|
[Tempatan]
Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351
[Copy link]
|
|
cucuq replied at 30-9-2017 03:44 PM
salam takziah buat kluarga... teringat dulu i pernah direject abang askar sbb i x pkai shawl..die s ...
Amboi kejinya perangai..handsome sgt ker abg askar tu uollss..
Btw takziah diucapkan keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu kan, sepatutnya penjawat awam yg banyak masalah tu elok laa dikenakan tindakan tatatertib, tp jgn pulak sampai tahap mendera!
|
|
|
|
|
|
|
|
u...tentera tak boleh suka2 hati nak bagi surat resign, dorang nak berhenti dari perkhidmatan tu pun tertakluk dengan syarat yg ditetapkan, contoh laa, u servis 13 thn & tak nak sambung dh servis dlm tentera, so, u boleh apply untuk tamatkan servis & sbl u menamatkan perkhidmatan, u mesti pergi kursus dulu. biasanya kat kursus tu, tentera yg dlm proses nak tamat servis ni akan belajar laa mcm2 kemahiran untuk memulakan hidup sbg org awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo denda smpai melibatkan kematian boleh buat anggota jd hebat ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam macam setan. Moga dapat pembalasan yang setimpal. Kalaulah terlepas selepas perbicaraan, biarlah apa yang dah ko lakukan membelenggu dan menghantui sepanjang perjalanan kehidupan ko. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga arwah. semoga yg terlibat diberi hukuman setimpal nya. |
|
|
|
|
|
|
|
memang askar ni mmg sejenis perangai pelik gilerlah... sgt tak paham.. sian anak isteri yg kehilangan suami... ermmm tak taulah nak kata apa.. mmg mati tu pasti.. tp biarlah cara mati tu yg kita boleh terima..
wahai isteri mangsa tuntutlah kebenaran.. adehh bonda mmg emo kalau bab2 laki mati ni tinggal anak isteri... kalau jenis isteri yg survive n kuat alhamdullillah... tp kalau sebaliknya.. allahu.. moga dlm lindungan allah |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada waris allahyarham, sedih sgt bila dpt tau kes nih..
betul tu harap2 kawan nih boleh jadi saksi utama, cuma jgn la kawan nih kena ugut dek sampah2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hyldia replied at 2-10-2017 03:10 PM
arwah tu adalah tahanan tldm kan, ada salah laku tatatertib berkaitan kerjaya dorang laa...sedihnya ...
Datang lambat 2 kali tu Kesalahan depa Yang sampai dibuli sampai MATI |
|
|
|
|
|
|
|
smlm dgr kt berita radio thr katanya arwah nih kna tahanan coz kes dadah n x hadir bertugas...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah, takziah buat keluarga mangsa, sian kat keluarga sebab anak-anak kecil lagi, mudah-mudahan kematian arwah akan dapat pembelaan yang setimpal dan yang bersalah dijatuhkan hukuman seberat-beratnya supaya jadi pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga harap pelaku dikenakan hukuman seberat-beratnya
KOTA BHARU 2 Okt. - Keluarga Allahyarham Laskar Kanan 1, Nik Mohd. Baihaqy Nik Mat berharap individu-individu yang bertanggungjawab di atas kematian mangsa dikenakan hukuman seberat-beratnya.
Kakak sulung Allahyarham, Nik Noorliliwati, 44, berkata, ini kerana tindakan pelaku yang mendera adiknya sehingga menyebabkan kematian sangat tidak berperikemanusiaan.
"Kami sekeluarga reda dengan pemergian Nik Mohd. Baihaqy namun pelaku terbabit perlu mendapat pembalasan setimpal di atas tindakan kejam itu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee memaklumkan, Nik Mohd. Baihaqy dan seorang lagi anggota, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, di Ipoh dipercayai didera.
Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kematian tersebut sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Tambah Nik Noorliliwati, dia sendiri tidak faham mengapa perlu ada unsur penderaan fizikal terhadap mereka yang ditempatkan dalam bilik tahanan tersebut.
Katanya, kebanyakan adik-beradiknya yang bertugas di dalam tentera darat sebelum ini memaklumkan bahawa anggota yang membuat kesalahan hanya dikurung sahaja tidak melibatkan unsur serangan fizikal.
"Mengapa perlu sehingga tahap melakukan penderaan. Tindakan seperti itu sangat tidak boleh diterima," katanya.
Sementara itu, dia memberitahu, ahli keluarga khususnya isteri Allhahyarham, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anak mereka dilihat sudah boleh menerima dan reda dengan kejadian yang berlaku itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
semoga pembuli kena hukuman yg setimpal
wpun arwah mybe ada kesalahan tatatertib tp tak bermakna boleh hukum sesuka hati sampai nyawa melayang |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap keluarga mangsa ni lantang, cm kes nuri yg last terhempas tu.
bila keluarga mangsa bising, brula otak menteri tu mula berkerja tuk replace brg antik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia, especially bangsa melayu yg masuk keje askar dan polis ni selalunya mengaji tak pandai...tapi nak masuk keje gomen..drpd menyusahkan org, lebih baik cari keje kosong...
tapi selalunya anak2 askar dan polis ni majoriti tak menjadi...ada la 2,3 org menjadi...tapi majoritinya tidak...
banyak sudah kes2 dlm ATM tidak di ambil tindakan atau di selindung oleh pihak atasan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
biasa je penjawat awam pej. tanah, pkul 10 pagi msih sarapan kt kantin
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga mangsa .. br khtam thread ni.. huhuhu.. kenape la sampai camni jadinya kan.. entah2 selama ni ade je kes camni yg dh nk mati kena dera..tp umur masih panjang.. dan terpikir gak..entah2 yg kena tangkap tu m[un kambing hitam so call ikan bilis je? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tnya lg dua mngsa yg cedera buat laporan polis directly ke?
bukan ke tentera ada saluran yg spesifik xboleh terus buat laporan polis
#tanyaje |
|
|
|
|
|
|
|
Penderaan bukan budaya ATM
03 Oktober 2017 3:00 AM
PUTRAJAYA 2 Okt. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mene­gaskan, penderaan bukan satu budaya dalam pasukan tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, insiden kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Jumaat lalu mungkin berpunca daripada kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Sehubungan itu, kata beliau, ATM akan mengkaji semua SOP berkaitan proses siasatan dan penahanan melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya.
“Ini adalah kes terpencil. Penderaan adalah bukan satu budaya (dalam tentera) kerana kalau ia satu budaya, kes seperti ini berlaku hampir setiap hari. Namun begitu, kes sebegini sudah lama tidak berlaku dan kes terakhir adalah lima atau 10 tahun dahulu di Sungai Besi.
“SOP kita ada, tetapi masalah­nya ada yang tidak mengikut SOP. Dalam kes ini kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dengan teliti,” katanya kepada pembe­rita selepas menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini.
Beliau mengulas kematian dua anggota TLDM, Laskar Kelas 1 Mohd. Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lai­latuliman Mohd. Sukri, 26, di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Ipoh yang dipercayai didera.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya percaya terdapat kecuaian dan unsur jenayah dalam kes kematian dua anggota TLDM tersebut serta mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pada saya, masih terlalu awal untuk bercakap apa-apa tentang perkara ini. Kita kini sedang menyiasat dan mengambil kenya­taan daripada pihak terlibat dalam insiden ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
The problem dengan kes ni diorang torture lepas tu pukul. Kalau tak pukul takkan laa ada trauma kat lungs kan. Kalau nak torture, torture je laa dgn physical activities but no body contact. Bila body contact ni yg menyebabkan kematian. Manusia bila dah dikuasai amarah kan, bukan boleh kawal |
|
|
|
|
|
|
| |
|