CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: solstice

Semuanya tentang Dewi Remaja (update pg 23 #570)

  [Copy link]
Post time 26-11-2010 08:52 AM | Show all posts
Rita Rudiani muka menten sama... x de berubah mcm Rozita Che Wab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 09:03 AM | Show all posts
Reply 302# nashrudean


hah..? Ogy Ahmad Daud...?

biar betul.. yg aku ingat cite ogy nyanyi baju terlondeh sebelah kat atas pentas awal tahun 80-an...
dia sama generasi ngan umi aida ke..? awal 80-an dulu dah ada pertandingan dewi remaja..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:26 AM | Show all posts
arwah kk makh?? ninggal dh ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 09:31 AM | Show all posts
Reply 312# NonaNaga


    Iya... Erni Yusnita. Dia ni cantik & vogue sgt. Muka melayu pure, ada darah indonesia. Ni batch Jasmeen Dhillon gak taon 1990. Lepas dia jadi finalis dia masuk satu pertandingan Puteri... ape ntah, tapi wakil2nya dari Indonesia, Filipina gituh. Ala2 Asia Tenggara. Dan dia menang!!! Sbb tu dia tarik diri sbb dah ada title tu. Sayang sungguh. Dia antara colan2 feveret.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:31 AM | Show all posts
Reply 314# NonaNaga


    ooo time nih dewi remaja yg paling glamour..ramai sebatch yang sekang dah ada nama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 09:34 AM | Show all posts
seingat nona,

dari kiri:
rubiana ahmad jabar, noriyati zakaria, kuza, ermi zura, maizuriah, jasmeen dhillon, casiano irene santiago, susan roses yusoff, jasmin hamid, alina kott?? (betul), safitri mulyana (ganti dewi lain) , mek kelate tak ingat namanya (fauziah, lembah lembut je orgnya, ada kembar, asal kuala krai), roslinda ghulam rasul, ??? (lupa nama, org Sg Petani Kedah ) dan shahila harun shah (pun ganti dewi)...
NonaNaga Post at 26-11-2010 02:14


Bagus ingatan u ni. Sharp lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2010 09:45 AM | Show all posts
kalo mak tak salah..farah ariani pengasas tudung ariani skrg nih pon finalis dewi remaja..skrg dh pa ...
lady_cokelat Post at 26-11-2010 07:19



    Iya lah... iols baru perasan. Minah ni batch Annahita. Cun sesangat tp tarik diri. Tp memang nmpak ada karisma gitu.
Farah Haryani Mohd Philips, isteri pengusaha Jakel dowhh. Penah jadi cikgu Form 6 ngajar MUET di sekolah Tinggi Segamat. Katanya masa tu terkenal sbb sangat cantik dan murah dengan senyuman. (maklumat dari Pak Cik Gugel)
Antara contoh Finalis DR yg boleh dijadikan contoh Like



MOHAMED Feroz dan isterinya, Farah Haryani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 09:47 AM | Show all posts
Gemuruh layan VIP

oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Isteri pemilik gedung tekstil Jakel, Farah Haryani, 29, jarang memakai seluar dan blaus.

BAYANGKAN anda diberi peluang untuk memilih tiga daripada 20 kain dengan rekaan atau corak, fabrik dan warna kegemaran. Memeningkan kepala, bukan?

Apakah agaknya perasaan pemilik gedung tekstil yang perlu melakukannya untuk puluhan pelanggan dengan ribuan pilihan setiap hari?

"Jenis fabrik, reka corak, warna kain, warna kulit dan jenis pakaian yang akan dihasilkan daripada kain itu adalah antara yang perlu dipertimbangkan semasa membantu pelanggan memilih kain.

"Kerana bukan semua jenis fabrik boleh dijahit untuk semua potongan dan bukan semua warna sesuai untuk semua warna kulit.

"Itu belum mengambil kira apa yang sedap dipandang pelanggan," ujar Farah Haryani Mohd. Philip, isteri Pengarah Urusan gedung tekstil terkemuka Malaysia, Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel, 37.

Kata orang, kalau sudah menjadi pemilik, kerjanya tentu goyang kaki. Namun, akui Farah, dia sama saja seperti wanita bekerjaya yang lain.

"Orang lihat kami mewah. Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Walaupun kami memiliki semua ini (gedung tekstil dengan 18 cawangan di seluruh negara), kami tidak ada masa untuk bersenang-lenang atau bercuti seperti orang lain.

"Saya sendiri bekerja enam hari seminggu, dari kedai dibuka sehinggalah kedai ditutup. Berkejar ke sana ke mari di dalam gedung tujuh tingkat ini. Itu belum termasuk menjenguk butik Ariani," jelas Farah.

Malah Wisma Jakel di Jalan Bunos, Kuala Lumpur itu sahaja sudah menggaji 300 pekerja, menambah cabaran mengendalikan perniagaan yang sudah sedia besar itu.

Kalau ada yang berpendapat pencapaiannya mengagumkan, Farah pula berpandangan sebaliknya.

"Saya sekadar membantu suami dan keluarga. Tetapi saya puas. Ia adalah kerja keras yang berbaloi," kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Keseronokan adalah gambaran Farah terhadap peluang melayan pelanggan bertaraf VIP seperti tokoh politik dan orang ternama.

"Memang pengalaman yang manis (melayan VIP). Saya tidak pernah menyangka dapat berbual dengan mereka. Cara mereka bercakap begitu berbeza berbanding ketika dilihat di kaca televisyen atau yang dibaca dalam akhbar.

"Menariknya, mereka tidak sombong ataupun terlalu cerewet. Namun yang pasti, gemuruh adalah perasaan pertama yang paling saya ingat setiap kali berdepan dengan mereka.

"Sehingga sekarang saya masih gemuruh," ujar Farah.

Bagaimanapun, layanan Farah tidak terhad kepada VIP kerana skop tugasnya meliputi Pegawai Pemasaran untuk Jakel dan menjaga aras empat Wisma Jakel selain mengurus butik Ariani.

"Mana-mana yang sempat saya layan, saya layan sebolehnya. Tidak timbul isu memilih atau membezakan pelanggan," ujar wanita berketinggian 168 sentimeter itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2010 09:49 AM | Show all posts

FARAH HARYANI tidak menyesal berhenti daripada menjadi guru bahasa Inggeris kerana mahu membantu suaminya di kedai.

Baju kurung

Ketara murah dengan senyuman, Farah yang berkulit putih gebu dan berlesung pipit tidak segan mengatakan beliau kurang gemar bersolek.

"Kalau sehari-hari bekerja, saya hanya mengenakan mekap yang nipis. Kalau boleh, saya hendak nampak natural dan biar pelanggan tak terasa kekok dengan saya. Biar mereka rasa saya sama seperti mereka," kata Farah.

Namun, penampilan adalah aspek yang sangat dititikberatkan.

"Saya sukakan fesyen. Tetapi saya lebih cenderung untuk memilih fesyen yang selamat dan tak nampak canggung. Kerana terlibat dalam bidang tekstil, orang mungkin pandang apa yang saya pakai.

"Hampir setiap hari saya berbaju kurung, kecuali pada hujung minggu ataupun musim puncak ketika kedai dikunjungi ramai pelanggan, barulah saya memakai seluar dan blaus.

"Sepanjang bekerja saya juga lebih kerap memakai kasut bertumit rata kerana saya perlu banyak berdiri," ceritanya.

Mengajaknya kembali ke zaman remaja, Farah hanya tergelak kecil.

"Saya rasa hidup remaja saya membosankan kerana dipenuhi dengan sekolah dan kelas tuisyen.

"Emak saya seorang ibu tunggal yang tegas dan mementingkan pendidikan kerana kami terpaksa melalui kehidupan yang sukar setelah pemergian ayah ketika saya berumur lima tahun.

"Pada waktu itu kami tidak ada tempat bergantung. Emak terpaksa bekerja keras menyara kami sekeluarga, jadi saya fikir dia mahu memastikan kami berpendidikan," kata wanita berdarah kacukan Cina-Punjabi itu.

Bertemu bakal suami di Segamat

Kisah perkenalannya dengan Mohamed Feroz, kacukan India-Melayu, juga bermula daripada ibunya.

"Kedai kain Jakel dibuka di Segamat (Johor). Emak selalu mengajak saya untuk melihat kain-kain di kedai itu. Pada waktu itu saya berumur 19 tahun dan tidak berminat dengan kain atau baju kurung.

"Jadi dalam rasa terpaksa, saya ikut saja. Di situlah saya berjumpa dan berkenalan dengan suami. Dia meminta nombor telefon saya, tetapi saya menolak.

"Selepas melihat cara dia melayan pelanggan, saya mula tertarik kepadanya. Dia berbudi bahasa dan pandai melayan orang tua," kongsinya yang tidak menyangka Mohamad Feroz merupakan anak pemilik kedai itu.

Perkahwinan yang hampir mencecah 10 tahun itu, kata Farah, bukan saja mengurniakan mereka dua orang anak, Shierryn Batrisyea, 5, dan Muhammad Farhad, 3, malah ia turut mengajarnya tentang kerja keras dan ikatan kekeluargaan yang kuat.

"Datang daripada keluarga yang besar, suami saya mempunyai 'pasukan' yang sangat kuat. Jakel berdiri hasil kesepakatan 11 adik-beradik (kecuali adik bongsu Mohamad Feroz yang masih bersekolah).

"Mereka sentiasa memberi komen dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Merekalah orang yang paling kuat berusaha yang pernah saya kenal. Mereka bukan keluarga yang banyak drama."

Kata orang, besar periuk, besarlah keraknya. "Namun syukur saya dan suami sudah bersetuju, kerja adalah kerja dan keluarga adalah keluarga. Setiap kali balik ke rumah, kami tidak bawa masalah kerja.

"Walaupun kepala serabut dengan masalah 18 cawangan kedai, suami tidak pernah lagi sehingga tidak lalu makan memikirkannya," ujar graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:53 AM | Show all posts
bila dpt tau dia dr utm skudai..baru teringat da...pernah nampak kat utm skudai...free hair dulu...skrng ni lagi cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:55 AM | Show all posts
Reply 326# solstice


    ooo dah ingat2..yg org sg petani tu kan....

nama dia Amilla Bahiyah.....kan....wahhh terorr i olsss
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by NonaNaga at 26-11-2010 10:04

Reply 324# solstice


    betulllah suka erni yusnita....
lagi satu dewi yg selalu masuk iklan sabun, vanish ker apa ...salina omar ker apa...org johor....batch wan khadijah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:08 AM | Show all posts
cantik rita rudaini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:13 AM | Show all posts
nape mak tgk annahita tu cam xde aura dewi je
emiryn_darling Post at 24-11-2010 10:11



off topic. penah nampak annahita ni ambik exam bertulis M41, ptd..hehe tapi dia tak dapek kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:31 AM | Show all posts
Reply 301# nashrudean


nasib baik x inzalna....
mau merembes semua jejanz kat mesia nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 11:01 AM | Show all posts
sapa ada tgk DR2010 kat astro semlm? den xsempat tgk....

ixara tu muka cam iras rcw kan...
Azmanja Post at 25-11-2010 17:21



    aku suka ixara tu, cute..
aku tgk muka dia mcm syarifah amani + ana rafaali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 11:13 AM | Show all posts
farah haryani ni junior aku masa school kt TIGS Batu Pahat...satu hostel ngan dia...=)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 11:28 AM | Show all posts
Niena tu patut layak top 12

Apasal ada yg gigi tak lawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 11:38 AM | Show all posts
baru pas tgk DR2010 kat utube... konon nak tiru America Next Top Model la tu....
semua cantik2 belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 11:47 AM | Show all posts
aku last beli dewi remaja ni pas anahita menang....majalah aku yang selambak tu, aku dah sedekah kan pada member aku yg muda mudi....cuma aku masih simpan edisi khas dewi remaja pas menang je...aku paling minat mimi aziz...die mmg fotogenik and aksi dia mmg kaw-kaw la....rizalman suka mik mimie aziz jadi model utk baju label rizalman.....juliana banos pon aku minat sbb body cantik..mmg layak la die menang dulu......koang ingat tak time wan kadijah kawen? cantik kan , sbb die dah repair gigi jong die tu..sweet je...nanti aku carik edisi dia kawen, aku tepek kan gambar kat sini..tp tadi aku terbaca, mimi dah arwah, betul ke? patot la dah lama tak kua kat mana2 majalah....tapi aku minat la muka dia....cantik, fotojenik....sesapa yang tau, pls update me tentang kematian dia why n why..plsssssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.251892 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list