lokasi kemalangan kereta api di daerah Vizianagaram di negeri Andhra Pradesh, India.-AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
31 Oktober 2023, 1:00 pm
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 27 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di tenggara India.
Pegawai kanan kereta api berkata, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Visakhapatnam menghala ke Rayagada terhenti akibat kabel di bahagian atas terputus sebelum dilanggar oleh kereta api yang datang dari arah depan di daerah Vizianagaram di Andhra Pradesh.
Perlanggaran itu menyebabkan dua koc yang membawa lebih 90 orang tergelincir.
Kementerian Kereta Api berkata, kesilapan manusia mungkin mengakibatkan perlanggaran dua kereta api itu selepas satu daipadanya didakwa tersalah menghantar isyarat.
“Siasatan awal menunjukkan kesilapan manusia berlaku apabila terdapat kesalahan isyarat oleh kereta api yang tidak bergerak.
“Perlanggaran berlaku apabila kereta api sepatutnya berhenti di lampu merah tetapi terus bergerak.
“Operasi menyelamat dijalankan di lokasi kemalangan, dan semua yang cedera dikejarkan ke hospital,” kata Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw.
Perlanggaran tersebut berlaku hanya empat bulan selepas insiden ngeri di Odisha yang menyaksikan tiga kereta api berlanggar, menyebabkan 275 orang maut dan lebih 1,000 cedera.
Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.
“Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih,” katanya.-REUTERS
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tengahari
 |
|
|
|
|
|
|
|
3 angkasawan selamat kembali ke bumi

Komander Jing Haipeng memberi tabik hormat ketika meninggalkan kapsul kapal angkasa Shenzhou-16. Foto AFP
Beijing: Tiga angkasawan China selamat kembali ke Bumi pada Selasa selepas lima bulan berada di orbit di stesen angkasa negara itu, lapor media kerajaan.
Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao mendarat di tapak pendaratan Dongfeng China pada 8:11 pagi (0011 GMT), menurut penyiar CCTV negeri.
"Petugas penyeliaan perubatan dan insurans di lokasi mengesahkan bahawa semua angkasawan berada dalam keadaan sihat," kata CCTV.
"Misi penerbangan anak kapal Shenzhou-16 adalah satu kejayaan.
"Jing, Zhu dan Gui mengembara ke stesen angkasa Tiangong China pada akhir Mei dan berada di orbit selama 154 hari.
Mereka menghabiskan masa menjalankan eksperimen saintifik dan melakukan perjalanan angkasa lepas hampir lapan jam.
Krew baharu menggantikan mereka minggu lalu selepas misi Shenzhou-17 berlepas dari tapak pelancaran Jiuquan di barat laut negara itu.
Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin akan melakukan "sains angkasa dan ujian muatan aplikasi", menurut Agensi Angkasa Berawak negara itu.
Mereka juga akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk membaiki kerosakan kecil pada stesen akibat serpihan angkasa lepas.
Beijing mempercepatkan rancangan untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas sejak Presiden Xi Jinping memegang tampuk pemerintahan sedekad lalu.
China melabur berbilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya untuk mengejar Amerika Syarikat dan Rusia.
China juga menyasarkan untuk menghantar misi kru ke Bulan menjelang 2030 dan akhirnya membina pangkalan di permukaan bulan.
https://www.hmetro.com.my/global ... mat-kembali-ke-bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir 3 dekad tuntut cerai!

GAMBAR hiasan
New Delhi: Kedengaran pelik namun seorang lelaki di India sudah 40 tahun tinggal berasingan isterinya dan berusaha menuntut cerai selama 27 tahun iaitu hampir tiga dekad.
Oddity Central melaporkan, percubaan Nirmall Singh Panesar, 89, yang juga pegawai tentera udara gagal lagi apabila permohonannya untuk berpisah dengan isteri, Paramjit Kaur Panesar, 80, ditolak oleh Mahkamah Agung awal bulan ini.
Panel Hakim Aniruddha Bose dan Hakim Bela M Trivedi memutuskan bahawa walaupun perkahwinan pasangan itu 'melangkaui keselamatan' namun ia bukan alasan kuat untuk mereka berpisah.
Nirmal berkhidmat dalam Tentera India dan isterinya adalah guru di Sekolah Pusat di Amritsar.
Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
Meskipun mereka berdua menjalani kehidupan yang sibuk, kedua-dua pihak menganggap perkahwinan mereka biasa sehingga Januari 1984, apabila Nirmal dihantar bertugas di Madrass serta kini Chennai.
Nirmal mendakwa isterinya enggan mengikutinya di Madras sebaliknya lebih suka tinggal bersama ibu bapanya dan anak lelaki mereka.
Walaupun beberapa percubaan dilakukan untuk mendamaikan hubungan, perkahwinan mereka tetap bergolak dan pada 1996, Nirmal Singh Panesar memfailkan perceraian di Mahkamah Daerah.
Empat tahun kemudian, dia menerima keputusan yang baik tetapi permohonannya ditolak dengan pantas selepas rayuan dikemukakan Paramjit, dengan alasan cuba sedaya upaya mengekalkan hubungan suci mereka.
Sejak itu, lelaki India itu, yang bersara daripada Tentera Udara India sebagai Komander Sayap pada tahun 1990 cuba membawa kesnya ke Mahkamah Agung India supaya dapat menuntut cerai.
Awal bulan ini, dia teruskan hasratnya tetapi keputusan diperoleh tidak seperti yang dia harapkan.
Difahamkan, perceraian adalah subjek tabu di India, sebuah negara yang pembatalan undang-undang perkahwinan hanya diperoleh jika berlaku keganasan atau kekejaman yang jelas oleh salah seorang pasangan.
https://www.hmetro.com.my/global ... -dekad-tuntut-cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Penyelamat ku, jodoh ku

GAMBAR ketika insiden cubaan menamatkan riwayat hidup (kiri) dan gambar perkahwinan wanita dan anggota bomba yang menyelamatkannya. FOTO Agensi
Beijing: Jodoh menyatukan seorang wanita di China dengan anggota bomba yang menyelamatkannya ketika hampir menamatkan riwayat hidup kira-kira tiga bulan lalu.
Portal The Thaiger melaporkan, kisah cinta dan perkahwinan pasangan berkenaan terbongkar selepas wanita itu membuat pendedahan mengenai hubungan mereka.
Turut dikongsikan adalah video perkahwinan yang menunjukkan pasangan itu berpegangan tangan, lapor Sanook.
Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut kisah cinta mereka, ramai netizen membuat andaian wanita berkenaan menerima anggota bomba itu kerana memerlukan sokongan.
Perasaan sayang terhadap satu sama lain juga menjadi pemangkin semangat buat mereka berkongsi hidup.
"Saya gembira mendengar kisah cinta yang begitu comel.
"Wanita itu pasti menjadi lebih baik selepas bertemu dengan suaminya sekarang. Saya doakan mereka bahagia selamanya," itu komen salah seorang netizen.
"Penjaga penyelamat menjadi sinar cahaya yang menghilangkan kegelapan dalam hati wanita itu.
"Saya tidak tahu apa yang dia lalui, tetapi saya harap dia lebih mempercayai hidupnya dan menjalani kehidupan yang sihat bersama orang yang disayanginya," tulis seorang lagi netizen.
Terdahulu, wanita berkenaan melakukan cubaan menamatkan riwayat hidup di kediamannya dekat pangsapuri dekat Fuzhou, China.
Wanita itu berdiri di tebing bangunan dan hampir tergelincir bagaimanapun sempat diselamatkan oleh anggota bomba termasuk salah seorang yang kini menjadi suaminya.
Video berkenaan tular selepas dirakam penduduk di bangunan bertentangan sebelum dimuat naik dalam laman sosial.
https://www.hmetro.com.my/global ... yelamat-ku-jodoh-ku |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat malam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi
 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|