|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
“Jay?!”
“Jay pun masuk?”
“Macam mana si Jay boleh lepas?”
“Juri rabun ni…”
“Aku rasa, Jay rasuah juri.”
“Gila ah…”
Dan pelbagai lagi kata-kata luahan tidak puas hati dengan keputusan juri menjadikan Jay sebagai salah seorang finalist MS’s Got Talent. Sedikit kata-kata makian dan cacian juga ada.
“Hello..hello..hellooooo. Kau carutkan mak depan-depan ye? Aku cili mulut sorang-sorang, baru tau.” Bagai diseru, Jay muncul.
“Tepi sikit. Diva nak lalu…” Jay memberi arahan, laksana seorang ratu. Para pekerja yang berdiri di hadapan papan tanda segera memberi laluan. Ada yang memandang sinis, ada yang tergelak, ada yang mencebik.
“Waaahhh….mak dapat masuk you all’s.” Jay berkata sambil tergelak riang.
“Jay, kau rasuah jurikan?” Usik Fairus.
“Rasuah? Choiii sangat mulut kau. Mak tak mainlah rasuah-rasuah juri ni.” Balas Jay.
“Iya ke Jay? Kau bukan boleh percaya sangat.”
“Tak baik fitnah mak, nyah.”
Fairus tergelak. Dia tak ambil serius pun sebenarnya dengan perkara ini.
“Nyah, kau jealous dengan mak kan? Jangan macam tu nyah. Kalau mak menang sepuluh ribu tu…mak belanja kau pergi Koh Samui. Kita sun-bathing tepi pantai. Boleh mak pakai two-piece. Nak tak?”
“Heeeiiii. Taknak aku!” Fairus menggeliut geli-geleman. Last edited by Nicki_Meow on 12-12-2013 01:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zack yang terdengar perbualan itu turut terfikir, bagaimana pula si Jay boleh disenaraikan sebagai finalist. Tapi, nak buat macam manakan? Sudah rezeki Jay. Mungkin, juri ternampak apa yang orang lain tidak nampak dalam diri Jay. Atau mungkin ini hanya strategi pihak tertentu untuk memeriahkan suasana majlis.
“Sorang je Zack? Mana Joe?” Zack ditegur Farah, kapten dari bahagian banquet. Zack tersengih.
“Biasalah Kak Farah. Orang tengah angau, mana ingat kawan-kawan.” Balas Zack. Farah tergelak.
Memang sejak beberapa hari ini, Zack ke café seorang diri. Ini kerana Joe Zulkifli sedang menjalankan misi - misi memikat Mastura. Waktu makan tengahari pun, Joe Zulkifli akan ke bahagian sumber manusia terlebih dahulu, menunggu Mastura untuk makan bersama-sama.
“Kau Zack, bila nak kena penyakit angau macam si Joe tu?” Soal Farah lagi, mengusik. Zack tersenyum saja mendengar kata-kata Farah.
Sambil-sambil beratur untuk mengambil makanan. Mata Zack melilau seperti biasa mencari ‘port’ yang sesuai untuk makan.
Tidak jauh dari tempat Zack berdiri, kelihatan Zareen sedang duduk seorang diri. Zack melihat di sekeliling, mencari kelibat Jessy. Selalunya, Jessy dan Zareen makan bersama-sama.
Jessy tak ada. Peluang baik untuk Zack. Tapi, memikirkan Zareen yang sudah mempunyai teman lelaki, hati Zack menjadi berbelah-bagi. Otaknya mengatakan bahawa tindakannya itu sebagai kurang sivik.
Alah…makan aje pun. Bukan ajak kahwin…
“Kau berangan ke, nak ambik nasi, Zack?” Zack ditegur lagi. Zack menoleh ke tepi sambil tersengih memandang Farah. Tanpa membuang masa, Zack mengisi pinggannya dengan makanan dan lauk.
Sekali lagi, Zack menoleh ke arah Zareen. Masih seorang diri. Zack cuba membuang rasa kurang senang dalam hati.
Ah..lantaklah. Boyfriend dia bukannya ada kat sini…
Langkahnya diatur menuju ke arah Zareen. Last edited by Nicki_Meow on 12-12-2013 01:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hakikatnya tiada siapa mahukan forever alone nie |
|
|
|
|
|
|
|
nicki...sikitnya tepek entry pagi...
ni mesti nicki melepak kat bod gossip ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-12-2013 09:46 AM
Zack yang terdengar perbualan itu turut tersengih saja walaupun dibenaknya juga terfikir, bagaimana ...
syikitnya yunkkk nak lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Zack terlambat beberapa saat saja. Papa B dan Angeline dari Sales tiba-tiba saja mengambil tempat dan duduk bersama Zareen. Zack menghembus nafas kasar. Betul-betul kacau daun.
Ada satu lagi kerusi kosong di sebelah Papa B. Tapi, Zack tak terasa mahu duduk di situ. Zack berniat untuk duduk dengan Farah tetapi, tempat Farah juga sudah penuh.
Zack mengambil keputusan untuk duduk saja di sebuah meja kosong. Sendirian.
“Zack.”
Sedang kusyuk makan, namanya dipanggil. Zack mengangkat muka.
“Sorang saja…bah?” Qayyum menegur. Zack mengangguk. Tanpa meminta kebenaran, Qayyum dan Amin mengambil tempat duduk di meja yang sama dengan Zack.
“Mana Joe?” Tanya Amin. Soalan ‘Mana Joe?’ diajukan lagi kepadanya. Zack sengih sambil mengangkat bahu. Malas hendak menerangkan untuk kesekian kali bahawa Joe Zulkifli sedang angau dengan awek dari bahagian sumber manusia yang bernama Mastura itu lalu membiarkan dia makan sendirian.
Zack makan dengan senyap, sambil memerhatikan Qayyum dan Amin yang kelihatan tak berapa gembira.
“Sekarang, macam mana bah? Dapat masuk final tapi Nizam sudah tak boleh nyanyi.” Qayyum bersuara.
“Tulah pasal. Nizam pun satu. Time-time macam nilah dia nak sakit.” Amin melepaskan geram.
“Dia sakit bukan dia mau, bah. Kau jangan marah sama dia.” Qayyum menegur. Amin diam.
“Apahal korang ni?” Zack turut menyampuk dalam perbualan itu.
“Kau tau kan, band kitorang dapat masuk final talent show tu?”
Zack angguk.
“Nizam pulak, boleh accident dua hari lepas…” Amin mengadu. Zack mengangkat kening.
“Accident? Dia merempit ke apa?”
“Bukan merempit, bah. Nizam masa itu kerja shift malam. Masa dia sudah sampai ke rumah, dekat selekoh rumahnya itu, ada satu tiang lampu. Nizam cerita sama aku, dia nampak kelibat dekat situ.”
“Kelibat apa?”
“Itu kelibat macam kecil-kecil saja bah...tu. Dia terkejut. Terus dia langgar tiang lampu.”
Zack senyum kelat. Dia kurang gemar mendengar cerita seram sebegitu.
“Entah-entah, kucing melintas. Tapi si Nizam ingat kelibatlah…pontianaklah…Hantu Kak Limahlah…” Amin nampaknya masih tidak berpuas hati.
“Benda halus, kau jangan buat main…bah. Dekat kampung aku, ada balan-balan kau tau?” Balas Qayyum.
“Apa benda tu?” Tanya Amin.
“Ala..kalau semenanjung sini, panggil penanggal. Dekat kampung aku sana, orang panggil…balan-balan.”
“Korang jangan cerita benda seram depan aku, boleh tak?” Tegur Zack, semakin tidak selesa. Last edited by Nicki_Meow on 13-12-2013 03:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..zack masuk ganti nizam gituh..?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sekarang, macam mana bah? Siapa mau nyanyi?” Soal Qayyum. Subjek cerita seram digugurkan dari topik perbualan.
Amin angkat bahu.
“Yang korang risau sangat, apsal? Cari ajelah orang lain.” Zack menyampuk lagi.
“Mana sempat nak cari, bhai. Staff Party minggu depan tu. Mana sempat nak cari orang. Nak training lagi…”
“Kau ke, Qayyum ke, Shidi ke? Tak boleh nyanyi?”
Amin gelak terbahak. “Aku nyanyi, bunyi Arab. Qayyum nyanyi, bunyi Sabah. Shidi nyanyi…tak bunyi langsung.”
Zack tersengih.
“Kau mau ganti tempat Nizam?” Tanya Qayyum.
“Hah, betul. Bernas cadangan kau. Kau ganti tempat Nizamlah...Zack.” Amin menyokong.
“Ganti tempat Nizam? Huih, taknak aku.” Balas Zack, pantas.
“Kenapa pulak? Kau kan dah biasa main band.” Kata Amin. Zack diam.
“Bolehlah Zack. Sepuluh ribu tu bhai….” Pancing Amin lagi.
Zack geleng kepala.
“Ala...bolehlah Zack. Lagipun, kau dah selalu buat show...dah power.” Amin memujuk dengan sedikit ayat pujian. Dengan harapan, Zack bersetuju.
“Power apanya? Biasa jek.” Zack merendah diri walaupun terasa sedikit kembang setelah dipuji.
“Zack. Kau tak baik tau...hampakan kawan-kawan. Kalau kau susah, kawan-kawan jugak yang tolong...” Amin cuba memujuk lagi dengan menggunakan pendekatan berbeza.
Zack memutarkan biji mata.
“Aku sanggup lari bogel satu café ni Zack, kalau kau setuju.”
“Kau buat sekarang…” Cabar Zack.
“Okay.” Amin bangun lalu membuka zip seluar.
“Woi. Cilakak lu...” Marah Zack apabila Amin benar-benar mahu membuka seluar. Amin sengih. Zip seluar ditarik kembali.
“Zack. Bolehlah…” Amin tak putus asa memujuk.
"Zack...tolonglah sama kami. Sepuluh ribu bahagi empat, dapat dua ribu setengah sorang bah." Qayyum mencelah.
"Itu kalau menang. Kalau tak menang?"
"Kita kena fikir positif, bah. Baru boleh maju." Balas Qayyum.
"Zack.." Amin membuat muka kasihan.
Terdiam sepuluh saat.
“Iyalah…iyalah.” Zack akhirnya bersetuju. Tidak sampai hati pula mahu menghampakan kawan-kawan.
Terpancar cahaya kelegaan di wajah Amin.
“Tapi…ada syarat. Semua finalist, kena ikut tema staff party.” Kata Amin.
Zack menghembus nafas. Dia sudah tahu tentang itu. Ini adalah salah satu sebab kenapa Zack tak mahu masuk pertandingan sebegini. Dia malas mahu berpakaian mengikut tema. Tahun lepas, staff party bertemakan tradisional. Walaupun Zack seorang komiti, dia cuma hadir dengan baju Melayu yang dipadankan dengan seluar jeans sahaja.
Sekarang, demi kawan-kawan, Zack terpaksa bersetuju. Sudahlah nama band pun Taufan. Kena tiru pula gaya artis. Zack tak tahu sama ada mahu menyesal atau tidak saat ini.
“Gaya artis mana yang korang nak tiru ni?” Tanya Zack.
“Kumpulan Kiss.” Amin menjawab, selamba.
“Wak lu.”
Amin terbahak lagi.
***
Last edited by Nicki_Meow on 12-12-2013 08:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-12-2013 01:44 PM
Usu tak tahuuuu? (purak-purak terkejut...). Glamer satu donia uolssss.....
larrr...wujud rupanya...
serious tak tahu...
apa ke rupa mcm ni nak jadikan idola neh...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 11-12-2013 03:25 AM
Ehemmm!
Usu pun opt cara ni utk hilangkan stress kan?
suddenly my name is up.. terkejut sekejap.. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
marcell posted on 12-12-2013 02:49 PM
suddenly my name is up.. terkejut sekejap.. hahahaha
hi marcell...
tulah nak bagi nicki petua supaya idea melimpah ruah...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ane, Marlboro Light satu.” Zack membuat pesanan kepada Ane kedai di stesen bas, sambil matanya melilau memerhatikan suasana.
Duit dan rokok bertukar tangan sambil Ane kedai tersengih kerana mendapat keuntungan.
Zack menapak ke tempat kawasan merokok seperti biasa. Tak ramai orang yang merokok pada waktu ini. Hanya ada dua orang. Salah seorang darinya adalah…
“Kate…” Zack berkata sendiri, perlahan. Langkahnya terhenti. Tak tahu sama ada dia perlu meneruskan niatnya untuk merokok di situ atau tidak. Sudah lebih seminggu, dia sengaja mengelakkan diri dari Kate. Semua panggilan telefon dan mesej dari Kate tidak dibalas.
Zack berpaling semula ke belakang dengan harapan, Kate tidak perasan akan kemunculannya.
“ZACK!”
Namanya dipanggil dengan kuat. Harapan Zack terbakar menjadi abu. Tak jadi hendak meninggalkan tempat itu.
Kate menghampiri Zack dengan wajah masam mencuka.
“Hi.” Zack senyum sumbing. Kate tidak membalas.
“I need to go.” Kata Zack. Ayat itu saja yang ada dalam kepalanya untuk menghindari Kate.
“Why?” Kate menyoal.
Zack diam, sedikit jengkel. Pada Zack, Kate tidak ada hak untuk mempersoalkan tindakannya.
“You did not reply to any of my messages. You did not pick up the phone when I called. You are ignoring me. Why?”
Zack tetap mendiamkan diri. Dia ada alasan tersendiri tetapi, sudah pasti dia tidak akan menerangkannya kepada Kate.
“Been busy.”
“Tipu.”
Zack menarik nafas. Wajah Kate yang masam ditatap beberapa saat.
“Why are you ignoring me?” Soal Kate lagi. Suaranya meninggi kali ini.
“Why is that matter to you?” Zack mula menyoal balas. Rimas.
“Answer my question!”
“What if I don’t?”
“Idiot!” Marah Kate.
“What’s wrong with you, Kate?”
“What’s wrong with me? Nothing is wrong with me. You are the one who ignoring me. So...what’s wrong with you?”
Zack menggelengkan kepala.
“I’ll see you around.” Malas hendak bertengkar, Zack melangkah pergi.
“You said kita kawan. Kawan should not ignore each other!” Kate berkata dengan suara lebih kuat, hampir menjerit. Niat Zack untuk pergi dari situ terbantut lagi.
“Kawan should not ignore each other.” Kate mengulangi ayatnya. Kali ini, dengan nada lebih perlahan.
Zack menarik nafas sekali lagi. Ada sesuatu dalam nada suara Kate yang menyebabkan Zack merasa bersalah dengan tindakannya. Last edited by Nicki_Meow on 13-12-2013 04:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-12-2013 11:36 AM
@NaylaArisha
Ada lagi... kena hapdet slow-slow, takut kantoi dengan boss. Sekali, boss i ...
hahhaa.... mohtip boss pon kaki porem
|
|
|
|
|
|
|
|
“Jom...kita duduk kat situ.” ajak Zack, setelah terdiam beberapa saat. Mereka melangkah seiring lalu duduk sebelah-menyebelah di salah satu tembok di situ.
Zack menghulurkan kotak rokok kepada Kate tetapi Kate hanya menggelengkan kepala. Zack mengangkat bahu. Zack menyalakan rokok untuk diri sendiri. Mereka terdiam lagi.
“I ada buat salah ke?” Tanya Kate, perlahan.
Zack menggelengkan kepala.
“Then, why are you ignoring me?”
Zack kekal mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Kate bahawa, tindakannya itu adalah kerana dia merasa kurang senang dengan gaya hidup Kate.
“Why did you leave…that night?” Kate menukar soalan.
“Well, I don't really like to hang out at that kind of place. I feel awkward though…” Jawab Zack. Kate diam.
Zack menghembuskan asap rokok ke udara.
“Sorry.” Kata Kate. Zack mengangkat kening.
“I thought you are the guy that…you know…cool…loves to chill out…”
“Means what?”
“I ingat you tak kisah pergi…that kind of place.”
Zack senyum tawar.
“You made me feel bad, you know…” Sambung Kate.
“Sorry.” Zack pula meminta maaf. Last edited by Nicki_Meow on 12-12-2013 08:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“You are my kawan, Zack. Please don’t ignore me.”
Kata-kata Kate menyebabkan Zack merasa bersalah sekali lagi. Zack menarik nafas panjang. Mungkin, dia perlu menerima saja Kate begitu. Atau mungkin, jika berkawan lebih rapat, cara hidup Kate dapat diubah?
“Are you free, tomorrow night?” Soal Zack.
“Yup. Why?”
Zack mengambil sebatang pen dan buku nota kecil dari dalam beg galasnya lantas menulis sesuatu. Kemudian, kertas dikoyakkan dan Zack menghulurkannya kepada Kate.
“The Nicky's?” Kening Kate berkerut.
“Come to this place, tomorrow. We can chill out.” Jawab Zack.
“I thought…you said…you don’t like to go to club…”
“This is not that kind of club. It’s more like a place where you can enjoy music, food, drinks and maybe….you can get to know some hot guy like me.”
“Hot guy? You? Hot...sangat!” Balas Kate lalu ketawa. Zack tersengih cuma.
“Okay. I’ll meet you there then…”
Zack tersenyum.
“Thanks….Zack.” Kate berkata perlahan.
"Thanks? For what?"
"Sebab jadi kawan I."
Zack terkedu sebentar dan kemudian, mengangguk perlahan. Last edited by Nicki_Meow on 16-12-2013 09:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|