CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 20-6-2011 06:45 PM | Show all posts
Tengku Kamil merenung ketiga2 manusia dihadapannya. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Masing2 tunduk, bagaikan tidak sanggup bertentang mata dengan Tengku Kamil yang lengkap bersut kemas berwarna kelabu. Kasutnya berkilat tak ubah bak cermin.


JIka hendak dibandingkan dengan mereka bertiga yang berpakaian selekeh, tentulah terasa benar jurangnya. Dol menyiku lengan Abu disebelahnya. Abu menyiku lengan Dol kembali.


“Mari. Kita masuk ke pejabat saya,” pelawa Tengku Kamil seraya mengatur langkah menuju ke pejabatnya. Melihat Tengku Kamil yang sudah mengatur langkah, Dol dan Abu kelam kabut bangun membuntuti langkah Tengku Kamil. Namun, Aishah masih membatu di kerusi luar ruang penyambut tetamu.


“Ecah…” melihat Aishah yang masih termenung, lantas Abu menarik lengan Aishah mengekorinya. Aishah bangun juga dalam langkah yang berat. Mereka bertiga masuk ke pejabat Tengku Kamil yang terhias indah dengan dekorasi moden.


Melopong Dol dan Abu sebaik masuk ke pejabat Tengku Kamil. Mata mereka tak lepas2 meneliti satu persatu hiasan dalaman di pejabat itu. Mulut masing2 ternganga.


“Silakan duduk,” Tengku Kamil mempersilakan mereka duduk di sudut sofa yang terletak di hujung sudut bilik itu. Ketiga2nya duduk, akur dengan arahan Tengku Kamil. Kini, mereka sudah saling memandang satu sama lain.


Tengku Kamil meneliti satu persatu raut wajah ketiga2 mereka. Sebaik pandangannya menjengah ke wajah Aishah, dia tersenyum sinis.


“Ini Aishah?” soalnya sinis. Aishah perlahan2 mengangkat wajahnya memandang Tengku Kamil, lalu mengangguk. Tengku Kamil tersenyum. Kelat wajah Aishah melihat riak wajah Tengku Kamil. Meskipun Tengku Kamil dan Faris datang dari satu bapa, namun mereka jelas berbeza. Baik dari segi penampilan fizikal, mahupun karektor.


Aishah sempat meneliti wajah Tengku Kamil yang sedang membelek beberapa dokumen di meja dihadapannya. Hari ini, mereka bertiga tiba2 diikat jamin oleh Tengku Kamil dan dibawa ke situ. Untuk tujuan apa, mereka sendiri tidak tahu.


Tengku Kamil sangat kemas penampilannya, memiliki gaya elegan dan karisma seorang lelaki berpengaruh. Manakala Faris pula, sederhana saja gayanya. Cukup bert-shirt dan jeans dan dari luaran pun, sesiapa pun boleh membaca bahawa Faris adalah lelaki yang tidak akan serius dengan apa jua kerja.


Tengku Kamil sungguh tertib dan beretika dalam setiap tingkah lakunya, manakala Faris pula lepas laku. Paling Aishah tidak tahan, Faris memang suka mengeluarkan kata2 pedih kepada orang lain.


Namun, kalau diukur dari segi rupa paras, Faris boleh menarik nafas lega kerana penampilan luaran lebih memihak kepadanya. Mungkin kerana Faris memiliki darah campuran Inggeris dari sebelah ibunya.


“Anda semua tahu mengapa saya memanggil anda semua ke sini?” soal Tengku Kamil lalu menutup pennya lalu dimasukkan ke koceknya. Pen pun bukan main cantik. Tengok saja pun tahu, itu mesti pen mahal! Baling ke kepala orang pun boleh tembus kepala. Bisik hati Aishah. Ah…Faris dengan Tengku Kamil memang tak ubah bagai langit dengan bumi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2011 06:46 PM | Show all posts
“Err…tak tuan..” Dol dan Abu saling berpandangan. Aishah diam saja. Dia membiarkan saja Abu dan Dol bercakap.


Tengku Kamil menghela nafas berat. Kemudian dia mengoyak tiga keping kertas pada sebuah buku di hadapannya. Abu dan Dol memanjangkan leher mereka, meneliti isi kandungan kertas yang dikoyak oleh Tengku Kamil.


“Ini, upah kamu yang dijanjikan oleh Tengku Faris. Beliau meminta saya, bagi pihaknya untuk menyerahkan cek ini kepada kamu bertiga,” satu persatu kertas empat segi tepat dihulur kepada Abu, Dol dan Aishah.


Abu dan Dol pantas menyambut lalu diteliti kertas itu. Mata masing2 terbeliak. Aishah pula, lambat2 menerima kertas itu. Isi kandungan kertas itu langsung tidak dipandangnya. Ada perkara lain yang lebih menghuni kotak fikirannya daripada nilai cek itu.


“Semak dahulu isi kandungan cek ini. Pastikan nama kamu dicatit dengan betul tanpa sebarang kesalahan ejaan,” ujar Tengku Kamil perlahan. Dia memandang ketiga2 manusia dihadapannya. Huh! Tengku Faris ni memang sudah gila! Senang2 saja hendak memberikan RM3 Juta kepada orang macam ni!


“Errr…kami..kami tak tau apa nak cakap apa lagi encik. Kami ingatkan, lepas peristiwa hari tu…kami akan terus merengkok dalam penjara saja…Terima kasih encik! Terima kasih!” Dol bangun lalu tunduk hormat kepada Tengku Kamil. Sungguh2 dia berterima kasih.


“Tak perlu ucap terima kasih pada saya. Ini bukan duit saya. Saya cuma menjalankan amanah yang diberi…Kalau tak ada apa2 lagi, saya minta diri untuk berundur. Maafkan saya, saya ada sedikit kerja selepas ini,” Tengku Kamil bangun.


Melihat Tengku Kamil bangun, Abu, Dol dan Aishah cepat2 bangun dan tunduk. Kata2 Tengku Kamil sudah cukup memberitahu mereka agar mereka harus segera meninggalkan pejabat itu.


“Encik..” Aishah tiba2 bersuara. Abu dan Dol yang sedang mengatur langkah keluar, kaku memandang Aishah yang masih tegak berdiri dihadapan Tengku Kamil.


“Ye, ada apa lagi?” berkerut dahi Tengku Kamil membalas pandangan tajam Aishah. Wajah gadis manis itu dipandang.


“Kalau encik tak keberatan, boleh saya tahu bagaimana keadaan Tengku Faris sekarang?” soal Aishah kaget. Tengku Kamil terdiam memandangnya. Aishah jadi serba salah.


“Err..maksud saya, saya teringin nak tahu apa terjadi pada Tengku Faris selepas dia ditembak pada hari itu,” sambung Aishah gelisah. Tengku Kamil terdiam lalu merenung wajah gadis dihadapannya. Satu nafas berat cuba ditarik dalam2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 06:46 PM | Show all posts
Inspektor Amir memicit2 kepalanya yang pening2 lalat. Lelaki yang dipercayai menjadi dalang disebalik penculikan Tengku Faris disahkan meninggal dunia kerana peluru yang telah menembusi kepalanya tempohari. Mereka tidak sempat hendak menyoal siasat lelaki itu tentang motif disebalik kes itu. Hal ini amat mengecewakan Inspektor Amir.


Hasil aduan Tengku Kamil, mereka bergegas ke Sentul, ke lokasi yang dikatakan akan menemui Tengku Faris dan penculiknya. Mereka tiba tepat pada masa. Tengku Faris dan lelaki itu saling berbalas tembakan dan kedua2nya tercedera hasil tembakan itu.


Namun, Tuhan itu Maha Pengasih. Penculik itu terkena tembakan dikepala, manakala Tengku Faris pula terkena tembakan dibahu kanan. Tengku Faris yang masih belum sedar, kini sedang dirawat di wad khas diraja dan sedang berada di dalam pemerhatian khas.


Manakala yang lain pula, ditangkap dan dibawa ke balai polis. Kes itu, akan ditutup sebaik mendapatkan keterangan Tengku Faris setelah dia sedar nanti. Namun, jika menurut semua keterangan saksi dan pihak yang terlibat, kes itu sudah boleh dibuat konklusi.


Inspektor Amir bangun. Dia mahu keluar dari bangunan Hospital Gleanegles untuk menghirup udara yang tak berapa segar diluar. Buat masa ini, dia hanya mengawasi hospital itu sehingga Tengku Faris sedar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 06:47 PM | Show all posts
“Kalau kau ada duit banyak2..apa kau nak buat?” soal Dol. Tangannya disilangkan kebelakang sambil merenung kaca TV. Abu meneguk air tin yang dibeli di 7-Eleven tadi. Tidak tahu hendak kemana, Dol mengambil keputusan untuk menyewa hotel di hotel yang sama tempat mereka menginap dahulu.


Aishah yang berpengalaman, disuruh menyewa bilik hotel yang sama, agar mereka tidak akan kekok kelak. Mujurlah bilik hotel di tingkat 2 itu masih kosong. Dapatlah mereka bertiga bersenang lenang di situ.


“Entahlah Dol…aku tengah susah hati ni…” balas Abu perlahan. Kakinya dilunjurkan ke sofa depan.


“Kau ni…tak ada duit kau susah hati. Banyak duit pun kau susah hati…” rungut Dol perlahan.


“Macammana aku tak susah hati..kau tengoklah tu….” Abu memuncungkan mulutnya ke dalam bilik tidur yang bertutup dari dalam. Sebaik menjejak kaki ke bilik hotel itu, Aishah terus terperap didalam bilik tidur dengan pintu yang dikunci dari dalam.


Dol menjeling kea rah pintu bilik tidur.


“Hmmhh….budak ni buang tebiat…” dengus Dol. Dia menarik nafas dalam2. Sejujurnya, dia rasa boleh meneka apa sebab Aishah bersikap sedemikian. Namun, bibirnya enggan menuturkannya. Hakikat itu terlalu payah untuk diluah. Kalau diluah pun, takkan mungkin menjadi nyata.


Abu turut terdiam. Dari bersandar di sofa, dia bangun menuju ke bilik tidur.


Tok! Tok! Tok! Pintu bilik tidur diketuk bertalu2.  Abu memasang telinganya di pintu bilik tidur itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 06:49 PM | Show all posts
“Ecah……” panggil Abu lembut. Pintu terus diketuk lagi.


“Ecah…..”


Pintu terus dibuka. Wajah Aishah tersembul di muka pintu. Kemudian dia terus kembali duduk di birai katil . Langsir bilik dibuka luas, menampakkan pemandangan tasik buatan yang terbentang dihadapan mereka.


Abu duduk disisi Aishah yang terdiam.


“Kenapa Ecah diam macam ni?” soal Abu perlahan2. Aishah masih diam. Matanya masih merenung pemandangan di hadapannya.


Abu mengeluh perlahan. Bahu Aishah ditepuk.


“Abang tahu..apa yang Ecah fikir….” Aishah menoleh kea rah Abu yang turut merenung tasik di hadapan mereka dari jendela.


“Tapi….nasihat abang…lupakan sajalah semua tu Ecah. Kalau kenang pun tak berguna…Yang parahnya hati kita…” kata Abu perlahan2. Sesekali digaru2 lengannya yang terasa gatal. Aishah diam membisu. Kata2 Abu ada benarnya.


“Abang rasa…dia akan ingat lagi tak kat kita lepas ni?” lemah suara Aishah menyoal Abu. Abu angguk, kemudian senyum kelat.


“Dia akan ingat pada kita. Sampai akhir hayat dia….” sambung Abu.


“Sebagai orang yang pernah menculik dia bukan?” soal Aishah sekali lagi. Abu terdiam. Aishah membuang pandang kea rah tasik di depannya.


“ Dunia ni pelik. Kadang2 bila kita mahukan sesuatu, kita gagal dapatkannya. Tapi bila kita tak mahu, tiba2 dia datang bergolek pada kita. Macam duit…macam cinta….”


“Dulu Ecah memang nakkan duit sangat2….macam2 Ecah nak buat dengan duit tu…tapi, sekarang, bila dah dapat duit, Ecah rasa macam ada yang kurang. Rupanya, duit bukan sesuatu yang boleh menjanjikan hati kita akan gembira…” Aishah menghela nafasnya seketika.


“Duit ni…hanya akan mengingatkan Ecah pada dia…” Aishah mengeluarkan sekeping cek dari kocek kemejanya luarnya. Dibuka cek itu, lalu diteliti cek itu satu persatu.


Abu terdiam, memandang Aishah yang sedang merenung  cek ditangannya. Sayu hati Abu melihat si adik yang tak pernah bersikap sedemikian sejak kecil. Abu menghela nafas kecil.


“Ecah dah besar rupanya….” Abu menepuk2 belakang Aishah. Suaranya mula tenggelam timbul, sambil mengusap belakang Aishah.


“Dahlah Ecah…sekarang Ecah ada dua pilihan, sama ada nak simpan dia dalam kenangan, atau nak buang dia dari ingatan Ecah…” kata Abu.  Aishah terdiam sejenak.


“Ecah nak simpan dia dalam kenangan…” balas Aishah perlahan. Abu terdiam, memandang Aishah.


“Sama ada simpan dia atau buang dia…dua2 pun sama saja bang. Memeritkan hati. Tapi, kalau Ecah simpan dia dalam hati, sekurang2nya keperitan itu kurang….Ecah nak simpan dia dalam hati Ecah sampai bila-bila bang….” tutur Aishah perlahan.


Abu terangguk2. Bahu Aishah dipeluk erat.


“Kita akan pergi jauh dari sini lepas ni….Jauh dari semua ini…” Abu cuba menahan sedih. Aishah diam membisu. Dia menarik nafas payah, cuba bernafas dengan lebih tenang.


Abu mengeluh perlahan. Melihatkan kemesraan antara Aishah dan Faris dahulu, memang membimbangkannya. Namun, apa dayanya hendak menegah mereka. Dia hanya berharap agar tidak akan terjadi  hal seperti itu. Namun, apa yang dibimbangkannya, kini benar2 menjadi lebih buruk dari sangkaannya.


Aishah rupanya menyukai Faris secara diam-diam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 06:50 PM | Show all posts
Tengku Alyah meletakkan bungkusan makanan yang dibelinya ke meja sisi katil pesakit. Puan Emily dihampiri lalu bahu lembut itu diusap.


“Kita makan dulu auntie,” pujuk Tengku Alyah.


“Emm..auntie masih belum lapar..” sambut Puan Emily yang tak putus2 merenung Faris yang masih belum sedar. Bahunya berbalut kemas.


“Jangan macam tu auntie. 2 hari disini, Alyah tengok auntie tak makan…Nanti, tak pasal2 auntie pula yang jatuh sakit,” pujuk Tengku Alyah lagi. Puan Emily menghela nafas berat. Kepalanya terasa berat. Disandarkan kepalanya di kerusi di tepi katil Faris.


Tengku Alyah membuka bungkusan makanan. Satu kotak makanan dihulurkan kepada Puan Emily.


“Sushi? Your favorite..” pelawa Tengku Alyah sambil tersenyum. Melihat kesungguhan anak gadis itu, Puan Emily akhirnya akur. Chopstick yang dihulur kepadanya diambil lalu kotak sushi itu dibuka. Tengku Alyah pula membuka satu lagi kotak sushi untuknya.


“Thanks Alyah…You’ve been so nice..” ujar Puan Emily memandang gadis itu. Tengku Alyah senyum.


“Don’t ever mention it…” tersenyum2 Tengku Alyah dipuji. Puan Emily memulakan makannya sambil ditemani oleh Tengku Alyah. Sesekali, mata Puan Emily menoleh kea rah Faris yang terlantar dikatil. Doanya tak putus2 dipanjatkan kepada Tuhan agar Faris akan segera sedar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 07:39 PM | Show all posts
sambung lagi fizz
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:37 PM | Show all posts
faris cepat sedar ecah tunggu tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 10:39 PM | Show all posts
faris cepat sedar ecah tunggu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:07 AM | Show all posts
sapelah dalang penculikkan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 08:30 AM | Show all posts
ecah dpt 1juta dah ni agak2 pasni mesti ecah jadi org yg bjaya dan dari situ kot cinta dia dgn faris akan bputik smula ye fizzi..???
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 08:51 AM | Show all posts
sian FARIS ngan AISHAH...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 08:59 AM | Show all posts
siannyer ecah...nk lg n3
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 09:06 AM | Show all posts
siapa dalangnyer fizzi.....tak sabar menanti citer selanjutnyer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:27 AM | Show all posts
faris komalah pula....
agaknya lps nie, dia ingat x lagi dkt ecah?? :cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:48 AM | Show all posts
kesian ecahhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 02:45 PM | Show all posts
ciannya....... sedihnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:46 PM | Show all posts
ada dua orang je yang mungkin culik Tengku Faris iaitu Tengku Kamil atau Tengku Alyah
tapi nak tuduh Tengku Kamil pun mustahil sangat sebab kalau dah tau Tengku Faris tu telefon Tengku Kamil, mesti Tengku Kamil akan pergi kat rumah kosong tu dan bunuh Tengku Faris ni tak sebaliknya laporkan kepada polis.

dan Tengku Alyah mungkin orang yang culik Tengku Faris sebab cinta ditolak dan nak balas dendam...

tapi apa pun n3 seterusnya mungkin akan bongkar kan sapa yang culik Tengku Faris...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:53 PM | Show all posts
semua boleh jadi suspek dalang penculikan faris...
tengku kamil...tengku alya...mak tengku kamil...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 05:06 PM | Show all posts
adakah ecah akan 'pergi jauh-jauh' membawa hati yang kecewa kerana sadar diri tak setarap ngan farisss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054757 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list