CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 26-2-2005 09:39 PM | Show all posts
Mula-mula kita mesti rasa malu pada Allah.

1. Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah marahkan isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita.

Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah  lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut pada   Allah akan membuatkan kita sentiasa| berlemah lembut dan memaafkan kesalahan orang pada kita.



2.Bila datang rasa hendak marah kita kata begini:"Ya Allah , saya tahu pemarah itu hina di sisi Engkau. Tolonglah pelihara diri saya dari kejahatan nafsu ini dan selamatkan saya dari api neraka."

3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah dan banyakkan zikir, ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina  dina?



4. Kita harus insaf bahawa tiap-tiap orang termasuk diri sendiri ada kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita. Maka tidak mustahil bahawa nanti kita| pula bersalah pada orang.

Kalau kita bersalah kita tidak suka orang marahi kita.  Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kila dia tidak suka kalau dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Firman Allah:

"Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut."
(Thaha:44)



Sudah begitu jahat dan kuturnya Firaun terhadap-Nya, Dia (Allah) masih lagi perintahkan kepada nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya lemah lembut, hati manusia  boleh lembut dan jadi insaf dan takut.


Sebaliknya kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita malah dia benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula kita tercatit sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah:


"Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2005 09:49 PM | Show all posts
Rajin, malam pun sempat lagi masukkan kuliah ABuya
Reply

Use magic Report

Asryzal This user has been deleted
Post time 27-2-2005 11:37 AM | Show all posts

Assalamualaikum

Originally posted by Akasyah at 25-2-2005 04:20 PM:

Oleh kerana ikhwan hanya 500 orang, usah putus asa sebab jumlah Asoib ribuan. Asoib ini mendekati ikhwan sebab ia bertemu dengan mujadid. Untuk mudah difahami, dua-duanya pengikut Imam Mahdi. Kalau nisbah tentera, yang 500 itu tentera elit, yang lain itu tentera biasa. Tetapi tentera juga. Jadi kalau tidak jadi ikhwan pun, sekurang-kurangnya dapat jadi asoib. Asoib tidak sama dengan orang soleh biasa. Asoib ini tidak ada di zaman lain kecuali untuk akhir zaman ini sahaja.




:pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: :pray:
Reply

Use magic Report

Asryzal This user has been deleted
Post time 27-2-2005 11:40 AM | Show all posts

Assalamualaikum

Originally posted by Abuyazid at 26-2-2005 09:49 PM:
Rajin, malam pun sempat lagi masukkan kuliah ABuya


;) ;) ;) hang pun rajin gak...paa

malam-malam pun jenguk forum...baca kuliah Abuya...:bgrin: :bgrin: :bgrin:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 27-2-2005 10:51 PM | Show all posts
3.G1LA   DUNIA

Gila dunia juga adalah penyakit hati atau satu mazmumah yang menghalang kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni penghalang untuk mencapai darjah kerohanian yang tinggi).

Seorang pencinta dunia ialah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluas dan membanyakkan ketinggian dan kekayaan hidupnya di dunia maka fikirannya sentiasa bekerja untuk tujuan di atas dan lahirnya ia bertungkus lumus untuk itu.



(Dunia ialah segala sesuatu yang tiada manafaatnya untuk akhirat sebaliknya apa sahaja perkara yang boleh diuntukkan pada akhirat maka ia bukan lagi disebut dunia).

Lawan kepada penyakit gi!a dunia ialah sifat zuhud iaitu hati yang tiada keinginan kepada sesuatu yang tiada manfaat  untuk akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

"Aku jadikan syurga itu untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian dan kerosakan di muka bumi ini."
(Al Qashash:83)


Hati yang tiada keinginan untuk jadi "tuan" dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kerosakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah bakal penghuni syurga. Firman Allah:

"Hari kiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-3-2005 08:31 AM | Show all posts
Mungkin saudara bertanya:"Bagaimana boleh saya buang  keinginan kepada dunia yang indah ini? Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan-tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pula sangat cinta padanya."

Pertama ketahuilah bahawa ada antara dunia ini yang diharamkan wajiblah kita jauhi. Tentang yang dihalalkan itu tidak berdosa kalau diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan iaitu lebih dari keperluan. Bersabda Rasulullah SAW
:

"Aku benci pada dunia Ini kerana dua sebab: Haramnya membawa ke neraka dan halalnya akan dihisab. "

Satu hari ketika baginda berjalan bersama sahabat-sahabat, Rasulullah terjumpa seekor bangkai kambing. Baginda beratnya sahabat,"Mengapa bangkai ini dibuang oleh tuannya?"

Sahabat menjawab,"Kerana ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya."

Maka bersabda Rasulullah SAW:

"Demi Allah yang menguasai diriku bahawa dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya. "
Seterusnya baginda bersabda:

"Dunia Ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dalamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah."


Dari itu ketahuilah mengambil dunia ini lebih dari keperluan mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Kalau begitu ia akan jadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita dari Allah.

Bagi orang yang menyedari hakikat ini tentu mereka tidak cinta lagi pada dunia. Dunia yang nampaknya indah rupanya buruk sifatnya. Umpama bunga dedap, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tiada baunya atau umpama perempuan cantik yang jahat perangainya tentu tiada gunanya.


Kita orang awam ini kerana tiada kenal sifat dunia sebab itu kecantikannya menawan hati kita tetapi bagi bijak pandai kita, orang-orang arif seperti nabi dan rasul, para muqarrobin dan solehin mereka kenal sangat dunia ini tentang buruk dan hinanya sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka ambil bahagian dunia ini yang tidak boleh tidak sahaja. Lebihnya adalah umpama najis pada mereka sebab itu mereka buang sahaja.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 1-3-2005 11:16 PM | Show all posts
Tugas kita sekarang ialah mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita pada Allah dan hari akhirat akan timbul dan bernyala-nyala dalam dada kita.


Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya ialah:

Harta, wang ringgit, pakaian, makanan,kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal yang kita "bankkan" selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.

Kedudukan kita, jawatan, pangkat,nama yang masyhur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian kita yang memungkinkan kita rasa "tuan" di dunia ini hendaklah diniatkan untuk keredhaan Allah sama ada untuk menegakkan hukum Allah, mempergiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam pentadbirannya dan membuka peluang-peluang yang banyak untuk Islam dan umat Islam.



Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya kerana keseronokan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara akhirat yang kekal abadi.

Bahagi-bahagikan isi dunia yang datang pada kita kepada hamba-hamba Allah yang lebih memerlukannya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-3-2005 08:27 AM | Show all posts
Kosongkan hati kita dari keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi.

Pintalah hidayah dan taufik Allah selalu agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu yang menolak dunia kerana Allah sebagaimana yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW. Sabda baginda: "Dua rakaat sembahyang dari seorang alim yang hatinya zuhud lebih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai."


Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14-17:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa- apa yang mereka ingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ayat:14)


"Katakanlah: Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisl Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Ayat:15)

"laitu orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka." (Ayat:16)



"laitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur."
(Ayat:17)

Bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi akhirat."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 2-3-2005 10:08 PM | Show all posts
BAB 5       SEBAB  HATI TERHIJAB

Jasad batin kita atau roh kita yang selalu kita ertikan sebagai hati kita mempunyai kebolehan memandang (mengenal) sesuatu, merasa senang susah, lahir atau ghaib khususnya Allah SWT.

Inilah kelebihan kita manusia dari haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenai Allah dengan sebenarnya hingga ia^menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan Allah. Ini difirmankan Allah di dalam AI Ouran:

"Apabila    disebut    nama    Allah,    gementarlah hati-hati mereka." (Al Anfaal:2)


Hati yang terang-benderang begini dimiliki oleh para ariffin, muqarrobin dan solehin. Hati mereka nampak (kenal) betul sifat-sifat keagungan Allah. Sebab itu mereka dapat benar-benar menghambakan diri pada Allah SWT.


Sebaliknya ada juga manusia yang hatinya gelap (buta) tidak nampak (kenai) Allah. Ini juga ada difirmankan oleh Allah SWT:

"Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan padamu dari Tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran." (ArRaad:19)


"Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci oleh AHah dan mereka itulah orang-orang yang lalai." (An Nahl:108)

Hadis dari Umar bin Al Khattab, Nabi bersabda:

"Cap penutup hati tergantung di kaki arasy maka bila larangan Allah dilanggar dan yang diharamkan-Nya dianggap halal, Allah mengirim cap penutup hati inl lalu hatipara pelanggar dikenakan cap ini."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 09:08 AM | Show all posts
nak bertanya..kuliah asaari nih bila tarikhnya?

atau compilation yg dulu2?

ni yg terkini ker?
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-3-2005 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 3-3-2005 09:08 AM:
nak bertanya..kuliah asaari nih bila tarikhnya?

atau compilation yg dulu2?

ni yg terkini ker?


Yes, Jimmy..thanks for asking...

Ini dipetik dari buku MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI.

Kalau mahu lihat yg terkini adalah di dalam TErkini..Himpunan Tarbiah dari Abuya oleh Akasyah.

Ini disebabkan tidak mahu berlaku pertindihan tarbiah dengan Akasyah, jadi saya memetik tarbiah dari buku yang sedia ada.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-3-2005 09:49 AM | Show all posts
Bila hati sudah buta, sudah dikunci mati oleh Allah SWT tidak dapat lagilah ia mengenal Allah dan menolak kebenaran dari Allah. Begitulah hati orang-orang katir dan munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran.


Kita umat Islam hati kita juga masih buta. Buktinya ialah kita masih tergamak membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih buat dosa ialah orang yang tidak takut dengan Allah. Orang yang tidak takut dengan Allah ialah orang yang tidak kenal siapa Allah. Sebab tidak kenal Allah ialah kerana hati telah buta.


Hadis Rasulullah SAW:

"Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu."

"Orang yang membuat satu dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya."



Kalau mata kita buta, kita tidak dapat melihat, tidak mengenal malah tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi.

Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya, dengan syurga, neraka, hari hisab, seksa kubur, tidak harap dan lain-lain lagi.


Dan bila amalan itu tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati.

Firman Allah:
"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al  Baqarah:10)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2-3-2005 03:08 PM:
nak bertanya..kuliah asaari nih bila tarikhnya?

atau compilation yg dulu2?

ni yg terkini ker?



ok terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 04:35 PM | Show all posts
sapa abuya nih? yg kump arqam yg sesat tu ka? no no no
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-3-2005 10:07 PM | Show all posts
Seksaan dunia dan akhirat. Di dunia mereka kecewa, putus asa, keluh-kesah, tidak tenang. Di akhirat lagi pedih.

Antara penyakitnya ialah hasad dengki, dendam, buruk sangka, tamak, gila dunia, bakhil, pemarah, penakut, riak, ujub dan sombong.

Langkah pertama yang wajib diambil untuk mengubat penyakit hati kita ialah mengubat hati yang buta itu. Bila hati tidak buta lagi penyakit-penyakit hati lainnya akan hilang dengan sendirinya.


Kalau mata buta, kita pergi ke pakar mata. Mungkin dicuci, dibedah dan lain-lain. Kalau hati yang buta, kita kenalah membuat rawatan-rawatan yang sesuai pula untuknya.

Untuk itu mari kita lihat dulu apakah sebab-sebab hati terhijab? Memakan makanan haram dan makanan syubahat (sama ada sedar atau tidak).

Bersabda Rasulullah SAW: "Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan."


Hati kita ialah seketul darah yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu datangnya daripada makanan kita. Kalau makanan kita bersih (halal mengikut syariat Islam) maka sel dan zat itu juga bersih maka hati kita juga turut bersih.

Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor (haram dan syubahat) samada benda itu haram atau duit yang digunakan untuk membelinya haram maka sel dan zat-zat besi, zat-zat yang membina hati itu kotor, busuk dan gelap.

Hati seperti wadah yang terdedah. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik Allah sebab Allah tidak akan beri taufik dan hidayah sebab taufik itu sangat berharga. Umpamanya kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam pinggan yang kotor.


bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2005 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2-3-2005 06:43 PM:



saudara hafizi tgk la gelagat belalang nih..org mcm nih la yg merosakkan nama arqam saya hanya mampu tersenyum..yelah..kita bercakap biarlah dgn ahlinya.. ini ke yg asaari ajar?soalan i ...



hehehe..perangai nih tanak komen ker saudara hafizi :cak: .. atau kene jaga hati member:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2005 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 5-3-2005 01:36 AM:



hehehe..perangai nih tanak komen ker saudara hafizi :cak: .. atau kene jaga hati member:hmm:


Hafizi sedih tengok perangai Snipersake tu...Dia jaga syariat Islam Tak kira siapa member dia, insyaAllah dia tegur. Cuma dia minta jangan ikut perangai ko jer..

:hmm::pompom:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-3-2005 11:05 AM | Show all posts
ELOKLAH NASIHAT MENASIHATI ANTARA SESAMA KITA DENGAN PENUH HIKMAH DAN BERHEMAH..

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan
kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan

Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah peribadi
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati


Bersama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya....

[ Last edited by hafizi on 6-3-2005 at 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 4-3-2005 03:16 PM:


Hafizi sedih tengok perangai Snipersake tu...Dia jaga syariat Islam Tak kira siapa member dia, insyaAllah dia tegur. Cuma dia minta jangan ikut perangai ko jer..[/col ...



hahaha..abih perangai kau yg menabur FITNAH mcmana??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 6-3-2005 04:23 PM:



hahaha..abih perangai kau yg menabur FITNAH mcmana??



Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.

Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan. Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin.  Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.

Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan. Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan  Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.  

Dari Minda Abuya ku

Dipetik Dari Rufaqa.com
:hug::hug::hug::pray::pray::lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.126661 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list