awiezull posted on 8-11-2012 11:48 AM
tu lah zie ngah layan lagi ne..thread dia tu...baca dlm ketakutan pasal dia selit2 gambar gak...
...
hahaha i pon tak ingat ada tak ambik gambar dengan kubu tu, tak ada apa yang seram pon, sebab apa tau, sebab kubu tu betol2 tengah kampung, tepi laut, kampung nelayan so banyak nelayan suka lepak2 kat situ.. kitorang pi sana pon saja nak bergambar, then terserempak dengan kubu tu lak, excited la plak.. nanti balik, i try check gambar ada tak dekat kubu tu..klau ada, bleh teropong ada apa2 tak..
skeezotone, kubu tu mungkin dorang sayang nak roboh kot sebab peninggalan sejarah, tapi dorang x pelihara betoi2 pon kan..
ini lagi gambar kubu dari blog
dalam kubu kat penang tu, tak macam dalam gambar ni.. kubu tu kosong ja..
Ini pulak kubu di kedah.. (pelik betol, google kubu penang tapi xde pon,kubu negeri lain yang keluar)
Kubu-kubu pertahanan telah dibina oleh pihak Inggeris sejak tahun 1940an kononnya bagi mengekang kemaraan Tentera Jepun semasa era Perang Dunia Ke-2. Ianya dibina di beberapa tempat strategik spt berdekatan Lapagan Terbang Kepala Batas, Alor Setar, Tepi sungai Di Sungai Petani dan lain-lain lagi. Terdapat 26 buah kubu yg di bina di Kedah. Ianya dibina kerana Inggeris menganggap bahawa Jepun akan menyerang melalui Siam. Kubu-kubu ini tidak pernah digunakan dan pembinaannya tidak bersesuaian kerana dibina di tanah rendah dan sentiasa dilinangi oleh air. Kebanyakan kubu ini berbentuk Hexagon kecuali dibeberapa tempat yg berbentuk empat segi dan besar Kubu di hadapan kolej kediaman pelatih TUDM Kubu di Lorong Idaman 6 -Jalan Naga, Kepala Batas, Jitra Kubu di Lorong Idaman 7 - Jalan Naga, Kepala Batas, Jitra Km 9, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar Kubu ini sudah tiada lagi - sebelum pembinaan jalan Alor Setar - Kepala Batas Kubu ini berada betul-betul di hadapan rumahsalah seorang rider MTB ... Titi Besi Dia kata sapa nak beli kira kilo mai la ..nak pecahkan separuh mati oooo SAYANG SEKALI, SUATU PEMBINAAN LAMA YG TERBIAR DAN DISIA-SIAKAN ---------------------------------------------
tiba2 bercerita pasal kubu pulak..hehehe
|