|
Salahkan untuk still hidup SINGLE walaupun dah nak masuk umur 30an ???
[Copy link]
|
|
Originally posted by areyantie at 4-1-2005 06:36 PM
:hug:
xsalah lambat kawin tp salah ler kalau dah mampu tp xnak kawin wlaupon da ada calon...
apo lagi yg di tunggu...ramai yg xlayak still nak bebini dua... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #341 fyieen's post
pandai nyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
1st thought tgk thread nie...tak sangka ramai jugak yg single mingle..igt aku sorang je yg ala2 solo...ramai lg rupenye.. ader gak terpikir smtimes...tp glad sbb dpt parents yg sporting...(derang tak memaksa..or bertanya...) derang support in what ever things that i do..sbb derang pung tau aku nie bab lelaki ala2 kureng skit..
org lain plaks yg lebey2... org2 lain nie je...soalan tu tanya beria2 tu..kadang2..jawab je... kawen raya cine nnt (raya cine tahun bile pun tak sure )...
so.. for me..tak salah.. in your 30 and above..and still single....tak kaco org lain pung..
bkn nye maksud nye menolak perkahwinan..tp jodoh pun takde lg..like me..usah kn nk berkawen..tunang pun tak pernah rasa..(tak pernah rasa org masuk minang pung) setakat kawan2 ramai...tp bile tang nk serius tuuu... selalu ke laut jd nye... tak tau nk salahkn saper.. (sbb siyesly...aku tak memilih)...tp org lain yg memilih ..eheks... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hana at 18-3-2007 04:45 PM
elehh..
zaman skrg nie..
gi clubbing..minum todi..
berzina..tido sana sini sblum nikah..
bercinta dgn laki org pun..
dah masuk kategori normal gak..
tapi..org tak tanya punn..
~ bila n ...
yealer...aku setuju ngan ayat ko ni:siok: |
|
|
|
|
|
|
|
today aku genap 27thn.. hepi bday yinneidey to me! ahakss
and me still single mingle n available. tp apa yg aku nk share ngan yalls, last year nye bday memang menyedihkan... mcm menangisi sikit la nasib ni... yerla, baru sebulan broke off masa tu. leh lg bawak diri ke PD (tu jek yg mampu.. hajat hati klu boleh nk ke Venice sana.. kuangkuang).
but then, dah setahun berlalu.. i'm very happy to celebrate my bday and still being SINGLE at this precious moment. pd aku memang takde cacat celanya klu still solo lagi pd age yg mcm ni. no worries!
memang la, mcm sorang forumner ckp... terasa jugak bila kawan2 keliling kita dh kawen, sorang2 hantar kad.. then klu jumpa kawan lama siap tanya dh kawen ke belum.. klu yg dulu kenal me n my ex, mesti tanya lagi details... memang 'sakit jiwa' la masa tu nk deal ngan situation mcm ni kan.
year goes by, i dh leh develop my confident. ignore je cakap keliling. yg penting kita tahu apa yg kita buat. apa yg mampu kita buat. bab jodoh, to subjective nak bincang kan. takkan nak tangkap muat jek. yes, i admit i met few people and some of them memang mau serius with me.. cuma nya after experienced benda2 yg menyakitkan hati sblmnya, wat aku tawar hati. I believe and positively believed that time will come. bila and macamana, Surprise!!!
so now.. i'm very proud of who i am.. i can live better without man to love with. but aku admit, jauh dlm hati ni, mengharapkan akan ada someone yg setulusnya dpt terima diri aku ni seapa adanya aku. that is THE MUST! kerja i semakin baik. financial lebih stabil.. and i'm starting to own a house in one and two months time lepas ni. this is the best thing happened in my life! and funny things, my best friend ckp.. lg susah la nk melekat jodoh pasni... WHATEVA!! yg penting aku appreciate every moment yg ada dlm hidup aku.
Pasal jodoh, aku serahkan pd takdir. Aku akan berusaha utk mencari jodoh but the same time... aku takkan menjadikan prob JODOH LAMBAT ni as main problem dlm hidup aku sehari2...
so, those yg still single! MOVE ON! insyaAllah... ada hikmah di sebalik apa saja yg terjadi dlm hidup kita ni kan.. U MUST BELIEVE ON THAT! but sentiasa la juga berdoa semoga kita dipertemukan dengan insan2 yg jujur, tulus dan ikhlas menerima kita seapa adanya.. itu doa aku setiap hari, Amin
p.s : sorry, terpanjang la membebel kat cni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 fyieen's post
huh
cakap je bolehla
rasa dulu baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fyieen at 13-6-2007 10:55 PM
xbaiknyer berkata begitu...sbb ada lelaki le jadinyer pompuan..sbb dicerai lelaki le br ada title jan.....
bagus ayat tu..mcm pantun 2 kerat... |
|
|
|
|
|
|
|
*SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI.... ... *
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu
lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku
CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. |
|
|
|
|
|
|
|
6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat
atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat
itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good
luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu
dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia
begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia
akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,
jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal
melakukannya! ] *
dari hana:clap:
[ Last edited by cymax at 15-6-2007 07:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
umur dah 32...,memangla nak kahwin nak ada zuriat sendiri.Tapi kadang-kadang rasa happy dan tenang fikiran bila hidup sendiri.Bila dengar masalah member yang baru kahwin,dah lama kahwin,masalah nagan anak,ngan mak mentua ( dia oarang ni memang suka cerita masalah kat saya,mungkin nampak cam muka kaunselor rumah tangga ko.. .)saya rasa bersyukur pula bila tak menghadapi masalah macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
umo awal 30,single. kwn2 i ada yg dah anak 3 & ada yg dah kawin kali ke2 tapi ramai lg yg sama status ngan i. status cam nie byk persoalan yg org suka tanya ialah masyarakat kita kan concern |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada gak citer sal hal ni kat page 5. Tpkan sejak adik aku nikah bulan 3 tahun ni, sunyi plak idup ni aku rasa. Dulu kemana aku ngan dia. La ni aku jadi cam org sesat jalan plak. Mmglah nak nikah tp skrg ni org tak pandang kalau kita ni tak termasuk dalam "kategori" pilihan. Dah 32 tahun ni. Aku rasa semua aku dah ada...cuma aku ingat nak wat haji ja lagi, insyaAllah. Skrg ni tgk adik aku rasa jeles plak dah...uwaaaa nak wat camna... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yanzz at 30-6-2007 11:25 PM
aku ada gak citer sal hal ni kat page 5. Tpkan sejak adik aku nikah bulan 3 tahun ni, sunyi plak idup ni aku rasa. Dulu kemana aku ngan dia. La ni aku jadi cam org sesat jalan plak. Mmglah nak ni ...
samala kita umur dah 32 tapi still single.Pakcik2 aku sibuk suruh buat umrah,berdoa depan kaabah semoga dipertemukan jodoh.Orang kampung jangan cakapla,asal nampak je muka takde soalan lain nak tanya,yang heran tu anak dia orang dari 10 tahun lepas walau dah kahwin masih dok tang tu jugak tak ke mana.Agaknya diaorang bukan pikir sangat pasal ilmu atau harta benda ni,janji kawin beranak dok umah layan laki... |
|
|
|
|
|
|
|
for me, x salah..buat ape nak terkocoh2 cr pasangan semata2 sebab nak tutup mulut org yg duk tanya 'bile nak kawen?'..nanti ko dah kawen depa tanya bile naka de anak plak...n daha der anak sorg depa tanya bile 2nd lak n so on..bla bla bla..x abis kalo nak tutup mulut org ni..
just be urself..its ur own life kan..
kawen ni perkongsian hidup so mestilah cr yg btol2..bukan tangkap muat..
kalo dah jumpe yg oke..umo 18 pon leh kawen..
kalo dah 30 tp x kawen lg tu..maknanya jodoh x sampai lg la..
buatlah keputusan bijak untuk keselesaan diri sendiri dan keluarga..
plg penting..jgn buat keputusan semata2 x tahan dgr kata2 org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yanzz at 30-6-2007 11:25 PM
aku ada gak citer sal hal ni kat page 5. Tpkan sejak adik aku nikah bulan 3 tahun ni, sunyi plak idup ni aku rasa. Dulu kemana aku ngan dia. La ni aku jadi cam org sesat jalan plak. Mmglah nak ni ...
sedihnya. takder cara lain. kena bersabar.
wp aku pun tak sabarr.
kalau nak pergi haji..kena ada muhrim lelaki & perempuan.
kalau tak salah aku lah.
ampun. aku pun tak tahu sgt pasal haji2 nie.
bila dah dpt gi haji tu..haa..peluang keemasan utk solat hajat2 tiap2 hari dlm masjid allah tu..& berdoa dpn kaabah utk dptkan jodoh.
jgn doa general tau. kena doa spesific skt. contoh, bujang teruna yg kaya yg 32thn ke atas, baik, tak pukul perempuan..bla..bla..bla.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah : kalo dah berumur tak kawin2 tapi buat pekara2 yang tak baik.
betul : kalo dah berumur tapi masih menjaga diri dengan baik dan tidak membuat pekara2 yang tak elok...
betul dan tak salah : kalo dah berumur masih meminati citer TRANSFORMERS ( macam aku ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #358 OltromeN^'s post
otomen minat transformers? hehhee... kelakar plak.. mutant jepun minat robot omputeh ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat! Selamatkan bumi dari raksaksa
Originally posted by OltromeN^ at 2-7-2007 12:50 PM
salah : kalo dah berumur tak kawin2 tapi buat pekara2 yang tak baik.
betul : kalo dah berumur tapi masih menjaga diri dengan baik dan tidak membuat pekara2 yang tak elok...
betul dan tak salah ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|