CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: husz

Buku yg tak suke + menyesal beli

[Copy link]
Post time 18-6-2009 02:58 PM | Show all posts
untuk mengelakkan kecewa dengan buku, saya pilih hanya penulis yg saya kira berkaliber mengikut pertimbangan saya sendiri - lain org lainlah citarasanyakan?

ada bnyk cara - mungkin dari pengetahuan saya tentang penulis tersebut dari temubual atau rencana mengenai mereka. mungkin saya disyorkan oleh orang lain, mungkin penulis tersebut pernah menghantar tulisannya di majalah atau surat khabar. mungkin penulis tersebut pernah disebutkan oleh penulis2 yg saya sedia kenal. paling mudah beli karya yang menang anugerah atau sayembara.

ya agak tak adil bagi penulis2 baru tapi sekarang dengan adanya blog etc, kita dapat mengagak style dan prestasi seseorang penulis melalui web sebelum cuba membaca karya kreatifnya

pernah juga baca novel dari penulis yg tak dikenali - lagi2 novel terjemahan - biasanya saya timbangkan subjeknya. kalau kelihatan menarik saya akan beli juga, contohnya novel Rindu Andalusia terbitan Telaga Biru dan Impian Palestine terbitan AR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 03:54 PM | Show all posts

respon pada cluben

sri pernah beli 1 novel yg sebuk diperkatakan di sini, konon  bagus, penulisnya hebat, penuulis baru berbakat besar, meletup2 dipasaran... tapi bila beli, alahai, tak ada apa isi di dalamnya. cuma cinta, kasih,sayang. putus cinta, putussayang. pukul bantai suami isteri, bercerai, rujuk. ingat ke, cerita tentang perbicaraan ke, mahkamah ke, sesuai dgn profesyen. dapat gak belajar sesikit. tapi 1 akta / seksyen pun tak disebut. bahasa? langsung... ikut sedap mulut bercakap. bukan bahasa buku cerita. ssory, sri cakap banyak. maaf cluben........
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 06:05 PM | Show all posts

Reply #342 sri_andalas's post

Sri, saya lagi nak banyak bercakap ni hehe. Sebab tu lah.. saya nyatakan awal2 "mengikut pertimbangan saya sendiri". sebab tu sumber2 yang "mempromosi" pon mestilah boleh saya percayai juga "mengikut pertimbangan saya sendiri".

Saya juga pernah terpedaya seperti sri . Ada banyak buku yang saya baca hanya beberapa mukasurat - tapi sekarang dah jarang la. Buku yg baik banyak tak terbeli pon dah jarang eksperimen.


saya beri contoh:

1. Novel Sangeetha karya Azizi Haji Abdullah http://aziziabdullah.blogspot.com Nama penulis saja sudah gah. Pemegang SEA award. (Siapa tak ingat beliau ialah penulis novel Seorang Tua di Kaki gunung yang diadaptasi ke drama TV pada tahun 80an dengan watak terkenal Anjang Aki - sehingga Tamam Idris, pemain watak tersebut lebih dikenali dengan nama watak itu). Novel Sangeetha sendiri mendapat Anugerah Hadiah Sastera Mastera(Majlis Sastera Asia Tenggara) 2007. Dikupas dan dibincangkan dipelbagai majalah, surat khabar, forum2 dan konferens. Di adaptasikan juga dalam drama pentas. Baguskan?

2. Novel Biar YM berbicara. Karya penulis baru Hanni Ramsul. http://hanniramsulnzelee.blogspot.com . Saya tak jumpa walau satupon review tentang novel ni yang katakan tak best. Komen biasa - penulis baru tapi bagus, baru tapi hebat. Buktinya - ada thread khas di board ini tentang novel ini. Novel ini duduk di rak2 depan di kedai buku. Di ruangan "HOT BOOK" atau "BEST SELLER". Minta maaf, saya tak tahu banyka tentang penulisnya. Tetapi tanpa ragu2, dia berjaya menambat hati ramaaaaiii penggila novel. Maka bagaimana dapat dikatakan dia tidak bagus?

Dan terpulang saja pada selera. Jika saya tanpa berbelah bagi saya memilih Sangeetha. Walaupun ceritanya perlahan, kisah cinta orang tua; balu boss dan kuli pulak tu antara melayu(L) dan india(P), cerita pasal tabla, gambus, musik india, burung, moris minor buruk. cerita orang pikun (nyanyuk) sebab itu macam kelam dan bosan. Tak ada watak gadis genit atau lelaki kacak. Tak ada watak yang lazat untuk diimaginasi pon. Sangeetha adalah cerita disebalik cerita. Ceritanya cinta orang tua tapi isunya bukan cinta.

Dan kalau saya cuma ada pilihan Biar YM berbicara pon, saya memilih untuk tidak membeli. Sebab saya muak dengan klise kisah2 cinta, rebut cinta, putus cinta, ada ramai peminat, keliru memilih pasangan, gadis cantik, lelaki kaya, cerita latar luar negara tapi nampak sgt tak pernah kesana haha - seperti yang sri nyatakan tadi. Bagi saya biar cinta yang membungakan kisah bukan membungakan kisah cinta.

Sesiapa yang tak cinta pada sastera jangan susah2 nak beli Sangeetha. Percayalah, kamu cuma paling bertahan baca 2 mukasurat. Dan siapa yang tak suka novel popular, jangan gatal beli Biar YM berbicara.

[ Last edited by  cluben at 18-6-2009 18:15 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by sri_andalas at 18-6-2009 15:54
ikut sedap mulut bercakap


bukan nak bergaduh cuma saya nak tanya.....awak pernah tulis cerpen/novel? kalau pernah bak mai sini. saya nak baca. kalu sesuai saya beli. nanti saya check cerpen/ novel sri tu sama ada "ikut sedap mulut bercakap" ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by cluben at 18-6-2009 18:05
Sesiapa yang tak cinta pada sastera jangan susah2 nak beli Sangeetha.Percayalah, kamu cuma paling bertahan baca 2 mukasurat. Dan siapa yangtak suka novel popular, jangan gatal beli Biar YM berbicara.


maknanya.....setiap pembaca tu ada minat tersendiri kan? masing2 ada 'jiwa' masing2. kita tak boleh paksa orang suka apa yang kita suka. saya suka saranan cluben kat atas.

sama gak dengan muzik....ada suka rock...ada suka jazz...ada suka dangdut dan ada yang suka lagu2 asli.

peminat rock mesti tak layan muzik dangdut.

peminat asli mesti bernanah telinga bila dengar lagu jazz.

kalau semua suka rock saja....macam mana muzik rap nak berkembang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 18-6-2009 18:05

(Siapa tak ingat beliau ialah penulis novel Seorang Tua di Kaki gunung yang diadaptasi ke drama TV pada tahun 80an dengan watak terkenal Anjang Aki - sehingga Tamam Idris, pemain watak tersebut lebih dikenali dengan nama watak itu). ...


maaf cluben saya betulkan fakta anda....

1. watak utama di dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung bukanlah Anjang Aki tapi Tukya.

2. Anjang Aki itu adalah watak utama dari drama bersiri yang sangat popular di sekitar 80an dan diadaptasi dari karya " Penantian " hasil tulisan penulis terkenal Abd Talib Mohd Hassan. Pelakon yang memegang watak Anjang Aki bukanlah Tamam Idris tapi Baharuddin Hj Omar.   

[ Last edited by  aprilsnow at 19-6-2009 08:23 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 08:55 AM | Show all posts
suka atau tidak suka itu bergantung kepada individu... tak semua orang suka pada benda yang sama kan...

ada orang suka buat benda leceh, ada orang suka buat asal siap.. sahihnya manusia itu berbeza luar dan dalam, orang kembar pun tetap tidak serupa...

andai anda penggemar sastera - janganlah pandang novel popular itu murahan dan tak menjana akal dan fikiran begitu juga sebalik. bila kita sudah meletakkan batasan dan had juga kasta terhadap apa yang kita suka... maka susahlah untuk anda mula menyukai benda yang tidak pernah anda suka...

ilmu ada di mana-mana bukan pada buku sastera atau ilmiah sahaja... dan tentunya membaca novel popular yang tidak menggunakan standard bahasa yang berbunga sastera atau yang dikatakan tinggi itu menjadikan sang pembacanya tidak bijak...

menghasilkan sesebuah karya perlu penelitian, saya amat kagum dengan beberapa penulis novel popular kerana menulis dan mengupas cerita dengan terperinci walaupun jalan ceritanya berkisarkan cinta tapi janganlah pandang cinta itu sebagai fokus utama, cinta itu penyedap... pemangkin semangat untuk orang terus melekat membaca...

jangan lupa untuk melihat dan menilai sudut-sudut lain juga, nilai-nilai kemanusiaan, adab dan budaya... dan banyak lagi...

sesungguhnya sesuatu buku itu ditulis bukan dengan niat yang sia-sia... terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 09:50 AM | Show all posts

Reply #346 aprilsnow's post

April, thanks. masih kanak2 betul masa tonton tu, jadi confuse hehe - ingat2 tak ingat je. dulu bnyk drama2 dari adaptasi cerpen / novell yg bagus. kan bagus kalau sekarang depa buat camtu jugak, dari tiru telenovela latin.

celah sikit, satu lagi drama yg sy tak lupa ialah nasinya tumpah karya asal fatimah busu. pelakon dia marlia musa, masih remaja lagi masatu. sedihhh betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 10:19 AM | Show all posts

Reply #347 nazurah's post

peminat sastera kata novel popular ni bnyk angan2 dari realiti. yg penting ialah jalan cerita. dan ceritanya semata2 emosi. Emosi inilah yang lebih menarik unutk dinikmati. Bahasa ialah alat untuk menyampaikan.

Peminat novel popular pula kata, novel sastera terlalu berat, memerlukan bnyk berfikir untuk difahami. bosan dan mengantuk. bahasa melayu tinggi? arghh... macam susah saja nak faham.

Ada novel2 yang terlalu pop seperti karya ahadiah akashah (maaf contoh saya ketiggalan zaman sebab saya tak ikuti perkembangan novel pop) dan ada karya2 sastera yang terlalu sastera Sangeeta-Azizi Hj Abdullah, 1515-Faisal Tehrani, dan Sakura Megorak Kelopak-Arenawati dan bnyk lagi. Di antara keduanya ada Karya pop yang cuba bersastera; saya kira karya2 Samsiah Mohd Nor boleh dijadikan contoh, beliau tidak begitu merojakkan bahasa. Dan ada juga karya sastera yang menyuntik pop seperti Ayat2 Cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 19-6-2009 09:50

April, thanks. masih kanak2 betul masa tonton tu, jadi confuse hehe - ingat2 tak ingat je. dulu bnyk drama2 dari adaptasi cerpen / novell yg bagus. kan bagus kalau sekarang depa buat camtu jugak, ...


cluben...sama2

sy mmg ingat sangat novel cikgu Azizi tu sbb ia teks wajib matapelajaran kesusasteraan melayu masa saya form 5....rasanya lebih feel baca dr tengok yang dipindahkan ke layar putih....

haa, saya pun pernah tgk drama Nasinya tumpah tu yg diadaptasi dari cerpen tulisan Fatimah Busu cuma tak berapa ingat siapa yang pegang peranan Bedolah tu, yang Jarah tu memang Marlia Musa...memang best n sedih sangat....sebab nasi Bedolah  tumpah,dia aja yang terselamat dari termakan cendawan busut yang beracun....kakak dan adiknya, Jarah, Zabidah dan Hani mati termakan cendawan dari kebun getah yang baru disembur racun lalang...sedih sungguh masa baca cerpen tu....

[ Last edited by  aprilsnow at 19-6-2009 11:55 ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:37 AM | Show all posts

Balas #350 aprilsnow\ catat

off topic

nasinya tumpah tu sangat-sangatlah sedih...

kecil-kecil dulu saya tak suka tengok cerita yang buat saya menangis, rasa seksa sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 12:42 PM | Show all posts

Balas #351 nazurah\ catat

mmg sgt2 sedih...

kagum sgt dgn cerpen Puan Fatimah Busu  yang satu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:58 PM | Show all posts

Balas #335 nazurah\ catat

awak nampaknya tak faham lagi mengenai karya pop atau karya serius. perbezaan kedua-dua jenis karya sastera ni bukanlah dibezakan hanya dengan bahasa. banyak faktor2 lain.

dalam karya pop/cinta, bahasa yang digunakan lebih menjurus kepada bahasa sastera. bahasa yang cantik dan berseni dan tersusun elok saling tak tumpah macam bahasa dalam karya serius yang awak namakan sebagai 'karya sastera' tu. penulisnya pandai bermain kata dan menyentuh hati pembaca dengan gaya dan lenggok  bahasa yang bombastik dan bernada melankolik. Norzailina Nordin dan Shamsiah Mohd Nor sebagai contoh penulis begini.

kalau sesebuah novel tu guna bahasa rojak, slanga, laras bahasa pasar, akronim dan sebagainya, itu dinamakan novel picisan. tarafnya berada di bawah karya sastera popular. awak sebagai penulis, kena faham perkara ni.

karya serius dan karya pop, kedua-duanya adalah karya sastera. cuma kedua-duanya berada dalam kotak yang berbeza dengan kreteria yang berbeza juga. terpulang kepada selera masing-masing nak pilih yang mana satu.

satu lagi cik nazurah, jangan kata tak suka belajar tatabahasa. sebagai penulis awak selalu bermain bahasa. ilmu berbahasa tu penting untuk menulis kan? kecewa saya bila seorang penulis berkata begini. macam manalah penulis pop tak dipandang serong oleh penulis2 sastera serius.

para penulis yang membaca post saya ni, tolonglah jangan biarkan diri anda dipandang sebelah mata oleh penulis2 karya serius yang sememangnya sentiasa mencari keburukan karya pop tu. saya sebagai salah seorang peminat karya pop, sedih bila baca kutukan mereka terhadap karya pop.

p/s: saya pun peminat karya serius juga. :kiss: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 05:13 PM | Show all posts
bukan nak bergaduh cuma saya nak tanya.....awak pernah tulis cerpen/novel? kalau pernah bak mai sini. saya nak baca. kalu sesuai saya beli. nanti saya check cerpen/ novel sri tu sama ada "ikut sedap mulut bercakap" ke tak


alamak, tennis marah ke?
sorylah... sri cuma menyuarakan pendapat. kat sini kan open? sri memang tak pandai menulis, usahkan cerpen / novel, nak tulis kat sini pun ayat tonggang langgang. tapi sri suka baca novel. dapatlah bezakan sikit2 ayat yang bagus dengan kurang bagus & sri pun ada juga perasaan suka / nyesal beli sesebuah buku. memang perasaan suka tu subjektif. apa yang kita suka tak semestinya orang lain tak suka, begitu sebaliknya tapi tak salah kan, kalau sri nyatakan rasa kecewa sri? sory tenn kalau awak bengang.
:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 05:46 PM | Show all posts

Balas #354 sri_andalas\ catat

:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 02:58 PM | Show all posts
13# Ayang68

ingatkan aku je yg tak suka buku hm tuah tu...
kawan aku kata aku x normal sbb x suka buku dia..
bukunya  memeningkan kepala otak aku...
harga murah je kan rm 10...
kalo mahal pun berbaloi x pe...
langsung x de motivasi aku nk baca buku dr tuah tu...
maaf yer kalo dr tuah terbaca komen aku nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 10:24 PM | Show all posts
salam.
kuna sgt menyesal beli nvl kasih antara kita ~ aleya aneesa & nvl hm tuah (tjk x ingat huhu!)

mskuna.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 10:32 AM | Show all posts
cintalara- awak nampaknya tak faham lagi mengenai karya pop atau karya serius. perbezaan kedua-dua jenis karya sastera ni bukanlah dibezakan hanya dengan bahasa. banyak faktor2 lain


Ha. sri setuju pada kak cintalara. novel pop pun boleh jadi lebih baik dari novel sastera sedia ada kalau novelisnya menjaga bahasa, selitkan falsafah sikit2. nantinya novel pop tu bukan saja boleh menghiburkan tapi juga memberi banyak ilmu.bukan sahaja ilmu yang diceritakan pengarang tapi juga ilmu bahasa. remaja sekolah pun boleh dapat ilmu tu. sri tak lah banyak sangat baca novel tapi novel SALINA karya SN kita, sri baca. termasuk novel2 Faizal tehrani and novel nisah haron. semua tu nama besar dalam sastera. novel pop paling sri suka, ramai juga novelis yang begitu indah bahasanya. selain nama2 yang kakak cinta sebutkan, ada lagi yang sri rasa bahasanya cantik. Macam kak norsuraiya, kak Ramlah dan ada beberapa orang lain novelis popular. Dorang ni bukan saja bicak bercerita tapi juga pandai bermain kata2, bahasa.
sri sekadar menambah. maaf nazurah and novelis2 yang sependapat dengan cik nazurah.

MA LEE CHUSWAN
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 10:36 AM | Show all posts
SAMBUNG... eh, macam mana pulak boleh terpost nama ma lee chuswan kat bawah tu. sebenarnya nak letak juga nama novelis tu di antara novelis yang bahasa novelnya cantik, bukan sahaja mempertaruhkan cerita tapi tatabahasanya sentiasa dijaga. tersasul sikit2 tu biasalah, namanya pun novel, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 11:28 AM | Show all posts
359# sri_andalas

salam

ni kak sri andalas pnls KN tu ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.504626 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list