mommymonster82 posted on 25-12-2013 03:00 PM
Iye ker lana kata gtu?
Alhamdulillah aminn... Moga lana jadi muslimah sejati...
Betull...siapa2 ...
lana ckp kat bipop n ade dalam beautiful nara jap nak kopipes
Kalau sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan dirinya sanggup bertudung demi Johan As’ari, Lana menafikan perkara tersebut dan menerangkan perubahan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri. Kata Lana lagi:- Selangkah demi selangkah, saya akan berubah. Saya tak boleh berubah serta-merta. Nanti nampak sangat saya tak ikhlas berubah dan boleh dianggap hipokrit. Apa yang saya lakukan ini bukan kerana Johan. Perubahan yang saya lakukan ini barangkali bertimbal balik pada soal masa. Ia seperti wake up call untuk saya berubah. Saya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya sudah mula memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Saya cuba menjaga solat saya. Malah sudah tidak lagi memakai pewarna kuku. Baju lama yang kurang kain itu masih ada tapi saya simpan dan pakai di rumah saja.
|