|
KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7
[Copy link]
|
|
#10
RINA diam menundukkan wajah. Tidak berani dia mengangkat muka apa lagi bertentang mata dengan Joe. Dia tahu lelaki itu kecewa dengan keputusannya. Bukan dia tidak suka pada lelaki berbadan tegap itu tetapi hati dan jiwanya meronta untuk membalas semua perbuatan Danny. Hanya dengan cara itu dia dapat menyeksa lelaki itu. Menyeksa perasaan Danny sebagaimana perasaannya diseksa dulu. Remuk, hancur, segalanya penuh kesumat dalam hati.
"Rina...kenapa Danny?" Entah ke berapa kali Joe bertanya soalan yang sama. Sungguh dia tidak mengerti dengan kehendak Rina aka Irene.
Rina masih tunduk. Jiwanya kacau. Hatinya hancur. Perlahan dia mengangkat muka. Wajah lelaki itu diamati penuh sayu. Itulah lelaki yang paling jujur pernah hadir dalam hidupnya selain dari abang Joe sendiri yang begitu baik menolongnya dulu. Keduanya langsung tidak mengambil kesempatan di atas kelemahannya. Namun dia tidak mampu membalas cinta Joe yang ternyata menjerat dirinya sendiri dalam situasi sekarang ini.
"Joe..maafkan aku. Aku terpaksa.." Rina tunduk semula.
"Kau nak balas dendam dengan cara tu? Dengan bernikah dengan Danny? Lelaki yang pernah menganiaya kau? Pernah buat tak senonoh pada kau?" Joe mengetap bibir.
"Macam aku cakap dulu..hanya dengan cara itu saja aku boleh rapat dan sentiasa berada dekat dengan dia. Aku nekad..maafkan aku Joe. Kalau kita ada jodoh, adakah kau sanggup tunggu aku?" Kali ini Rina mendongak memandang Joe yang sudah tunduk dengan wajah sugul.
"Maksud kau? Kau nak bercerai lepas tu?" Soal Joe dengan riak jengkel.
Rina mengangguk lemah.
"Kau dah gila?? Kau tahu tak, kuasa talak tu di tangan suami?" Marah Joe dengan sikap Rina yang begitu mudah membuat keputusan. Keputusan bodoh baginya. Banyak cara lagi untuk Rina membalas perbuatan Danny dulu.
"Aku tahu. Kau jangan bimbang..aku tahu apa yang aku lakukan.." Rina pertahankan pendiriannya.
"Rina..aku sayang kau. Sayang lebih dari seorang kawan. Aku ikhlas terima kau.." Joe meraup muka.
"Aku tahu.."Tutur Rina semakin lemah nada suaranya.
"Please Rina...marry me. Not him!" Pinta Joe, merayu gadis itu. Biarlah sifat kelelakiannya tercabar.
Rina bingkas bangun dari kerusi. Dia hanya memandang Joe yang sedang memandang sayu dan penuh mengharap padanya. "Joe..aku bukan kacang lupakan kulit. Aku akan ingat segala pengorbanan kau dan abang kau menolong aku dulu. Untuk kali ini, izinkan aku membuat keputusan sendiri. Untuk pengetahuan kau, kakak aku juga membantah keputusan aku tapi aku terpaksa."
"Please Rina...aku terima kau seadanya.." Rayu Joe lagi. Sukar sebenarnya untuk dia melupakan gadis itu.
"Aku bukan gadis yang baik. Silap aku kerana terlalu percayakan lelaki. Aku tak ada apa-apa lagi untuk dibanggakan. Wajah aku..semuanya palsu. Aku bukan diri aku lagi Joe. Kau kena faham tu..segalanya palsu!" Rina akhirnya melontar rasa kecewa yang membaluti hati dan jiwanya selama ini.
"Rina!" Pantas Joe tarik tubuh Rina dan cuba memeluk tapi sempat ditepis oleh Rina.
"Maafkan aku..maaf.." Joe mula rasa bersalah. Dia sedikit pun berniat hendak buat tidak senonoh tadi.
"Aku pergi dulu.."
Aisya yang hanya menunggu dalam kereta, hanya mampu melihat kekecewan Joe. Jelas terpamer di wajah lelaki itu. Dia tahu tidak sepatutnya Rina membelakangi Joe dalam hal ini. Dia tahu perasaan lelaki itu yang pernah diluahkan padanya dulu. Joe hanya menunggu masa untuk meluahkan pada Rina bila Rina sudah pulih sepenuhnya.
"Rina..tak baik kau buat Joe macam tu. Akak tak faham..kenapa kau pilih Danny? Lelaki yang berkomplot dalam kejadian dulu tu?" Aisya terus saja bertanya sebaik Rina menghampiri kereta.
Rina tidak mengendahkan pertanyaan Aisya. Pintu kereta dibuka dan duduk diam membatu di situ.
Aisya hanya menggeleng. Sikap degil Rina masih seperti dulu. Keras hati dan tidak pernah peduli dengan orang lain. Silapnya juga kerana berjauhan dengan Rina, membenarkan adiknya menyambung belajar jauh di bumi asing. Ah..itu semua sudah takdir. Tidak baik mempersoalkan segala yang telah berlaku. Masa hadapan yang perlu difikirkan sebelum terlambat.
MALAM yang sunyi sepi. Hanya kedengaran cengkerik bersahutan di luar berselang seli dengan deruan angin menandakan hujan akan turun bila-bila masa. Aisya masih tidak dapat melelapkan mata. Hal Rina yang membuatkan jiwanya sesak. Dia bingkas dari baring dan menapak ke meja belajar. Komputer riba dibuka dan manuskrip yang masih belum siap dibuka dalam satu fail. Laju jemarinya menaip isi cerita. Setiap kali menaip, setiap kali itu juga fikirannya terganggu.
"Rina...kenapa kau buat macam ni?" Aisya menekup muka lama. Kedua tapak tangannya melekat di muka.
Sekali lagi dia menyambung menaip manuskrip yang entah bila akan siap. Saat ini teringat perbualannya dengan Darwis. Ya, lelaki itu tidak jemu memberi sokongan padanya selama ini. Dunia begitu kecil. Rupanya Darwis abang kepada perosak adiknya selama ini. Aisya mengeluh sendiri. Cintanya terpaksa dikorbankan. Lega bila Danny tidak percaya yang Rina adalah Irene. Nama sebenar adiknya sudah lama berkubur dalam ingatan Rina. Itu kehendak Rina sendiri yang ingin melupakan nama itu.
Bunyi teks mesej di telefon bimbitnya jelas di telinga. Aisya capai dari sudut kiri meja. Dia menelan liur. Nombor yang sama yang pernah berhubung dengannya dulu memaklumkan kejadian seorang demi seorang kawan Danny akan menemui ajal.
'Danny akan jadi mangsa seterusnya..'
Mesej itu dibaca berulang kali. Aisya cuba menghubungi nombor yang menghantar mesej tadi. Tiada jawapan malah talian sudah terputus dan langsung tidak dapat dihubungi.
"Siapa dia ni?" Berkerut kening Aisya. Sehingga sekarang dia masih tertanya-tanya lelaki misteri itu.
BATERI telefon dicabut lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Enjin kereta dihidupkan. Sebelum kereta dipandu keluar, dia memandang ke arah sebuah rumah agak usang di sebelah kiri. Tersenyum puas kali ini. Danny akan menjadi mangsa terakhir dalam senarainya. Bomoh itu sudahpun dimaklumkan tentang itu. Kereta dipecut laju meninggalkan kawasan seram dan gelap yang hanya disinari cahaya bulan terang.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak hat bekas ais krim..
but seriesly..aku agak kureng dgn watak kalut ni..Tak tenang camtu.apala....cer tenang sikit.kejar apala |
|
|
|
|
|
|
|
cite kau yang ni aku dhbca tapi kat site lain.tajuknya
Kek cawan terbang rasanya..sbb ending story ni kn. |
|
|
|
|
|
|
|
aku x phm.masa diorang bersenggama tu, adam gigit ke pe?
dalam derita tu.sempat gak bunting.hmm |
|
|
|
|
|
|
|
eh ye ke? laki ke perempuan? Alaaaaa.... Lain org,lain nasib.
Haa..gituu |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia pun bhsa b***
piki positif.jdi cmtula! |
|
|
|
|
|
|
|
jahanam beteii.. aku tengok guna enpon aku gambr kunin..
bukak kat lappy neh.. gambor kelabu lak.. gilo apo cari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kan?
kat hp aku..avvy baru
kat pc..avvy lama
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..kek cawan terbang..itu tajuk asal cerpen akak kat kapasitor.net
|
|
|
|
|
|
|
|
MAJLIS pernikahan antara Danny dan Rina berlangsung secara sederhana saja. Itu kehendak Danny yang tidak mahu secara besar-besaran. Dia bukanlah baik sangat untuk diraikan sebegitu rupa. Rina sekarang sudah sah menjadi miliknya. Lega kerana Joe tidak bertindak merampas Rina atau memaksa gadis itu. Seharian mereka berdua melayan tetamu yang datang. Aisya pula seringkali mengelak dari berbual dengan Darwis. Darwis kini adik iparnya. Tidak sepatutnya dia meneruskan rasa dalam hatinya untuk lelaki itu.
Usai majlis, Aisya minta diri untuk pulang. Tubuh Rina dipeluk penuh sayang. Tiada yang dapat membahagiakannya selain melihat adiknya bahagia tetapi semua itu tidak mungkin tercapai kerana dia tahu Danny adalah antara insan yang pernah menganiayai Rina. Cuma dia berharap Rina tidak terlalu mengikut emosi.
"Rina...jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa yang tak kena, beritahu akak, ok?" Pesan Aisya berkali-kali pada adiknya sebelum meninggalkan majlis itu.
"Jangan bimbang kak. Saya ok." Rina turut membalas pelukan Aisya. Berkaca matanya ketika ini. Dia mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar.
Aisya melepaskan pelukan Rina. Dia melangkah lemah menuju ke kereta. Langkahnyan terhenti bila terasa ada yang memegang lengannya. Perlahan dia berpaling. "Darwis?"
"Sya..."
"Awak nak apa lagi?" Aisya rentap tangannya dari genggaman tangan Darwis.
"Kenapa awak biarkan Rina dengan keputusannnya? Apa...awak juga nak nak balas dendam?" Darwis masih tidak puas hati dengan apa yang sudah terjadi. Dia tahu Rina tidak semudah itu menerima lelaki yang telah terpalit dalam kejadian pahit dulu.
"Apa awak cakap ni? Itu keputusan Rina sendiri. Saya tak ada kena mengena dalam hal ni. Kalau dia berniat macam tu sekali pun, itu hak dia. Saya tak boleh halang. Danny..dia perlu sedar siapa dia sebelum ni." Bergetar saat Aisya menutur kata. Geramnya tak terbendung lagi.
Perlahan tangan Aisya dilepaskan. Darwis faham kini. Aisya juga ternyata sudah kecewa dengan keputusan Rina dan mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa. Danny pula masih tidak percaya yang Rina adalah Irene. Buntu!
JOE hanya melihat dari jauh majlis pernikahan Rina dan Danny. Jelas di wajah Danny terpamer ceria dan gembira. Rina pula hanya biasa saja. Mungkin gadis itu juga sedang berperang dengan perasaan sendiri. Memang selama ini dia tidak mengerti dengan sikap gadis itu. Sudah terang lagi bersuluh yang Danny adalah musuh nyata.
"Joe..sudahlah. Irene dah selamat jadi isteri Danny. Abang harap kau jangan buat benda-benda tak masuk akal pulak nanti. Itu pilihan Irene walaupun abang sendiri merasa terkilan dengan sikap dia. Apa pun, abang harap kau bersabar. Abang yakin, satu hari nanti, Irene akan kembali kepada kau. Sudahlah. Jom kita balik." Jazlan memujuk Joe yang sudah sugul.
Kereta dipandu perlahan keluar dari kawasan perumahan orang kaya itu. Jazlan sesekali mengerling adiknya yang dari tadi diam seribu bahasa. Dia tahu apa yang bermain di benak Joe. Siapa yang tidak kecewa, gadis yang diselamatkan dan dijaga penuh tanggungjawab sudah begitu tega memilih musuh sebagai teman hidup. Dia sendiri tidak dapat menghalang kehendak Rina aka Irene. Hatta, Aisya sendiripun tidak dapat memujuk adiknya untuk tidak meneruskan rancangan itu. Selepas menghantar Joe nanti, dia akan ke tempat biasa. Dia perlu percepatkan tindakannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cer tekan F5, kasi die refresh..
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba ko try..aku nak tengok kuar apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukn kat kapasitor syg.kat blog pencuri karya orang.
skemembaca.blogspot.com
bukn ke yg cerpen tajuk kerusi dimna plotnya dua lelaki menggilai sebuah kerusi di situ...? |
|
|
|
|
|
|
|
mencik ipoooooo!npa kawennnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
dah kuar pon gambor budak kuning tu
ko takyah tekan reply ke apa..
lepas baca post ni terus tekan F5 kat kibod ko tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ya la!!!!
weh..camna ko buat magic?????
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|