obelisk posted on 17-4-2014 07:25 AM
Respon Wardina:
----------
tak sempat nak kata inb4 komen playing victim.
ni aku quote komen setazah wardina:-
Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. 1) Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. 2) Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran. 3) Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.
1) Setazah kata risau dengan ketaksuban kepada perkara mistik, tetapi level mana yang dia nak kata taksub tu? Don quoted cerita2 dari kitab lama karangan ulama', bukan bikin cerita sendiri. Atas dasar apa setazah nak label Don sebagai 'taksub'?
2) Setazah kata cukup dengan Al-quran dan sunnah, tetapi Allah ada kurniakan mu'jizat pada Nabi dan karamah pada waliyullah. Cerita setad Don tak lari pun dr konteks Al-Quran dan Sunnah. Cerita yang diberitahu sebagai mistik tu termasuk dalam perkara ghaib, iaitu:-
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Pentingnya 'perkara ghaib' ni, kerana ia disebut dalam ayat ketiga Al-Baqarah selepas al-Kitab disebut.
2) Wardina minta TVAlhijrah semak kandungan ceramah Don, sbb katanya dia dah banyak kali dengar penyampaian ustaz Don yang tak sahih. Jd Wardina kena terangkan part mana yang tak sahih tu? Kenapa dia terus hukum tak sahih sedangkan dia tak rujuk dulu dengan mana2 ahli dalam bidang ni. Kenapa minta TV Alhijrah semak content dia? Adakah cerita yg dia guna tu dia sampaikan melalui TV Alhijrah atau semata2 ceramah luar, dan tidak kena mengena dengan stesen tersebut. Kenapa nak libatkan majikan dia, sedangkan ceramah2 tersebut disampaikan di luar TV?
Last edited by Santeira on 17-4-2014 08:33 AM
|