CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2011 07:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 13-3-2011 19:05

11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber Portugis “Batalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut :


nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor porte !
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que levava consigo.


Terjemahan :

In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
    The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘ javos ’ he carried.






Lambung (Hull) Kapal Geliung


13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.





Kapal Kura-kura (cora-cora)




14- Menarik bukan ? Apa yang lebih menarik, selepas saya membaca buku nukilan R.A Fletcher yang bertajuk Warships & Their Stories yang diterbitkan pada tahun 2004, saya mendapati satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher, bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcher lagi, ini berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti berikut :


The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or double canoe is to be found also.




Sources : http://susorgalor.blogspot.com/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2011 10:47 AM | Show all posts
Kapal / Lanchara / Jong Melayu / Perahu Bersayap






Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 03:09 PM | Show all posts
Reply 342# HangPC2


    HangPC2!

    Boleh tak kau ajar aku cara-cara memilih keris yang baik?Bab harga aku takda masalah.

    Aku nak mulakan koleksi aku ni.

    Tengkiu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2011 09:15 AM | Show all posts
Negeri Patani jatuhlah pula bawah kerajaan kedua-dua itu. Manakala sudah berhenti perang, musuh kerajaan Seriwijaya (Srivijaya) itu, iaitu Sulandra (Sailendra) membuat pusat pemerintahan dan membina kota di Patani supaya menjaga kesejahteraan di dalam Negeri-Negeri Melayu sebelah timur. Negeri Ligor itu pun sudah kuranglah dipedulikan oleh kerajaan Sulandra (Salendra). Maka tatkala itu, kembali masyhurlah negeri Patani ke serata alam.

Maka waktu itu, berbantahanlah orang Melayu Islam dengan orang Melayu Buddho kerana hidup yang menyalin agama tidak serupa lagi dua-duanya. Tapi tiada pula terjadi peperangan besar dua-duanya. Maka waktu itu, negeri Patani masyhurlah pada Arab, China, Hindi, dan jawa. Adapun nama raja ketika itu semuanya bahasa Sansekerit (Sanskrit) dan Bali. Tapi bercakap perkataan dalam negeri Patani itu telah mempergunakan bahasa Melayu. Maka bahasa Melayu itu pada asalnya mula dari kerajaan Seriwijaya (Srivijaya). Lepas masuk kerajaan Sulandra (Sailendra), maka bahasa Melayu ada pula kebanyakannya dari bahasa Jawa. Mulanya, ada bahasa Melayu campur bahasa Hindi dan bahasa Langkawi. Ada pun pakaian orang Melayu masa itu tiada pakai baju, manakala orang Utan (Orang Asli) pula telanjang seperti binatang.



Sources : Kitab Tarikh Fathani salinan Sheikh Faqir 'Ali transliterasi oleh Wan Saghir Abdullah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 11:41 AM | Show all posts
Akhlak Melayu pikat pengkaji Russia



Oleh Dr Victor Pogadaev

2010/10/07

Kemuliaan peribadi dorong penyelidikan mendalam bangsa, negara pada abad ke-20




MAKLUMAT mengenai Malaysia dan orang Melayu terdahulu asalnya berpunca daripada sumber Barat dan ditambah dengan laporan daripada orang Russia sendiri yang melakukan perjalanan mengelilingi dunia. Misalnya, catatan Pegawai Tentera Laut Russia, A Butakov (1816-1869). Beliau melihat orang Melayu buat julung kalinya di Pulau Pinang pada 1842. Pengembara Russia itu cuba memahami watak dan sikapnya terhadap alam sekeliling. Apabila hendak membandingkan orang Melayu dengan bangsa lain, Butakov memberi keutamaan kepada orang Melayu yang disifatkan mempunyai ciri lebih mulia, mereka jujur, selalu menepati janji.

Beliau menyukai pula bahasa Melayu yang bunyinya mirip kepada bahasa Itali. Apabila Butakov ada peluang bercakap dengan orang Melayu, dia cuba menceritakan kepada mereka mengenai tanah airnya. Pada masa itu orang kurang mengetahui mengenai Russia. Alangkah hairannya seorang ulama mendengar cerita mengenai negara jauh itu. Orang Melayu tidak pernah melihat salji.

Lama kelamaan bilangan orang Russia yang melawat Melaka bertambah. Ada banyak penggambaran yang mengagumi alam setempat dan keindahan bandar Melaka. Dengan minat besar mereka itu menceritakan mengenai kemahiran tukang besi Melayu dengan mengutamakan penempaan keris.

Pelaut Russia terkenal, IF Kruzenstern dalam satu pelayarannya di Lautan Pasifik melawat Malaya pada 1798, bahkan sempat membawa pulang sebuah contoh sastera Melayu yakni salinan naskhah Sejarah Melayu yang dicipta pada masa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511). Di Russia, beliau menyerahkan naskhah itu kepada ahli akademi sains HD Fren yang kemudian menghantarnya ke Muzium Asia. Pada naskhah itu ada tulisan tangan Fren menyebut: “ Krusenstern mendapat izin kakitangan kerajaan membuat salinan naskhah itu yang bernilai tinggi. ” Naskhah itu dikaji EV Revunenkova dan akhirnya pada 2008 diterbitkan bersama terjemahan ke dalam bahasa Russia dengan judul Sulalat-Us-Salatin: Krusenstern’s Malay Manuscript, its Cultural and Historical Value (Naskhah Melayu yang dibawa Kruzenstern dan nilainya dari segi budaya dan sejarah).

Karya ilmiah pertama dalam bidang kajian Melayu muncul di Russia pada abad ke-18, apabila sebuah kamus komparatif daripada 180 bahasa dan loghat termasuk bahasa Melayu diterbitkan atas perintah Ratu Catherine Agung. Penyelidikan yang mendalam bermula pada abad ke-20. Orang yang menganjurkan kajian itu ialah Alexander Guber (1902-1971), pakar dalam bidang sosial dan politik dan seorang lagi, Lyudmila Mervart (1888-1965) dalam bidang bahasa dan budaya.

Usaha mereka membuahkan hasil yang cemerlang. Pada 1950-an bahasa Melayu/Indonesia mula dipelajari di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Institut Ketimuran (1949, tutup pada 1954), Institut Perhubungan Antarabangsa di bawah Kementerian Luar Negara (1954), Institut Bahasa-Bahasa Timur di Universiti Negara Moscow Lomonosov (1956) dan Universiti Negara Leningrad (1959). Sumbangan Mervard sangat penting kerana beliau bukan saja mengendalikan pengajaran bahasa Melayu, tetapi juga menyusun buku teks yang pertama untuk dijadikan buku teks utama pelajar selama puluhan tahun.
Begitu juga dengan Guber, beliau adalah orang yang pertama menerbitkan buku mengenai Indonesia sejak 1920-an lagi dan beliau juga sebagai ahli Akademi Sains Russia yang berjaya membimbing ramai pakar dalam bidang sejarah.

Mulai dari 1990-an, bahasa Melayu diperkenalkan pula di Institut Sains Kemanusiaan, Institut Pelajaran Timur Amali dan Institut Ketimuran (swasta) yang semuanya terletak di Moscow. Kini ada seramai 62 orang mahasiswa di enam institusi yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu. Bahasa itu ditawarkan sebagai mata pelajaran teras bukan pilihan. Mahasiswa dikehendaki mempelajari bahasa itu selama empat hingga lima tahun (sesuai dengan sistem pendidikan masing-masing). Penting dinyatakan juga bahawa Universiti Negara Moscow Lomonosov adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi di Eropah yang mengamalkan pengajaran secara berasingan antara bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia.

Sehingga sekarang, pengajaran bahasa Melayu tertumpu pada dua bandar saja iaitu Moscow dan Saint-Petersburg. Pada masa ini, wujud satu lagi trend baru iaitu minat terhadap bahasa Melayu diperlihatkan Universiti Amur di Blagoveshensk dan Universiti Timur Jauh di Vladivostok. Namun demikian, hasrat itu terhalang kerana kekurangan tenaga pengajar.

Sarjana Russia berjaya menerbitkan karya ilmiah yang mendapat sambutan baik di kalangan ilmuwan antarabangsa iaitu Tatabahasa Indonesia (1972), Sejarah Kesusasteraan Melayu (1983) dan Sejarah Indonesia (1991). Untuk keperluan pelajaran, 15 kamus bahasa Melayu/Indonesia sudah diterbitkan.

Berbeza dengan negara lain, di Russia penerbitan kamus bahasa Indonesia dan bahasa Melayu (Malaysia) diamalkan secara selari.




- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 06:47 PM | Show all posts
lama giler thread ni bertahan. dari taun 2006 tuh. pergh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2011 10:51 AM | Show all posts
saya selalu update.... itu yang bertahan lama.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 05:29 AM | Show all posts
Reply 347# HangPC2


    Bro,kau masih tak jawab lagi dua soalan aku yang terdahulu kat benang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 01:06 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 05:58 PM | Show all posts
Reply  HangPC2


    Bro,kau masih tak jawab lagi dua soalan aku yang terdahulu kat benang ni.
jkkkj Post at 22-3-2011 05:29



Kejap... tak perasan lak.... kena check dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 03:55 PM | Show all posts
Reply  HangPC2


    Bro,kau masih tak jawab lagi dua soalan aku yang terdahulu kat benang ni.
jkkkj Post at 22-3-2011 05:29





Minta Maaf Banyakbanyak




Reply  HangPC2


    Assalamualaikum bro!
    Napa agaknya alat kebesaran diraja Melayu selalunya adalah senjata seperti keris,pedang dan tombak?
jkkkj Post at 12-10-2010 20:25




Mengapa ? itu Pasti tapi ini Keterangannya




KERIS


Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.


Sources : http://www.scribd.com/doc/379872 ... Diraja-Dan-Kerajaan




Reply  HangPC2


HangPC2!

    Boleh tak kau ajar aku cara-cara memilih keris yang baik?Bab harga aku takda masalah.

    Aku nak mulakan koleksi aku ni.

    Tengkiu.
jkkkj Post at 14-3-2011 15:09




Tips Memilih Keris yang Baik


http://www.indospiritual.com/art ... eris-yang-baik.html

http://www.kerispratiwi.com/2010 ... is-bagi-pemula.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 04:04 PM | Show all posts
Tempa Keris Melaka


Tempa Melaka yang digunakan oleh Zainal. Menurut beliau, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.



Sources : http://ibnurusydi.blogspot.com/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by arisa_imamura at 30-4-2011 13:47

aku tak tau sama ada soalan aku ni relevan tak dgn thread ni..zaman kesultanan melayu melaka dulu dah wujud ke jam? tak tau la sama ada jam air atau jam matahari? terbaca clue psl hal ni dlm buku hubungan melaka-dinasti ming abad ke-15 terbitan UKM..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 05:01 PM | Show all posts
senjata paling canggih,dan paling hebat orang melayu adalah senjata biologi !!yg tidak mampu ditangkis..... salah satu nya ceplos ,pelesit,antu raya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 12:10 PM | Show all posts
senjata paling canggih,dan paling hebat orang melayu adalah senjata biologi !!yg tidak mampu ditangk ...
areenarena Post at 1-5-2011 17:01


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2011 01:57 PM | Show all posts
kenapa la orang kat sini ?i buat lawak ,ambik serius...apa la...yang heran raja lawak kt astro tengok  terpulang la

yang pasti walaupon pendapat ATAU LAWAK i x diterima,YG PASTI i x kan putus asa..

i  akan mengambil pengajaran dari kisah seseorang ditelan ikan paus...siapa fikir sendiri i x mau ditelan ikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 10:11 AM | Show all posts
senjata paling canggih,dan paling hebat orang melayu adalah senjata biologi !!yg tidak mampu ditangk ...
areenarena Post at 1-5-2011 17:01



itu sihir pakai bantuan Jin & Syaitan.....


kalau senjata Biologi macam Orang Rawa (Rao) pakai Katak Puru di lumurkan dengan Cili... dijadikan macam Bom tangan dan dibalingkan kepada Askar British...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 10:12 AM | Show all posts
aku tak tau sama ada soalan aku ni relevan tak dgn thread ni..zaman kesultanan melayu melaka dulu da ...
arisa_imamura Post at 30-4-2011 13:40



mestilah wujud.... cermin lagi lah wujud..... negara dah kaya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 01:56 PM | Show all posts
tapi areen kagum dengan keris..walaupon kontot ,tapi tetap lagenda terhebat..ibarat coptik orang cina ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.653234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list