CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aininfarihah

Ringkasan Novel Menarik Yang Pernah Anda Baca, Novel-Novel Menarik

[Copy link]
Post time 7-9-2011 03:09 PM | Show all posts
Saya pun peminat novel gak..

Adalah dalam 50 lebih novel melayu dalam koleksi saya..

Nak ceritakan semua payahlah gak..

But I prefer sape yg nak beli novel beli terbitan karya seni n kaki novel.. kebanyakan novel yang diterbitkan adalah penulis enovel jugak

Bessssssssssssssssssst  Sangaaaaaaaaaat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 01:30 PM | Show all posts


Dua Hati Berbicara karya Antasya Balkis

Sinopsis:

Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai slah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gossip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. Gosipnya dengan Babe, seoarng model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yang paling baik ingin memiliki Tania katsura untuk dijadikan teman istimewa.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.


Pendapat saya:

Satu novel yang tidak terlalu romantik hingga membuaikan perasaan dan cerita ini boleh dipanjangkan lagi plot-plot tertentu kerana seperti tergantung atau dipotong.

Ceritanya menarik bagi yang bukan kaki jiwang kerana tiada bahasa yang berbunga-bunga namun ia melekat dijiwa. Tidak cukup sekali membacanya untuk menghayati perjalanan cerita.

Pada saya watak Emir Qasya itu mungkin satu dalam sejuta di Malaysia ini. Susah nak cari yang benar-benar kaya dan mempunyai ciri-ciri seperti Emir Qasya.
'Dua mata saling bertatapan. Tiada kemesraan tetapi mengapa hati berbicara sesuatu yang amat sukar ditafsirkan oleh hati sendiri?'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 04:55 PM | Show all posts
Sebongkah Batu di Kuala Berang - Faisal Tehrani

selesai baca semalam.Karya FT seperti biasa padat dengan teguran sinis yang berisi...penuh pengajaran juga selitan moral islamik. Kisah perjuanganan memartabatkan islam menerusi Kisah Batu Bersurat Trengganu yang akan dibawa ke layar dokumentari drama. Pelbagai insiden berlaku terutama kala pelakon-pelakon popular tanahair yang dipilih menerajui naskhah membuat kacau yang hampir menggagalkan misi pelajar2 Tahun Akhir Akedemi Islam untuk mengangkat kisah sebuah batu yang penuh catatan sejarah ke persada seni perfileman tanahair yang tidak pernah mahu mengangkat dan memperjuangkan seni filem islam. Sharifah Ezzati sangat mengingatkan Lea pada Sharifah Amani. dan Seeta Adeeni pula begitu mirip Rita Rudaini...hehehe..tapi buku nipis ini (176 m/s) sangat padat cerita dan mesejnya pada pembaca....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 01:42 PM | Show all posts
Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman

Pertemuan dua insan berlainan latar ; Dina dan Aaron dari dua benua yang berbeza yang akhirnya menyingkap pertalian antara keduanya. Menerusi Dina dan Aaron, tersingkap kisah silam keturunan  mereka; Salma-Shuaib yang telah membawa kita menjelajah kisah sejarah islam di sepanyol.  Bagi Lea, kisah Salma-Shuaib  dan perjuangan mereka mempertahankan kesucian agama islam di Granada lebih menyerlah didalam cerita ini berbanding kisah Dina dan Aaron....

Lea sangat suka kisah dan kasih sayang pasangan suami isteri ni...romantisnya begitu terpelihara mengikut adab islam. Cara penyampaian Khairyn begitu berkesan sekali didalam memberi kesedaran betapa kegemilangan islam dahulu patut disemat dan dipertahankan oleh generasi kini. Tiada sejarah, tiadalah kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 05:42 PM | Show all posts
novel first i bcer KEMELUT KASIH,yang bru2 bcer baru nih lak, AKU BUKAN MISTRESS
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 04:35 PM | Show all posts
sedang baca novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah, baru 1/6 dari tebal buku.

sgt best buku ni. saya baca buku cetakan 3 tahun 2008.

mengenai aleya yg minat kpd Syed Adam Aizril secara diam, tp at last mereka berkahwin. bermulanya penderitaan aleya. seterusnya...belum habis baca lgi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2011 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 29-12-2011 12:02

novel terakhir baca Awak Suka Saya Tak?

Kisah percintaan Hilman Yong dan Intan Zulaikha, tetapi disitu ada percintaan yang paling AGUNG iaitu kepada Allah dan Rasul.

Hilman Yong adalah seorang mualaf. Seperti biasa watak seorg lelaki yg hensem dan kaya mmg menjadi trend buat penulis novel mungkin utk menarik pembaca. Tetapi ada lagi kelebihan Hilman Yong iaitu ilmu agamanya - boleh dikatakan melebihi dari seorg yg dilahirkan sebagai Islam spt Intan Zulaikha.


Intan Zulaikha pula seorg gadis yg kurang matang, suka memberontak, manja, cakap lepas. Bila baca diawal kisah watak Intan ni memang rasa nak cepuk je..tapi sedikit demi sedikit Hilman Yong berjaya mengubah menjadi seorg yg lebih baik.


Paling menarik dalam novel ini tentang kisah kuda, kerana Hilman mempunyai resort dan pusat equestrian. Cara menjaga, membelai kuda, menunggang hinggalah melahirkan anak kuda juga diceritakan secara terperinci dalam novel ini.


Konflik? Ya, bila mana disaat hari bahagia mereka, salah faham berlaku dan Hilman kehilangan CINTA TERAGUNGnya sangat menyedihkan. Apa CINTA TERAGUNG itu, kalian semua harus membacanya Awak Suka Saya Tak?


Pandangan penulis melalui watak Hilman Yong tentang cinta sangat mengkagumkan. Tahniah utk penulis Melur Jelita!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:06 PM | Show all posts
Reply 304# jingga007

boleh ke nak promote website lain disini?

saya selalu lawati website e-novel english, ceritanya sangat santai dan best dari penulis amatur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 02:58 AM | Show all posts
Reply 349# lowgil


    boleh as long tak melebih-lebih promote
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 12:25 PM | Show all posts
saya sangat meminati novel hasil nukilan saudara Ramlee Awang Murshid (RAM)

dapatkanlah segera di pasaran segera, latest akan keluar hujung Apr ni ialah Sunan Musafir yang dikatakan sebagai penutup hikayat Laksamana Sunan

btw ak pernah terbaca satu novel lame dlu, tajuk die Parut kalau tak silap, mmg best cerite die, still looking for that novel
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 10:06 PM | Show all posts
Reply 350# TheLuPikir

Aku pun pernah baca novel 'Parut' tu 2 kali. Dan novel ni kalau tak silap aku, telah dijadikan drama TV. Watak utama dia, kalau tak silap aku la...Raja Azura & Along Kamaruddin. Kalau tak salah la....

Tapi, ini cerita zaman sekolah rendah ni....ingat2 lupa dah...tapi memang best....hero dia nama 'Iskandar' kan? Tapi heroin dia punya nama aku dah lupa.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply  TheLuPikir

Aku pun pernah baca novel 'Parut' tu 2 kali. Dan novel ni kalau tak silap aku, ...
fizziany Post at 21-4-2012 22:06


nama hero tu ak lupe, tp kisah die lebih kurang beginila, last skali awek die tu eksiden n then muke die hancur, lps tu mcm biase la, die mintak putus dgn hero, bla bla bla


sme ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:52 AM | Show all posts
Reply 352# TheLuPikir

yup....kisah dia...memang camtu pun...kisah budak kolej. iskandar ni kira hero gilaan kat kolej tu. Dia benci org kaya sbb kakak dia dulu pernah dikecewakan oleh org kaya.pastu...Maya (heroin, aku baru ingat nama dia...hehe...) ni kira budak baru masuk kolej tu. Maya ni anak org kaya.

Iskandar ni always provoke Maya ni. Maya n Iskandar ni mula2 gaduh, tapi last2 dua-dua jatuh cinta. Caman diorang jatuh cinta, aku pun lupa. Family Maya ni tak suka kat Iskandar ni sbb org semekin....


So...cinta terhalang la gak mula2....tapi, bila family Maya mula terima Iskandar, masa tu la part ending cerita ni di mana Iskandar dan Maya terlibat dlm satu ekspedisi pergi satu kawasan peranginan. Dalam perjalanan, diorang ni eksiden teruk. dua-dua masuk sepital. Tapi Maya ni lagi teruk sbb waktu kereta tu meletup, kena muka dia. Jadi muka dia yg cantik tu jadi cacat.


Family Maya bohong kat Iskandar kata Maya dah mati. Actually Maya masih hidup. Iskandar tak percaya. Family Maya decided nak hantar Maya pergi operation kat obersea....so, on malam sebelum nak berangkat tu, Iskandar panjat rumah Maya senyap2...masuk bilik Maya and he found that Maya is still alive dgn muka buruk (terbakar) dia tu.


Family Maya halau dia....cerita dia tamat bila family Maya tu halau Iskandar dari rumah tu malam tu n Maya bohong kat Iskandar yg dia dah tak suka Iskandar sbb Iskandar tu semekin n menyebabkan muka dia jadi mcm tu....


aku rasa...betul kot jln cerita dia mcm ni......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 01:22 AM | Show all posts
Reply 353# fizziany

sgt betul
cerite die mcm menarik la

antara phrase yg ak ingat iskandar tu penah ckp, org kaya pun kentut busuk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 02:25 PM | Show all posts
Demi Kasihmu (Amieza Anaz) - NHF Media

     Mengisahkan Alia Maisarah dan Luqman Hakimi yg berkahwin apabila ditangkap khalwat.  Perkahwinan ini mendapat tentangan hebat daripada ibu Luqman yg lebih menyukai Azilah. Sebelum 2 Luqman  Hakimi pernah bercinta dgn Azilah, kawan baik Alia tetapi Azilah meninggalkan Luqman kerana jatuh cinta dgn kawan baik Luqman, Suhaimi. Perkahwinan mereka bahagia wlpun  kdg2 Alia meragui kasih syg Luqman terhadapnya kerana Luqman tidak pernah melafazkan cinta kepadanya.
     Ketika Alia dilanda kesedihan selepas kematian ayahnya, ibu  Luqman dan Azilah dtg membawa berita yg Luqman akan berkahwin dgn Azilah. Lantaran kesibukan Luqman menguruskan hal perkahwinan adiknya, membuatkan Alia salah sangka yg berita yg disampaikan itu benar. Pada ms yg sama dia mengandung dan utk menyelamatkan kandungannya, dia mengambil keputusan utk meninggalkan Luqman semasa Luqman menghadiri majlis perkahwinan adiknya.
    Kehilangan Alia menyebabkan Luqman tidak tentu arah mencari Alia. Luqman terlibat dlm satu kemalaangan yg menyebabkan dia x mmpu berjalan. Luqman hilang semangat utk hidup dan hanya berkurung dalam biliknya.
     Alia ditemukan semula dgn Luqman apabila ibu Luqman terjumpa secara x sengaja dgn Alia yang menguruskan perkahwinan anak sahabatnya. Alia bekerja di sebuah butik. Ibu Luqman sdh insaf dan merayu Alia blk ke pangkuan Luqman. Luqman msh syngkan Alia tetapi kerana egonya dia x melayan Alia dgn baik. Tambahan pula penerimaan adik dan isterinya menyebabkan Alia ingin beralah tetapi ketika Alia menyatakan dia akan keluar dr rumah itu dan menuntut fasakh, Luqman merendahkan egonya menerima Alia kembali.
      Selepas berbaik semula, Alia msh x sanggup memberitahu Luqman yg mereka mempunyai seorang anak lelaki, Luqman Hafizi. Rahsia terbongkar dan Luqman sgt marah. Dia tidak menghubungi Alia semasa dia pergi ke luar negeri untuk berubat. Akhirnya ibu Luqman menceritakan semua yg dilakukan terhadap Alia sehingga Alia sanggup bertindak meninggalkan Luqman dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 09:36 PM | Show all posts
Nak sajes korang baca buku

Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar (terbitan kaki novel/ karya seni)

Kisah dia lebih kurang macam ni

Nia Athirah terpaksa berkahwin dengan Zaril Ikhwan atas sebab nak bantu keluarga dia yang kebetulan kesesakan duit. Zaril Ikhwan kemalangan dan macam kurang centre sikit la so, Wan (nenek) dia terpaksa carikan sorang isteri dan ada pre-nuptial agreement (untuk mejaga kepentingan Zaril Ikwan yang sakit). Nia terpaksa menggantikan adik dia yang mula2 dipiliih untuk berkawen ngan Zaril-tapi dia melarikan diri- Mereka akhirnya saling jatuh cinta.. Tapi, campur tangan dan muslihat dari bonda Zaril yang pandang rendah Nia, menyebabkan Nia Athirah terpaksa terbuang dan  membawa diri ke Turin, Italy.

Empat tahun kemudian mereka bertemu kembali.

Saya tak pandai nak citer kembali... tapi pada saya, citer ini sangat-sangat-sangat suweettt... try la kalo sesapa nak baca


Lagi satu buku yang saya suka dan menyentuh perasaan.

Korban Kasih, tulisan Fatimah Saidin (terbitan DBP)

buku ini pulak berkisahkan pandangan dari sudut orang ketiga, adik bongsu yang bernama Fatimah ke atas layanan ibunya terhadap adik beradiknya yang lain. Dia punya abang, kakak dan sepasang abang kembar tak seiras. Namun layanan mak dia kepada pasangan abang kembarnya sangat berbeza. Seorang di tatang umpama minyak yang penuh.. yang seorang lagi dilayan umpama musuh. Dia tak mengerti mengapa ibunya sangat2 membenci abangnya, Jalil sehingga abangnya tersingkir setelah kematian ayahnya.

Citer ni sedih sangat... boleh try baca kalau nak..
buku ini bukan pasal percintaan, tetapi pasal kekeluargaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 04:01 PM | Show all posts
hanni_ruzz posted on 25-6-2012 09:36 PM
Nak sajes korang baca buku

Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar (terbitan kaki novel/ karya sen ...

Citer ni mmg agak best juga. Cuma saya ni tak sabar masa time kat oversea tu..part hero heroin tu tak banyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 02:11 PM | Show all posts
novel menarik yang pernah sya baca, semestinyer novel waktu sekolah menengah....novel terjemahan dari bahasa perancis ke bahasa melayu....TAJUK dia SI FADET KECIL...ada sapa2 pernah baca??

boleh kata saya ulang baca buku nie lebih dari 30x--- tapi rasanyer lebih dari pada tu kot..hehehehe...

citer dia mengenai fadet yang tinggal bersama nenek dia yang kedekut. Fadet ada adik berbdan bongkok, dipanggil SI belalang kot...hehehe...(lupa dah nama adik dia) nenek fadet slalau biar cucu dia tak makan, kalu nak makan kene carik sendiri. Nenek dia nie terkenal sebagai bomoh... so kalu org yang sakit ke aper mai jumpa nenek dia nie

kat kampung tu semua org benci dengan perangai fadet nie yang suka mengherdik org lain. kalau sapa2 hina dia, dia akan hendik org tu sampai dia puas hati,,,ngan org tu menagis. kira kat kampung fadet nie sabgai budak yang paling hodoh, kotor ngan berperangai teruk la....



so kalau sapa2 pernah terbaca buku nie kat perpustakaan sila maklumkan kepada sya. sebab saya nak baca lagi. heheheheh!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:00 AM | Show all posts
novel paling best pernah baca "Bukan puteri lindungan bulan" dari liana afiera malik... penulis ni pun dh meninggal, kagum dgn penulisan dia & rindu karya2 dia..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh saya tahu,sesiapa disini ingat sinopsis novel Areon (Jaafar Darwis)?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078387 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list