CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haniman

Buah-buah Nadir

[Copy link]
Post time 22-10-2009 11:00 PM | Show all posts
komplen kat tv3 cepat ckit........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:49 AM | Show all posts
335# razifah

Macam rupa fresh dates pun ada...sedap tak rasanya razifah?...rasa macamana?...

It's black colour make it looks tempting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by ayasofiya at 22-10-2009 18:03

buah apa tu ifa??.. bentuk cam buah miracle berry.. tapi kaler itam....
cam sedap jerrrrrrrrrrrrrrr.. nyumm nyumm....
efa ada beli ke??.. kalau bel ...
ayasofiya Post at 22-10-2009 17:58


Saya tak beli kak....pandang n snap gambau jer...masu tu kalut beli beras bario kat gerai sebelah hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 01:49 PM | Show all posts
335# razifah

Macam rupa fresh dates pun ada...sedap tak rasanya razifah?...rasa macamana?...

It's black colour make it looks tempting...
shiina Post at 23-10-2009 10:49


Tak beli n test pun shiina....kalu ifa g lagi ifa test yer...tapi org gerai tu kata buah dabai dr sibu lagi sodap...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:46 PM | Show all posts
344# razifah

Ooo ye ke razifah...tapi nampak sedap buah tu...dan harganya pun macam mengesahkan rasanya memang sedap......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 02:47 PM | Show all posts
buahnyer nampak cam sedap jer ifa.... lagipun regenye boleh tahan gak.. mesti sedap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2009 11:48 PM | Show all posts
338# aishah

aishah.. kak aya dah dapat dah benih markisa tu petang tadi....

terima kasih banyak2 ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 11:23 AM | Show all posts
terjumpa lak artikel tentang buah dabai nih....
Kredit to bernama.

Dabai Dikomersial Sebagai Buah Istimewa Dari Sarawak
Oleh Caroline Jackson

KUCHING, 25 Nov (Bernama) -- Bagi pakar makanan di Sarawak, merasai buah Dabai yang kaya berkrim dengan tekstur yang lembut walaupun rasanya sedikit masam, adalah bagai menikmati satu rasa yang mula digemari.

Dikenali sebagai 'zaitun Sibu', buah ini adalah dari pokok asli di Sarawak dan boleh didapati di sepanjang tebing sungai di bahagian Sibu, Kapit dan Sarikei.

Memandangkan buah Dabai berpotensi sebagai buah istimewa, Jabatan Pertanian Sarawak yakin buah berkenaan boleh dipasarkan ke luar negara selepas menemui cara untuk mengekalkan kesegarannya.

Ahli agronomi Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, Lau Cheng Youn berkata, menerusi teknik pembekuan, buah yang mudah busuk itu mampu dikekalkan kesegarannya sehingga tujuh hari dan bertahan sehingga satu tahun apabila ditempatkan dalam simpanan sejuk.

"Kami juga sedang bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor untuk mengkaji nilai khasiat buah zaitun tempatan itu, yang juga berpotensi untuk dijadikan sebagai makanan nutrasutikal dan fungsi kerana ia mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan nilai tambah yang lain," katanya kepada Bernama di sini.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Beliau berkata menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, jabatan itu berharap dapat terlibat dalam usaha mengkomersialkan Dabai sebagai buah istimewa Sarawak, yang boleh mencapai harga antara RM16 dan RM24 sekilogram di bandar besar seperti Kuching.

Pada masa sekarang Dabai berharga separuh daripada itu di Sibu dan Kapit.

Dikenali sebagai "Canarium odontophyllum Miq.", populariti Dabai sebagai buah eksotik dan kesihatan di kalangan penduduk tempatan kian meningkat sejak beberapa tahun lepas dengan jabatan menghasilkan resipi untuk piza, nasi goreng, sayur campur, 'maki' (gulungan rumpai laut kering), jeruk dan pemanis mulut dan sos salad berasaskan buah berkenaan.

Sedap dimakan apabila dicicah sedikit garam atau kicap dan gula setelah direndam dengan air suam kira-kira 10 minit, buah berkenaan kini mendapat tempat sebagai sajian pada banyak majlis rasmi yang diadakan di restoran dan hotel terutama bahagian tengah negeri ini.

KACIP KEKERAS

Dengan menggunakan kacip kekeras buah itu boleh dibelah untuk mendapatkan bijinya, yang rasanya juga sedap seperti kacang segar.

Lau berkata, penemuan baru jabatan itu akan menjadikan buah bermusim itu, yang biasanya ada pada akhir tahun seiring dengan musim durian, kini boleh didapati sepanjang tahun untuk kegunaan tempatan serta eksport ke Semenanjung, Brunei Darussalam dan Singapura.

"Memandangkan buah ini mudah rosak, Dabai kebiasaannya kecut dan kering selepas dua hari tetapi kini kita boleh membelinya dalam kuantiti yang banyak daripada tempatan dan membekalkannya ke pasaran semasa pada luar musimnya," katanya.

"Saya tahu sesetengah penduduk Sarawak, yang menghantar kira-kira 30-40 kg Dabai kepada rakan mereka di China dan Korea," katanya dan menambah bahawa jabatan itu akan meneruskan R&D untuk memperbaiki teknik berdaya komersial untuk menarik pasaran luar negara.

Setakat ini pusat penyelidikan berkenaan, yang memulakan himpunan koleksi 'germaplasma' dan kerja-kerja pemilihan yang pelbagai untuk mengenal pasti pokok Dabai yang mempunyai kualiti buah yang terbaik sejak 1980-an, telah menghasilkan dua klon istimewa, yang dinamai 'Laja' dan 'Lulong', untuk penanaman secara komersial.

"Ia adalah satu tugas yang rumit kerana untuk membiakkan pokok Dabai adalah amat sukar. Ia melibatkan banyak lawatan mencabar ke ladang di kawasan pedalaman di mana buah-buahan itu ditanam," katanya.

Klon pokok berkenaan mula berbuah selepas lima tahun ditanam, dengan hasil pertama kira-kira 10 kg setiap pokok. Ia kemudian meningkat sehingga antara 80 kg dan 100 kg setiap pokok selepas ia mencapai usia 10 tahun.

Baru-baru ini, pelawat ke Agro Fest Sarawak 2008 di Stadium Tertutup Negeri berpeluang merasai buah Dabai yang dipamerkan di gerai jabatan berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by seroja1 at 24-10-2009 11:27



Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 12:43 PM | Show all posts
cikwawi ngan aya..pm address, oja ngan alif punya saya dah anta bijik markisa tu..dah patut sampai pon minggu ni
aishah Post at 20-10-2009 12:04


neee nooo neee nooo....

aishah, tumpang tanyer, markisa tu u dah pos ke blum? apasal tak kita dapat2 lg?
bukan apa.. takut tak sampai ajer... heehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 12:45 PM | Show all posts
2 pack markisa kuning  kluar last wednesday...monday dpt kot ( ke Perak/KKK Putrajaya)
aishah Post at 22-10-2009 21:14


ooo... dah pos ke?? alamak.. napa tak sampai2 nih...

moskel!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 03:27 PM | Show all posts
alhamdulillah...

benih markisa aishah dah sampai dengan selamatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:37 AM | Show all posts
terjumpa lak artikel tentang buah dabai nih....
Kredit to bernama.

Dabai Dikomersial Sebagai Buah Istimewa Dari Sarawak
Oleh Caroline Jackson

KUCHING, 25 Nov (Bernama) -- Bagi pakar makanan d ...
seroja1 Post at 24-10-2009 11:23


Thanks seroja bg info....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:44 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Aishah ker yg bole supply benih markisa kuning(bila da masak) tadi saya ada pm seseorg. Almaklum la saya baru x berapa nak mahir sgt.. setakat jadi pembaca jer, tapi bila da ternampak markisa ni x leh tahan..... mmg da lama cari benih markisa merah or kuning ni.... zaman kecik dulu masa tu kena tolong family petik buah kopi byk la pokok dia menjalar2 kat pokok kopi... tapi now ni da x der lak.......

tlg pm saya sapa sebenarnya yg bole supply benih markisa ni.... 2 jenis markisa ni pun bole...kemaruk sgt ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 12:08 PM | Show all posts
pm addressnye...kak aishah utang nak anta ngan cdini, alif and sape lagi aaa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:14 PM | Show all posts
masuk kat sini jerlah... pokok kedondong dah berbunga balik.... punyerlah lama tak berbunga lepas merajuk gara gara penyakit M dulu... harapnyer berbuah ngan lebatlah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 02:17 PM | Show all posts
356# seroja1
wah bestnya ko oja..dpt tanam pelbagai pokok...
sedap buah kedondong ni buat jeruk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:24 PM | Show all posts
357# evy8

kedondong nih tanam dalam pasu je evy... masa beli dulu cuma RM5 jer sepokok.... lama dah... dah banyak kali berbuah pun... cuma dalam tahun nih cuma sekali jer berbuah sblm merajuk... hehehe...

pokok ceri barbados tengah gila berbunga.. ada gakler buah nyer dalam 8~10 biji.. nanti kalo rajin nak snap gambo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:27 PM | Show all posts
358# seroja1
hubby evy ada ckp ada satu umah dkt tmpt keja dia..pokok kedondong dia punya la main banyak..sampai pokok tu pn terlentok ke tanah keberatan buah...
ceri barbados tu sedap ke oja?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:30 PM | Show all posts
ceri barbados tak sedap pun.. masam jerk lebih.. tapi buahnyer banyak vitamin C selain bentuk buahnyer yang cantik ngan kaler merah menyala....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.206789 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list