pe ke hei nya bunyi berdentum....kalo iye ada bunyi...bunyi dtg dr mana...
lain la tembak kepala ke...ada la sound effect bagai...
kalo tergantong ??? ermmmmm....very d ikan laaaa.....
Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut - Ketua Polis Selangor
SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. "Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang Isnin. Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. -BERNAMA
leylapple posted on 30-7-2012 03:08 PM
apa beza mati terjerut (tergantung) dgn mati terjerut (tidak tergantung)?
kesan jerutan ke at ...
kalau jerut tergantung d kipas akibat bunuh diri mungkin rahang ke dagunya patah ke ape ke
kalau kena jerut dibunuh, mungkin rahang tak patah tapi tangan pembunuh jerut leher arwah dengan kain,
sukar bernafas
kesian nye kat anak kecik tu yg blom tau pape. ntah camne la nak xplain kat dia kalau bertanya ttg emak. dah2 bila besar kang, dia tau mak dia bunuh diri...
mixed posted on 30-7-2012 03:17 PM
update dr mstar
Published: Isnin Julai 30, 2012 MYT 2:21:00 PM
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
bukan arwah dikebumikan di Labis, ka?or Labis tu dalam Segamat?aku lupa lah pulak~
leylapple posted on 30-7-2012 03:08 PM
apa beza mati terjerut (tergantung) dgn mati terjerut (tidak tergantung)?
kesan jerutan ke at ...
bkn setakat kesan jerutan...bentuk leher pon klu menampung berat boleh berubah. pernah baca yg kena gantung...leher boleh jd kecik sikit sbb badan terlalu berat. lainla klu jerut sambil baring...mesti jerut smp lemas saje.
see...dah mula terserlah bau2 ikan itu....apa lah gamaknya dosa bini sampai bole dijerut2 gitu....dah tu buat2 pandai create sory da mory...igt pulis budusss ka? dah2 tu kata gila isim lak...ikut movie drama tv.
tak sedar apa ke jadahnya ... nie premeditated ...s ebab dari awal suspek ada kat rumah sampai malam pastuh lewat hubungi polis ..pastuh relax jer kat kubur and then lari pergi ketempat lain ...insanity my a**