hafizi This user has been deleted
|
KESAN BEKERJA DENGAN TAQWA
Bila berniaga kerana hendak untung, kalau rugi, menderita, sedih, hilang semangat dan tidak bermaya. Padahal kalau berniaga ada roh, rugi pun tidak mengapa sebab dapat sifat taqwa. Itu yang utama. Itu pun niat kita asalnya. Mungkin di kedai, Tuhan rugikan kita tetapi Tuhan untungkan kita di tempat lain. Tuhan kata siapa yang bertaqwa akan dapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Jadi walaupun rugi berniaga, yang penting dalam berniaga ada roh, ada nyawa dan ada peng-hayatan. Jadi perniagaan yang hidup yang bukan bangkai ialah perniagaan yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalaupun kita rugi, kita tidak bimbang. Tuhan akan datangkan untung dari sumber yang lain yang tidak diduga.
Syariat yang kita bangunkan itu, dari yang asas hingga yang tambahan, hendak dibagikan roh memang susah. Kalau boleh bagi roh, seronok. Kita bukan hendak fikir untuk dapat untung, tetapi untuk dapat taqwa. Kalau dapat taqwa, rugi pun tidak mengapa. Di sini kita berkerja dengan jiwa yang hidup. Kita tidak akan bimbang, takut atau jemu. Kita tidak rasa rugi atau susah hati. Kita akan rasa seronok dan terhibur sebab dapat taqwa. Taqwa ini untung yang besar yang hendak kita bawa sebagai bekalan di Akhirat.
Kalau kita bekerja, walaupun ia memenuhi syariat, tetapi diniatkan untuk dapat dunia, sama ada untuk dapat untung, puji-pujian, glamour, pangkat atau lain-lain, maka kita telah membunuh roh amalan kita. Kita tidak lagi bekerja untuk Tuhan atau untuk mendapat taqwa. Bila rugi, kita kecewa. Bila banyak cabaran, kita cemas, letih dan mudah marah. Tetapi kalau kita niatkan untuk mendapat taqwa, kita akan sedar bahawa di atas keletihan, kesusahan dan rasa cemas itulah kita akan dapat taqwa. Kita akan terhibur. Yang letih itu hanya fizikal kita. Roh kita sentiasa hidup dan sentiasa gembira.
Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Kadang-kadang sepuluh atau dua puluh tahun bermusafir, baru balik. Belanja usaha sendiri. Naik unta atau kadang-kadang berjalan kaki dari satu kota ke kota lain. Dari satu negeri ke negeri lain. Tinggal isteri dan keluarga. Ada yang keluar berjuang ketika isteri sedang mengandung. Bila balik, anak sudah muda remaja hingga dia pun tidak kenal.
BERSAMBUNG |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Sekarang kita senang berdakwah. Dewan cantik, kerusi cantik, kenderaan cantik dan jalan cantik. Dulu mana ada de-wan. Kalau tengok orang sedang perah susu kambing, dia didatangi. Orang berjalan dipanggil. Diceritakan tentang agarna dan tentang Tuhan. Memang susah. Tetapi seronok sebab jiwa hidup. Orang dulu terhibur sebab akan dapat sifat taqwa. Kalau sekarang tidak larat. Sekarang berdakwah kerana hendak nama, hendak duit dan glamour. Kalau orang kritik atau yang datang mendengar tidak ramai, maka tidak seronok. Jadi lemah dan hilang semangat. Kadang-kadang marah. Kali kedua tidak da-tang lagi. Hati berkata, "Tidak ramai orang datang, tidak cukup orang hendak puji aku, buat apa datang."
Tetapi kalau kita fikir hendak tambah sifat taqwa, kita akan terhibur untuk sampaikan ajaran Tuhan walaupun yang men-dengar hanya bilangan jari sebab kita tetap akan dapat menam-bah taqwa. Malahan lebih mudah untuk kita menjaga hati su-paya tidak rosak dan merasa bangga. Tetapi bila fikir hendak duit, fikir hendak nama, hilang semangat. Ertinya dakwah dan jihad yang dibuat adalah dakwah dan jihad bangkai. Jadi faktor taqwa adalah faktor dalaman.
Betullah kata Tuhan melalui Hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat lahir kamu tetapi Tuhan melihat hati kamu dan amalan kamu." Lahir hanya 10%, itu pun kalau dibuat dengan sempurna. Kalau tidak sempurna, mungkin dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang roh ibadah. Sebab itu dalam ajaran Islam ini, diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, itu diam yang sia-sia.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau nampak diam tetapi ada roh, iaitu kita sedang fikir tentang dosa, kita fikirkan kuliah, kita fikirkan kebaikan apa lagi ng hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa, maka diam itu diam taqwa. Paling tidak kita niat, aku diamlah sebab cakap banyak nanti banyak salah. Banyak salah banyak dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Maka diam itu jadi arnalan taqwa. Indahnya hidup dengan Tuhan.
Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, gagal pun tidak apa, tetap seronok dan indah. Sebab kejayaan bukan matlamat. Mat-lamatnya adalah untuk menambah sifat taqwa. Kalau kita fikir hendak untung atau hendak orang terima kita, kalau tidak untung dan orang tidak terima kita maka kita hilang semangat. Kalau kita fikir hendak menambah sifat taqwa, apa jadi pun tidak ada masalah. Kita tetap rasa puas. Di situ ada kemanisan dan keindahan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ROH AMAL
Islam itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit dan ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan rohul amal. Iaitu roh dalam kita bekerja, roh dalam kita ber-tindak atau roh dalam kita melaksanakan sesuatu, sama ada dalam bidang ibadah, ekonomi, pembangunan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.
Roh amal inilah yang hendak kita jaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa bagi amalan kita di samping kita tidak pula menafikan amalan atau syariat lahir. Roh amal inilah tempat jatuh pandangan Allah kerana ia merupakan intipati arnal. Itulah perkara yang Allah nilai. Allah tidak pandang amalan lahir kita kalau rohnya tidak ada. Justeru itu, kita beribadah mesti ada roh. Berdakwah dan berjihad, mesti ada roh. Begitu juga bermusafir, bergaul, berdoa, berzikir, berekonomi, bertani dan sebagainya mesti ada roh.
Amalan yang tidak ada roh samalah seperti manusia yang tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap bangkai. Ratu cantik sekalipun, kalau sudah tidak bernyawa, dia tidak dikagumi atau diminati lagi.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
MENGHADIRKAN ROH DALAM AMALAN
Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak-tanduk kita dan dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu. Akhirnya bila berniaga, nampak untung dan nampak duit sahaja. Lebih-lebih lagi bila dapat untung banyak, kita lupa hendak menghadirkan roh. Duit sahaja yang kita nam-pak. Begitu juga dengan usaha dan aktiviti kita yang lain. Sebab itu kalau ada orang buka kedai, jangan tanya dapat untung atau tidak hari ini. Tanyakan, "Agak-agak hari ini dapat taqwa atau tidak? Mudah-mudahan dapatlah." Atau tanyakan, "Apa rasa awak dalam berniaga hari ini?" Kalau dia kata seronok sebab dapat banyak untung, dia sudah salah maksud dan niat. Kita kena betulkan.
Tanyakan juga, "Awak gembira atau tidak melayan orang? Kalau orang hendak berhutang, awak rasa bangga atau tidak dapat beri hutang seolah-olah rasa sudah menyelamatkan orang."
Kalau dia jawab ya, katakan, "Alhamdulillah, moga-moga awak selamat. Jaga selalu untung yang bersifat taqwa ini."
Sebab itu selepas sembahyang, selepas buat baik, kita disuruh istighfar? Mengapa? Kalau selepas buat jahat kita disuruh istighfar lojiklah. Kenapa pula kita disuruh istighfar selepas membuat kerja baik? Sebab takut-takut kita tidak dapat taqwa dalam sembahyang atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu. Takut-takut dalam amalan kita itu tidak ada rohnya dan Tuhan tidak pandang.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Mengapa pula selepas berdakwah, selepas mengajar, selepas berniaga, kita tidak istighfar? Mengapa selepas berniaga kita tidak menung sekejap. Patutnya balik sahaja dari berniaga kena rnenungkan apa yang telah kita buat dan bertaubat. Sebab rnungkin berniaga kita tidak ada roh. Hanya dapat bangkai sahaja. Patutnya di situlah kita minta ampun sebab mungkin ada orang yang telah kita zalimi, yang telah kita sakiti, yang tidak senang dan yang sakit hati dengan kita semasa kita berniaga dan berurusan dengan pelanggan. Mengapa balik berniaga tidak minta ampun kepada Tuhan?
Kalau kita boleh buat seperti ini, Tuhan akan selamatkan kita. Sifat taqwa akan bertambah. Untung di dunia lagi Tuhan akan bagi. Memang sifat taqwa itu untuk Akhirat, tetapi taqwa juga memberi kita untung dunia untuk keperluan di dunia.
Perniagaan kapitalis, mengutamakan duit. Dari duit dapat duit. Modal duit untung pun duit. Perniagaan Islam mengutamakan taqwa. Dari taqwa dapat taqwa. Taqwa lebih besar daripada duit. la membawa kebahagiaan dunia Akhirat. la sela-mat dan menyelamatkan. Tetapi janganlah pula sampai disiplin syariat itu diabaikan.
SAJAK 2
Sifat Taqwa
Engkau bersembahyang
tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan sembahyang
ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah takwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji
Kalau semata-mata jadi gaji akhirnya jadi najis
Atau jadi barang yang buruk
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia ia terjadi dengan sendiri
Selama-lama kerja dan usaha memangada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa alangkah baiknya ia
menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri
di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di
dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu
Kalau niatnya betul dapat pahala
Itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah
dan untuk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya
Apakah kita berusaha dan bekerja
semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah atau ada hasil
yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan, ia biasanya terjadi
Tapi apakah di dalam usaha itu
ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja
dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha
yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha
dan kerja itu ada niat kerana Allah
Dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha,
roh kerja, roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
BAB 5
Syarat-Syarat Taqwa
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PERBEZAAN ANTARA SYARAT DAN RUKUN
Untuk mencapai taqwa ada syarat-syaratnya. Syarat itu berbeza dengan rukun. Syarat itu lain, rukun itu lain pula. Syarat itu di luar tetapi rukun itu di dalam. Seperti juga da-lam solat atau sembahyang, tutup aurat itu syarat bagi sembah-yang. la di luar. Membaca surah Al Patihah itu pula adalah rukun sembahyang. la di dalam sembahyang. Kalau dikatakan rukun, maka ia berada di dalam amalan. Kalau syarat, ia berada di luar amalan.
Di dalam bab ini, kita akan memperkatakan tentang syarat-syarat taqwa. Di dalam bab yang seterusnya pula, kita akan bincang tentang rukun-rukun taqwa. Rukun itu adalah tiang di mana tertegaknya taqwa. Syarat pula adalah perkara-perkara yang perlu ada dan mesti diberi perhatian supaya jalan untuk mencapai taqwa itu menjadi mudah.
Kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh dalam hidup ini untuk memiliki sifat taqwa dan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Lebih-lebih lagilah bagi mereka yang bercita-cita untuk membangunkan Islam dan memperjuangkan Islam, mereka perlu berusaha menjadikan diri mereka orang yang bertaqwa.
Orang Islam yang ada cita-cita perjuangan mesti terlebih dahulu membaiki diri mereka sebelum membaiki orang lain dan masyarakat. Untuk itu mereka mesti faham bagaimana hendak membaiki diri mereka sendiri dan bagaimana mahu membaiki masyarakat. Untuk membaiki diri agar menjadi orang soleh atau orang yang bertaqwa, ada lapan syarat yang perlu ditempuhi. Ia dinamakan lapan syarat taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
SYARAT TAQWA
Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
1 . Dapat petunjuk dari Allah (hidayah)
2. Faham tentang Islam
3. Yakin
4. Melaksanakan
5. Mujahadah
6. Istiqamah beramal
7. Ada pemimpin yang memimpin (mursyid)
8. Berdoa kepada Allah
1. Dapat Petunjuk Dari Allah (Hidayah)
Di sinilah titik tolak atau modal utama ke arah taqwa iaitu men-dapat petunjuk atau hidayah. Hidayah datang dari Allah. Allah beri hidayah kepada seseorang itu dengan cara mengetuk pintu hatinya. Bila seseorang itu mendapat hidayah, dia senang dengan Islam, sayang dengan Islam, suka dengan Islam, seronok, minat, terhibur dengan Islam dan terbuka hatinya untuk Islam. Sebut saja Islam, dia terasa indah dan seronok. Dia rasa terhibur walaupun dia tidak tahu apa itu Islam. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi-Nya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam." (Al Annam: 125)
Jadi kalau seseorang itu Allah beri hidayah dan Allah buka pintu hatinya hingga dia sayang, suka, minat, terhibur dan seronok dengan Islam, maka ini adalah anak kunci yang pertama untuk dia bertindak membaiki diri. Tetapi kalau hati sudah tertutup, hidayah tidak dapat, maka rasa senang hati dan suka dengan Islam tidak ada. Walaupun seseorang itu pakar dalam Islam, hafaz Al Quran, hafaz ribuan Hadis sekalipun namun tanpa hidayah, dia tidak akan mahu membaiki diri. Dorongan untuk membaiki diri tidak ada. Minat tidak ada. Hati tidak terbuka ke arah itu. Rasa minat, cinta dan suka pada Islam, itulah dorongan untuk beramal dan memperbaiki diri. Ibarat orang yang cinta dengan isteri, apa saja kehendak isterinya akan di-turuti dan dia rela bersusah payah dan berkorban habis-habisan untuk isterinya hatta nyawanya sekalipun.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi at 1-9-2005 12:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Pentingnya Hidayah
Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari situlah titik tolak seseorang yang tidak Islam itu masuk Islam. Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan ilmu dan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam. Untuk seseorang yang memang sudah Islam, akan terbukalah pintu hatinya untuk serius dengan Islam dan berusaha mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya. Seseorang yang tidak Islam kalau belum mendapat hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunan Islam, jika hidayah belum dapat ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk serius dengan Islam, untuk mengamalkan Islam dan memperjuangkannya. Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufiq dari Allah Taala.
Taufiq ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berbetulan dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islam seseorang itu kerana seluruh amalannya telah bergabung di situ di antara hidayah dengan taufiq. Namun mendapat taufiq pun belum tentu selamat. Walaupun lahiriah dan maknawiyahnya sudah betul tetapi zahiriah dan batiniahnya mungkin belum selesai. Apa yang tersembunyi dalam hati mungkin tidak sama dengan apa yang dizahirkan. Amalan zahir nampak hebat tetapi mungkin dicelahi dengan riyak, ujub, hasad dengki dan sebagai-nyayang merosakkan amalan. Kalau soal batiniah tidak dijaga, orang yang mendapat taufiq pun boleh terkandas. Inikan pula baru setakat mendapat hidayah. Tanpa tasawuf, ramai yang tertipu dengan ibadah mereka.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Soal ada kemahuan untuk membuat kebaikan dan men-dapat ilmu (hidayah), itu soal lahiriah. Untuk beramal, sama ada untuk berbuat ibadah atau meninggalkan maksiat, itu juga soal lahiriah. Kalaupun ilmu dan amal soleh sudah selari dan amalan tepat atau berbetulan dengan kehendak Allah (taufiq), itu pun masih soal lahiriah. Soal batin atau tasawuf belum diambil kira. Sedangkan amalan yang diterima Tuhan itu mesti cukup syarat lahir dan batinnya.
Walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah, kerana dari hidayahlah pintu hati terbuka untuk menjadi seorang Islam atau bagi seorang Islam pula, terbuka hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam. Oleh kerana hidayah adalah satu benda yang berharga, tidak semua orang boleh mendapatnya atau memperolehinya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:
1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada sua-sana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin ke-bahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya men-cari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Hidayah Kenalah Dijaga
Hidayah merupakan intan berlian maknawi dan rohani. la sangat berharga. Sesiapa yang memilikinya dianggap orang kaya dan mulia. Dia dianggap orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat banyak kebaikan.
Tetapi, perlu diingat, hidayah seperti juga barang berharga yang lain, ia boleh hilang. Oleh itu, ia kenalah dijaga dengan sebaik-baiknya. Barang yang hilang selalunya sukar untuk di-perolehi semula. Ada doa yang Allah SWT ajar kepada kita di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami dari sisi-Mu akan rahmat.Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi." (Ali Imran: 8)
bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bagaimana Menjaga Hidayah Agar la Kekal
1. Kita syukuri akan nikmat hidayah itu. Kita rasakan bahawa ia nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.
2. Kita istiqamah mengamalkan syariat dengan tekun serta penuh rasa bimbang kalau-kalau Allah tarik semula hidayah yang telah kita peroleh itu.
3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu terasa malas hendak beribadah dan terasa ringan hendak berbuat maksiat.
4. Selalu bergaul dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangat membantu kita menjaga syariat dan terasa kuat dengan kawan.
5. Kalau kita ada pemimpin, jangan terlepas dari pimpinannya. Pemimpin sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan ilmu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Sebab-Sebab Hidayah Ditarik Semula
1. Kita derhaka dengan guru yang pernah mengajar kita dan kita lari dari pimpinannya.
2. Derhaka dengan kedua ibu bapa dan kita sia-siakan mereka. Kita biarkan kehidupan mereka tidak terurus dan terjaga. Lebih-lebih lagi kalau mereka marah atau rasa tidak senang dengan kita.
3. Bila jiwa kita terpengaruh dengan dunia. Dengan ibadah sudah tidak seronok dan sudah mula terasa berat. Dengan halal haram sudah tidak diambil kira. Rasa takut dengan Tuhan semakin hilang.
4. Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi orang, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Kemudian jadi cuai dan malas beribadah. Begitulah seterusnya hingga hanyut dalam maksiat.
5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat. Kemudian rasa seronok dengan kebebasan itu. Rasa sedap, terlajak dan terus hanyut dalam maksiat dan kemungkaran.
Apabila hidayah ditarik semula, hidup akan terumbang-ambing. Tidak ada disiplin, tidak istiqamah, malas beramal, jinak dan ringan dengan maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun kaya dan berharta.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
1. Faham Tentang Islam
Faham tentang Islam bukan bererti diberitahu tentang Islam atau diajar tentang Islam. Faham tentang Islam bukan bererti setakat ada ilmu tentang Islam. Ramai orang ada ilmu Islam tetapi tidak faham Islam. Tahu dan faham adalah dua keadaan yang berbeza. Faham itu merangkumi semua aspek. Faham zahir dan batinnya, rohnya, yang tersurat dan tersirat. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Barangsiapa yang Allah hendak jadikan dia orang baik, maka dia akan diberi faham tentang agama.
Rasulullah SAW tidak menyebut, "Barangsiapa yang Allah hendak jadikan dia orang baik, maka dia akan diajar tentang agama,"Rasulullah tidak berkata, "Dia akan diberitahu tentang agama." Rasulullah juga tidak berkata, "Dia akan diberi ilmu tentang agama," Tetapi Rasullullah berkata, '"Dia akan diberi faham tentang agama." Sebab tidak semestinya seseorang itu akan faham bila dia diajar. Tidak semestinya bila dia diberitahu, dia akan faham, akan menghayati serta akan menjiwainya. Tetapi bila dikatakan 'diberi faham tentang agama' maknanya dari otak hinggalah ke hati akan menjadi satu keyakinan dan akhirnya dijiwai dan dihayati. Sudah semestinya kalau hendak faham kena ada ilmunya. Kita kena cari ilmu. Tetapi belum tentu kalau kita ada ilmunya, kita akan faham. Paham itu hikmahnya. Paham itu ialah ilmu dalam ilmu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau begitu, sekiranya sekadar diajar atau diberitahu tentang Islam, tidak ada jaminan seseorang itu akan menjadi baik. Tetapi kalau 'diberi faham', itulah tanda seseorang itu akan membuat perubahan. Sebab bila dikatakan 'diberi /aharri, ia akan jatuh ke hati. Tetapi kalau hanya 'diberitahu' atau 'diajar', itu setakat di akal sahaja. Akhirnya, jadi mental exercise. Pintar dan lancar dia memperkatakan tentang Islam tetapi hanya berputar di akal tidak di hati. Bila ilmu bertapak di akal, syarahannya hebat, boleh menulis dan sebagainya. Tetapi kalau ia tidak bertapak di hati, ia bukan menjadi keyakinan hidupnya. Ertinya dia tidak menghayati ilmunya. Kalau begitu ilmu yang ada di otaknya tidak mendorong dia untuk membaiki diri. Tidak mendorong dia untuk memperjuangkannya. Tidak mendorong dia untuk menggunakan ilmunya itu untuk menuntun hidup-nya. Tetapi kalau ilmu itu sampai ke hati barulah ia akan ber-kesan pada dirinya.
Sebab itulah orang alim ramai tetapi orang faqih (orang yang faham) sedikit. Yang diajar dan diberitahu tentang ilmu Islam itu banyak tetapi yang menjiwai Islam itu tidak banyak. Se-seorang yang sekadar diberitahu atau diajar tentang Islam, belum tentu akan terdorong untuk membaiki diri. Akalnya terisi dengan ilmu Islam, tetapi kalau ilmu itu tidak bertapak dalam hati, dorongan untuk membaiki diri dan mengamalkan ilmu tidak ada. Manakala kalau ilmu disertai kefahaman, bermakna seseorang itu tahu dari hati dan jiwa, bukan sekadar dengan akal sahaja. Ini akan mendorongnya membaiki diri. Namun perlu diingat, kalau hati saja terbuka untuk menerima Islam, tetapi ilmunya tidak ada maka seseorang itu tidak akan boleh berbuat. Kalau kita seronok sahaja beramal tetapi malas hendak me-nuntut ilmu, maka banyaklah kesalahan yang akan kita buat.
Amalan yang tidak disuluh dengan ilmu maka akan tertolak terus amalan itu. Beramal tanpa ilmu tidak sah dan ianya tertolak.
bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Jadi kefahaman tentang Islam ini perlu ada. Islam mesti difahami secara syumul, secara lengkap, bukannya secara serpihan. Islam yang difahami mesti meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam mesti difahami sebagai cara hidup, sebagai ad-deen. Atau dengan kata-kata lain, Islam mesti di-fahami sebagai agama aqidah, sebagai ajaran ibadah, dakwah, ukhwah, jihad, jemaah, amrun bil makruf wanahyun 'anil mungkar, tarbiah, pendidikan, ekonomi, daulah Islamiah, hal antarabangsa hinggalah kepada hal-hal yang menjangkau alam sejagat.
Untuk faham pula mesti ada jalan, ada usaha dan ada caranya. Bukan boleh faham begitu-begitu saja. Mesti melahirkan sebabnya seperti belajar, membaca, mentelaah, muzakarah, bertanya dan sebagainya. Jadi, suka, minat atau lapang dada menerima Islam saja tidak cukup. Mesti disertai dengan kefahaman, kemudian kena berbuat dan bertindak berdasarkan kefahaman itu.
Kalau sesuatu amalan itu dibuat atas dasar tahu saja tanpa disertai dengan kefahaman, jadilah amalan itu lahirnya betul tetapi batinnya rosak. Misalnya, dia tahu cara hendak sembah-yang dan akan bersembahyang tetapi roh sembahyang tidak ada. Bila roh sembahyang tidak ada, hakikatnya dia belum bersembahyang. Begitu juga bagi orang yang sekadar tahu ilmu berjuang dan boleh berjuang. Lahirnya saja bagus, tetapi hatinya akan rosak. Roh berjuang tidak ada. Manakala kalau diberi ilmu puasa sahaja dan dia pun boleh berpuasa tetapi yang berpuasa hanya tangannya, mulutnya, matanya dan perutnya sedangkan rohnya, hatinya dan nafsunya tidak berpuasa. Sebab mengetahui itu hanya terhadap benda-benda lahir yang dapat dinilai oleh mata kepala. Tetapi 'faham' itu lebih mendalam iaitu hati atau rohani sama-sama merasa, bukan akal sahaja yang mengetahui.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi at 18-9-2005 10:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Begitu juga, tidak cukup membangunkan Islam dengan cara semangat-semangat, slogan-slogan, terpekik sana, terpekik sini demonstrasi sana, demonstrasi sini, kutuk orang itu dan kutuk orang ini. Itu bukan faham namanya. Usahkan faham, kadang-kadang ilmu pun belum ada. Ini lagi rosak. Konon-kononnya berani tetapi berani macam lembu. Lembu kalau berani, tembok pun ditanduknya. Sepatutnya lembu tanduk manusia sebab setiap hari manusialah yang memperhambakannya. Ini tidak, tanduk yang tajam itu digunakan untuk tanduk tembok atau tanduk pokok kayu. Beranikah itu namanya? Memanglah berani tetapi berani melulu. Berani bodoh.
Begitulah juga umat Islam. Bukannya tidak berani. Orang ada senjata automatik, kereta perisai dan kereta kebal tetapi dia main baling batu sahaja di tengah jalan. Semua orang mengakui yang itu berani. Tetapi berani macam lembu. Umpama air bah, kalau tidak ada saluran yang betul, habis semua benda dilanyak-nya. Pohon kelapa orang, kebun orang, rumah orang dan sebagainya habis ranap dibuatnya. Tetapi kalau ada saluran dan sistem perparitan yang betul, air bah itu dapat dikawal dan di-alirkan ke sungai. Bahkan di parit, boleh tangkap ikan dan main sampan. Jangan berani melulu macam air bah. Paling tidak biar berani atas dasar ilmu. Tetapi yang paling baik, berani atas da-sar faham. Kalau tidak faham, kena tanya, kena belajar, kena muzakarah, kena berbincang, kena banyak mentelaah dan lain-lain.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|