|
Author |
Post time 6-3-2021 08:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Scheherazade replied at 6-3-2021 01:50 AM
Den x guna dua2 ni pun, ha camano? Kekekeke
i kena scroll article mana ni, however utk u xpe... xperlu buat too intense.. cukup dgn level yg u mampu. if x sesuai jgn ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2021 08:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Scheherazade replied at 6-3-2021 01:52 AM
Mcmana nk buat utk bahu? I mean, is it the same exercise but effective for all parts or how?
like i said cukup takat mana you mampu.. dont force your body.. actually u lying down on mat tu.. and just feel ur posture tu pun dah memadai. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2021 08:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adila39 at 6-3-2021 08:34 AM
Scheherazade replied at 6-3-2021 01:52 AM
Mcmana nk buat utk bahu? I mean, is it the same exercise but effective for all parts or how?
it won't effective to all parts as if bahu for bahulah. let say your upper body ada stiffness.. cukup dgn u buat pusingan perlahan like put ur hand on shoulder like kepitkan tangan tu.. jari sentuh bahu then slowly buat pusingan kdepan... just mildly je. Just nk release stiffness kat muscle bahu je... so bahagian lain tu kena buat lain pulakla.. like kaki.. buku lali.. u pusingan perlahan pun cukup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-3-2021 03:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adila39 at 10-3-2021 12:25 PM
Setakat hari ini, sebanyak 89% daripada sukarelawan yang menyertai kajian klinikal vaksin COVID-19 fasa III di bawah tajaan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) telah menerima dos pertama vaksin atau plasebo ini.
Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi untuk terlibat dalam kajian klinikal ini. Sumbangan anda kepada pembangunan vaksin COVID-19 amatlah dihargai dalam usaha memerangi pandemik ini.
Kepada mereka yang berminat, penyertaan sebagai sukarelawan masih dibuka bagi tiga buah tapak kajian klinikal iaitu di Pulau Pinang, Ipoh dan Sungai Buloh. Anda boleh hubungi hospital terlibat melalui Whatsapp untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. @ipes2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2021 08:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Fasa kedua program vaksinasi Covid akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinghi seperti obesiti, diabetes dan pesakit darah tinggi.
Tolong daftarkan ibu bapa anda supaya mereka dapat keutamaan untuk mendapat perlindungan dari jangkitan
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
@ipes2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 24-1-2021 11:26 PM
Progressive Muscle Relaxation (PMR) mengajar anda untuk mengendurkan otot-otot anda melalui ...
Bagus teknik ni. Mula2 dulu therapist ajarkan, akak rasa mcm.. hek eleh.. Tp bila buat selalu,relax badan jadinya. Boleh relaxkan otak dan ianya juga membantu akak utk manage my anger well.
Ni antara theraphy akak amalkan masa nak belajar utk lebih relax lepas ICU dulu. Bp wayyy tooooo highhh. Glucose pun sampai 20 mmol walau x makan. Under too much pressure & x boleh tidur. Mudah sangat marah. In fact masa collapsed waktu solat tu, walau dlm wudhu’ pun hati dan otak tgh mendidih je.. Siap kena marah dgn physician & physiotherpist lagi masa tu. Thank you Dato’ Raja & Faizah! |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 1-2-2021 10:03 AM
Jom buat ni
Dulu suka skipping ni. Tp sejak diagnosed with PID, dah kena pencen dah. Tp once a while akak buat juga small skipping kalau anak akak skip depan akak. Buat lepas gian aje dpt 3-4 skips dah memadai. Kikiki
Akak dgn @scheherazada geng sekapal. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 6-3-2021 08:27 AM
i kena scroll article mana ni, however utk u xpe... xperlu buat too intense.. cukup dgn level yg u ...
Jwpn ni x relevan mod sbb i was commenting on your article about mouthwash |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 6-3-2021 08:33 AM
it won't effective to all parts as if bahu for bahulah. let say your upper body ada stiffness.. ...
Xleh imejin ni. Kena buat demo nih mod |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 14-3-2021 09:17 PM
Dulu suka skipping ni. Tp sejak diagnosed with PID, dah kena pencen dah. Tp once a while akak buat ...
Skipping yg ala2 light gitu kak. Tp doktor den mmg x bg lgsg. Doktor2 tu siap komen cara jln den & siap try on my bags lg nk rasa berat tak. Hahahaha. Kelakar but they are good though |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-3-2021 10:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 09:05 PM
Jwpn ni x relevan mod sbb i was commenting on your article about mouthwash
Whattt.. Punyalah semangat I bagi tips.. Salah jawab soalan... Ceit! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-3-2021 10:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kak-Leen replied at 14-3-2021 09:17 PM
Dulu suka skipping ni. Tp sejak diagnosed with PID, dah kena pencen dah. Tp once a while akak buat ...
Kak leen I buat skipping...seminggu je. Hehehe... Mod @Catpaw yg teror ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2021 04:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Saya baru selesai menerima suntikan pertama dos vaksin Sinovac. Vaksinasi sebentar tadi dilaksanakan oleh pegawai vaksinasi, Puan Salha Abdul Samad iaitu Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau.
Dengan selesainya vaksinasi sebentar tadi, maka bermulalah secara rasmi penggunaan vaksin Sinovac di dalam potfolio vaksin COVID-19 di Malaysia.
Vaksin Sinovac telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac 2021 selepas melalui penilaian ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Orang ramai tidak perlu ragu-ragu dengan vaksin Sinovac. Vaksin ini telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 dan telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos.
Ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan serta seluruh warga kerja Hospital Rembau yang bertungkus lumus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
#LindungDiriLindungSemua
@ipes2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
israel 2 mlm lepas di Hadassah Univ ke kat mana, showed that women yg pregnant, bukan sahaja selamat di vaccinate, malah mereka react dengan baik dari segi keberkesanan immunization nye.. dan also, the babies pon tunjuk depa dah buat antibodies melawan covid-19. tetapi mereka hanya dapat 20 wanita yg sanggup ie consented sebab high risk kan.. tetapi good to know lah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aishhhhh sakit nya jika gigi nyer hal adoi
my sis 2 dentists tapi sy tak sanggup hadapi mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih tag sy..
oh beginikah ingin register
ok, anda semua sudah regsiter kah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 19-3-2021 04:59 AM
israel 2 mlm lepas di Hadassah Univ ke kat mana, showed that women yg pregnant, bukan sahaja selam ...
Actually Vaccine tu sebelum ni not tested to pregnant women kan..
Doc, I heard kat radio Ireland stop guna Vaccine Astra Zeneca sbb ada kes darah beku pd penerima.. byk ke kes nya |
|
|
|
|
|
|
|
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.
* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4123770671007766 untuk edisi penuh.
#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apabila anda telah mendapat tarikh untuk mendapat vaksinasi COVID-19, ini perkara-perkara yang anda perlu pastikan sebelum pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Telah mengemaskini makumat peribadi dalam aplikasi MySejahtera
Telah menjawab semua soalan penilaian kesihatan dalam MySejahtera
Baca dan fahami Borang Persetujuan Suntikan vaksin COVID-19
Pergi ke lokasi PPV pada tarikh dan masa yang ditetapkan
Bawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mengandungi aplikasi MySejahtera yang telah diaktifkan
Pakai pakaian yang sesuai untuk mendapatkan suntikan di bahagian atas lengan
Warga emas dan OKU digalakkan datang bersama pengiring
#COVID19
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun ini, World Action On Salt, Sugar and Health (WASSH) telah menetapkan bahawa Minggu Kesedaran Garam Sedunia akan disambut pada 8 hingga 14 Mac 2021. Tema tahun ini adalah Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi (More Flavour, Less Salt). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan garam seharusnya tidak melebihi 5 gram atau kurang dari 1 paras sudu teh sehari. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi). Hipertensi yang tidak terkawal akan menyebabkan penyakit jantung serta strok, dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia (MyCoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih mengambil garam melebihi daripada saranan yang ditetapkan untuk kurang daripada 5.0 gram (1 paras sudu teh) dalam sehari.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|